Cinta Matchmaker -bab 14- teaser without editing


BAB 14

Jikalau Alfira mempunyai sebarang syak wasangka kepada Safrina yang hadir di sisi Alfie, dia ternyata berjaya menyimpannya. Wanita muda itu memeluk lengan Safrina sesaat sahaja Alfie mengiringinya ke dalam halaman mewah itu dan tidak melepaskannya pergi. Alfira sangat muda, jelita, peramah dan tidak dinafikan lagi, sangat manja. Engku Fareeda menyambutnya dengan senyuman mesra dan memperkenalkan Safrina kepada pakcik Alfie, dua sepupunya, yang kedua-dua mereka asyik memerhatikan dirinya bagai helang yang ingin menerkam mangsa, dan seorang mak cik yang berada di samping Engku Fareeda.

Beberapa pembantu rumah berdiri bersedia untuk mengambil bagasinya, meyediakan teh kepadanya, dan menghilang semula ke belakang. 

"Tahu tak akak betapa gembiranya Fira bila ada perempuan yang dekat-dekat dengan umur Fira ada dekat sini," Alfira memberitahu Safrina. Apabila Alfie menyembunyikan loghatnya, Alfira pula dengan penuh bangga bercakap dengan bahasa itu.

"Fira kan memang selalu ada teman," tutur Engku Fareeda.

"Teman, ya, tapi kalau dengan keluarga ni lain. Betul kan, kak? Fira tak pernah ada kakak nak main sama-sama." Alfira menyerlahkan gigi putihnya yang menawan. Buat seketika, Safrina terasa bersalah. Walaupun dia mempunyai adik perempuan, Sadiya tidak cukup sihat untuk mempunyai hubungan dengannya sepertimana yang dicadangkan oleh Alfira.

Seolah-olah Safrina diberi peluang kedua untuk mempunyai adik perempuan melalui Alfie. Tetapi sekali lagi, tahun perhubungan mereka pasti akan berakhir juga tidak lama lagi. "Rasanya," jawab Safrina.

"Fira dah sediakan teh dekat bilik merah, Alfie. Apa kata kita duduk kat sana? Senang sikit kita nak dengar segala cerita pasal kak Fira dengan Alfie nanti."

Alfie berjaya menyelitkan diri di sebelah Safrina dan mencapai lengannya. Haba yang datang dari tubuh lelaki itu membuatkan dia terasa lebih selesa. Suaminya mendekatkan bibir ke telinganya dan berbisik, "Awak macam mana?"

Safrina perasan akan sepupu Alfie, Junaidi yang sibuk memerhatikan mereka, mata itu mencerun, bibir itu ditarik ke bawah. Dia mengangkat tangan Alfie dan mencium jari jemari itu. Sinar cahaya di wajah suaminya menghilangkan segala gusar di dalam hati. "Okay je," Dia mengeluarkan kata-kata itu dan Alfie menggenggam erat tangannya.

Engku Fareeda membawa mereka ke dalam bilik merah. Siling bercorak dikenakan dengan dinding yang dicat dengan warna merah, kelabu berserta putih. Nampak sangat cantik bilik tersebut. Lukisan bunga-bungaan dan langsir sutera membuatkan bilik itu kelihatan lebih feminin. Sejambak bunga segar yang besar terletak elok di atas meja kecil berdekatan dengan tingkap.

Di atas meja kecil, sudah disediakan dengan manisan, sandwich, di mana kaum lelaki mencapainya dahulu sebelum menghirup teh masing-masing.

"Kamu pernah ke Eropah sebelum ni?" Engku Fareeda bertanya ketika dia menuang teh gelap ke dalam cawan-cawan kecil.

"Ada. Masa sekolah menengah dulu."

"Kalau macam tu, akak tahulah sekarang ni masa untuk minum teh," kata Alfira.

"Alah, itu sekadar alasan untuk makan snek je kan," Alfie memberitahu adiknya.

Alfira tidak mengendahkan abangnya. "Jangan dengar cakap abang. Dia tu memang alergik dengan semua benda yang ada kaitan dengan negara nni. Fira pun tak terkejut bila abang kata dia dah kahwin dengan perempuan Melayu. Ya lah, sebab kat sini mana ada Melayu asli dah. Banyak mix je."

"Fira!" marah Engku Fareeda.

"Betullah."

Safrina tergelak kecil.

"Bukan salah abang kalau perempuan-perempuan dekat sini tak berjaya pikat hati abang ni," Alfie mempertahankan dirinya.

Junaidi berhenti makan untuk bertanya, "Jadi kau dengan Safrina dah kenal lama lah?"

Safrina dan Alfie sudah bersetuju hanya lelaki itu sahaja yang akan menjawab segala persoalan mengenai perhubungan mereka berdua. Dengan cara itu, tiada di antara mereka yang berlainan pula cerita. 

"Tak juga."

"Habis tu?" Halimah, mak cik Alfie bertanya.

"Kami jumpa bulan lepas."

"Bulan lepas?" Alfira kedengaran terkejut. "Macam mana abang boleh kahwin dengan orang yang abang tak kenal sangat?"

Alfie meletakkan cawannya ke bawah dan mencapai tangan Safrina. "Kalau diikutkan, kali pertama abang berjumpa dengan Kak Rina, abang sanggup bernikah dengan dia. Ada sesetengah perkara dalam hidup ni yang kita tahu are the right thing to do."

Azizi, pak cik Alfie, bangun dari kerusinya. "The right thing, you say. Ada sesuatu yang kamu tak bagitahu kami ke?"

Rahang Alfie menegang. "Apa yang pak cik cakap ni?"

Para wanita sudah kehilangan suara, mata mereka semua terarah pada Safrina.

"Dia mengandung ke?"

Alfie tertekan. "Dia, ada nama, dan saya sarankan supaya pak cik gunakan nama tu daripada berpura-pura macam Safrina tak pernah wujud dalam bilik ni." Bait bicara Alfie itu menggetarkan jiwa Safrina. Ini adalah sisi suaminya yang jarang dia lihat, dan dia sememangnya tidak mahu menyaksikan sikap itu sekali lagi.

Sebuah senyuman sinis terukir di wajah Azizi, tetapi sebelum Alfie sempat berkata apa-apa, Safrina menjawab, "Saya tak mengandung luar nikah."

Walaupun kesemua kaum Hawa di dalam bilik itu hanya diam membisu, tetap terdengar keluhan lega di antara mereka tatkala mendengar pengumuman itu.

"Kalau macam tu, kamu kahwin sebab wasiat," ayat itu pula datang daripada sepupu yang paling muda, Syazwan, yang duduk di sebelah Junaidi, yang tidak bersuara.

Alfie sudah berdiri, tangannya digenggam menjadi penumbuk. 

Safrina duduk tegak untuk meletakkan cawannya ke tepi dan mencapai tangan suaminya. "Sayang, kita kan dah agak yang diorang akan tanya pasal motif kita." Kemudian, seolah-olah dia sudah dilahirkan untuk menipu, dia berkata, "Macam manalah diorang nak tahu tarikan kuat yang kita rasa masa kita mula-mula jumpa buat pertama kali, ataupun rasa untuk bersama dan berkahwin tanpa bertunang dulu?"

Engku Fareeda akhirnya bersuara, menenangkan suasana yang tegang di dalam bilik itu. "You make it sound so romantic, Safrina."

Safrina menarik Alfie untuk duduk semula ke kerusinya dan melabuhkan tangannya ke atas riba suaminya untuk mengelakkan lelaki itu dari mencekik manusia yang cuba memprovoknya dari tadi. "Tapi rasanya bonda tak nak tahu punya pasal kitorang ni, tapi anak bonda memang romantik."

"Fira nak tahu," Alfira menggigit bibirnya ketika dia berkata-kata.

Mata Alfie menyorot pada adik perempuannya. 

Lirikan Safrina dilarikan ke arah Junairi. Lelaki itu sekadar memerhatikan drama sebabak ini tanpa bercakap walau satu ayat sekalipun. Kesenyapannya memberitahu Safrina bahawa lelaki itu tidak menerima. Renungan dingin itu tetap setia pada Alfie dan Safrina tidak mampu dari berfikir akan sejauh mana Junaidi sanggup bertindak demi merampas takhta dan harta suaminya.

__________________________________________________________________

p/s : busy sangat sekarang. insya-ALLAH dalam minggu ni saya try habiskan dua chapter okay. ciao~









post signature

Share:

2 comments

  1. from amilin..

    update cpt2..bg ending kaw2 pnye..hari2 terjah blog neh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you amilin. :)

      insya-ALLAH, harap2 semua orang sukalah ending dia nanti.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.