Cinta Luar Biasa (1)

8:16 p.m
apartment murni
tunggu dinner.



assalamualaikum and hello everyone. memandangkan cerita yang aku selalu buat tak banyak sangat aku masukkan unsur agama, so aku bercadang, biarlah aku buat dalam artikel yang lain.

haritu aku balik dengan ayah aku. naik kereta. dalam perjalanan, ayah aku bercerita. ayah aku sangat suka bercerita. aku hanya menjadi pendengar setia. tapi cerita ni bukan sekadar satu cerita kosong je. ini nasihat.

dalam banyak-banyak kisah, satu nasihat ni yang paling aku ingat sekarang dan aku cuba untuk berubah. aku cuba berpegang pada prinsip tu. dulu aku mengaku, aku ada banyak tengok dekat facebook.  dalam fb, ada orang-orang baik yang cuba bagi nasihat dekat kita. katanya, facebook berjam kita tengok, hadap. kalau al-quran tu, entah sentuh ke tidak. aku tak tersentuh, maybe sebab bukan secara lisan kot.

aku suka dengar motivasi macam ni. sebab aku kadang-kadang boleh jadi orang yang mudah sangat patah semangat.

nasihat ayah aku : along, selalulah jadikan al-Quran sebagai sahabat kita. 

kenapa? sebab nanti dekat akhirat, al-Quran adalah salah satu yang akan tolong kita nanti. kalau jarang baca, macam manalah kita nak mengharapkan pertolongan daripada dia. sejak dari hari tu, aku mula baca setiap hari. bila lepas solat, hati rasa malas je, aku ingatkan balik dalam hati, jadikan al-Quran sebagai sahabat, jadikan al-Quran sebagai sahabat.

insya-ALLAH, lama-lama kita x boleh 'hidup' kalau x sentuh and x baca al-Quran. kalau rajin, buatlah setiap kali lepas solat. sedangkan facebook, blog, twitter, instagram, kita buka setiap masa, takkanlah al-Quran yang akan tolong kita nanti, kita x amalkan. 

lagi better, setiap kali habis baca, luangkan sikit masa baca tafsir. 

okay, itu je. nanti aku buat usrah lain. pasal 1001 rahsia tubuh wanita. hehe. aku join usrah time MRSM dulu. and macam-macam aku tahu. okay, adios~ :)


"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;(2)  Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4)  Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.(5) - Surah al-Baqarah ayat 2-5



post signature
thank you for spending your time exploring my world :)

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.