Cinta Matchmaker -bab 15- teaser



BAB 15

Safrina menghabiskan hampir keseluruhan masanya cuba mengadaptasi diri dengan suasana yang dialaminya. Dan sekali lagi, hidup di dalam satu penipuan ini ternyata sangat memenatkan. Sedangkan Alfie juga kelihatan tertekan setiap masa.

Majlis resepsi berlaku pada hari esoknya dan segalanya sudah siap dijalankan. Apa yang Safrina perlukan hanyalah masa untuk melarikan diri daripada keluarga Alfie yang terlalu mendesak.

Safrina berjaya melepaskan diri ke dalam perpustakaan, cuba mencari alasan jika Alfie menjumpainya nanti.

"Itu pun awak."

Dengan hanya memakai seluar sukan bersama baju panas yang melebarkan lagi bahu tegap lelaki itu, Alfie kelihatan sangat enak untuk dibaham. "Saya ingatkan awak dah pergi pejabat."

Alfie menggelengkan kepala. "Saya tak boleh tinggalkan awak harini."

Keliru, Safrina bertanya, "Apa yang istimewanya harini?"

Alfie membawa sebelah tangan ke dada dan berpura-pura kecewa. "Saya tak percaya yang awak boleh terlupa."

Safrina ketawa. "Don't give up your day job for that acting gig," usiknya.

"Awak memang tak tahu harini ada apa ye?"

Hari ini bukannya cuti, Amerika hatta Eropah, hari jadi lelaki itu sudah lepas, dan dia pula tinggal beberapa bulan sahaja lagi. "Tak tahulah."

Alfie mencapai kedua-dua belah tangan isterinya dan diletakkan di dadanya. "Kita dah kahwin selama sebulan."

Ya Tuhan, betul kata lelaki itu. Hakikat bahawa suaminya mengingati hari itu membuatkan dia terharu, menunjukkan betapa sentimentalnya hati seorang lelaki bernama Alfie Hakimi. "Wow. Dah sebulan rupanya kita kahwin." Terasa macam lama pula.

"Saya tahu macam mana nak celebrate juga."

"Awak nak sambut ulangtahun kita yang sebulan je ni?" Safrina mengerling di sebalik bahu Alfie untuk melihat jika ada sesiapa yang sedang mendengar. Dia tidak nampak sebarang kelibat di luar jadi dia membiarkan sahaja persoalan bermain di dalam benaknya. 

Alfie mengenyitkan mata pada isterinya dan menyatukan jemarinya dengan jemari Safrina. "Jomlah."

Dia menarik wanita itu keluar daripada bilik, turun ke dewan besar, dan keluar ke pintu hadapan. "Kita nak ke mana ni?" Inilah Alfie yang dia sukai, apabila lelaki itu bersikap tenang. 

"Jauh."

"Cryptic much?" tanya Safrina. "Mana?"

"Nanti awak tahulah."

Alfie bukan membawa Safrina ke kereta, sebaliknya dia menuju ke kandang kuda. "Awak cakap yang awak boleh menunggang, kan?"

Mereka pernah berbual mengenai kuda sebaik sahaja mereka tiba di Amber. "Boleh, tapi dah lamalah saya tak naik."

"Kita bukannya pergi jauh mana pun."


p/s : adoi, busynya... sori ye. nanti saya sambung. banyak sangat esaimen ni. dah nak final exam!! T___T




post signature

Tags:

Share:

2 comments

  1. alfie is so romantic !..hehe btw gudluck for ur exam akak <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, tu baru sikit. hehehe.

      thanks dear!! ^^,

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.