11/01/2013 - 12/01/2013 - Amy Syeera

Sunday, November 24, 2013

Internship oh Internship

11:11:00 PM 0
Internship oh Internship
11:05 p.m
apartment murni
haish.. tension
 


sedar x sedar, aku dah masuk third year sekarang ni. dah banyak benda aku tempuh sepanjang aku bergelar pelajar di Uniten. and tup tup sekarang dah nak praktikal pun. alahai.. 

tension bila tengok ada certain orang dah dapat tawaran intern. housemate aku pun dah dapat. untunglah. aku ni tengah mencari lagi. banyaklah juga aku apply. harap-harap dapatlah. dah lah jauh. kawan aku kata, 
x kisahlah jauh pun. itu boleh fikir kemudian, kau apply je dulu.
so, aku pun apply lah semua tempat yang ada dekat Selangor ni. xdelah semua pun. yang ada keluar internship program, aku try lah. waaaaaa... macam manalah hidup sebagai seorang intern ni kan. aku takut sangat. takut kena buli ada. takut xde transport. takut xde kawan. macam-macam ketakutan yang aku rasa. 

doa-doa lah aku dapat salah satu company yang aku minta. and moga-moga dia tak ada interview. aku sangat fail bila masuk temuduga ni. hmm... cgpa pun x seberapa. bukan aku saja xnak dapatkan dean list. tapi exam kat sini memang susah. lagi-lagi sekarang dah bertukar sistem pendidikan dia. jahat betul. kaut duit je kerja. -.- 

bila dah tension ni, satu benda pun x boleh nak buat. sobs... tunggulah NHUD readers sekalian. aku terlalu beremosi minggu ni. adios~



post signature

Lelaki Tak Suka Bila Perempuan..

5:43:00 PM 0
Lelaki Tak Suka Bila Perempuan..

5:23 p.m
apartment murni
ha, tadi dah cerita pasal lelaki, kali ni aku cerita pasal perempuan pula. bila aku tengok balik semua ni, oh, rupa-rupanya lelaki tak suka. hahaha. ini habit kita, lelaki pun ada habit juga. kita tak boleh nak elak kan.
so, moving on. lelaki tak suka perempuan bila..


1. ambil masa yang lama untuk buat keputusan

  • walaupun perkara tu remeh, perempuan tetap ambil masa nak fikir mana yang patut dia pilih. 

  • macam seorang lelaki bertanya pada kita, 'biru or merah?' , kita pula 'ala, yang mana satu ye? nak pakai yang mana ni? ni macam okay? eh, ni pun okay juga? nah, ehem, nope, never, looks good but pfft, blah blah blah'

  • kiranya lelaki fikir benda ni macam ada kaitan hidup dengan mati je sebab kita ambil masa forever untuk decide certain things. well, all kinds of things actually.


2. ambil masa yang lama untuk bersiap


  • yeah, well, aku x macam tu. aku siap sekejap je. sebab aku x suka orang tunggu aku and aku paling benci tunggu orang. tapi untuk certain girls, memang agak lama sikit. aku pun x sure apa diorang buat sebenarnya. 
  • maybe sebab nak pilih baju, pakai tudung dengan sempurna, mekap, and apa-apa sahajalah.


3. bercerita pasal perasaan kita

  • kebanyakan lelaki memang x suka dengan perangai kita yang suka beremosi ni. yep, hormon. standardlah kan. 
  • i'm sorry, it's the truth. guys don't wanna hear it at all.


4. semua benda dipanggil comel

  • eiiii, cutenya kucing tu! 

  • alololo, tomeinya baby ni! 

  • omg, that boot's the cutest!!! 

5. cakap diri sendiri gemuk atau hodoh sekadar untuk tarik perhatian

  • here's a note to every girls. semua cantik, tak ada seorang pun yang hodoh. cantik tu subjektif. you're all beautiful in your own way. accept it.

  • you're not fat and you're not ugly okay


6. crazy mood swings

  • duh, itu nature perempuan kot. ada masa memang kitorang akan sedih, and then tiba-tiba rasa nak marah, tiba-tiba okay. 
  • lelaki tak tahu nak respond macam mana most of the time. 


7. tak berhenti bercakap

  • from boys, they enjoy some quiet time. they don't need to have conversation 24-7 with someone.
  • sometimes, they can't just take it. sebab tu lah diorang prefer senyap or buat tak tahu je dengan kita. because they don't care. 
post signature
thank you for spending your time exploring my world :)

Perempuan Tak Suka Bila Lelaki..

5:33:00 PM 1
Perempuan Tak Suka Bila Lelaki..
4:40 p.m
apartment murni
macam biasa, aku tak ada kerja lagi. baru habis study, so i decided i want to have fun for a while. 
post ni bukan nak menaikkan kemarahan kaum lelaki. cuma sekadar satu hiburan and fakta sahaja. nanti aku buat untuk lelaki pula ye. anyways, i want to apologize in advance kalau aku ada tersilap cakap or anything. remember! selalulah jadi open minded bila baca blog aku. okay, let's move on..
perempuan sangat tak suka bila lelaki



1. tak boleh nak buat keputusan
  • ayat yang paling best kita selalu dengar bila lelaki cakap 'i don't care' or 'awak je lah yang pilih'. 

2. cakap kuat (overloud) 
  • nak marah ke apa? perempuan ni sensitif. suara lelaki memang dah besar, so janganlah terlalu tinggikan suara sangat ye. and lagi satu, gelak kuat-kuat 'bahahahahaha' dengan kawan-kawan. what? saje je nak tarik perhatian orang. we don't like it at all.


3. messy
  • bukanlah pengotor sangat pun. maybe cara 'bersih' antara lelaki dan perempuan berbeza. 

  • kalau perempuan, selagi ada habuk atas meja, selagi tu lah dia nak bersihkan.

  • kalau lelaki, asal baju kotor disusun secara teratur di atas lantai, itu pun dah cukup bersih.


4. lambat balas mesej



  • yes, ini paling tidak kusuka, tetapi inilah habit kawan-kawan lelakiku. ada lah juga yang cepat, tapi kalau lambat tu, paling-paling it takes around 1 day baru mesej berbalas. -.- 

  • it is really frustrating and annoying


5. spit, burp and fart (sesuka hati depan orang)
  • guys do that a lot and it's pretty gross, but what to do. nanti dah kahwin, kena terimalah. sebab perempuan pun buat jugakan.
  • tapi diorang tetap berusaha nak kurangkan sikap tu. just be patient okay.


6. habiskan banyak masa main video game.
  • tak semua main, tapi bila sekali dah main tu, susahnyalah nak berhenti. macam adik lelakiku sendiri.

  • they can't really go a day without playing video games. 'hey, i'm in the game, i'm in the game'

no offense! sorry okay :) 



post signature
thank you for spending your time exploring my world :)

Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 25-

1:24:00 AM 14
Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 25-




bab 25

Tiga minggu kemudian..

Ainul menuju ke dapur untuk bersarapan dan mendapati suaminya sudah pun berada di situ, bersama surat khabar di tangan.

Mirza sudah pun menyiapkan Humaira dan diletakkan anak mereka di dalam bakul bayi di atas meja berhadapan dengannya. Humaira sedang tidur lena dan Mirza pula asyik dengan surat khabar tersebut membuatkan dia tidak perasan akan isterinya di situ. Memandangkan hari itu merupakan hari cuti bagi Zura, jadi Mirza sendiri yang telah menyediakan sarapan semangkuk bijirin, roti bakar dan secawan kopi untuk dirinya.

Ainul tersenyum melihat mereka, hatinya dipenuhi dengan rasa cinta pada mereka berdua.

"Selamat pagi," Ainul berkata ceria, sambil bergerak ke meja makan. Dia menghadiahkan sebuah ciuman di pipi bayinya dan kemudian, dalam keadaan teragak-agak, dia mengucup pipi suaminya. 

Walaupun Mirza semakin mesra dengannya kebelakangan ini, dia masih tetap merasa canggung. Tidak pasti jika dia boleh menyentuh dan mencium lelaki itu sepertimana yang dilakukan oleh suaminya. Ainul tahu dia bersikap naif tetapi dia tidak mampu menghalang perasaan itu dari bertandang di dalam hatinya. Mirza mengucapkan kata-kata cinta padanya setiap hari tetapi Ainul masih tidak boleh mempercayai suaminya. Dia selalu tertanya-tanya sama ada jika Mirza benar-benar memaksudkan setiap bait tersebut ataupun lelaki itu cuma mengatakannya kerana suaminya fikirkan itu yang mahu didengari olehnya. Ainul tidak memahami dirinya sendiri, kadang-kadang dia merasakan yang dia sudah mempunyai segalanya yang dia mahu tetapi ada masanya pula dia masih kurang percaya bahawa semua itu adalah benar. 

"Selamat pagi," Mirza tersenyum pada isterinya dan meletakkan surat khabar tersebut di sisi apabila Ainul menyediakan sarapan untuk dirinya sendiri dan melabuhkan punggung bertentangan dengan lelaki itu. Mirza berkelakuan mesra setiap masa sejak dua menjak ini. Dia seolah-oleh mendapat perhatian sepenuhnya dari suaminya : hal bisnes akan diketepikan, televisyen dimatikan, panggilan telefon ditamatkan dan laporan saham dibuang jauh-jauh setiap kali dia memasuki ke dalam mana-mana bilik.

Mirza ingin mengetahui tentang perasaannya, bagaimana keadaannya seharian, apa yang ingin dilakukannya. Mereka bersembang sepanjang masa, mereka menghabiskan masa bersama-sama dan Mirza tidak teragak-agak untuk menolongnya menguruskan Humaira. Mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri sekeluarga dan kedua-duanya teruja untuk membeli barang mainan untuk Humaira, barang yang anaknya masih belum boleh bermain lagi untuk tahun yang sangat lama. Mirza mengejutkannya dengan memberinya loket zamrud berserta anting-anting dan Ainul pula memberi suaminya sebatang pen Montblanc bersama nama Humaira dan namanya terukir pada pen itu. Sambutan Hari Raya mereka biasa sahaja, mereka hanya menjemput Suhairi, Lily dan adik perempuan Suhairi untuk berbarbeku bersama-sama. Mereka mempunyai kehidupan yang sangat indah.... jadi mengapa Ainul masih tidak boleh mempercayai suaminya?

Ainul tahu sikapnya itu telah mengecewakan hati Mirza. Ah, dia juga turut kecewa tetapi dia perlukan lebih dari itu. Dia cuma masih tidak tahu apa yang dia mahukan.

"Aku ingat nak bagi kau rehat je," kata Mirza, sambil menyisip kopinya. "Dengan karenah Humaira and permintaan aku malam tadi, kau tak dapat tidur yang cukup." Muka Ainul memerah dan dia cuma memandang bijirinnya.

"Terima kasih," ujar Ainul. Telefon bimbitnya berdering dan Ainul segera mendapatkan telefonnya yang diletak di atas kaunter dapur. Sekilas pandang pada skrin memberitahunya bahawa itu adalah Lily.

"Hey," 

"Hey yourself birthday Girl," kata sepupunya dan Ainul terpana. Hari ini merupakan hari jadinya. Dia benar-benar terlupa. "Suhairi dengan aku nak bawa kau dan Humaira keluar makan tengah hari kejap lagi. Kami belanja. Tapi kitorang ingat nak shopping sikit sempena hari jadi kau."

"Aku tak pastilah..."

"Jangan nak bantah cakap aku, okay. Aku tahu Mirza mesti faham punya. Takkanlah dia nak biarkan kau sambut hari jadi kau sorang-sorang pula masa dia pergi kerja.. dan dia boleh ambil kau balik petang ni." Ainul menjeling ke arah Mirza, yang sedang mengagah Humaira yang baru sahaja terjaga dari tidurnya. Senyuman terukir di bibirnya ketika dia memerhatikan suaminya yang sedang asyik melayan anak perempuan mereka. Humaira kelihatan bingung tetapi sekurang-kurangnya dia tidak merengek.



Ainul mengalihkan perhatiannya pada perbualannya dengan Lily, dia pasti yang Mirza tiada klu bahawa hari itu merupakan hari jadinya dan dia tidak mahu memaklumkan suaminya tentang hal tersebut, tidak apabila dia tahu Mirza yang baru ini pasti akan berang jika dia sendiri tidak mengetahui tentang perkara itu. 

"Uhmm.. okay, pukul berapa kau nak jumpa?" Ainul dan sepupunya berbincang buat seketika dan Ainul mematikan talian selepas mereka sudah menetapkan rancangan mereka.

"Kau nak jumpa Dalily?" tanya Mirza, dia mengangkat Humaira dari carriernya dan mengendongnya, sementara si kecil itu sibuk menghisap ibu jari ayahnya.

"Ha'a, boleh tak kalau saya nak shopping sikit dengan makan tengah hari dengan dia?"

"Boleh. Kau nak aku bawa Humaira ke pejabat ke masa kau keluar nanti?" Ainul tersenyum mendengar tawaran itu, tahu bahawa Mirza sangat teruja untuk menunjukkan anak perempuan mereka kepada para pekerja suaminya.

"Saya tak kisah sebenarnya Mirza, tapi selagi awak tak ada susu badan, saya tak rasa yang dia boleh berjauhan dengan saya selama beberapa jam nanti." Mirza menyeringai. Ainul tahu Mirza rindukan anaknya ketika dia bekerja. Selepas sebulan bercuti, Mirza mengelat untuk bekerja semula tetapi dia tetap menelefon mereka setiap hari, dengan mengatakan bahawa dia rindukan "gadis-gadis kesayangannya."

Ainul memerhatikan suaminya yang sudah beralih perhatian kepada Humaira semula sambil menyisip kopinya.

"Mirza, awak tahu ke siapa yang bocorkan rahsia pasal perkahwinan kita dekat wartawan tu?" Ainul terkejut mendengar soalan yang terkeluar dari mulutnya itu dan dia perasan yang suaminya juga terpana ketika mendengarnya.

Mirza memandang Ainul.

"Kakak sulung aku, Syafiah, dia yang ceritakan pasal bisnes keluarga pada salah seorang kawan dia. Bila ayah aku meninggal, cerita tentang keluarga kami terpampang dekat surat khabar selama beberapa minggu dan 'kawan' dia tu nampak peluang keemasan untuk mencari duit lebih. Bukan perkahwinan kita je yang masuk dalam akhbar, keguguran kakak kedua aku Balqis disebabkan kecuaian dia sendiri pun ada dalam berita, kecurangan suami kakak aku Sofi..." Mirza menggelengkan kepalanya, meluat. "Cerita tentang kita menjadi topik hangat sebab ia melibatkan ayah kau sekali. I was so busy doing damage control after the news of Balqis' pregnancy and subsequent abortion that when the story of our marriage first hit, I wasn't even aware of it, until my mother brought it to my attention. Aku tinggalkan segala-galanya dan balik ke rumah kita. Aku tak sanggup kau fikirkan tentang aku sampai macam tu sekali... yang kau ingat aku ni terlalu mengharapkan penceraian tu tanpa berbincang dengan kau terlebih dahulu."

"Apa jadi dengan kawan dia tu?"

"Dia jual rahsia kita untuk wang. Tapi orang macam dia bukan pentingkan wang sebenarnya, dia nakkan nama. Jadi, aku buat sesuatu sampailah status yang dia ada sekarang ni bukan lagi menjadi milik dia. Dia tidak lagi dibenarkan untuk berada dekat dengan kami. Percayalah cakap aku, tiada hukuman yang lagi berat dari tu bagi perempuan macam dia. Syafiah pun menyesal dengan apa yang dia lakukan... dan beberapa syarikat penerbitan Itali sekarang disaman sebab menyalahgunakan fakta yang diberi dan menokok tambah maklumat yang tidak patut disebarkan. Contohnya macam aku yang kononnya akan menceraikan kau."

"Lagi satu..." Ainul terhenti.

"Lagi satu?" pinta Mirza.

"Kenapa awak tak telefon? Awak dah janji yang awak nak telefon setiap hari," bisik Ainul.

"Hummingbird, ayah aku baru je meninggal dunia, kakak-kakak aku, mak aku dan nenek aku semuanya tengah berkabung.... terlalu banyak yang perlu aku uruskan tapi, setiap kali aku bercakap dengan kau, apa yang aku mahukan ialah berada di sisi kau. Percayalah bila aku cakap, rasa nak balik tu kuat sangat sampai aku hampir je sewa kereta untuk ke airport selepas salah satu perbualan kita haritu. Aku keliru antara mengikut kata hati aku ataupun menunaikan tanggungjawab aku. Tapi kalau aku tak mengehadkan panggilan telefon kita, aku mungkin akan tinggalkan je amanah yang diberi pada aku tu."

"Takkanlah awak sanggup buat sampai macam tu sekali," kata Ainul, separa ketawa.

"Jangan pandang rendah dengan kehebatan kau, sayang. Aku mungkin akan lakukannya...dalam sekelip mata. Aku tahu yang aku pentingkan diri bila aku buat keputusan untuk tak telefon kau tapi itu saja caranya untuk aku menangani masalah kakak-kakak aku waktu tu. Dalam masa yang sama, aku kecewa dan benci dengan kau yang macam menjauhkan diri daripada aku. Aku pun takut kalau-kalau aku tersalah cakap dan akhirnya buat kau jauh lagi dari aku. It was driving me into the wall."

Ainul ketawa sedikit.

"Up the wall," Ainul membetulkan.

"Apa?" Mirza kelihatan bingung.

"It was driving you 'up the wall'.... not into it."

"Into the wall, up the wall, over the wall, whatever," Mirza mengangkat tangan tanda mengalah. "It was driving me crazy." Terpesona dengan kegagalan Mirza menggunakan ungkapan Bahasa Inggeris, Ainul ketawa sekali lagi dan memutuskan untuk membiarkan sahaja perkara tersebut. Humaira mula merengek dan Ainul mendapatkan anaknya sebelum menyusukan anaknya. Mirza menongkat dagu sambil memandang mereka berdua. Dia seronok memerhatikan Ainul menyusukan Humaira.

"Terima kasih sebab menjawab soalan-soalan saya," kata Ainul setelah lama membisu.

"Aku rela menjawab apa sahaja persoalan yang kau mahu," Ainul menganggukkan kepala.

"Baguslah." Ainul mahu bertanyakan suaminya tentang Nelly, tentang masa depan mereka.... tetapi dia perlu berjumpa dengan Lily. Mungkin nanti, Ainul berkata pada dirinya sendiri. Ainul mengabaikan sahaja suara kecil yang datang dari dalam kepalanya yang menggelarnya seorang pengecut.

______________________________________________________________

"So what are the plans for tonight?" Lily bertanya ingin tahu ketika Ainul sedang menikmati sepotong kek mousse sebagai pencuci mulut.

"Mungkin tak ada apa-apa kot," Ainul mengangkat bahu. "Mirza pun tak tahu hari jadi aku bila."

"Oh," Lily memandang ke arah lain buat seketika sebelum memandang sepupunya semula. "Kau nak aku bagitahu dia ke?"

"Tak perlulah. Nanti dia rasa serba salah pula kalau dia dah tahu," Ainul mencebik.

"Well, at least he wouldn't be indifferent," kata Lily. "Which is probably what he would have been a year ago." Ainul menganggukkan kepala.

"Aku tahu..." Ainul terhenti. "Dia cakap yang dia cintakan aku... lebih kurang sebulan yang lalu. Dan dia masih sebut setiap hari semenjak dari hari tu. Tapi, aku tak tahu kenapa aku tetap tak boleh percayakan dia."

"Ainul, jelas sangat kot yang dia memang cintakan kau," ujar Lily.

"Ye ke?"

 "Ya.... aku rasa aku mula nampak cinta Mirza bila dia nak lupakan hutang aku tu tanpa sebab dan bila kau pengsan sebab amniocentesis kau dan mula menangis bila aku sampai ke sana. Betul cakap Suhairi, lelaki tu nampak teruk sangat bila kau tengah bersedih. Aku rasa yang kau patut mula percayakan suami kau, Ainul. Aku tahu dia dah lukakan kau sebelum ni tapi inilah masanya untuk kau menentukan sama ada kau boleh maafkan dia ataupun tidak. Sebab kalau kau tak boleh, tak ada gunanya kau orang berdua bertahan dalam perkahwinan ni dah. Tapi kalau kau boleh, aku rasa lelaki tu akan buat apa sahaja demi kebahagiaan kau sampai ke hujung nyawa."

______________________________________________________

Lily pulang ke rumah bersama Ainul petang itu. Dia memutuskan untuk mengadakan majlis hari jadi secara kejutan untuk sepupunya. Tetapi sejurus sahaja mereka tiba di rumah dan Mirza menelefon sepupunya mengatakan dia akan pulang lambat atas urusan kerja, Lily dengan sesuka hati membuli Ainul supaya memakai gaun labuh yang baru dibelinya tadi. Dia juga turut menelefon Suhairi dan mengatakan bahawa mereka akan membawa Ainul dan Humaira keluar makan malam di restoran mewah.

Ainul tiada hati untuk menyambut hari jadinya dan apabila mereka tiba sahaja di restoran tersebut, dia mengheret kakinya ke pintu masuk, di mana Suhairi sudah sedia menunggu di situ. Lelaki itu kelihatan sangat menawan dengan tuxedo yang dipakai dan sepadan pula dengan Lily, yang memakai gaun labuh yang baru dibelinya tengah hari tadi.

"Cuba tengok tu, ramai sangat oranglah..." protes Ainul. "Apa kata kita balik ke rumah je dan makan malam sama-sama?"

"Dah terlambat, Sunshine, kita dah ada kat sini, jadi kau ikut je arahan aku." Suhairi tersengih, sebelum mengucup pipi isterinya dan mengambil Humaira dari Ainul. "Selamat hari jadi, Ainul, kau nampak cantik sangat."

Yalah sangat, dengan gaun yang berwarna putih bercampur kelabu dan dikenakan sekali dengan pashmina membuatkan dia kelihatan bersinar-sinar malam itu dek pantulan cahaya dari lampu restoran. Dia berasa kurang selesa dengan gaun tersebut tetapi Lily telah pun memilihnya, mengatakan bahawa warna gaun itu menyerlahkan lagi wajahnya.



"Ish, korang ni tak terfikir ke nak buat reservations dulu?"

"Ainul, dengan status ayah and suami kau tu, kau ingat susah sangat ke kita nak masuk dalam restoran mewah macam ni?" Lily mengejek dan Ainul menggaru hidungnya, menyetujui kata-kata sepupunya. Lily melangkah masuk melalui pintu tersebut dan Suhairi beralih ke tepi untuk memberi laluan kepada Ainul.

Pelayan itu tersenyum dan mengiringinya tanpa bertanya apa-apa soalan. Terkejut, Ainul mengikut sahaja lelaki itu bersama kerutan di wajah. Pelayan tersebut membawanya melalui pintu kaca. Tempat itu dipenuhi dengan orang ramai dan tiada pula yang sedang duduk di situ. Ainul terkaku seketika apabila semua orang menoleh dan merenung ke arahnya. Makin keliru jadinya, tidak pasti apa yang sedang berlaku sekarang ini.

"Surprise!" Ainul hampir sahaja terlompat apabila tiba-tiba mereka menjerit dan akhirnya dia tersedar akan beberapa wajah yang dikenali di dalam bilik itu. Suhairi, yang sedang berada di luar bilik sehinggalah selepas kejutan tadi yang mungkin akan menakutkan Humaira, bergerak dan berdiri di sebelahnya.

"Apa semua ni sebenarnya?" bisik Ainul, panik dan keliru.

p/s : new entry. :) sorry lambat!


post signature
thank you for spending your time exploring my world :)


Thursday, November 21, 2013

Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 24-

9:28:00 PM 5
Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 24-


bab 24


Ainul terjaga dari tidur apabila dia terdengar suara amukan seseorang.

"You jangan berani dekat dengan dia," Mirza menyinga dan Ainul cuba menumpukan perhatian pada drama sebabak di sebalik pintu biliknya di mana dia dapat melihat dua orang lelaki besar sedang berdiri di situ. Salah seorangnya ialah Mirza dan seorang lagi.... Ainul mengecilkan matanya sedikit, cuba melihat dengan lebih jelas. Figura lelaki itu sama seperti ayahnya.

"Dia kan anak perempuan aku. Suka hati akulah nak jumpa dia bila-bila masa yang aku suka!" lelaki tua itu memarahi Mirza. Ya, memang benar itu ayahnya. Tiada lelaki lain yang berani menjerkah Mirza sebegitu rupa melainkan ayahnya sahaja.

"Kiranya senanglah untuk you musnahkan kehidupan yang dia ada pula sekarang ni?" tanya Mirza, hampir menggeletar dalam kemarahan. "Aku tak nak you sakitkan hati dia sekali lagi. Dan you boleh lupakan saja untuk dapatkan cucu lelaki yang kau harapkan sangat tu."

"Kalau macam tu kau teruskan je lah perkahwinan ni, atau lepaskan ladang kesayangan kau tu," ayah Ainul menyeringai.

"Ladang tu tak membawa makna apa-apa pada aku pun. You ambil je lah. Aku tak nak you masuk campur dalam urusan perniagaan dan perkahwinan aku. You tak dibenarkan untuk berjumpa dengan Ainul dan anak kami."

"Mirza..." Ainul duduk perlahan-lahan. "It's okay. Saya nak bercakap dengan dia."

"Ainul..." Mirza melangkah mendekati isterinya. "Jangan."

"Tak apa," Ainul tersenyum, bibirnya bergetar. "Saya takkan biarkan diri saya disakiti lagi. Saya nak bincang sesuatu dengan ayah saya."

"Hummingbird..."

"Mirza." nadanya tegas dan Mirza mengeluh, sebelum bergerak ke tepi untuk memberi laluan pada ayah mertuanya.

"Ayah," dia mengangguk dengan berhati-hati ketika dia melihat tangan lelaki tua itu, lelaki yang pernah dia impikan untuk membelai dan memberi sepenuh perhatian pada dirinya.

"Ainul, kau nampak teruk sangat," ayahnya memerhati dengan suara dingin yang biasa digunakan padanya. Ainul kembali menjadi seorang anak perempuan kecil yang tidak pernah memahami kenapa ayahnya tidak pernah memeluknya dan menghabiskan masa bersama dengannya sama seperti sebelum ini.

"Ayah dah tengok anak saya ke?" tanya Ainul.

"Belum lagi..." Dia kelihatan seolah-olah tidak menentu. Melihat kekuatan baru di dalam diri anaknya membuatkan dia terasa lain.

"It's funny... What having a baby does to you, you would go out of your way to protect that new life from anybody who would threaten its happiness. Saya tak benarkan ayah menyakiti anak saya sama macam ayah menyakiti hati saya. Saya tak nak ayah ada dalam kehidupan dia... tidak selagi ayah tak bersedia untuk menyayangi dia sepenuh hati ayah."

Tepat pada masanya apabila tiba-tiba seorang jururawat muncul dari pintu bilik sambil mengendong anak kecil itu masuk ke dalam bilik. Ainul terdiam buat seketika, jururawat itu terhenti langkahnya. Dia dapat merasakan ketegangan di dalam bilik tersebut tetapi akhirnya dia tersenyum manis dan membawa bayi itu kepada Ainul.

"I think that it's past time this little one meets her mother properly," Seluruh wajah Ainul bercahaya dan hatinya dipenuhi dengan bunga-bunga cinta ketika jururawat itu meletakkan bayi comel itu ke dalam dakapannya. Ainul mula memerhatikan anaknya... mengira bilangan jari-jemarinya, membelai rambut hitam dan kulit kemerah-merahan itu. Dia tersengih apabila anaknya membuka mulut kecilnya itu dan mula meraung kemarahan.

"Hai sayang," bisik Ainul. "Sayang adalah anugerah yang paling berharga bagi ibu." Jururawat muda itu sempat mengajarnya cara untuk menyusukan anak secara betul, tidak mengendahkan Ainul yang sudah kemerahan wajahnya ketika dia mula bercerita tentang perkara itu dengan lebih mendalam.

Ayah mertuanya beralih sedikit ke tepi sementara Mirza melabuhkan punggung di sisi isterinya, kegembiraan dan kebanggan terbias di wajahnya tatkala itu.

Ainul tidak pernah melihat suaminya sebegini rupa... Mirza menghantar renungan tajam bertanda amaran supaya ayah mertuanya pergi dari situ, sebelum memandang semula ke arah isterinya.

Dalam masa yang sama, Ainul merasa tidak selesa untuk menyusukan anaknya di hadapan suami dan ayahnya. Dia cuba mencapai tuala di meja katil tetapi Mirza terlebih dahulu mendapatkannya dan meletakkan tuala tersebut di atas bahu Ainul untuk menutup dada isterinya dan kepala anaknya. Mirza menyembunyikan anaknya dari pandangan lelaki tua itu. Tetapi dia mengangkat sedikit tuala itu di sebelahnya supaya dia dapat memerhatikan anaknya dan tidak mengendahkan renungan tajam dari isterinya.

"She's got a pretty healthy appetite, doesn't she?" ujar Mirza, kagum. "Sakit tak?" Ainul menggelengkan kepalanya sedikit sebagai balasan dan menjeling pada ayahnya yang kelihatan tidak selesa dengan keadaan itu tetapi dia berbuat tidak tahu sahaja.

 "Amran, we'll discuss the details of the broken contract at a later date. You ambil je lah ladang tu dan you simpan je lah duit yang aku dah bagi dulu tapi anak perempuan you sekarang dah jadi milik aku, samalah dengan anak kami ni. Samanlah aku kalau you nak memandangkan aku dah mencabuli perjanjian kita berdua. I don't give a damn."

"I don't want that useless piece of land back, we could renegotiate the terms..." tawar Amran dalam keadaan terdesak dan Ainul tiba-tiba hilang kesabaran melihat karenah kedua-dua lelaki itu.

"Stop talking about me like I'm an expensive piece of meat," marah Ainul. "Take your sordid business elsewhere. I want it nowhere near my baby. Ayah, I've given you my conditions."

"Kau makin berani sekarang ya?" kata ayahnya, sinis.

"Saya lebih berani dari yang ayah sangkakan," Ainul tersenyum senang. "Years of constant rejection from the people you love can leave you with pretty tough skin. Ayah tak boleh lukakan hati saya lagi. Saya tak perlukan versi cinta ayah. Saya pun dah tak nak ayah ada dalam hidup kami lagi lepas ni."

"Yes, so brave now that you have your loving husband's support," kata-kata ayahnya itu bersulamkan kepahitan. "Tapi kau kena ingat, dia cuma sayangkan anak kau je, Ainul, dia tak mungkin sayangkan kau. Dia dah ada Nelly D'Angelo dan kau tunggu je lah masanya sebelum dia cari jalan supaya dapat jauh dari kau...."

Ainul mengelipkan mata, perasaan takut tiba-tiba menguasai diri. Sungguh dia tidak pernah mengambil kira akan perkara itu. Dia tidak menghalang dirinya dari memandang Mirza. Berubah sudah riak wajah suaminya dan tubuh itu juga menggeletar, seolah-olah menunggu masa untuk membunuh ayahnya.

"Saya rasa dah sampai masanya ayah pergi dari sini," bisik Ainul, pilu dan ayahnya merengus sekali lagi sebelum beredar dari situ.

"Kau jangan sesekali percaya cakap ayah kau tu, Ainul," bisik Mirza, memandang tepat ke arah isterinya. "Don't you bloody dare!"

"Saya tahu awak sayangkan dia, Mirza...." Ainul berbisik. Tidak pasti sama ada dia memaksudkan bayi itu ataupun Nelly dan daripada wajah suaminya, dia tahu bahawa suaminya juga tidak memahami kata-katanya tadi. "Awak nak ambil dia dari saya ke?"

"No!" Mirza terjerit dan bayi itu terkejut. Ainul memujuknya sambil mengusap perlahan-lahan tubuh anaknya sehinggalah anaknya terdiam kembali.

Mirza mencari semula kesabarannya dan bersuara dengan lembut. "Aku takkan sesekali buat macam tu pada kau. Aku takkan lukakan hati kau sampai macam tu sekali."

"Tapi awakkan nak dia..."

"Kalau kau maksudkan pasal anak kita, memang betul aku nakkan dia. Tapi aku nak korang berdua. Kau pun keluarga aku. Aku tak nak hidup berasingan dari kau. Aku nakkan kehidupan kita. Kehidupan yang kita bina sejak beberapa bulan ni."

"Apa maksud awak? Bukan kita asyik sebut pasal perceraian je ke...." tanya Ainul, bingung. 

"Aku maksudkan setiap malam yang kita habiskan bersama-sama.... tengok movies, main catur, bersembang... apa lagi yang boleh kau gambarkan selain daripada membina sebuah perhubungan? Kita tak pernah pun buat perkara macam pasangan lain buat. Tapi sejak dua menjak ni, kita dah berjaya lakukannya. Mungkin terlewat sikit, sayang tapi itu tak bermakna yang kita tak boleh selamatkan perkahwinan kita ni. Kau je yang selalu sebut pasal cerai. Aku tak pernah pun cakap tentang perkara tu. Aku nakkan kita. Bersama."

"Saya rasa...." bisiknya perlahan membuatkan Mirza tidak dapat medengar dengan jelas dan dia mendekatkan lagi tubuhnya pada Ainul. "Saya rasa awak ni seorang lelaki yang hebat, Mirza. Seorang lelaki yang baik dan sebab tu lah... saya tahu awak akan buat apa sahaja untuk betulkan semula keadaan. Awak sanggup berkorban demi memberikan kehidupan yang baik untuk saya dan Humaira. Tapi saya tak boleh biarkan awak buat macam tu. I can't let you keep forfeiting the things you want just because you think it's the right thing to do."

"This again. I went from demon to saint in pretty short order, didn't I? I want you to listen to me very... very carefully, Ainul because I won't be saying this again. Aku bukannya malaikat. Aku pentingkan diri bila aku cakap yang aku mahukan kau dan anak kita bersama dengan aku dan bila aku cakap yang aku mahukan kita sebagai satu keluarga. Aku ada tanggungjawab di Itali, orang-orang yang aku sayang dan perlu dijaga tapi sekarang ni aku tak nak ambil peduli pasal benda-benda tu sebab aku nak habiskan masa aku bersama dengan kau dan anak kita ni. Kehidupan yang kita bina sekarang, itu yang penting bagi aku. Jadi tolonglah berhenti bagitahu aku apa yang perlu aku buat dan cuba untuk berubah."

Ainul merenung suaminya, keliru. Beranikah dia untuk mempercayai setiap bait kata-kata suaminya? Atau itu sekadar suatu lakonan semata? Ainul menelan air liur, cuba memberi respons tetapi Mirza mendekatkan tubuhnya ke hadapan dan mengucup bibir isterinya, kelu Ainul seketika.

"Jangan cakap apa-apa, hummingbird. Cuma berilah aku peluang sekali lagi..." Mirza kelihatan seperti sedang menanti hukuman darinya. Mampukah dia untuk menolaknya? "Aku tahu apa yang aku minta ni berat bagi kau dan aku minta maaf. Tapi aku nak kau percayakan aku. Sekali je lagi... beri peluang pada diri kau untuk mempercayai aku." Ainul menggigit bibir, sebelum menarik nafas sedalamnya dan mula bersuara.

"Kita perlu namakan si kecil ni sebelum kita bawa dia balik ke rumah," katanya perlahan, mengabaikan permintaan Mirza yang menghembuskan nafas yang ditahannya dari tadi. Dia dapat merasakan tekanan yang keluar dari tubuh lelaki itu.

"Ada idea?" tanya Mirza, sambil membelai lembut ubun-ubun anak perempuannya. "Hmm, kalau dia dah berambut hitam, rasanya kita patut namakan dia Humaira," wajah Mirza bercahaya menunjukkan bahawa dia sukakannya dan dia menghadiahkan sebuah ciuman pada bibir isterinya yang sedang tersenyum itu. "Aku harap dia takkan jadi seorang gadis yang panas baran macam Dania yang kita pilih..."

"...Kalau dia ikut perangai kau, memang huru-haralah hidup kita," Mirza berjenaka dan Ainul menjelirkan lidahnya.

"Tolonglah, awak ingat awak tu baik sangat ke," lenting Ainul. "Kita namakan je dia Humaira dan mendoakan yang terbaik."

"Hmm, kalau dia ada sikap degil dan panas baran kau tu, aku rasa aku akan lebih sayangkan dia lagi," akui Mirza. "It'll certainly make life interesting."

"Kenapa awak asyik beli barang mainan dan pakaian untuk budak perempuan ye, Mirza?" tanya Ainul setelah lama mendiam dan tangan yang mengusap kepala tadi terhenti seketika, sebelum menyambung kembali. "Saya bersyukur sangat bila awak dah beli barang-barang tu semua dari awal. Tapi kenapa?"

"Kenapa?" Mirza menggelengkan kepalanya dan teragak-agak sekali lagi sebelum bertemu mata dengan mata isterinya. "Aku cuma... berharap yang anak kita ni perempuan,"  Melopong Ainul jadinya dek kata-kata Mirza. Dia tidak pernah terfikir pun tentang itu sebelum ini.

"Awak mengharapkan anak perempuan?"

"Ya. Terlalu," Mirza meyakinkan isterinya, matanya tetap pada wajah Ainul.

"Saya tak faham..." Ainul menggelengkan kepalanya sedikit. "Kenapa?" Mirza tidak menjawab, menjatuhkan pandangannya pada bayinya.

"Mirza?"

Mirza merenung isterinya sekali lagi. Dia cuma tersenyum sebelum mengangkat bahu.

"Ini bukan masa dan tempat yang sesuai untuk kita bincang tentang perkara ni, Ainul," Mirza mengecewakan hati Ainul dengan berkata sebegitu.

"Tapi..."

"We'll discuss it soon but right now I think  Humaira is ready to be burped," Dengan penuh canggung, Ainul memusingkan badan bayinya dan meletakkannya dengan berhati-hati supaya kepala anaknya itu berada di bahunya.

"Awak boleh panggilkan nurse tak?" Ainul bertanya pada Mirza. "Saya tak pasti nak buat macam mana."

"Rub your hand on her back in a circular motion," Mirza perasan akan riak terkejut di wajah isterinya sebelum menghela nafas. "Nurse tu ajar aku macam mana nak buat malam tadi lepas aku bagi dia susu botol masa kau tengah tidur."

Ainul mematuhi arahan suaminya dan akhirnya, si kecil itu sendawa kecil. Bunyi comel itu hanya pasangan yang baru bergelar ibu bapa sahaja yang akan menghargainya dan mereka tersengih antara satu sama lain ketika mendengarnya. Di saat itu, Ainul mula mempercayai bahawa dia akan hidup bahagia sehingga ke akhirnya sekali lagi.... dan itu membuatkannya terlalu takut.

_______________________________________________________

Suara halus yang datang dari bayi kecil itu mengejutkan Ainul dari lenanya. Dia cuba beralih dari katilnya sebelum bergerak ke bilik tidur bayi. Sejurus sahaja dia tiba di situ, Ainul terpandang akan Mirza yang sedang memujuk anak mereka yang sedang menangis di dalam dakapan suaminya. Lelaki itu cuma memakai seluar pendek sahaja dan dia memegang bayi itu rapat ke dada sasanya. Mirza berdendang perlahan pada Humaira dan Ainul terharu melihat gambaran yang terlakar di hadapannya ini.

Mirza mengangkat kepalanya tiba-tiba dan terlihat isterinya sedang berdiri di ambang pintu. Rambutnya kusut dan terpacak-pacak.

"Hey," Mirza tersenyum. "Aku ingatkan yang kau takkan terjaga. Kau nampak letih sangat pagi tadi. Aku tak rasa yang dia lapar pun. Cuma lampin dia je yang basah, tu yang sampai terbangun tu. Aku dah tukar pun tadi. Sekarang ni, anak kita dah bersih dan selesa tapi bad mood dia je yang belum hilang lagi," Ainul melangkah mendekati mereka dan menyentuh wajah Humaira sambil tersenyum gembira.

"Very cranky," Ainul mendekatkan tubuhnya untuk memberi ciuman pada dahi bayinya yang lembap dan merasakan Mirza terkaku seketika apabila pipinya mengenai dada suaminya sewaktu itu. Mereka berdua terdiam sementara sebelum Ainul menelan air liur dan mengundur ke belakang. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi malas dan memerhati Mirza yang menyambung membelai dan bercakap dengan anaknya yang masih menangis lagi itu.

Akhirnya Mirza juga duduk di kerusi malas bersebelahan Ainul, sementara dia menidurkan Humaira. Rengekan Humaira semakin menghilang sebelum dia tertidur. Ainul menoleh dan tersenyum apabila dia tersedar yang Mirza juga sudah terlelap di situ. Humaira masih setia di dada suaminya dan tangan kekar itu memeluk erat bayi mereka.



Ainul memandang dari lelaki itu ke bayinya dan tersenyum pada persamaan di antara mereka berdua. Humaira memiliki senyuman Mirza dan hidung itu benar-benar mirip suaminya. Ainul berdiri perlahan-lahan dan cuba mengambil bayinya dari pegangan Mirza. Kening lelaki itu berkerut apabila Ainul cuba mengalihkan tangan suaminya dan sebaliknya Mirza menguatkan lagi genggamannya.

"Mirza," bisik Ainul. "Biar saya letak dia dekat katil."  Mata Mirza terbuka dan dia tersenyum tatkala melihat Ainul berada hampir dengannya.

"Ainul," kata Mirza dan di kala itu, Ainul ternampak sinar cahaya di dalam mata coklat suaminya yang tidak mampu dia fahami. Ainul mengelipkan mata dan mata Mirza bertukar menjadi normal semula apabila dia tersedar sepenuhnya. Ainul tidak pasti sama ada ianya cuma sekadar bayangannya sahaja ataupun tidak. Mirza melepaskan pegangannya dan merendahkan kepalanya untuk mencium rambut hitam si kecil itu.

Ainul sedar yang suaminya sedang berdiri dan mengekorinya ke katil bayi. Mirza berada betul-betul di belakangnya dan memerhati dari bahunya ketika dia meletakkan Humaira di atas tilam.

"Mata dia sama macam kau," bisik Mirza ke telinga isterinya dan Ainul terlompat, terkejut dan terganggu dek kehangatan nafas suaminya pada kulitnya itu.

"Ya ke?" tanya Ainul bersahaja. "Saya tak boleh tahu pun."

"Memang sah ikut mata kau..." Mirza meletakkan tangannya di atas bahu isterinya dan Ainul tertekan dengan kehangatan tangan lelaki itu pada kulitnya yang terdedah. Nafas Ainul menjadi semakin tidak teratur. Tangan Mirza membelai bahunya perlahan-lahan.

Dia menarik isterinya ke belakang dengan lembut sehinggalah isterinya tersandar pada dada sasanya dan dia melepaskan pegangannya dengan senang hati. Kedua-dua tangannya melingkari pinggang Ainul pula dan dia cuma memeluk isterinya ketika mereka asyik memerhati anak mereka yang sedang tidur dengan lena itu.

Akhirnya, Ainul menggerakkan kepalanya ke belakang untuk bersandar di tubuh suaminya.

"Tengoklah apa yang kita dah buat," ujar Mirza, nada suaranya dipenuhi dengan rasa cinta dan bangga. "Dia sangat sempurna." Ainul tersenyum mendengar kata-kata suaminya itu.



"Alah, siapa-siapa pun boleh buat baby," Ainul mengusik dan Mirza mendengus.

"Yalah tapi ada tak diorang dapat anak yang sempurna macam anak kita ni?" Ainul memandang bayinya, dengan wajahnya yang bulat, ruam susu yang membuatkan pipinya berubah menjadi merah jambu dan rambut halus hitamnya itu.

"Tak... saya tak rasa diorang ada anak macam ni," Ainul bersetuju.

"Ainul..." suara Mirza berubah menjadi nada serius dan Ainul cemas sekali lagi. "Aku cuma... aku nak..." Mirza seolah-olah kehilangan kata-kata dan Ainul mengerutkan dahinya, memikirkan jika mereka akhirnya akan berbual mengenai perjanjian itu. Sudah sebulan Humaira dilahirkan dan mereka masih belum berbincang mengenai perkara tentang kenapa Mirza mahukan seorang anak perempuan.

"Terima kasih," kata Mirza akhirnya dan Ainul menoleh sedikit untuk melihat wajah suaminya, terpana mendengar ayat tersebut.

"Untuk apa?" tanya Ainul, keliru.

"Sebab dah berikan aku semuanya yang aku tak sangka aku akan miliki," kata Mirza setelah lama membisu. Suaranya berat dengan emosi dan matanya bertemu dengan mata Ainul.

"Apa yang saya dah bagi pada awak, Mirza?" tanya Ainul lalu berpusing supaya menghadap suaminya.

"Sebuah kehidupan," dua patah perkataan itu mengecewakannya kerana ia tidak memberi apa-apa makna langsung padanya. Baru sahaja dia hendak meminta Mirza supaya bercerita dengan lebih lanjut, suaminya bersuara. "Kebahagiaan, kegembiraan dan seorang anak perempuan yang sangat cantik..."

"Dan kebahagiaan dan kegembiraan je yang awak nak dalam kehidupan ni?" tanya Ainul setelah berfikir secara mendalam. Mirza tersenyum sedikit.

"Tak.. aku mahu lebih dari tu. Tapi ni pun dah cukup baik."

"Apa lagi yang awak nak?" soal Ainul ingin tahu.

"Kau."

"Awak kan dah dapat saya."

"Tak.. aku belum. Not the way you were before, when we first married... before I stupidly proceeded to trample your heart and ego into ground."

"Saya dah berubah sejak tu, grown up. Saya tak mampu jadi perempuan yang sama lagi."

"Yes, you haven't change in fantastic ways but you've just become more guarded. Dan aku tak salahkan kau. Tapi aku nak kau percayakan aku sekali lagi."

"Saya percaya," bisik Ainul.

"Tak, aku nak kau percayakan aku sepenuh hati kau, Ainul. Aku nak kau mencintai aku sekali lagi. Aku takkan sesekali lukakan hati kau."

"Kenapa saya perlu percayakan awak macam tu sekali lagi, Mirza?" tanya Ainul di dalam bisikan dan Mirza tersenyum, sebelum memegang wajah isterinya dan merenung sepasang mata bundar itu.

"Sebab aku cintakan kau, Ainul." Kata-kata itu mengejutkannya. Ainul sepatutnya sudah boleh mengagak tentang itu, sepatutnya dia sudah tahu suaminya akan mengatakannya... tapi buat seketika dia tidak mampu berfikir dan dia tidak tahu untuk memberi respons pada bait bicara suaminya tadi.

Mirza tersenyum pahit.

"Aku tahu kau masih belum percayakan aku," bisik Mirza. "But I'll make it my life's work to convince you." Mirza menundukkan kepalanya dan mencium isterinya lembut, bibir itu basah, lembut dan manis di bibirnya. Mirza mengangkat kepalanya terlalu cepat dan Ainul menjengketkan kakinya untuk menyambung kembali aksi tadi.

"Mirza..." Ainul tidak tahu untuk berkata apa tetapi Mirza menggelengkan kepalanya dan tersenyum mesra.

"Tak apa. Aku cuma nak kau tahu je." Mirza mengucupnya sekali lagi. Kali ini lelaki itu semakin rakus.

"Doktor ada sebut pasal pantang larang dekat saya minggu lepas," Ainul mengingatkan dan Mirza merengus mendengar kata-kata isterinya itu.

"I didn't tell you how I felt because I was trying to get you into bed, Ainul," Ainul tersenyum melihat wajah suaminya yang sudah memerah.

"I know that, Mirza. Now hurry up and take me to bed, will you?"

Mirza mengangkat isterinya ke dalam dukungannya dan membawanya keluar dari bilik tidur bayi lalu menuju ke bilik tidur mereka.


p/s : okay, khas untuk readers saya yang setia. :) mampu x Ainul percayakan sekali lagi suami dia?

post signature
thank you for spending your time exploring my world :)

Wednesday, November 20, 2013

Life As A Student -MRSM- part 2

11:04:00 PM 3
Life As A Student -MRSM- part 2
10:37 p.m
apartment murni
baru balik dari food galore.
 
okay, kali ni aku sambung balik cerita yang berlaku dekat MRSM dulu. sejujurnya banyak pengalaman yang aku dapat dekat sana berbanding dekat tempat lain. aku ingat lagi time form 2, budak kelas aku kena buat esei pasal 'sekolah berasrama lagi bagus or sekolah harian?' duh. aku mana pernah sekolah asrama, sebab tu lah aku kata sekolah harian lagi bagus.
 

tapi bila aku dah masuk maktab, baru aku nampak perbezaan dia. aku menyesal pula buat karangan tu. haha. sebab apa tau? sebab dekat MRSM aku dapat ramai kawan, sebab dekat MRSM aku kenal macam-macam perangai, sebab dekat MRSM aku tahu macam mana nak berdikari and macam-macam lagi.


mula-mula orang kata dekat asrama ada hantu. alah, makhluk tu kat mana-mana ada. kalau bukan hantu betul pun, hantu manusia ada juga. suka pedajal orang. sama lah tu. ops~ alahai adik-adik sekalian yang takut nak masuk asrama, x perlu risau dik. nanti menyesal bila x dapat masuk. serious. 'H' tu kalau kita x kacau dia, dia x kacau kita. insya-ALLAH. ALLAH kan ada :)

 
aku ni jenis pendiam. eh, banyak cakap. tapi since aku x kenal lagi semua orang, aku diam sahaja. aku x reti nak bermesra dengan orang. aku ditempatkan di dalam kelas 406. yep, kelas kitorang tak ada nama. sekadar nombor sahaja. tapi aku sayang sangat dengan diorang. diorang semua x memilih dalam berkawan. maybe sebab kitorang orang jauh, and tu je lah kawan yang kita ada.
 
aku mengaku, kami mengaku, kadang-kadang bosan juga, hari-hari asyik menghadap muka sama je. haha. tidur nampak muka dia, makan nampak muka dia, belajar pun muka dia. 
 
macam dah tak ada muka lain dalam dunia ni. tapi muka-muka tu lah yang menjadi penyeri dalam hidup kita sebagai seorang pelajar. muka-muka tu yang buat kita bersemangat nak belajar dekat situ. dan muka-muka itulah yang membuatkan aku berjaya di sana. 
 
MRSM ni dah dischedule kan dengan macam-macam aktviti. aku mestilah x ketinggalan. dah satu kelas kena join. ada dikir barat, ada nasyid, ada minggu bahasa, ada mighty minds dll. menyesal kalau x join, nanti x dapat buat dah. paling best bila time dikir barat tu, kitorang kena pakai baju melayu. apa lagi, minta dekat budak lelakilah. hahahaha. nasib baik diorang bagi. (dikir barat english version okay)
 
 


 
tapi apa yang paling aku suka bila dapat pergi MRSM lain. aku pernah pergi MRSM Merbok, MRSM Taiping, MRSM Kuala Berang and macam-macam lagilah. memandangkan aku suka berjalan, so aku berusaha bersungguh sungguh untuk dapat keluar dari maktab tu as many times as possible. lagi-lagi bila senior kata susah nak naik bas maktab. orang tertentu je dapat naik. lol, sungguh aku tertipu. naifnya aku dulu. -.-
 
kitorang cuma ada 166 orang je satu batch. nampak macam banyak kan. tapi semua orang kami kenal. cakap je nama. kitorang tahu dia kelas mana, yang mana satu dia. 
 
yang paling best bila kitorang bertukar-tukar baju kurung. sampaikan budak lelaki pun cakap 'eh, ni bukan baju .... ke?'. ha, nampak x betapa rapatnya kitorang ni sampai semua benda boleh tahu. kelas aku x banyak lelaki. kesiannya. tapi setiap lelaki tu ada perangai dia sendiri. si kaum perempuan pun apa salahnya. ^^,
 
 

 

okay, nanti sambung lagi. x boleh cerita banyak-banyak dalam 1 hari. nanti orang malas nak baca. (macam ada orang baca je -.-)
 
 adios~
post signature

Cinta Matchmaker -bab 8-

10:51:00 AM 2
Cinta Matchmaker -bab 8-
p/s : siapa yang masih belum menjawab PMR, anda tidak digalakkan untuk membaca entry ini. 


bab 8

Terdapat beberapa buah kamera di ruang tamu, dapur, dan kedua-dua bilik tidur Safrina. Mereka sudah pun tahu berkenaan dengan talian telefon itu. Menurut penjelasan dari pihak sekuritinya, kereta isterinya bersih dari segala peranti atau kamera tersebut.

Ah! Seseorang sedang memerhatikan Safrina berpakaian dan tidur. Wanita itu memberitahunya mengenai perbualan tentang perkahwinan palsu mereka suatu masa dulu di antara isterinya dengan kawan baiknya sahaja. Besar kemungkinan, si lelaki yang berpura-pura menjadi tukang baiki telefon itu yang memasangnya. Atau mungkin seseorang telah menyelinap masuk ke dalam Safrina ketika isterinya sedang sibuk berlari di tepi pantai.

Selepas itu, setiap perbualan mereka hanyalah melalui telefon bimbit sahaja dan kebiasaannya ia berlaku di luar rumah. Walau bagaimanapun, mereka cuma sekadar berbual tentang majlis resepsi dan juga orang yang perlu isterinya bertemu kelak. Sejujurnya, mereka berbual seperti pasangan pengantin yang lain sedangkan mereka berdua masih belum mengenali antara satu sama lain lagi.

Alfie memandu sambil Safrina menunjuk arah laluan ke rumahnya.

Setibanya mereka sampai di tempat yang dituju, realiti mula mengetuk minda Safrina.

"Kuatnya awak genggam tangan awak tu," Alfie memberitahu. "Kenapa?"

"Jawapan jujur?" Safrina bertanya, walaupun tahu apa yang akan dijawab oleh Alfie nanti.

"Mestilah."

"Cium awak."

Alfie melirik seketika melalui cermin mata gelapnya dan menghala semula ke arah jalan di hadapan. "Salah ke cium saya?"

"Ya lah," luah Safrina. "Maksud saya, tak."

Alfie tergelak kecil. "Yang mana satu ni?"

"Ugh. Macam mana kalau saya tercekik? Macam mana kalau saya tak nampak meyakinkan?" Bagaimana pula kalau dia merosakkan rancangan mereka dan memberi apa yang kamera itu harapkan selama ini yang akhirnya membuatkan Alfie kehilangan segala hartanya?

Alfie mengalihkan sebelah tangan dari stereng kereta dan melabuhkannya di atas tangan isterinya yang dingin. "Safrina?"

"Ya."

"Bertenanglah. Let me take charge here."

Safrina menggelengkan kepala. Tetapi kedua-dua tangannya menggeletar di saat mereka sudah tiba di tepi rumahnya. Alfie mematikan enjin dan berpusing untuk memandang si isteri. "Jom kita masuk dan kemas barang awak."

"Awak nak terus cium saya ke bila kita dah masuk nanti?" Oh Tuhan, dia perlu tahu.. jadi senanglah untuk dia bersiap sedia terlebih dahulu. 

Alfie menggerakkan badannya ke hadapan dan membuka cermin matanya. "Sini sekejap," bisik Alfie, merenung bibir mungil si isteri.

Safrina mengengsot sedikit, memikirkan yang lelaki itu ingin berbisik sesuatu kepadanya.

Sebaliknya, Alfie merapatkan wajah mereka dan mengucup lembut bibir isterinya. 

Kehangatan itu terasa dari kepala sehinggalah ke tumit kakinya. Matanya tertutup rapat ketika dia mula merelakan ciuman dari suaminya itu. Kemudian, lelaki itu menghentikan kelakuan mereka. 

"Nak cium senang je," kata Alfie di sebalik bibir Safrina yang masih terbuka. "Nak berhenti tu yang susah sikit."

Alfie mengelap bibir bawah isterinya menggunakan ibu jari sebelum berpusing dan membuka pintu keretanya.

Safrina berdiri dengan kaki yang masih longlai dan membiarkan sahaja Alfie memegang lengannya. 

Alfie memerhati sekeliling kawasan perumahan tersebut bersama pandangan risau. "Kawasan ni nampak macam tak selamatlah bagi saya. Dah berapa lama awak tinggal dekat sini?"

"Dua tahun," jawab Safrina ketika dia membuka kunci pintu rumahnya.

Mereka melangkah masuk dan Safrina meletakkan beg tangannya di atas meja berdekatan."Saya ada simpan kotak-kotak dekat belakang rumah."

"Nanti saya ambil yang dekat dalam kereta punya."

Ketika mereka berdua melalui arah yang berlainan, Safrina mendapati dirinya sedang menjeling pada kamera yang dia tahu tersembunyi di dalam almari bukunya. Berjalan melepasi kamera tersebut, dia menuju ke dapur untuk pergi ke belakang rumahnya dan kembali semula bersama beberapa kotak dari pelbagai saiz. Dia mencampakkannya di atas meja kopi dan meninjau di sekeliling ruang tamu itu.

Alfie membeli setengah dozen kotak yang masih lagi leper tidak berlipat dan berbalut dengan plastik.

"Kotak yang bersih tu kita sumbat dengan pakaian saya lah," Safrina mencadangkan.

"Okay," kata Alfie sambil memandang ke arah anak tangga.

Safrina berjalan dahulu ke bilik tidurnya dan membiarkan Alfie membaling kotak tersebut ke atas katilnya. Alfie mengambil kotak itu satu persatu dan melipatnya menjadi supaya menjadi kotak yang sempurna. Selepas beberapa ketika, kesemua kotak itu sudah pun siap tersedia.

"Awak nak saya mula dekat mana dulu?" tanya Alfie.

"Dalam almari."

Selepas beberapa minit mengemas, Safina terus terlupa tentang kamera itu dan mendapati dirinya sedang sibuk menggeledah barang di dalam laci almarinya. Dia mencapai seutas getah rambut dan mengikat rambutnya menjadi tocang kuda.

"Perlu tak saya risau dengan kasut-kasut awak yang ada dekat dalam almari ni?" Alfie bertanya, risau.

Safrina tergelak. "Awak yang suruh saya pergi shopping kan," usiknya.

"Kalau macam tu, rasanya saya kena upah orang untuk buatkan walk-in khas untuk awak nanti." Ada tawa di dalam nada suaranya.

"Perempuan kan suka baju."

"Dan kasut, nampaknya. Ya Allah, saya tak tahu pula ada orang perlukan kasut sebanyak ni."

Safrina menyimpan seluar kecilnya ke dalam kotak dan mencari lagi. "Saya ni pendek, in case kalau awak tak perasan. I need heels to see how the rest of you live."

Alfie mendekati. "Mana ada awak pendek," katanya.

Safrina berpaling dan melihat suaminya sedang memegang sepasang kasut tinggi bertumit empat inci.

"Vertically challenged, then." Dia berdiri untuk membuktikan kata-katanya. "Nampak tak?" Di sebelah lelaki itu, kepalanya hanya bertemu setakat dagu Alfie sahaja. "Pendek!"

Mata Alfie memandang ke arah tubuh isterinya. "Saya takkan ubah apa-apa pun tentang awak," dia memberitahu Safrina. Tangannya diangkat dan ditarik getah dari rambut wanita itu. 

Jemari Alfie bersentuhan dengan wajahnya dan Safrina terus terlupa untuk bernafas. Semakin rapat tubuh itu dengan tubuhnya, semakin berkurang oksigen yang ada di dalam paru-parunya. Dia melangutkan kepala ketika Alfie merapatkan wajah dan dia membiarkan sahaja lelaki itu mengucup bibirnya. 

Alfie menjatuhkan kasut tersebut dan dipeluk pinggang isterinya, erat.

Hanya selepas kucupan itu, barulah Safrina teringat akan kamera yang sedang menghala ke arah mereka berdua. 

Safrina menjadi kaku, tetapi Alfie masih tidak melepaskannya. Sebaliknya, dia membawa tangannya ke belakang tubuh isterinya. Mendesah lembut, Alfie melepaskan bibirnya dari bibir wanita itu. Bibirnya meliar pula di tengkuk dan bahu isterinya.

"Saya rindu sangat dengan awak," bisik Alfie di sebalik rambut isterinya.

Safrina mencapai bahu lelaki itu dan mencengkamnya perlahan. "Saya pun rindukan awak juga."

Alfie memandangnya lama dan cahaya kegembiraan yang bersinar di mata itu membuatkan dia tersenyum. Apabila dia menyentuh wajah suaminya, lelaki itu tersentak dan mengucupnya sekali lagi, rakus. Alfie mungkin sekadar berlakon di hadapan kamera, tetapi dia terasa bagai semua ini adalah realiti.

"Awak tahu tak apa yang saya nak?" Alfie bertanya ketika dia menghentikan kelakuan mereka.

"Apa dia?" 

"I want us in the shower."

Safrina tersenyum malu dan membiarkan suaminya membawa mereka keluar dari bilik itu dan jauh dari mata lain yang memandang. 

Akhirnya, mereka berdua bersendirian. Tiada kamera, dan tiada mata yang menyaksikan kelakuan mereka. Alfie sekadar berdiri di penjuru bilik air, manakala Safrina pula melabuhkan punggung di atas kaunter.

"Patut ke kita buka shower tu?" akhirnya Safrina bertanya, tidak pasti bagaimana mahu memandang lelaki itu. 

Kening Alfie terangkat dan dia tersengih sumbing. "Is that an invitation?"

"Untuk kamera tu lah," laju sahaja Safrina menjawab.

Sinar kecewakah itu yang terpancar di mata suaminya? "Oh." Alfie menggelengkan kepala dan membuka pancur air. Bilik itu menjadi sejuk serta-merta.

"Gila betullah, kan?" Safrina bertanya pada suaminya, terdesak ingin tahu di mana fikiran lelaki itu melayang sekarang ini.

Alfie mengusap rambutnya ke belakang dan Safrina mula menyedari bahawa itu adalah salah satu petanda apabila suaminya sedang tertekan. "Apa yang lagi gila bila saya terlalu inginkan awak, dan berapa ramai orang yang perlu kita yakinkan yang kita memang dah bersama walaupun kita tak sebenarnya."

Safrina cuba tersenyum, untuk menenangkan hati mereka berdua. "When you put it that way, we sound certifiable."

Wap panas dari pancur air itu mula menyelebungi ruang bilik air. 

"Berapa lama kita kena duduk dalam bilik air ni?"

Alfie merenung dinding seolah-olah tempat itu menyimpan jawapan kepada persoalan isterinya. "Well, saya pun tak pasti. Lama lah kot rasanya."

Diam.

"Why are we sitting out here and letting all that hot water run down the drain again?"

Aduh.. hubungan intim tidak pernah termasuk di dalam rancangan mereka berdua. 

"Because we're both mercenaries, dan tidur bersama tak pernah ada langsung dalam rancangan kita ni. Impulsive action could ruin everything." Bibirnya sahaja yang berkata begitu, tetapi hatinya sendiri tidak mahu mendengar.

"Kita boleh ubah plan kita tu," cadang Alfie.

Badan Safrina bergetar. "Apa maksud awak?" 

Kini, senyuman Alfie semakin terserlah membuatkan matanya juga bercahaya. "Kita berdua dah besar. Saya suka awak, awak pun suka saya kan."

Fikiran Safrina menjadi tidak menentu. Apalah yang Alfie nampak di dalam dirinya ini? Berbanding dengan Daisy atau Troy.. ops, Troian, dia cumalah sekadar seekor itik berwarna hitam yang dikelilingi oleh swan putih. 

"Saya tak sukalah buat macam ni. I've never embarked on an affair with an end date in mind."

"Saya pun sama juga." Ketika Alfie bersuara, dia mendekatkan tubuhnya, tangan diletakkan di atas kaunter yang diduduki oleh isterinya.

"Right! Sebab tu lah hubungan awak selama ni memang tak pernah kekal lama kan."

"Kebetulan je tu."

"Penipu."

Mata Alfie membulat, terkejut. "Awak dah lukakan hati saya."

"Alah, it would take more than that to wound you."

Alfie melarikan jari-jemarinya di bawah dagu dan ke bibir mungil isterinya. "Awak memang dah kenal saya. Kita ada banyak persamaan, Safrina. Apalah salahnya kita buat apa je yang kita suka?"

"Awak memang selalu macam ni ke bila deal dengan orang?"

"Am I convincing you?" Tangannya menjumpai pinggang Safrina dan dia memegang erat.

"Mana adil awak tanya saya bila awak perangkap saya macam ni. Awak perasan, kan?"

"Saya tak pernah main adil-adil ni. Saya takkan main kalau saya tahu yang saya takkan menang nanti."

Itu adalah satu amaran. Dan Safrina perlu bertindak pantas. Akhirnya, dia menghentikan kelakuan Alfie. "Nantilah saya fikirkan pasal tu," dia memberitahu, sebab dia tahu dia tidak mampu menolak dan dia juga terlalu berat untuk menerimanya. 

Alfie tersenyum mesra. "Okay."

Safrina menolak dada suaminya, melompat turun dari kaunter, dan mula membuka bajunya. 

"Aik, dah habis fikir dah?"

Safrina menjulingkan mata dan mencampakkan baju tersebut di atas lantai. Walaupun dia bertindak di luar batasan, pipinya masih berubah menjadi kemerah-merahan. Malu tetapi dia perlu melakukannya juga. "Bagi baju awak," pintanya.


"Apa?" Mata Alfie meliar di tubuh isterinya. Senang sungguh nak goda kaum lelaki ini. Tayang sahaja tubuh sudah mampu membuat mereka terkelu seribu bahasa.

"Baju awak."

Alfie mengelipkan mata, dua kali, tiga kali dan kemudian dia membuka butang baju putihnya mendedahkan dada sasanya itu.

Mengelak untuk memandang tubuh lelaki itu, Safrina bergerak ke tepi dan menolak tirai mandi ke belakang. 

"Jangan mengada-ngada nak intai ye."

"Apa yang awak buat ni?"

Aduhai.. kasihan suaminya itu. Tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.

"Sorry you missed it, tapi kita dah lama sangat dekat dalam bilik air ni. Takkanlah nak keluar dengan rambut kering macam ni, mestilah orang tahu. Awak jangan lupa mandi pula nanti."

"You're wicked." Kata-kata itu membuatkan Safrina ketawa.

Alfie mengusap wajahnya menggunakan kedua-dua belah tangan. "Alang-alang kita nak yakinkan diorang yang tengah tengok tu.... apa kata..."

"Oh, tak mungkin terjadi," laju sahaja Safrina menyampuk. Sesudah dia membasahkan rambut dan wajahnya, dia memakai baju Alfie, dan keluar dari bilik air secepat mungkin. Sepanjang dia mengemas segala barang keperluannya, bibirnya mengukir senyuman bahagia. 

p/s : okay, ini sahaja buat masa sekarang. minggu depan saya ada test lagi. dua test hardcore. so, saya berhenti kejap for a while. adios~ 



post signature
thank you for spending your time exploring my world :)