Cinta Luar Biasa (2) - Kenapa Nak Tutup Aurat?

7:07 p.m
apartment murni
aaa.. ada kelawar dalam rumah. T__T

assalamualaikum and hello everyone :) 



okay, harini aku nak sambung kisah baru. dulu masa aku dekat MRSM, aku belajar macam-macam benda. Alhamdulillah, ALLAH bimbing aku ke jalan-Nya dengan bagi aku peluang untuk jadi student dekat situ. aku syukur sangat sampai sekarang. 

ceritanya macam ni. x dinafikan dulu, aku memang x reti nak menjaga aurat. tak adalah tahap seksi gaban tu. cuma kalau rasa panas sikit je, aku sinsing lengan baju. stoking pun time sekolah je pakai. tapi sejak aku masuk maktab, kakak-kakak senior ajar kitorang macam mana aurat kita yang sebenarnya. 

mula-mula memang rasa macam terpaksa, tapi bila fikir balik. benda yang baik, kenapa kita nak paksa diri? ikhlaskanlah dalam hati tu. Niat yang baik, ikhlas kerana ALLAH, insya-ALLAH, ALLAH akan tolong kita. lama-lama hati pun tergerak nak pakai handsock, nak pakai stokin. bila tak pakai, rasa janggal. 

perempuan ni ada 99 rahsia. banyak sebenarnya. tapi maybe aku akan cerita sikit je. lain kena cari sendiri. bila aku dengar cerita dari kawan-kawan aku, lelaki ni rupanya senang je nak baca perempuan. maksud aku, dari segi tubuh badan kita. tengok kaki kita, dia boleh tahu tu. tengok lengan putih sikit, dia boleh tahu ni. maaf, yang ni terlalu private, aku x boleh nak cerita dekat sini.

tapi sebenarnya bukan tu je aurat kita. suara kita pun aurat kan. sebab tu kalau boleh jangan menyanyi depan lelaki. nak melalak memekak boleh, tapi biarlah depan suami or adik beradik kita. nak nyanyi sangat, x boleh nak tahan? nyanyilah, tapi jangan sampai melunakkan suara kita. lelaki senang sangat tergoda kalau kita buat suara gedik. kita x boleh nak salahkan diorang. kita sendiri yang start. nafsu diorang tu satu je. 

daripada kita nyanyi macam retis-retis kat luar sana tu, nanti lelaki tu "hmm, sedapnya suara dia." entah-entah, dalam fikiran dia dah bayang macam-macam benda. kita yang perempuan ni mana tahu. aku banyak tengok movie english, so sedikit sebanyak maybe aku tahu apa yang ada dalam fikiran lelaki. eiii -.-"

kita tutup aurat ni, kita nak menjaga diri. biar tubuh kita hanya untuk orang yang istimewa je. suara manja+gedik kita pun biar suami je yang dapat dengar. kalau kita dah buat semua tu dekat orang lain, suami dapat apa? 



cuba bayangkan kalau lelaki tu dah peluk semua perempuan, tiba-tiba dia kahwin dengan kita, lepastu dia peluk kita juga. so, apa yang specialnya dekat situ? maknanya kita ni sama je lah dengan kekasih dia yang lama. cuma pangkat je berbeza. takkanlah kita nak nama je kan, kita nak dia jadi milik kita seorang je. xnak disentuh oleh sesiapapun.

tapi kalau perasan, 

bila kita bising, lelaki cakap :



bila kita senyap, lelaki cakap : 



bila kita makan sikit, lelaki cakap : 



bila kita makan banyak, lelaki cakap : kau ni kebulur sangat ke Milah?

apa je yang kita buat mesti akan dapat juga perhatian daripada diorang. so, rasanya x perlulah kot kita nak menunjuk-nunjuk dekat diorang yang kita ni wujud dekat situ. jagalah diri sendiri. biarlah dia tegur kita senyap, daripada kita menarik perhatian semua manusia yang ada dekat situ. 

tapi, yang sangat aku x fahamnya, bila orang cakap : aku tak terbuka hati lagi nak tutup aurat.

WHAT?? x terbuka hati lagi? habis tu, bila masa kau nak buka hati kau tu? aku rasa itu sekadar alasan untuk orang yang xnak tutup aurat. minta maaf, aku cakap terus terang. sebenarnya, SYAITAN LAKNATULLAH yang goda kita, biar kita tutup hati dan minda, jangan turut perintah ALLAH. kita sendiri yang kena bawa hati kita ke mana. kalau benda jahat, senang je nak buat. eh, cepatnya terbuka hati ye? 

lagi satu, aku ada terjumpa satu photo. dia kata kenapalah nak tunggu kahwin, baru nak tutup aurat? betul tu. dosa suami kita tak nak tambahkan dengan apa yang kita dah buat, tapi dosa ayah kita. masya-ALLAH. siapalah yang patut kita sayang lebih sebenarnya? kesian dekat ayah kita. kita dah bagi kaki dia yang sebelah tu masuk ke neraka dah sebab kesalahan kita. 

ha, last but not least. orang kata bila kita dah tutup aurat ni, kita tak boleh nak bergaya dah? ye ke.......... aku rasa boleh je. cuma janganlah melebih-lebih. aku time foundation dulu memang sememeh. hahaha. tapi sejak masuk degree, aku cuba berubah. jadi makin vogue (lah sangat).. aku nak cuba ubah tanggapan orang yang pandang serong dengan kita yang tutup aurat ni. 

teringat apa yang cikgu aku cakap masa tazkirah dulu. dia kata :

ha, kita suruh kawan kita tutup aurat. kalau dia kata x boleh juga, nak juga seksi. cakap kat dia boleh, apa pula x boleh seksi. nak pakai bikini pun boleh. tapi kat luar pakailah jubah. ha, kan dapat dua-dua sekaligus.

okay, aku gelak terbahak-bahak masa tu. gurauan cikgu aku tu ada maksud tersirat dia. betullah. kalau nak seksi, nak pakai thong and sebagainya, pakailah. tapi kat luar pakai jubah. biarlah kita sendiri yang rasa kita ni seksi. siapa lagi nak puji diri sendiri melainkan kita kan? haha...

aku minta maaf andai ada yang terasa. aku kadang-kadang boleh buat orang kecil hati. tapi aku cuma nak cakap yang betul. aku x nak kita semua terus terhasut dengan keindahan dunia ni. biarlah kita tiba-tiba tutup aurat, orang nak kutuk-kutuk. sekurang-kurangnya kita dah baik di mata ALLAH. kalau kita terasa dan terus x tutup aurat dah, itu maknanya kita dambakan pujian dari manusia, bukannya dari Tuhan kita sendiri. kita nak masuk syurga manusia ke syurga ALLAH? 

so, moral of the story. 

1. bertudung biarlah menutup dada. kalau boleh, bahu pun jangan nampak ye. please!

2. kalau rasa lengan baju tu senang terselak, pakailah sarung tangan (handsock bukan gloves). panas? okay, panas dekat neraka lagi kurang lah kot ye dari panas duniakan. (sarcasm)

3. stokin pun wajib. dulu kita sekolah, aurat kita apa dia anak-anak sekalian? 

4. jagalah pandangan kita. kenapalah kita nak flirt-flirt dengan lelaki tu. kalau confirm kahwin dengan dia, suka hati lah. eh, tak boleh juga. nanti jadi zina hati. kalau dah kahwin, tenunglah suami/isteri kita tu 24 jam sehari. ha, dah memang milik mutlak kita pun. 

p/s : segala gambar kartun bukan milik aku. kalau nak kredit, bagitahu ye. ;)



post signature

Share:

0 comments