Cinta Matchmaker -bab 12-


BAB 12

Ketika dia mula melangkah turun ke tingkat bawah keesokan paginya, hari sudah pun lewat pagi. Pakaian mereka sudah dibasuh, pinggan mangkuk juga sudah dibersihkan dan disimpan rapi. Pastilah para pekerja Alfie sudah menjangka apa yang telah terjadi pada malam tadi di antara mereka berdua. Wajahnya menjadi merah, malu dan dia terpaksa menundukkan pandangannya setiap kali dia berselisih dengan mak cik Munirah ataupun Kak Zara. 


Masih teringat lagi kejadian yang berlaku sebelum dia keluar daripada bilik tidur. Safrina bertanyakan soalan cepumas kepada suaminya ketika mereka sedang mengemas pakaian. "Hmm, Alfie," tanya dia dalam nada tidak bersalah.

"Agak-agak saya akan jumpa tak barang milik bekas kekasih awak dekat dalam bilik ni?"

Alfie terhenti dan berdiri merenung isterinya, tetapi wanita itu masih sibuk mengemas dan tidak memandang ke arahnya. Lagipun, Safrina sahaja yang perlu mengemas pakaiannya. Dia cuma memerlukan beberapa helai baju dan seluar sahaja untuk dibawa ke sana nanti.

"Saya tak faham apa maksud awak."

"Kot-kotlah kalau ada barang Troian atau Daisy yang tertinggal kat sini ke?"

Badan Safrina bergetar dan dadanya berdebar kencang, tetapi dia cuba untuk mengelak dari merenung lelaki itu juga. Dia tidak ambil kisah tetapi sebagai seorang isteri, tiada salahnya untuk dia bertanyakan tentang hal itu. 

"Saya tak pernah pula nampak barang diorang dekat dalam bilik kita ni," beritahu Alfie.

"Tak ada walau satu pun?"

Safrina masih lagi sibuk mengemas. Penyibuknya aku.

"Safrina?" Alfie sudah bergerak untuk berdiri di belakang isterinya. Tangannya diangkat dan memusingkan bahu wanita itu supaya menghadap wajahnya. "Saya baru je duduk dekat rumah ni dalam lebih kurang empat tahun. Awak satu-satunya perempuan yang pernah tidur dekat katil saya."

Sebuah senyuman mula terukir di dalam hati tetapi dia menahannya supaya tidak terbias di wajah. Tidak mahu lelaki itu tahu akan perasaannya ketika ini.

Safrina menganggukkan kepala. "Semua orang baik sangat dekat sini."

Mata Alfie mencerun perlahan, seolah-olah cuba menyelesaikan satu teka-teki, kemudian dia berpaling untuk mengemas pakaiannya yang berkadar sedikit sahaja itu.

Apabila Safrina berpusing untuk menyambung kembali tugasnya, dia membiarkan sahaja sebuah senyuman terukir di bibir. Salah pula jika dia berfikir terlalu mendalam tentang perhubungan mereka ini. Mereka cuma sekadar teman biasa dan baru sahaja berkahwin. Tiada apa yang istimewa sekalipun.

"Jadi, Safrina?" Panggilan dari Alfie menganggu lamunannya. 

"Ya?"

"Awak pernah ada seseorang yang penting tak dalam hidup awak?"

Tangannya teragak-agak.  "Tak ada." Itu sahaja jawapan yang mampu diberinya.

Mereka menyambung mengemas.

"Any recent boyfriends who might knock on the door?"

Safrina menjeling seketika di sebalik bahunya. Okay, jadi suaminya ingin tahu tentang kisah silamnya. 

"Alah, tak ada benda yang menarik pun," kata Safrina.

"Maksudnya tak adalah?" tanya Alfie sesudah ayat terakhir keluar dari bibir isterinya. 

Safrina menoleh dan menunggu lelaki itu untuk berpusing dan merenungnya juga.

"Bila ayah saya masuk penjara, saya tak benarkan diri saya rapat dengan sesiapa."

"Awakkan baru je masuk dua puluh satu tahun masa ayah awak disabitkan kesalahan tu."

"Yep."

"Tak ada sesiapa sejak.."

"Tak."

Alfie terdiam seketika, pandangannya dialihkan ke siling. "Jadi maknanya..."

"Saya cuma ada dua kekasih je selain awak," jelas Safrina, cukup arif ke mana perbualan ini akan pergi. Aneh pula kerana dia boleh tahu akan apa yang suaminya fikirkan. "Satu masa dekat sekolah menengah, sebab semua orang ada pakwe masing-masing dan satu lagi masa dekat kolej." Satu-satunya yang berjaya merunsingkan mindanya dan menghancurkan dirinya untuk mempercayai mana-mana lelaki lagi.

Pasti ada sesuatu yang terlakar di wajahnya, kerana Alfie tiba-tiba sahaja terdiam dan berjalan ke arahnya sekali lagi.

"Call it a male thing, but I like knowing I'm in a very exclusive list."

Kesakitan yang pernah dirasai suatu ketika dahulu masih lagi tidak mampu ditolak jauh dari ingatannya. Dia memaksa diri untuk tersenyum dan bersuara perlahan. "Well, if a girl can't sleep with her husband, who can she sleep with?"

Alfie menyorotkan pandangannya. "Right."

"Alfie?"

"Ya?"

"Saya suka sangat bila dapat tahu saya je yang pernah masuk dalam bilik ni."

Kesunyian melanda mereka berdua. Kedua-duanya merenung di antara satu sama lain dan tidak berkata apa. Apabila Alfie berpusing untuk menghabiskan kerjanya, Safrina juga turut melakukan perkara yang sama.

___________________________________________________________________________


Kebaikan menaiki jet peribadi adalah lebih manis jika dinaiki bersama seorang wanita, lebih-lebih lagi jika dengan isteri sendiri. Bermadu asmara di dalam perjalanan, dan tidur tanpa gangguan sesiapa buat masa yang lama, membuatkan mereka lebih terasa tenang dan damai. Sayangnya, Alfie dapat meneka ketidakselesaan Safrina itu dan dia menggunakan segala kuasa yang dia ada untuk membuatkan isterinya lupa dengan perkara yang telah menganggu hati wanita itu dari tadi.

Dia sudah menempah satu malam di hotel berdekatan lapangan terbang, dengan niat untuk bertemu dengan keluarganya di Amber keesokan hari sahaja.

Ternyata keluarganya mempunyai idea yang lain.

Jet tersebut mendarat di awal pagi, walaupun pada Safrina dan Alfie, ianya sudah hampir lewat petang. Alfie dapat mengagak Safrina yang sedang mengenggam kedua-dua belah tangan dengan erat itu sedang bergelut dengan perasaan sendiri. Dia melabuhkan tangannya di sekeliling bahu Safrina ketika mereka keluar daripada perut jet. Atas cadangan darinya, isterinya telah memakai sepasang jeans dan baju T berlengan panjang. "Tak perlulah nak pakai cantik-cantik untuk pemandu kita nanti," jelas Alfie, meyakinkan bahawa mereka akan mempunyai masa untuk tidur, mandi dan berpakaian kemas sebelum berhadapan dengan orang-orang yang penting.

Walau bagaimanapun, kita yang merancang, Tuhan sahaja yang menentukan. Ketika kereta yang dimintanya berhenti bersebelahan dengan jet itu, pintu belakang tiba-tiba terbuka. Kasut tinggi bondanya yang keluar dahulu mencecah muka bumi menghentikan pergerakan Safrina dan Alfie serta-merta.

"Awak kata tak ada sesiapa yang akan tunggu kita dekat airport ni," desis Safrina di antara bibirnya yang nipis itu.

"Memang tak pun."

Tidak syak lagi itu adalah figura bondanya ketika wanita tua itu melangkah keluar dari kereta yang dinaiki. Pemandu tersebut sedang memegang payung sebagai teduhan kepada bondanya, menghalang daripada air hujan menitis ke atas tubuh itu. Atau mungkin juga daripada merosakkan baju mahal yang sedang dipakai bondanya barangkali.

Walaupun perkahwinannya dahulu sangat teruk, Engku Faridah Vee tetap mampu bertanding dengan seorang wanita yang berusia sepuluh tahun lebih muda darinya. Wajah bujur itu dihiasi dengan selendang yang menutupi segala helaian rambut yang ada. Alfie tahu di sebalik kot panjang berwarna kelabu itu, bondanya pasti memakai sepasang blaus berserta skirt labuh. Bondanya sentiasa pandai bergaya. Walaupun matahari sudah dilitupi dengan awan-awan yang tebal, bondanya tetap memakai kaca mata hitam untuk menutup mata itu dan mungkin juga perasaan yang sedang cuba disembunyikan ketika ini.

"Dah tu, yang tu siapa pula?"

Alfie menelan air liur. Kalau ada satu benda yang dia telah pelajari tentang isterinya, ianya adalah perasaan tidak yakin pada diri sendiri. Walaupun Safrina selalu bertindak tegas dan sentiasa mengawal keadaan, wanita itu tetap mempunyai harapan untuk diterima dan disukai oleh semua orang. 

Dia tahu, tanpa ragu-ragu lagi, yang cadangannya supaya menyuruh isterinya menukar kepada pakaian yang lebih santai pasti akan ditepis sebentar lagi. 

"Itulah bonda saya."

Safrina terhuyung-hayang, tetapi Alfie pantas memegang tubuh isterinya supaya dapat berdiri tegak semula. 

"Tapi..."

"Bonda?" Alfie mengalihkan pegangannya tadi daripada Safrina untuk menyalami tangan dan memeluk cium pipi ibu kesayangannya. "Kitorang tak tahu pula bonda nak datang ke sini." Nadanya sangat perlahan dan lembut, tetapi dia berharap agar dia dapat menunjukkan ketidakselesaannya di situ.

"Takkanlah bonda nak biarkan kamu dengan pengantin kamu datang macam tu je." 

Alfie bergerak ke sisi Safrina dan menolak isterinya ke hadapan. "Safrina, bonda saya, Engku Faridah. Bonda, kenalkan yang ni isteri saya, Safrina."

Bondanya mengukir senyuman manis. "Gembira dapat jumpa dengan kamu akhirnya," katanya sambil mengangkat tangan menggenggam tangan Safrina. Lantas Safrina mencium tangan tua itu.

"Saya dengar banyak sangat pasal bonda."

"Iya? Bonda tak pernah dengar apa-apa pula pasal kamu."

Safrina kaku di sebelah Alfie dan Alfie pantas mencelah di antara kedua-dua wanita itu. "Sebab tu lah Alfie bawa Safrina ke sini. We're here to fix that," beritahu Alfie kepada bondanya. "Bonda tak perlulah nak jumpa kami dekat sini. Bonda tahu kan berapa lama penerbangan ni dari Amerika sana."

Engku Faridah menepuk bahu Alfie. "Bonda yakin sangat kamu mesti dah dapat tidur yang cukup dekat dalam jet tadi kan."

"Kami sibuk sikit masa dalam perjalanan tadi, bonda pun faham kan. Sebab tu lah kami ingat nak tidur sekejap."

Bondanya mengerling ke arah pemandu yang masih lagi memegang payung tersebut dan kemudiannya bergerak menuju ke kereta. "Kalau macam tu, jom lah kita gerak ke rumah sekarang."

Alfie sudah mula berang. Perkara yang paling teruk ialah apabila isterinya hanya diam seribu bahasa. 

Safrina cuma merenung kedua-dua tubuh di hadapannya itu, bibir terkunci. "Alfie dah tempah bilik dekat The Mermaid Palace."

"Merepeklah..."

"Bonda!" Alfie sudah tidak tertahan lagi.

"Bonda? Tak apakan kalau saya panggil bonda?" Safrina sudah menjumpai suaranya.

"Mestilah tak, sayang."

"Okay. Macam ni, saya dah memang terdesak sangat nak mandi dan tidur. Saya harap sangat bonda dapat tunggu kami dekat Amber Hall je memandangkan kami nak hilangkan nasty jet-lag yang still tak hilang-hilang lagi ni." 

Nada dan kata-kata Safrina lebih formal daripada apa yang Alfie pernah dengar keluar dari mulut isterinya itu.

"Betul juga cakap kamu tu."

Safrina menyambar lengan Alfie dan bersandar ke tubuh lelaki itu. "Gembira sangat dapat jumpa dengan bonda dekat sini. You've no idea what that means to me."

Sekali lagi, Alfie kehilangan kata-kata. Dia mengiringi isteri dan bondanya masuk ke dalam kereta dan menyertai mereka.

Sesaat pintu itu ditutup, Safrina mengerekot di sisi suaminya. "Cantiknya kot yang bonda pakai," katanya kepada Engku Faridah.

"T...terima kasih."

"Harap-harap bonda bagitahulah dekat mana bonda dapat kot tu. Saya tak pernah ada kot macam tu lagi dan tengok daripada langit tadi, rasanya saya perlukan sesuatu untuk perjalanan saya nanti."

"Of course. Banyak je masa kita nak shopping nanti."

Kerisauan Alfie di atas bondanya mula menghilang sedikit demi sedikit. "Isteri dengan bonda saya shopping. Should I be worried?" usik Alfie.

"Bergantung," jawab Safrina.

"Atas?"

"Kalau adik awak ikut kitorang sekali. Tiga perempuan dengan kad kredit dalam tangan sangat-sangatlah merbahaya tahu."

Mereka ketawa. Walaupun terdapat perbezaan yang ketara di antara bonda dan isterinya, dia tidak risau lagi untuk menemukan mereka berdua. Safrina mendengar dengan teliti tentang gambarannya mengenai bondanya yang boros, cinta terhadap fesyen, dan digunakan maklumat itu untuk menarik perhatian Engku Faridah Vee. Sampai sahaja mereka di The Mermaid Palace, Alfie sangat yakin yang bondanya langsung tidak perasan akan jeans lusuh dan kasut tanpa jenama yang sedang dipakai oleh Safrina ketika itu. Dan dia juga sangat pasti isterinya akan membakar pakaian itu di saat itu juga jika dia mempunyai peluang.

Syukurlah, bondanya melambai mesra ke arah mereka dari pintu kereta dan tidak menyertai mereka sekali masuk ke dalam hotel. Pekerja hotel tersebut pantas membawa mereka ke suite yang sudah ditempah awal tadi. Alfie memberi upah kepada pemuda itu dan menutup pintu di belakang mereka.

Sendirian, Safrina membuka kasutnya dan menerjunkan dirinya ke atas sofa. "I might actually like your mom after I get over the fact she ambushed us at the airport."

"Saya dah minta bonda saya tunggu dekat Amber dah."

"Dia kan ibu. Mestilah dia curious."

"Tapi bonda kenalah tunggu juga."

"Dia nak pastikan yang saya tak mengandung lima bulan depan mata dia sendiri."

Alfie mula meletakan bagasinya di atas katil apabila kata-kata Safrina mula mengetuk mindanya. "Mengandung?"

"Oh, please, awak tak nampak ke mata bonda awak asyik meliar dekat perut saya tadi?"

Tak, tidak pula difirkannya sampai begitu sekali. "Awak bergurau je kan."

"Saya sangat-sangat serius okay. She was on a recon mission. Pertama sekali sebab nak tahu kalau-kalau ada waris yang bakal keluar dalam dunia ni tak lama lagi, kedua pula nak tengok saya ni jenis perempuan yang macam mana."

Alfie bersandar pada kepala katil, akalnya masih lagi memikirkan akan kemungkinan bahawa kata-kata isterinya itu benar. "Macam mana awak boleh yakin sangat ni?"

"Perempuan ni sensitif orangnya. Semuanya ada dekat dalam mata dia. Sekali je bonda awak cabut glasses dia, saya terus dapat baca segala lirikan dan kerlingan dia."

Alfie mengangkat bahu. "Nampaknya macam saya kena perlukan awak di setiap meeting saya nanti. You seem to have the spy thing down."

"Masa saya dekat kolej dulu, saya ada ambil psikologi."

"Awak boleh dapat karier dekat bahagian undang-undang kot."

"Tak naklah. Dengan masalah ayah saya lagi semua tu."

Safrina mengangkat dirinya jauh daripada sofa, menghentikan perbualan mereka. Terdapat kesakitan di situ, di dalam bait bicara yang ditutur ketika dia menyelongkar barang-barang di dalam beg dan melangkah menuju ke dalam bilik air. 

Ayah Safrina ternyata memberi impak yang sangat besar kepada isterinya. Sayangnya, Alfie tidak pasti berapa dalam luka yang terdapat di dalam hati wanita itu. Dia mengingatkan diri sendiri untuk mencari jawapan kepada persoalan tersebut satu hari nanti.




post signature

Tags:

Share:

4 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.