Cinta Matchmaker -bab 14-


BAB 14

Jikalau Alfira mempunyai sebarang syak wasangka kepada Safrina yang hadir di sisi Alfie, dia ternyata berjaya menyimpannya. Wanita muda itu memeluk lengan Safrina sesaat sahaja Alfie mengiringinya ke dalam halaman mewah itu dan tidak melepaskannya pergi. Alfira sangat muda, jelita, peramah dan tidak dinafikan lagi, sangat manja. Engku Fareeda menyambut anaknya dengan senyuman mesra dan memperkenalkan Safrina kepada pakcik Alfie, dua sepupunya, yang kedua-dua mereka asyik memerhatikan dirinya bagai helang yang ingin menerkam mangsa, dan seorang mak cik yang berada di samping Engku Fareeda.


Salah seorang pembantu rumah berdiri bersedia untuk mengambil bagasi mereka, dan seorang lagi membawakan teh kepadanya, dan menghilang semula ke belakang. 

"Tahu tak akak betapa gembiranya Fira bila ada perempuan yang dekat-dekat dengan umur Fira akhirnya ada dekat dalam rumah ni," Alfira memberitahu Safrina. Apabila Alfie menyembunyikan loghatnya, Alfira pula dengan penuh bangga bercakap dengan slanga itu.

"Fira kan memang selalu ada teman," tutur Engku Fareeda.

"Teman, ya, tapi kalau dengan keluarga ni lain. Betul kan, kak? Fira tak pernah ada kakak nak main sama-sama." Alfira menyerlahkan gigi putihnya yang menawan. Buat seketika, Safrina terasa bersalah. Walaupun dia mempunyai adik perempuan, Sadiya tidak cukup sihat untuk mempunyai hubungan dengannya sepertimana yang dicadangkan oleh Alfira.

Seolah-olah Safrina diberi peluang kedua untuk mempunyai adik perempuan melalui Alfie. Tetapi buat ke sekian kalinya, tahun perhubungan mereka pasti akan berakhir juga tidak lama lagi. "Rasanya," jawab Safrina.

"Fira dah sediakan teh dekat bilik merah, bonda. Apa kata kita duduk kat sana? Senang sikit kita nak dengar segala cerita pasal kak Fira dengan Alfie nanti."

Alfie berjaya menyelitkan diri di sebelah Safrina dan mencapai lengannya. Haba yang datang dari tubuh lelaki itu membuatkan dia terasa lebih selesa. Suaminya mendekatkan bibir ke telinganya dan berbisik, "Awak macam mana?"

Safrina perasan akan sepupu Alfie, Junaidi yang sibuk memerhatikan mereka, mata itu mencerun, bibir itu ditarik ke bawah. Dia mengangkat tangan Alfie dan mencium jari jemari itu. Sinar cahaya di wajah suaminya menghilangkan segala gusar di dalam hati. "Okay je," Dia mengeluarkan kata-kata itu dan Alfie menggenggam erat tangannya.

Engku Fareeda membawa mereka ke dalam bilik merah. Siling bercorak dikenakan dengan dinding yang dicat dengan warna merah, kelabu berserta putih. Nampak sangat cantik bilik tersebut. Lukisan bunga-bungaan dan langsir sutera membuatkan bilik itu kelihatan lebih feminin. Sejambak bunga segar yang besar terletak elok di atas meja kecil berdekatan dengan tingkap.

Di atas meja kopi, sudah disediakan dengan manisan, sandwich, di mana kaum lelaki mencapainya dahulu sebelum menghirup teh masing-masing.

"Kamu pernah ke Eropah sebelum ni?" Engku Fareeda bertanya ketika dia menuang teh gelap ke dalam cawan-cawan kecil.

"Ada. Masa sekolah menengah dulu."

"Kalau macam tu, akak tahulah sekarang ni masa untuk minum teh," kata Alfira.

"Alah, itu sekadar alasan untuk makan snek je kan," Alfie memberitahu adiknya.

Alfira tidak mengendahkan abangnya. "Jangan dengar cakap abang. Dia tu memang alergik dengan semua benda yang ada kaitan dengan negara ni. Fira pun tak terkejut bila abang kata dia dah kahwin dengan perempuan Melayu. Ya lah, sebab kat sini mana ada Melayu asli dah. Banyak mix je."

"Fira!" marah Engku Fareeda.

"Betullah."

Safrina tergelak kecil.

"Bukan salah abang kalau perempuan-perempuan dekat sini tak berjaya pikat hati abang ni," Alfie mempertahankan dirinya.

Junaidi berhenti makan untuk bertanya, "Jadi kau dengan Safrina dah kenal lama lah?"

Safrina dan Alfie sudah bersetuju hanya lelaki itu sahaja yang akan menjawab segala persoalan mengenai perhubungan mereka berdua. Dengan cara itu, tiada di antara mereka mempunyai cerita yang berlainan. 

"Tak juga."

"Habis tu?" Halimah, mak cik Alfie bertanya.

"Kami jumpa bulan lepas."

"Bulan lepas?" Alfira kedengaran terkejut. "Macam mana abang boleh kahwin dengan orang yang abang baru kenal sekejap je?"

Alfie meletakkan cawannya ke bawah dan mencapai tangan Safrina. "Kalau diikutkan, kali pertama abang berjumpa dengan Kak Rina, abang sanggup bernikah dengan dia. Ada sesetengah perkara dalam hidup ni yang kita tahu are the right thing to do."

Azizi, pak cik Alfie, bangun dari kerusinya. "The right thing, you say. Ada sesuatu yang kamu tak bagitahu kami ke?"

Rahang Alfie menegang. "Apa yang pak cik cakap ni?"

Para wanita sudah kehilangan suara, mata mereka semua terarah pada Safrina.

"Dia mengandung ke?"

Alfie tertekan. "Dia, ada nama, dan saya sarankan supaya pak cik gunakan nama tu daripada berpura-pura macam Safrina tak pernah wujud dalam bilik ni." Bait bicara Alfie itu menggetarkan jiwa Safrina. Ini adalah sisi suaminya yang jarang dia lihat, dan dia sememangnya tidak mahu menyaksikan sikap itu sekali lagi.

Sebuah senyuman sinis terukir di wajah Azizi, tetapi sebelum Alfie sempat berkata apa-apa, Safrina menjawab, "Saya tak mengandungkan anak luar nikah."

Walaupun kesemua kaum Hawa di dalam bilik itu hanya diam membisu, tetap terdengar keluhan lega di antara mereka tatkala mendengar pengumuman itu.

"Kalau macam tu, kamu kahwin sebab wasiatlah," ayat itu pula datang daripada sepupu yang paling muda, Syazwan, yang duduk di sebelah Junaidi, yang tidak bersuara.

Alfie sudah berdiri, tangannya digenggam menjadi penumbuk. 

Safrina duduk tegak untuk meletakkan cawannya ke tepi dan mencapai tangan suaminya. "Sayang, kita kan dah agak yang diorang akan tanya pasal motif kita." Kemudian, seolah-olah dia sudah dilahirkan untuk menipu, dia berkata, "Macam manalah diorang nak tahu tarikan kuat yang kita rasa masa kita mula-mula jumpa buat pertama kalinya, ataupun rasa untuk bersama dan berkahwin tanpa bertunang dulu?"

Engku Fareeda akhirnya bersuara, menenangkan suasana yang tegang di dalam bilik itu. "You make it sound so romantic, Safrina."

Safrina menarik Alfie untuk duduk semula ke kerusinya dan melabuhkan tangannya ke atas riba suaminya untuk mengelakkan lelaki itu dari mencekik manusia yang cuba memprovoknya dari tadi. "Tapi rasanya bonda tak nak tahu punya pasal kitorang ni, tapi anak bonda memang romantik."

"Fira nak tahu," Alfira menggigit bibirnya ketika dia berkata-kata.

Mata Alfie menyorot pada adik perempuannya. 

Lirikan Safrina dilarikan ke arah Junaidi. Lelaki itu sekadar memerhatikan drama sebabak ini tanpa bercakap walau satu ayat sekalipun. Kesenyapannya memberitahu Safrina bahawa lelaki itu tidak berkenan. Renungan dingin itu tetap setia pada Alfie dan Safrina tidak mampu dari berfikir akan sejauh mana Junaidi sanggup bertindak demi merampas takhta dan harta suaminya.

__________________________________________________________________

Tuan Maliki, pemilik kepada firma Maliki dan Malik duduk bertentangan dengan Alfie di dalam pejabatnya untuk berbincang tentang beberapa perkara mengenai permintaan terakhir ayahandanya. Alfie masih teringat lagi akan desakan ayahandanya supaya dia perlu berkahwin secepat mungkin demi mewarisi segala harta yang berkepuk itu, tetapi dia tidak dapat mengingati beberapa maklumat lain yang telah disebut. Sebenarnya, Alfie telah memotong percakapan peguam tersebut pada masa itu. 

Memakai sut, tali leher bersama ekspresi yang tenang, Tuan Maliki membuka beg bimbitya dan mengeluarkan susunan kertas setebal dua inci. "Nampaknya kamu memang tak bazirkan masa untuk mencari seorang isteri," mula lelaki itu.

Perjumpaan kali terakhir di antara mereka sudah berlalu dua bulan yang lepas. Tuan Maliki mengingatkan Alfie tentang tarikh tamat yang telah dinyatakan oleh kliennya tetapi dia berbuat begitu hanya kerana tugasnya sahaja. Jika Alfie terlepas tarikh tersebut, firma Maliki dan Malik akan memperolehi sebanyak dua puluh lima peratus daripada tanah tersebut, adik perempuan dan bonda Alfie pula hanya akan diberi elaun sahaja, tetapi tidak mencukupi untuk gaya hidup mereka, dan selebihnya akan pergi kepada Junaidi dan beberapa buah badan kebajikan.

"Safrina dan saya sangat bahagia sekarang ni," ujar Alfie kepada lelaki itu, tidak menawarkan sebarang kemaafan.

"Ye?"

"Saya pasti Tuan Maliki akan tengok dengan mata sendiri hujung minggu ni. Kadang-kadang saya pun rasa malas nak travel ke mana-mana memandangkan isteri saya dah ada dekat dengan saya sekarang." Kelakar, kata-kata itu tidak terasa bagai satu penipuan pula ketika ia terkeluar dari lidahnya. Dia sememangnya menantikan Safrina setiap malam dan setiap pagi semenjak mereka sudah masuk ke fasa rumah tangga yang baru.

Bibir Tuan Maliki bergetar, matanya kelihatan lebih cerun. "Convincing the firm that your marriage isn't one of convenience will fall on you...and your wife."

"I'm well aware dengan segala syarat yang dah ayahanda saya tetapkan. Kita kat sini pun sebab nak tahu apa sebenarnya yang firma Tuan Maliki perlukan daripada saya untuk dua belas bulan yang akan datang."

Tuan Maliki mengusap-usap rahangnya. "Ayahanda kamu dah nekad nak tengok what you do more than manipulate your way through this demands."

Ayahandanya memang seorang lelaki yang teruk. Tetapi tidak perlu rasanya memberitahu Tuan Maliki tentang apa yang sedang berlegar di dalam fikirannya kini. "Kita semua memang dah tahu pasal tu pun."

"Ayahanda kamu banyak habiskan masa dia di dalam pejabat kami sebab nak tulis wasiat tersebut."

Sesuatu dalam gaya Tuan Maliki duduk, bagaimana mata lelaki itu bercahaya, membuatkan bulu roma Alfie terasa meremang. "We've gone over those contingencies."

Mulut Tuan Maliki ternganga sebelum dia menoleh ke tepi dan berkata, "Most of them. Kita dah bincangkan hampir kesemuanya."

Lantai di bawah tempat Alfie mula runtuh. Tidak mahu menunjukkan ketidakselesaannya pada peguam licik itu, Alfie setia duduk di atas kerusinya dan menunggu penjelasan daripada peguam ayahandanya. 

"Saya pasti masa perbicaraan tentang wasiat Amran, kamu terlalu sedih sampai tak dengar beberapa perkara yang telah disebut. Like the one where once you were married a codicil he had added was to be read and followed." Tuan Maliki tersenyum sekarang, seperti seekor musang yang sedang merenung pada seekor tikus.

"I'm intrigued," ujar Alfie. "Apa lagi yang ayahanda saya nakkan tu?"

"Here is a sealed addendum that was to be opened after you married." Selepas mengalihkan beberapa helai kertas daripada sampul, dia mula membaca. 

"Hebat sungguh pertunjukan kamu, Alfie anakku, nampaknya ayahanda memang tak membesarkan seorang lelaki yang bodoh selama ni. Sekarang, ayahanda yakin pasti ayahanda berada di tangga yang teratas dalam manusia yang paling kamu benci dalam dunia ni kan. I assure you, niat ayahanda cuma untuk membuktikan kepada kamu betapa pentingnya hidup berkeluarga ni. Kamu memprovok ayahanda most of your adult life, buat semuanya semata-mata nak bagi ayahanda tertekan. Ayahanda rasa seorang lelaki sepatutnya dapat mati dalam keadaan tenang selepas dia dah tinggalkan segala keperluan kepada anak-anak dan isterinya daripada memaksa warisnya mengikut kemahuannya. Kita berdua tahu ayahanda bukanlah orang seperti itu. Jadi, anakku, ayahanda tinggalkan kamu dengan satu lagi permintaan terakhir sebelum harta dan takhta tu pergi kepada orang lain. I trust that you've married just prior to your thirty-fifth birthday, which gives you one year to accomplish your next task."

Darah di dalam urat Alfie mula menggelegak, tahu benar akan permintaan daripada ayahandanya tetapi dia tidak dapat menghentikan kata-kata yang seterusnya keluar daripada mulut Tuan Maliki.

"Andai benar kamu sudah berkahwin dan bersedia untuk menyambung pertalian darah kita, maka bukti akan datang dari waris kamu sendiri."

Tuan Maliki terhenti seketika untuk melihat reaksi Alfie.

Alfie memaksa rahangnya supaya kelihatan biasa, tangannya digenggam erat di atas riba. Imej Safrina berenang-renang di dalam kepalanya.

Apakah yang perlu dia lakukan sekarang ini?

"Perkara seperti ini mengambil masa, tapi dalam masa setahun ni, kamu sepatutnya sudah bersiap sedia untuk menjadi seorang ayah."

Sama seperti sebelum ini, Alfie berhenti mendengar apabila Tuan Maliki mula berbicara tentang jantina anak itu tidak akan membawa apa-apa perbezaan, dan anak tersebut tidak semestinya lahir sebelum hari jadinya yang ketiga puluh enam. Tuan Maliki berhenti bersuara dan membersihkan kerongkongnya. "Nampaknya ayahanda kamu dah fikirkan semuanya."

"Dan kalau isteri saya dan saya nak tunggu dulu sebelum berkeluarga macam mana?"

Tuan Maliki mengeluh. "Ayahanda kamu dah beri berjuta alasan semata-mata nak menolak rancangan kamu ke hadapan lagi. Yang pastinya, kalau kamu tak merancang untuk berkeluarga, atau bercadang untuk terus berkahwin dengan.."

Alfie mengangkat tangannya ke udara, mengganggu percakapan peguam tersebut. "Kami kan baru kahwin, Tuan Maliki. Or perhaps that's escaped your attention."

"Nothing you're doing escapes my attention. Orang lagi besar daripada kamu sanggup berkahwin semata-mata untuk kaut segala harta tanpa berniat untuk menyambung perkahwinan mereka sejurus selepas segala wang mereka dimasukkan ke dalam bank." Tuan Maliki berang kini, kata-katanya lebih mendalam dengan loghat tersebut.

"This addendum was sealed, tapi Tuan dah lama tahu pasal hal ni, kan?"

Tuan Maliki bersandar pada kerusinya dan menyilangkan kedua-dua belah tangan di dada. Keluhan berat yang keluar dari bibirnya menghantar jawapan kepada Alfie.

"Bila difikirkan balik, rasa macam bagus pula kalau dapat jadi seorang ayah ni kan," kata Alfie, membiarkan loghat itu bermain di dalam setiap ayat yang dituturkan.

Senyuman Tuan Maliki pudar.

"Safrina mesti akan jadi seorang ibu yang penyayang." Yang mana Alfie benar-benar percaya akan itu. Dia masih tetap mengekalkan riak wajah yang serupa.

"Kata-kata sahaja tak mencukupi bagi kami."

"Pasal tu, memang tak boleh disangkal lagi."

Tuan Maliki mengumpul segala kertasnya dan berdiri untuk beredar. "I'll be in touch."

Alfie berdiri dan menghulurkan tangannya. "Kami akan berjumpa dengan Tuan hujung minggu ni di majlis resepsi nanti."

"Okay."

Ketika peguam tersebut berpusing untuk melangkah keluar, Alfie menghentikan lelaki itu. "Oh, Tuan.. be sure and have your secretary make me a copy of my father's will."

Tuan Maliki mengangguk dan keluar daripada pejabat Alfie.

Memusingkan kaki, Alfie berjalan ke arah tingkap pejabat untuk merenung hujan yang mencurah turun ke bumi. 

Seorang bayi.

Sungguh dia benci dengan ayahnya ketika ini. Sebahagian daripada diri Alfie mahu melangkah pergi. Memberitahu kepada Safrina bahawa segala rahsia mereka sudah terbongkar. Dia tahu sangat Safrina pasti tidak akan mahu membawa seorang bayi keluar daripada dunia ini walau berjuta alasan diberikan. Keluarga Safrina, penipuan mereka, itu sudah cukup membuatkan isterinya trauma. Wanita itu pasti tidak mahu mengandung. Ah, Alfie juga turut merasakan tekanan yang dialami oleh Safrina ketika mana Alfira mula bercerita tentang rancangan mereka pada masa hadapan kelak.

Dia ingatkan Tuan Maliki datang ke pejabatnya sekadar untuk mengatakan tentang, "Alfie, anakku, kamu dan isteri kamu tidak boleh berpisah lebih daripada dua minggu demi firma tersebut supaya mereka dapat mempercayai yang kamu benar-benar sedang berbahagia sekarang ini."

Tidak, firma guaman itu sudah melakukan satu perkara yang susah untuk dia bertindak.

Tapi...

Bagaimana kalau...bagaimana kalau Safrina benar-benar hamil akhirnya? Terukkah jadinya nanti? Kehangatan mula merangkak naik dari perut ke dadanya. Membayangkan tubuh wanita itu membesar bersama zuriat mereka, membuatkan dia terasa terharu dan bangga. Anak mereka.

Alfie membuang segala imej itu, yang mana tidak sukar untuk dia gambarkan, dari dalam mindanya.

Mungkin para pekerjanya dapat mencari apa-apa yang tidak munasabah dan melanggar undang-undang di dalam wasiat ayahandanya itu. Dia akan mencuba sedaya upaya untuk melakukan apa yang dia mampu.

Buat masa ini, biarlah dilema yang terbaru ini disimpan di dalam hati tanpa pengetahuan sesiapa.




post signature

Tags:

Share:

4 comments

  1. owh..what happen next ? saspens..hehe

    ReplyDelete
  2. pengunjung baru! nnti nak bc dr awal, bru best hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you :) sambil2 tu bole la baca NHUD dulu. cerita tu dah habis ^^

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.