12/01/2013 - 01/01/2014 - Amy Syeera

Monday, December 30, 2013

Cinta Matchmaker -bab 15- teaser

11:31:00 PM 2
Cinta Matchmaker -bab 15- teaser


BAB 15

Safrina menghabiskan hampir keseluruhan masanya cuba mengadaptasi diri dengan suasana yang dialaminya. Dan sekali lagi, hidup di dalam satu penipuan ini ternyata sangat memenatkan. Sedangkan Alfie juga kelihatan tertekan setiap masa.

Majlis resepsi berlaku pada hari esoknya dan segalanya sudah siap dijalankan. Apa yang Safrina perlukan hanyalah masa untuk melarikan diri daripada keluarga Alfie yang terlalu mendesak.

Safrina berjaya melepaskan diri ke dalam perpustakaan, cuba mencari alasan jika Alfie menjumpainya nanti.

"Itu pun awak."

Dengan hanya memakai seluar sukan bersama baju panas yang melebarkan lagi bahu tegap lelaki itu, Alfie kelihatan sangat enak untuk dibaham. "Saya ingatkan awak dah pergi pejabat."

Alfie menggelengkan kepala. "Saya tak boleh tinggalkan awak harini."

Keliru, Safrina bertanya, "Apa yang istimewanya harini?"

Alfie membawa sebelah tangan ke dada dan berpura-pura kecewa. "Saya tak percaya yang awak boleh terlupa."

Safrina ketawa. "Don't give up your day job for that acting gig," usiknya.

"Awak memang tak tahu harini ada apa ye?"

Hari ini bukannya cuti, Amerika hatta Eropah, hari jadi lelaki itu sudah lepas, dan dia pula tinggal beberapa bulan sahaja lagi. "Tak tahulah."

Alfie mencapai kedua-dua belah tangan isterinya dan diletakkan di dadanya. "Kita dah kahwin selama sebulan."

Ya Tuhan, betul kata lelaki itu. Hakikat bahawa suaminya mengingati hari itu membuatkan dia terharu, menunjukkan betapa sentimentalnya hati seorang lelaki bernama Alfie Hakimi. "Wow. Dah sebulan rupanya kita kahwin." Terasa macam lama pula.

"Saya tahu macam mana nak celebrate juga."

"Awak nak sambut ulangtahun kita yang sebulan je ni?" Safrina mengerling di sebalik bahu Alfie untuk melihat jika ada sesiapa yang sedang mendengar. Dia tidak nampak sebarang kelibat di luar jadi dia membiarkan sahaja persoalan bermain di dalam benaknya. 

Alfie mengenyitkan mata pada isterinya dan menyatukan jemarinya dengan jemari Safrina. "Jomlah."

Dia menarik wanita itu keluar daripada bilik, turun ke dewan besar, dan keluar ke pintu hadapan. "Kita nak ke mana ni?" Inilah Alfie yang dia sukai, apabila lelaki itu bersikap tenang. 

"Jauh."

"Cryptic much?" tanya Safrina. "Mana?"

"Nanti awak tahulah."

Alfie bukan membawa Safrina ke kereta, sebaliknya dia menuju ke kandang kuda. "Awak cakap yang awak boleh menunggang, kan?"

Mereka pernah berbual mengenai kuda sebaik sahaja mereka tiba di Amber. "Boleh, tapi dah lamalah saya tak naik."

"Kita bukannya pergi jauh mana pun."


p/s : adoi, busynya... sori ye. nanti saya sambung. banyak sangat esaimen ni. dah nak final exam!! T___T




post signature

Friday, December 27, 2013

Caraku Menulis E-Novel

1:10:00 AM 3
Caraku Menulis E-Novel
12:53 p.m
apartment murni
tidur time!






assalamualaikum and hello everyone! hari ni tak ada kerja sikit. nak sambung buat cerita, tapi ilham x datang lagi. kepala serabut dengan benda lain. sobs~ 

Wednesday, December 25, 2013

Cinta Matchmaker -bab 14-

2:31:00 PM 4
Cinta Matchmaker -bab 14-

BAB 14

Jikalau Alfira mempunyai sebarang syak wasangka kepada Safrina yang hadir di sisi Alfie, dia ternyata berjaya menyimpannya. Wanita muda itu memeluk lengan Safrina sesaat sahaja Alfie mengiringinya ke dalam halaman mewah itu dan tidak melepaskannya pergi. Alfira sangat muda, jelita, peramah dan tidak dinafikan lagi, sangat manja. Engku Fareeda menyambut anaknya dengan senyuman mesra dan memperkenalkan Safrina kepada pakcik Alfie, dua sepupunya, yang kedua-dua mereka asyik memerhatikan dirinya bagai helang yang ingin menerkam mangsa, dan seorang mak cik yang berada di samping Engku Fareeda.

Tuesday, December 24, 2013

Cinta Matchmaker -bab 14- teaser without editing

8:51:00 PM 2
Cinta Matchmaker -bab 14- teaser without editing

BAB 14

Jikalau Alfira mempunyai sebarang syak wasangka kepada Safrina yang hadir di sisi Alfie, dia ternyata berjaya menyimpannya. Wanita muda itu memeluk lengan Safrina sesaat sahaja Alfie mengiringinya ke dalam halaman mewah itu dan tidak melepaskannya pergi. Alfira sangat muda, jelita, peramah dan tidak dinafikan lagi, sangat manja. Engku Fareeda menyambutnya dengan senyuman mesra dan memperkenalkan Safrina kepada pakcik Alfie, dua sepupunya, yang kedua-dua mereka asyik memerhatikan dirinya bagai helang yang ingin menerkam mangsa, dan seorang mak cik yang berada di samping Engku Fareeda.

Beberapa pembantu rumah berdiri bersedia untuk mengambil bagasinya, meyediakan teh kepadanya, dan menghilang semula ke belakang. 

"Tahu tak akak betapa gembiranya Fira bila ada perempuan yang dekat-dekat dengan umur Fira ada dekat sini," Alfira memberitahu Safrina. Apabila Alfie menyembunyikan loghatnya, Alfira pula dengan penuh bangga bercakap dengan bahasa itu.

"Fira kan memang selalu ada teman," tutur Engku Fareeda.

"Teman, ya, tapi kalau dengan keluarga ni lain. Betul kan, kak? Fira tak pernah ada kakak nak main sama-sama." Alfira menyerlahkan gigi putihnya yang menawan. Buat seketika, Safrina terasa bersalah. Walaupun dia mempunyai adik perempuan, Sadiya tidak cukup sihat untuk mempunyai hubungan dengannya sepertimana yang dicadangkan oleh Alfira.

Seolah-olah Safrina diberi peluang kedua untuk mempunyai adik perempuan melalui Alfie. Tetapi sekali lagi, tahun perhubungan mereka pasti akan berakhir juga tidak lama lagi. "Rasanya," jawab Safrina.

"Fira dah sediakan teh dekat bilik merah, Alfie. Apa kata kita duduk kat sana? Senang sikit kita nak dengar segala cerita pasal kak Fira dengan Alfie nanti."

Alfie berjaya menyelitkan diri di sebelah Safrina dan mencapai lengannya. Haba yang datang dari tubuh lelaki itu membuatkan dia terasa lebih selesa. Suaminya mendekatkan bibir ke telinganya dan berbisik, "Awak macam mana?"

Safrina perasan akan sepupu Alfie, Junaidi yang sibuk memerhatikan mereka, mata itu mencerun, bibir itu ditarik ke bawah. Dia mengangkat tangan Alfie dan mencium jari jemari itu. Sinar cahaya di wajah suaminya menghilangkan segala gusar di dalam hati. "Okay je," Dia mengeluarkan kata-kata itu dan Alfie menggenggam erat tangannya.

Engku Fareeda membawa mereka ke dalam bilik merah. Siling bercorak dikenakan dengan dinding yang dicat dengan warna merah, kelabu berserta putih. Nampak sangat cantik bilik tersebut. Lukisan bunga-bungaan dan langsir sutera membuatkan bilik itu kelihatan lebih feminin. Sejambak bunga segar yang besar terletak elok di atas meja kecil berdekatan dengan tingkap.

Di atas meja kecil, sudah disediakan dengan manisan, sandwich, di mana kaum lelaki mencapainya dahulu sebelum menghirup teh masing-masing.

"Kamu pernah ke Eropah sebelum ni?" Engku Fareeda bertanya ketika dia menuang teh gelap ke dalam cawan-cawan kecil.

"Ada. Masa sekolah menengah dulu."

"Kalau macam tu, akak tahulah sekarang ni masa untuk minum teh," kata Alfira.

"Alah, itu sekadar alasan untuk makan snek je kan," Alfie memberitahu adiknya.

Alfira tidak mengendahkan abangnya. "Jangan dengar cakap abang. Dia tu memang alergik dengan semua benda yang ada kaitan dengan negara nni. Fira pun tak terkejut bila abang kata dia dah kahwin dengan perempuan Melayu. Ya lah, sebab kat sini mana ada Melayu asli dah. Banyak mix je."

"Fira!" marah Engku Fareeda.

"Betullah."

Safrina tergelak kecil.

"Bukan salah abang kalau perempuan-perempuan dekat sini tak berjaya pikat hati abang ni," Alfie mempertahankan dirinya.

Junaidi berhenti makan untuk bertanya, "Jadi kau dengan Safrina dah kenal lama lah?"

Safrina dan Alfie sudah bersetuju hanya lelaki itu sahaja yang akan menjawab segala persoalan mengenai perhubungan mereka berdua. Dengan cara itu, tiada di antara mereka yang berlainan pula cerita. 

"Tak juga."

"Habis tu?" Halimah, mak cik Alfie bertanya.

"Kami jumpa bulan lepas."

"Bulan lepas?" Alfira kedengaran terkejut. "Macam mana abang boleh kahwin dengan orang yang abang tak kenal sangat?"

Alfie meletakkan cawannya ke bawah dan mencapai tangan Safrina. "Kalau diikutkan, kali pertama abang berjumpa dengan Kak Rina, abang sanggup bernikah dengan dia. Ada sesetengah perkara dalam hidup ni yang kita tahu are the right thing to do."

Azizi, pak cik Alfie, bangun dari kerusinya. "The right thing, you say. Ada sesuatu yang kamu tak bagitahu kami ke?"

Rahang Alfie menegang. "Apa yang pak cik cakap ni?"

Para wanita sudah kehilangan suara, mata mereka semua terarah pada Safrina.

"Dia mengandung ke?"

Alfie tertekan. "Dia, ada nama, dan saya sarankan supaya pak cik gunakan nama tu daripada berpura-pura macam Safrina tak pernah wujud dalam bilik ni." Bait bicara Alfie itu menggetarkan jiwa Safrina. Ini adalah sisi suaminya yang jarang dia lihat, dan dia sememangnya tidak mahu menyaksikan sikap itu sekali lagi.

Sebuah senyuman sinis terukir di wajah Azizi, tetapi sebelum Alfie sempat berkata apa-apa, Safrina menjawab, "Saya tak mengandung luar nikah."

Walaupun kesemua kaum Hawa di dalam bilik itu hanya diam membisu, tetap terdengar keluhan lega di antara mereka tatkala mendengar pengumuman itu.

"Kalau macam tu, kamu kahwin sebab wasiat," ayat itu pula datang daripada sepupu yang paling muda, Syazwan, yang duduk di sebelah Junaidi, yang tidak bersuara.

Alfie sudah berdiri, tangannya digenggam menjadi penumbuk. 

Safrina duduk tegak untuk meletakkan cawannya ke tepi dan mencapai tangan suaminya. "Sayang, kita kan dah agak yang diorang akan tanya pasal motif kita." Kemudian, seolah-olah dia sudah dilahirkan untuk menipu, dia berkata, "Macam manalah diorang nak tahu tarikan kuat yang kita rasa masa kita mula-mula jumpa buat pertama kali, ataupun rasa untuk bersama dan berkahwin tanpa bertunang dulu?"

Engku Fareeda akhirnya bersuara, menenangkan suasana yang tegang di dalam bilik itu. "You make it sound so romantic, Safrina."

Safrina menarik Alfie untuk duduk semula ke kerusinya dan melabuhkan tangannya ke atas riba suaminya untuk mengelakkan lelaki itu dari mencekik manusia yang cuba memprovoknya dari tadi. "Tapi rasanya bonda tak nak tahu punya pasal kitorang ni, tapi anak bonda memang romantik."

"Fira nak tahu," Alfira menggigit bibirnya ketika dia berkata-kata.

Mata Alfie menyorot pada adik perempuannya. 

Lirikan Safrina dilarikan ke arah Junairi. Lelaki itu sekadar memerhatikan drama sebabak ini tanpa bercakap walau satu ayat sekalipun. Kesenyapannya memberitahu Safrina bahawa lelaki itu tidak menerima. Renungan dingin itu tetap setia pada Alfie dan Safrina tidak mampu dari berfikir akan sejauh mana Junaidi sanggup bertindak demi merampas takhta dan harta suaminya.

__________________________________________________________________

p/s : busy sangat sekarang. insya-ALLAH dalam minggu ni saya try habiskan dua chapter okay. ciao~









post signature

Wednesday, December 18, 2013

Beauty and the Dorky

10:15:00 AM 0
Beauty and the Dorky
9:45 a.m
apartment murni
32 degree celcius. hujan la..............



since aku ada Tumblr sejak tahun lepas, aku rajin singgah ke orang lain punya Tumblr. and then, i found this one song. i really like it and now i fall in love with the band already. nama kumpulan dia McFly. ha, mesti korang pun dah pernah dengarkan. kumpulan McFly terdiri daripada Tom, Dougie, Danny and Harry. 

Google Glass Stop Motion

8:00:00 AM
Google Glass Stop Motion
7:30 a.m
apartment murni




Dibuat oleh beberapa sahabat film-maker, stop motion video ini dilakukan pada pagi Ahad.
lebih kurang 1000 keping gambar diambil dan ia mengambil masa selama 4 hari untuk siapkan video ni.
and oh, this video is made by using Google Glass. Kreatif! 




post signature
thanks for spending your time exploring my world :)

Tuesday, December 17, 2013

Yo Drummers!

9:27:00 PM
Yo Drummers!
9:17 p.m
apartment murni
listen to the radio


kumpulan ini bernama Audio Zero. dia dah buat satu video untuk tunjuk dekat kita macam mana drum berbunyi bila dimainkan di beberapa tempat yang berlainan. Memainkan lagu dalam masa yang sama, mereka bawa kita on a journey through all sorts of mad places yang kita tak expect pun to spot a drum kit. 
padang bola, garaj kereta, jalan raya, dalam bangunan, bawah bangunan and et cetera et cetera...




p/s : dalam banyak-banyak musician, aku paling suka drummer. aku teringin nak main drum!!! please teach me. please please... 
post signature
thank you for spending your time exploring my world :)

Cinta Luar Biasa (1)

8:33:00 PM 0
Cinta Luar Biasa (1)
8:16 p.m
apartment murni
tunggu dinner.



assalamualaikum and hello everyone. memandangkan cerita yang aku selalu buat tak banyak sangat aku masukkan unsur agama, so aku bercadang, biarlah aku buat dalam artikel yang lain.

haritu aku balik dengan ayah aku. naik kereta. dalam perjalanan, ayah aku bercerita. ayah aku sangat suka bercerita. aku hanya menjadi pendengar setia. tapi cerita ni bukan sekadar satu cerita kosong je. ini nasihat.

Monday, December 16, 2013

Cinta Matchmaker -bab 13-

11:26:00 PM 4
Cinta Matchmaker -bab 13-

BAB 13

Kepala Safrina cepat sahaja mencecah bantal sebelum Alfie mengejutkannya daripada tidur yang indah. Selepas membersihkan diri, mereka berdua menjamu selera, walaupun pada hakikatnya dia sudah hilang nafsu untuk makan di waktu itu. Mereka akan ke Amber dalam beberapa minit sahaja lagi. Memikirkan yang keluarga Alfie akan melihat setiap gerak-gerinya membuatkan tubuhnya menggeletar. Safrina tahu dia sudah berjaya mengelak daripada menjawab segala persoalan yang bermain di minda bonda mertuanya sebelum ini. Kini dia kembali menjadi resah mengenangkan mereka akan hidup serumah tidak lama lagi.

Saturday, December 14, 2013

Cinta Matchmaker -bab 12-

11:38:00 PM 4
Cinta Matchmaker -bab 12-

BAB 12

Ketika dia mula melangkah turun ke tingkat bawah keesokan paginya, hari sudah pun lewat pagi. Pakaian mereka sudah dibasuh, pinggan mangkuk juga sudah dibersihkan dan disimpan rapi. Pastilah para pekerja Alfie sudah menjangka apa yang telah terjadi pada malam tadi di antara mereka berdua. Wajahnya menjadi merah, malu dan dia terpaksa menundukkan pandangannya setiap kali dia berselisih dengan mak cik Munirah ataupun Kak Zara. 

Friday, December 13, 2013

Prisoners -Movie Review-

11:33:00 PM 0
Prisoners -Movie Review-

IMDB rating : 8.1/10
rating aku : 9/10
genre : action, thriller, drama 
(budak berumur 15 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk tengok cerita ni okay)

rasanya dah lama sangat aku tak tengok cerita drama yang suspens macam ni. aku download je. sebab cover dia ada dua pelakon yang hebat dan yang sangat aku sukai. Hugh Jackman and Jake Gyllenhaal. tak boleh dinafikan lagi tahap kehebatan diorang dalam berlakon.

and then kawan aku kata dia tengok trailer, dia kata macam best. kawan dia pun ada recommend. so habis je exam kami harini, kami pun layan la...

cerita dia dari mula sampai habis memang menguji kesabaran. sungguh, aku tak tipu. aku layan dengan kawan dekat dalam bilik. pasang speaker kuat-kuat, tutup lampu (baru real), terus buka lampu satu jam kemudiannya sebab terlalu takut.

cerita ni tak dinafikan sama hebat dengan cerita horror yang korang pernah tengok. sebab apa tau? hmmm.... 

kisah dia bermula macam ni. ada dua happy family yang tinggal dekat satu kawasan perumahan tu. diorang memang happy lah. time tu ada Thanksgiving untuk mereka-mereka yang menyambutnya. Ada dua orang budak kecil perempuan yang berumur dalam 6-7 tahun yang bernama Joy dan Anna. Si Joy ada kakak, si Anna pula ada abang. 

memandangkan diorang tengah sambut Thanksgiving, diorang stay dekat rumah yang sama iaitu rumah parents Joy. budak-budak, ada je benda yang dia nak tunjuk dekat kawan dia. so, dia bagitahu bapa dia yang dia nak pergi balik rumah diorang sebab nak cari something. bapa dia pun bagi tapi dengan syarat, si abang dengan kakak kena ada sekali.

rupa-rupanya diorang tak ajak abang dengan kakak diorang. so, hilanglah mereka tanpa khabar berita. ha, suspens dia bermula dekat sini. bila anak dah kena culik, semua orang kau akan rasa macam dia yang bersalah. sampaikan si bapa Anna culik seorang mamat ni sebab dia syak mamat ni yang culik anak-anak diorang. 

part thriller dia dekat sinilah terjadi. macam-macam mamat tu kena. pandai dia berlakon. memang aku rasa macam nak bagi makan penampar je bila tengok muka dia. cerita ni best sebab kau memang tak boleh expect siapa yang culik budak-budak tu sampailah kau dah hampir habis tengok, baru kau boleh connect the dots. 


memang psycho sungguh, tension je tengok cerita ni. rasa macam nak baling laptop pun ada. kalau dekat wayang aku tengok ni, mahu aku hentak-hentak kerusi tu. serious aku tak tipu. korang tengok sendiri. 

ending dia memang hebat! aku geram je. ish. unexpected and unbelievable! 

so far, ini movie yang paling best aku pernah tengok dalam tahun 2013 ni. rugi seyh kalau tak layan cerita ni. tapi serious aku cakap, kalau ada budak-budak kecil, janganlah bagi diorang tengok ye. aku pun dah takut nak tidur ni. sobs~ -.-

kesimpulannya, janganlah biarkan anak-anak anda bersendirian di luar ye. sekarang ni siapa-siapa pun susah kita nak percaya. okay, adios!









post signature

Thursday, December 12, 2013

Cinta Matchmaker -bab 11-

11:57:00 PM 4
Cinta Matchmaker -bab 11-

BAB 11

Alfie memandu melepasi pagar kawasan rumahnya dua jam awal daripada apa yang dimaklumkannya kepada Safrina. Dengan dilema yang melanda di Timur Tengah, beberapa laluan kapalnya terpaksa bertukar arah untuk mengelakkan daripada rusuhan antarabangsa. Lebih mudah untuk mengendalikan situasi terkini di dalam syarikatnya jika dia berada di Eropah, tetapi Alfie sudah biasa melepaskan diri di antara dua benua ini. Kini dengan kehadiran Safrina di dalam hidupnya, dia sudah mempunyai alasan munasabah untuk menapis segala kerjanya ke Amerika. 

Apabila dia menelefon isterinya tepat pada pukul lima tiga puluh minit petang untuk memberitahu wanita itu bahawa dia akan pulang lewat ke rumah, Safrina berbunyi terlalu kecewa. Kekecewaan itulah yang mendorongnya untuk mempercepatkan lagi kerjanya supaya dia dapat mempunyai masa yang lebih bersama isterinya sebelum wanita itu berpatah hati kembali. Nalurinya kuat untuk mengenali isterinya dengan lebih rapat lagi.

Memori Safrina yang dengan selamba bercampur malu memakai bajunya membuatkan hati lelakinya bergetar tidak semena-mena. Hatinya terlalu mengingini isterinya. Alfie sudah berjanji untuk memberi masa kepada Safrina agar memikirkan tentang tawarannya tetapi itu tidak bermakna dia tidak akan cuba untuk menggoda isterinya bila-bila masa yang dia suka. Ah, wanita itu juga mahukannya. Dia nampak dari lirikan mata Safrina ketika wanita itu fikirkan yang dia tidak perasan akan pandangan itu.

Alfie sedaya upaya mengelakkan diri dari menyentuh isterinya semenjak wanita itu berpindah ke rumahnya. Masih, setiap sentuhan, setiap kali dia menolong Safrina keluar daripada kereta, atau melabuhkan tangannya di belakang tubuh wanita itu untuk mengiringinya ke pintu, adalah satu seksaan yang terlalu berat.

Berjalan masuk ke dalam rumah, Alfie mempunyai keinginan yang kuat untuk menjerit, "Assalamualaikum, sayang, abang dah balik ni." Dia tersenyum akan angannya itu dan berjalan ke arah dewan yang sunyi sehinggalah satu cahaya lembut menangkap perhatiannya dari ruang makan.

Safrina sedang duduk di situ sambil memakai gaun merah sutera bersama senyuman di bibir. Rambutnya lurus melepasi bahu beralun lembut. Matanya bercahaya ketika dia melihat lelaki itu berjalan masuk ke ruang itu. 

Bau daging kambing panggang menusuk ke dalam rongga hidugnya dan mengingatkannya bahawa dia masih lagi belum menjamu selera sejak dari tengah hari lagi.

Safrina meletakkan gelas yang berisi air sejuk ke atas meja semula sebelum berjalan ke arah lelaki itu.

"Apa semua ni?" Alfie bertanya sambil matanya meliar memandang tubuh ramping si isteri. 

"Saya rasa makan berdua dekat sini macam lagi seronok pula. Rumah awak dekat Eropah tu bunyi macam sangat.... padat."

Alfie tersenyum dan cuba mendengar sebarang suara yang datang daripada mak cik Munirah di dapur ataupun Zarina di dewan. Dia tidak mendengar apa-apa melainkan bunyi sayup-sayup yang datang dari lautan menerusi tingkap yang terbuka. "Kita berdua je?"

"Saya bagi cuti dekat mak cik Mun dengan Kak Za malam ni."

Alfie sangat suka mendengarnya, dan renungan menggoda di sebalik mata Safrina itu menghantarnya pelbagai persoalan. Akhirnya dia berjalan ke meja dan mengikut sahaja gerak geri isterinya. Jika wanita itu sudah memutuskan untuk menerima tawarannya, dia akan tahu juga pasal itu tidak lama lagi.

"Diorang mesti terima punyalah."

Safrina menarik kerusi dan mempelawa suaminya untuk duduk di situ.

"Diorang cuma tanya pukul berapa diorang patut ada dekat sini balik pagi nanti."

"Pagi nanti? Diorang kan duduk sini juga."

Safrina mengalihkan penutup dari salah satu mangkuk yang tersedia di atas meja dan wap terkeluar. Dia menghidangkan daging panggang, salad bersama kentang bakar di atas pinggan lelaki itu. "Kak Za ada teman lelaki. Mestilah dia lagi suka kalau dapat keluar dengan pakwe dia. Bukan senang diorang nak keluar sama."

"Saya tak tahu pula Kak Za ada pakwe."

"Dan mak cik Mun pula lagi suka sebab dia dapat melawat cucu dengan anak perempuan dia."

Safrina menyudahkan hidangan tersebut dan duduk bersebelahan dengan lelaki itu sebelum meminta lelaki itu membaca doa terlebih dahulu. Seusai membaca doa, lelaki itu masih lagi tidak bergerak. Tumpuannya kepada makanan tersebut tidak mampu menandingi bau lavender yang datang daripada tubuh isterinya yang begitu hampir itu. "Adam pula?"

"Dia ada dekat kotej dia. Saya dah suruh dia duduk senyap-senyap kat sana. Bagi kita privacy sikit."

Perut Alfie terasa memulas tiba-tiba dan tubuhnya menghangat."Kenapa kita perlukan privacy, Safrina?"

Dia menghantar pandangan ingin tahu kepada isterinya lalu mengangkat garpu di sisi meja. 

"I thought it would be a nice change." Safrina memotong daging supaya menjadi cebisan kecil dan dibawa ke mulut untuk dirasa. 

Persoalannya... adakah mereka akan makan dahulu.. ataupun selepas ini.

Alfie menggumam ketika isterinya menggigit perlahan makanan itu dan mengunyah dengan gerak perlahan. Dia menelan air liur. Mata masih lagi terpaku pada wanita itu ketika dia bergerak mendapatkan gelasnya. 

Memaksa diri untuk mengangkat makanan menggunakan garpu dan membuka mulutnya, dia menguyah lebih pantas daripada biasa. 

"How was your day?" Soalan lurus yang ditanya selepas Safrina menyisip air sejuknya. 

"Okay." Suara diakah itu?

Safrina tersenyum, tahu benar akan tindak balas lelaki itu. Kemudian dia menyisip sekali lagi airnya dan mengigit makanannya. 

Bibir wanita itu bergerak perlahan-lahan, membuatkan minda Alfie sudah tidak mampu berfungsi sepenuhnya. Tidak pernah lagi dia makan dengan keadaan menggoda sebegini.

Alfie makan dengan pantas.

Tidak mampu untuk menelan lagi, dia mengangkat gelasnya dan meneguk air dengan rakus.

Safrina tersenyum sumbing. "Ada apa-apa masalah ke?"

Alfie berdiri, kerusinya ditolak ke belakang. "Oh tak, semuanya okay je."

Baru sahaja Safrina ingin mencapai gelasnya, lelaki itu sudah menangkap pergelangan tangannya dan menariknya ke dalam pelukan. Bibir itu semakin lama semakin dekat dengan bibirnya. Alfie tidak memberi sebarang peluang untuknya melepaskan diri lalu pantas dia dihadiahkan dengan satu ciuman hangat. Sama seperti suaminya, dia juga merelakan. 

"Saya dah fikirkan pasal lamaran awak tu." 

Lebih dari berfikir rasanya.

Sambil melarikan tangan ke bahu wanita itu, dia mengucup leher isterinya. "Dah ada jawapan?" tanya Alfie, bermain dengan permainan Safrina, tetapi dia sudah tahu akan keputusannya.

Badan Safrina bergetar. Malu terasa menyelubungi diri. Mampukah dia menjadi seorang isteri yang sempurna? Akan bahagiakah dia nanti bersama lelaki itu? Ah, dia sudah terlambat. Dia sendiri yang meminta perkara ini terjadi.

"I... I decided I'm a mercenary and not a masochist."

Alfie tersenyum di sebalik leher Safrina. Dia membenamkan kedua-dua belah tangannya di rambut lurus isterinya dan memaksa wanita itu supaya bertentang mata dengannya. "Betul? Awak pasti ke ni, Safrina?"

Mata Safrina mencari mata lelaki itu. "Ya," bisiknya.

Jantung Alfie bagai menendang dadanya sendiri. "Tapi saya bukan nak awak untuk malam ni je. Saya nak setahun yang penuh."

Belum sempat Safrina membalas, Alfie sudah mengucupnya sekali lagi. Desahan lembut tadi sudah bertukar menjadi berat. Dan akhirnya dia menerima sahaja apa yang bakal terjadi kepada dirinya.


INTERMISSION







post signature

Saturday, December 7, 2013

Cinta Matchmaker -bab 10-

3:42:00 PM 4
Cinta Matchmaker -bab 10-

BAB 10

Alfie tergelak besar sambil menggerakkan tangannya dan mencapai tangan si isteri. "Tak sangka pula ayat tu datang daripada seorang perempuan yang berkahwin dengan saya disebabkan dia nak menjaga kebajikan adik dia sendiri."

Safrina tersentak dan dia menggenggam erat tangan lelaki itu. "Allahuakbar, Sadiya!" Dia mula menjadi kelam-kabut, hilang sudah rasa senang di dalam hatinya tadi.

"Kenapa, ada masalah ke?"

"Hari ni hari Sabtukan.  Saya terlupa nak melawat adik saya." Safrina menarik tangannya dari pegangan Alfie. "Saya kena pergi."

"Bukan dah terlambat sangat ke?"

"Mestilah tak." Safrina menghantarnya pandangan ingin tahu. "Awak nak ikut saya? Manalah tahu kalau awak nak tengok, ke mana duit awak tu semua pergi?"

Alfie mempunyai banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan daripada menceritakan kisah silamnya kepada isterinya. Dia tidak mahu melakukan kesemua perkara itu. "Saya nak sangat jumpa dengan adik awak."

____________________________________________________________________

"Cantiknya tempat ni." Alina mundar-mandir di sekeliling ruang tamu rumah Alfie. "Aku tak sangka pula kau tak terus duduk dekat rumah ni bila korang balik dari Malaysia hari tu."

"Rasa macam tak kena pula."

"Tapi sekarang dah lah? Apa yang buat kau ubah keputusan?" Alina mencampakkan diri ke atas sofa dan meyilangkan kedua-dua belah kakinya.

Safrina merendahkan suaranya walaupun tukang masak sibuk menyediakan makan tengah hari mereka dan pembantu rumah ada di tingkat atas membuat apa sahaja kerja yang perlu mereka lakukan. Alfie perlu menghabiskan masanya di pejabat, membuatkan Safrina keseorangan di situ tidak tahu berbuat apa. "Saja nak merapatkan lagi hubungan kami ni, aku rasa. Sekuriti dekat sini bukan sama macam yang aku pernah manage dekat rumah kita dulu."

"Tahu takpe. Si Adam tu menakutkan aku lah." Alina teringat apabila bertemu buat pertama kalinya dengan lelaki bertubuh besar itu.

"Dia tak cakap banyak."

"Dia tak cakap apa-apa langsung dekat aku. Dia cuma tenung aku je."

"Alfie cakap dia tak merbahaya pun. Melainkan kalau kau cari gaduh dengan dia dulu." 

Apabila Alfie mengikutnya sekali ke Blue Moon, Safrina terpaksa menghadapi tekanan perkahwinannya bersama dengan seorang lelaki yang kaya dan kacak sebagai suaminya. Lelaki itu menawan hati pihak pekerja di situ dan berjaya membuatkan adiknya tersenyum lebih banyak daripada biasa. Semenjak Sadiya disahkan menghidap strok, kemampuannya untuk meluahkan apa yang dia mahu menjadi lebih sukar. Expressive aphasia, itulah apa yang doktor katakan mengenai kondisi adiknya itu. 

Safrina selalu menghabiskan ayat Sadiya untuk mengelakkan adiknya daripada merasa terlebih cemas dan kecewa. Alfie seolah-olah memahami situasi tersebut dan dia mencuba sedaya upaya untuk bertanyakan soalan ya dan tidak sahaja dan mengelakkan diri daripada subjek yang hanya mendatangkan tekanan sahaja.

Sebelum mereka bergerak pulang ke rumah, Alfie berjumpa dengan pihak pengurusan terlebih dahulu dan sama seperti suis, daya penariknya tadi terus dimatikan dan dia berubah semula menjadi seorang lelaki yang serius. Dia mahu tahu mengenai kawalan keselamatan di rumah tersebut. Bagaimana mereka memastikan Sadiya selamat daripada orang asing yang berjalan masuk ke dalam biliknya? Siapa yang berada di sisi adiknya ketika waktu makan? Soalan-soalan yang boleh sahaja dia bertanyakan kepada Safrina, diluahkan segala-galanya dan dijawab sebelum sempat dia mencelah.

Keikhlasan lelaki di atas penjagaan dan keselematan adiknya membuatkan hati Safrina menjadi gundah gulana. Pulang sahaja ke rumah, lelaki itu mula mempersoalkan tentang kebolehan Blue Moon dalam menjaga Sadiya, dan dia mula mempertahankan diri.

"Rumah tu adalah rumah yang paling bagus untuk orang macam Sadiya. Kebanyakan rumah lain cuma untuk pesakit tua dan yang ada Alzheimer je. Blue Moon pula khas untuk pesakit muda yang ada masalah mental."

"Kenapa tak jaga dia kat rumah je?"

Mestilah, itu adalah cadangan yang paling bernas sekali, tetapi Safrina tidak mampu untuk menjaga adiknya setiap masa. Malah, dia pernah mencubanya dahulu dan dia gagal. 

Alfie tersedar perbualan mereka itu telah menyedihkan hati isterinya dan pantas dia mendiamkan diri.

"Aku syukur sangat yang Adam tu berada di pihak kau. Aku takkan sesekali jadi musuh lelaki tu," kata , menyedarkan Safrina daripada berfikir tentang memori yang sudah berlalu. "Habis tu, apa kita nak buat dengan Sinful Cupid sekarang ni?"

Safrina sudah berfikir masak-masak berkenaan bagaimana mahu meneruskan perniagaannya itu. Tugasnya sebagai seorang isteri kepada Alfie Hakimi memerlukan sepenuh masanya di situ. Tambahan, pasportnya juga sudah pun sampai pada hari Isnin yang lalu dan dia dan Alfie sudah mengaturkan tiket penerbangan mereka awal Rabu ini.

"I have a proposition for you." Dia menungu sehinggalah Alina memandang tepat ke arahnya sebelum dia memulakan. "Aku dah habiskan segala penat lelah aku demi naikkan nama Sinful Cupid tu, tapi aku takkan selalu ada dalam masa beberapa bulan nanti."

"Aku ingatkan korang memang nak duduk dekat tempat lain-lain."

Safrina menggelengkan kepala. "Rancangan awal kami tak berjalan macam yang kami harapkan. Gara-gara kamera dengan peranti tu, kami fikir ada bagusnya kalau kami duduk bersama." Minda Safrina melayang pada lamaran Alfie. Lelaki itu tidak memaksanya untuk tidur bersama ekoran daripada peristiwa di bilik air hari itu, tetapi suaminya selalu menghantar lirikan penuh makna dan komen nakal yang mengatakan bahawa Alfie menginginkan dirinya sebagai isteri dalam kata yang sebenarnya. Masih, Safrina tetap tidur di bilik bersebelahan dengan bilik lelaki itu dan mereka memberitahu staf di situ yang dia tidak berapa sihat. Alasan itu terlalu tidak munasabah tetapi tiada sesiapa yang berani mempersoalkannya.

"Habis tu sekarang macam mana?"

"Apa kata kalau kau jadi partner aku?"

Mata Alina membulat dan senyuman terukir di bibirnya. "Maksudnya?"

"I'd need you to do some of the field work." Mereka berdua tahu itu bermakna Alina perlu keluar menghadiri majlis-majlis kenamaan di mana kaum Hawa sibuk mencari lelaki kaya. Bersosial adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengumpul prospektif klien. Kata-kata yang keluar dari mulut lebih bagus daripada iklan di surat khabar. "Gina dah bersetuju untuk kenalkan kau dengan kawan-kawan lama dia. You know, to set you up."

"Gina yang uruskan Blue Moon tu, kan?"

Seorang wanita cantik jelita yang Alfie tidak melirik buat kali kedua sekalipun. Safrina mengangguk. "Bila kau dah ada contact baru, fax kan aku maklumat tu dan aku akan selidik latar belakang diorang. Aku boleh buat yang tu dekat mana-mana je. Apa yang aku tak boleh buatnya bila kena jumpa dengan diorang sampailah masa aku jadi milik aku balik."

"Sampai bila kau rasa?"

"Adalah dalam beberapa bulan. Mungkin lagi cepat."

Alina seakan-akan sedang memproses segala kata-katanya itu. "Aku rasa macam tak elok pula bercerita pasal perkahwinan sementara ni lepas kau dah berkahwin dengan Alife. People might ask questions."

"It wouldn't look good. I'll place things in your name so it looks like I'm your employee." Kerana mana-mana peguam pasti akan dapat tahu juga mengenai perkara ini lambat-laun.

"Kau sanggup buat macam tu?"

"Aku percayakan kau. Dan bila aku tawarkan partnership tu, I meant it. Kalau keadaan jadi makin rumit bila aku pergi jauh nanti, kita akan cari seorang setiausaha semetara. Kalau ada rezeki, kita cari terus pekerja tetap sorang. Kita akan bahagikan keuntungan tu berdua dan sementara aku jadi seorang permaisuri, aku akan bayar segala perbelanjaan."

Mata Alina bercahaya. "As in fancy dresses and dinner with clients?"

Safrina ketawa. "Aku yakin kita boleh come up with a reasonable budget."

"Aku tak tahu nak cakap apa."

"Cakap ya je."

"Tapi inikan anak kau. Kau dah kerja keras dan aku masih baru dalam situasi ni."

Meluruskan kaki semula, Safrina berdiri dan meletakkan sebelah tangannya di atas tangan kawannya itu. "Kau selalu tolong aku bila aku tengah susah dulu dan kau tak pernah merungut bila aku tak ada duit nak bayar."

"Kau bagi aku tempat tinggal dekat rumah kau kot. Takkanlah aku nak bising pula bila kau tak suruh aku bayar apa-apa pun masa aku duduk dekat sana dulu."

Safrina tersenyum. "I may have started this business, but it's taken both of us to get it where it is today. Aku tak percayakan orang lain melainkan kau sorang je, Alina."

Pergerakan perlahan kepala Alina berakhir dengan anggukan dan senyuman. "Macam manalah perempuan nak menolak dengan semua benda tu?"

"Bagus."

"Puan?" tukang masak memanggil dari laluan ke ruang tamu.

"Ya, mak cik?"

"Makan tengah hari dah siap. Puan nak makan dekat sini ke dekat ruang makan?"

Senyuman Alina dalam diam memberitahu Safrina bahawa betapa kagumnya wanita itu. "Kami makan dekat sini je. Jomlah makan dengan kami sekali."

Mata Munirah membulat. "Eh, mana boleh puan. Saya tak boleh buat macam tu."

Safrina dan Alina, kedua-duanya berdiri dan berjalan ke arah Munirah. "Eh, apa pula tak bolehnya," Safrina ketawa ketika dia bersuara. "Takkanlah mak cik dah penat-penat masakkan tengah hari lepas tu makan sorang-sorang pula."

"Tapi...."

"Lagipun, hari jadi Alfie ada lagi dalam seminggu je, dan sejujurnya, saya tak tahulah nak belikan apa untuk suami saya. Mungkin mak cik boleh tolong saya ke."

Mulut Maria membulat membentuk O. Wanita tua itu berhenti berbalah dan mengekori Safrina dan Alina ke ruang makan.

post signature

Tuesday, December 3, 2013

Cinta Matchmaker -bab 9-

5:32:00 PM 8
Cinta Matchmaker -bab 9-

bab 9

Mereka cuma mengemas barang yang penting sahaja, kebanyakannya adalah pakaian dan barang peribadi yang Safrina perlukan dengan segera. Alfie berjalan di sekitar ruang tamu untuk melihat kamera yang terpasang di situ. Kalau bertuah, sesiapa yang memasang kamera ini pasti akan mencabutnya dengan segera sebelum dia dan isterinya sempat mengosongkan tempat ini serta merta. Kerana akhirnya, kamera itu pasti akan ditemui juga, walaupun hakikatnya mereka sudah lama tahu tentang kewujudannya.

Danny sudah meminta kawan-kawannya untuk memantau kawasan rumah tersebut dan merekod sesiapa sahaja yang datang dan pergi. Mereka mungkin bertuah dalam mencari dalang tersebut, dan menamatkan segala masalah yang telah berlaku ini.

Sampai sahaja di rumah di St. Louis, Alfie menjelaskan kepada pembantu rumahnya akan segala keperluan Safrina yang perlu disediakan sepantas mungkin. Isterinya mempunyai kuasa sepenuhnya atas rumah ini dan dia mengharapkan supaya mereka melayan Safrina sama seperti yang sepatutnya dilakukan ke atas seorang permaisuri.

"Dah lama rasanya saya tak ada orang gaji," Safrina memberitahu kepada suaminya sebaik sahaja mereka bersendirian.

"Takkanlah saya nak suruh isteri saya buat kerja rumah pula." Alfie sudah bersedia untuk bertengkar dengan isterinya, dan tersenyum apabila Safrina tidak mencabar dirinya.

"Saya tak pernah suka mop lantai. Jadi awak takkan sesekali dengar saya membebel pasal kerja tu."

Kejujuran yang walaupun sekadar perkara remeh, tetapi ia cukup menenangkan hati lelakinya.

"Alah, awak takkan ada masa nak buat pun," kata Alfie. Mereka sedang bersantai di beranda dan melihat sang matahari yang mula melabuhkan tirainya di sebalik lautan yang luas itu.

"Kenapa pula?"

"Sebab saya nak awak pergi bincang dengan pihak katering dan designers pasal majlis resepsi kita dekat Amber Hall nanti."



"Awak nak saya plan majlis dekat tempat yang saya tak pernah pergi, dan untuk orang yang saya tak pernah jumpa?"

Alfie menghantarnya pandangan simpati. "I need you to approve what they come up with. Saya percayakan pekerja-pekerja saya dekat sana sepenuhnya, tapi saya perlu memastikan yang diorang bersedia dengan sebarang pertanyaan daripada awak bila kita dah sampai sana nanti. Lagi bagus kalau kita mulakan perhubungan kita ni sekarang."

Safrina meluruskan kakinya dan berselubung dengan selimut yang ada di situ. "Ini kali pertama ke awak buat majlis macam ni kat rumah?"

"Tak."

"Habis tu, siapa? Saya tak boleh bayangkan kalau awak yang buat."

Minda Safrina terlalu tajam. "Bonda saya yang buat selama ni." Walaupun ibunya pasti akan membuat majlis yang lain, dia perlu memastikan agar isterinya juga mempunyai hak untuk memilih apa yang dia mahukan.

Safrina mula tertarik untuk bertanyakan soalan kepada suaminya. "Kat mana bonda awak tinggal?"

"Amber Hall."

"Dia tinggal dekat rumah awak?" Ada nada kejutan di situ.

Alfie sibuk berfikir setakat mana yang patut dia dedahkan tentang kehidupannya, berapa banyak kebenaran yang dia tahu dia boleh mempercayai isterinya. 

"Bonda saya masih lagi seorang permaisuri masa dia kahwin dengan ayahanda saya. Lepas dia mangkat, bonda saya tetap pegang nama tu, sampailah saya kahwin dengan awak."

"Ouch. Bercerita pasal menantu dengan ibu mertua ni. This can't be a good thing."

Alfie beralih tempat duduk untuk memandang isterinya. "It's expected. Dia tahu lambat laun benda ni akan jadi juga. Sampai masanya wasiat ayahanda saya tu dibaca, dia tahu saya akan guna segala kuasa yang saya ada untuk pertahankan apa yang dah jadi milik saya."

"Awak rapat tak dengan bonda awak?"

"Bolehlah."

"Bunyi macam tak meyakinkan je."

Udara di sekeliling Alfie terasa dingin. Ada ketikanya, dia dan juga bondanya terlalu rapat. Apabila mereka mempunyai niat yang sama iaitu membenci ayahandanya. "Awak tak perlu risaukan pasal bonda."

Safrina seakan-akan cuba menganalisa setiap ayat yang dibicarakan itu, dan kemudian dia tersedar sesuatu.

"Tapi ada seseorang yang patut saya risau, kan?"

Dia mahu menipu, tetapi dia tidak mampu. Dengan Safrina, terasa bagai tidak kena pula menyuburkan perhubungan mereka dengan sebarang tipu muslihat. "Sepupu saya. Dia ada dalam senarai pendek yang mungkin pasang kamera-kamera dekat dalam rumah awak tu."

"Awak bergurau je kan ni?"

"Saya serius. Junaidi akan mewarisi sebahagian daripada harta tu kalau perkahwinan kita gagal."

"Mesti korang berdua tak pernah ngam kan."

"Barely tolerate each other is a better description. Dia tinggal dekat Amber selama mana yang dia mampu. Bonda terlalu baik untuk halau dia keluar dari situ."

"Kenapa bukan awak je?"

"Saya bukan selalu sangat pun ada dekat situ. Walaupun sekarang mungkin akan berubah."

"Macam mana pula?" tanya Safrina.

"Bonda ada hak untuk tinggal dekat dalam rumah ni selagi tanah ni belum diserahkan kepada saya tahun depan. Bila awak jadi isteri saya je, awaklah akan ambil segala tanggungjawab sebagai seorang permaisuri dan bonda akan berpindah ke tempat yang lebih kecil." 

Alfie tidak mengharapkan agar Safrina dapat memahami segalanya. Tetapi dia mahu isterinya tahu sebanyak yang mungkin tentang apa yang akan terjadi sebelum mereka meninggalkan negara itu.

"I don't think I've done enough research on your family home. Saya ingatkan Amber Hall tu cuma istana biasa je. Something you Ashburtonn used to make things grander than they are."  Safrina bermain dengan rambutnya ketika dia bersuara. Matanya masih lagi dipakukan ke arah lautan. 

"Bila awak dah tengok Amber Hall nanti, awak tahulah apa yang saya maksudkan selama ni. You'll understand my reluctance to choose a bride."

"Hmm, awak tahu tak, ada sesuatu yang bermain dalam fikiran saya sejak kita jumpa dulu."

"Apa dia?"

"Kenapa awak tak ada accent negara awak erk? Awak membesar kat sana, kan?"

Teringat kembali memori di mana dia dimarahi oleh ayandanya kerana dia tidak fasih berbahasa. Alfie sedaya upaya untuk membuat apa yang tidak disukai oleh ayahandanya. Dia bekerja di tempat lain, dia belajar bercakap bahasa dari negara yang lain dan macam-macam lagi.

"Saya habiskan summer saya dekat Amber bila saya duduk dekat sekolah asrama je. Setiap peluang yang saya ada, saya akan bawa bonda dengan adik saya ke Amerika. Saya lebih senang dengan gaya hidup di sana berbanding dengan negara saya sendiri." 

Alfie tersenyum sendirian. 

"I rebelled against my father on many levels."

"Bukan lagi susah ke awak nak dapatkan harta warisan tu kalau awak asyik melawan cakap ayahanda awak tak habis-habis?"

Alfie menggelengkan kepala perlahan. "My father had to have the last word. Even in death."

"Teruk sangat ke dia masa dia hidup?"

"My father was a typical Ashburtonn Royal. Duit yang penuh dalam poket dan takhta yang dia ada dulu membuatkan dia jadi sangat bongkak bila-bila masa yang dia nak. Dia kahwin juga dengan bonda saya walaupun dia tu tak pernah setia." Alfie masih teringat lagi kali pertama dia melihat ibunya menangis atas kecurangan ayahnya suatu masa dahulu. Penuh gambar ayahnya memenuhi dada akhbar bersama dengan seorang gadis yang berusia sepuluh tahun lebih muda darinya di dalam pelukan. Dan di situlah bermulanya kisah kehidupan seorang lelaki biasa yang bernama Alfie di negara Amerika."He thought he was entitled to walk on people."

"Kenapa bonda awak tak tinggalkan dia je?" Kelembutan di dalam suara Safrina memaksa Alfie untuk mengalihkan pandangannya ke arah wanita itu. Mata coklat itu memandangnya dengan penuh rasa kasih dan juga simpati.

"Saya tak tahulah. Sebab duit, agaknya. Diorang tak pernah pula bincang pasal perceraian. Diorang hidup berasingan selalunya. Lepas adik saya lahir je, diorang terus berpisah tempat tidur."

"Jadi maknanya awak benci dengan ayah awak sebab dia layan bonda awak teruk sangat ye? Itulah yang membuatkan awak berjauhan daripada dia?"

Benarkah dia membenci ayahnya sendiri? Alfie juga tidak tahu perasaannya selama ini. Apa yang paling dia pasti ialah dia sangat tidak sukakan lelaki itu. "Ayahanda nak sangat saya jadi macam dia. 'Pergi sekolah, jadi orang berilmu, tapi tak perlu sampai bekerja lebih daripada satu hari seminggu." Alfie membiarkan loghat ayahnya bermain di dalam sindirannya itu.

Senyuman pilu terukir di wajah Safrina. "So your rebellion was to make your own fortune."

Alfie duduk tegak. "I funneled my allowance into stock in the shipping company I now own. Baru sekejap saya masuk kolej, saya dah berjaya kaut satu juta hasil dari titik peluh saya sendiri. Ayahanda marah sangat dengan saya."

"Dia nak kawal awak," ulas Safrina. "Dia tak mampu nak kawal kalau awak berjaya hidup dengan usaha awak sendiri."

Alfie merenung isterinya dan kebanggaan mula mengembang di dalam hati. Dia tidak ingat kali terakhir seseorang berjaya masuk ke dalam kisah silamnya ini dengan terlalu mendalam dan mampu menyimpulkan segala-galanya dengan sempurna. Safrina mendengar dan benar-benar memahami apa yang dia katakan dari tadi. "Betul tu."

"Tell me then, kenapa awak kerja keras sangat untuk dapatkan duit sebanyak tu? Bukannya awak perlukan duit tu pun."

"Saya ingat nak larikan diri sebenarnya. Tapi adik saya, satu-satunya orang yang tahu gaya hidup kami dibesarkan macam mana, dan bonda saya, tak berhak dimusnahkan kehidupan mereka sampai macam tu sekali. Lagipun, banyak sangat duit yang kita akan dapat nanti." Dia ketawa, cuba melupakan segala kenangan pahit yang sentiasa ada di dalam sudut ingatannya. 

Safrina terdiam seketika, cuba memproses segala cerita yang baru dijelaskan oleh suaminya. 

"Awak nak tahu sesuatu tak, Alfie?" tanya Safrina, matanya dilarikan dari mata lelaki itu dan merenung matahari yang semakin menghilang. 

"Apa?"

"I'm starting to think you're more martyr than mercenary."

p/s : okay, as promised! :) enjoy reading.




post signature