
BAB 15
Safrina menghabiskan hampir keseluruhan masanya cuba mengadaptasi diri dengan suasana yang dialaminya. Dan sekali lagi, hidup di dalam satu penipuan ini ternyata sangat memenatkan. Sedangkan Alfie juga kelihatan tertekan setiap masa.
Majlis resepsi berlaku pada hari esoknya dan segalanya sudah siap dijalankan. Apa yang Safrina perlukan hanyalah masa untuk melarikan diri daripada keluarga Alfie yang terlalu mendesak.
Safrina berjaya melepaskan diri ke dalam perpustakaan, cuba mencari alasan jika Alfie menjumpainya nanti.
"Itu pun awak."
Dengan hanya memakai seluar sukan bersama baju panas yang melebarkan lagi bahu tegap lelaki itu, Alfie kelihatan sangat enak untuk dibaham. "Saya ingatkan awak dah pergi pejabat."
Alfie menggelengkan kepala. "Saya tak boleh tinggalkan awak harini."
Keliru, Safrina bertanya, "Apa yang istimewanya harini?"
Alfie membawa sebelah tangan ke dada dan berpura-pura kecewa. "Saya tak sangka yang awak boleh terlupa."
Safrina ketawa. "Don't give up your day job for that acting gig," usiknya.
"Awak memang tak tahu harini ada apa ye?"
Hari ini bukannya cuti, Amerika hatta Eropah, hari jadi lelaki itu sudah lepas, dan dia pula tinggal beberapa bulan sahaja lagi. "Tak tahulah."
Alfie mencapai kedua-dua belah tangan isterinya dan diletakkan di dadanya. "Kita dah kahwin selama sebulan."
Ya Tuhan, betul kata lelaki itu. Hakikat bahawa suaminya mengingati hari ini membuatkan dia terharu, menunjukkan betapa sentimentalnya hati seorang lelaki bernama Alfie Hakimi. "Wow. Dah sebulan rupanya kita kahwin." Terasa macam lama pula.
"Saya tahu macam mana nak celebrate juga."
"Awak nak sambut ulangtahun kita yang sebulan je ni?" Safrina mengerling di sebalik bahu Alfie untuk melihat jika ada sesiapa yang sedang mendengar. Dia tidak nampak sebarang kelibat di luar jadi dia membiarkan sahaja persoalan bermain di dalam benaknya.
Alfie mengenyitkan mata pada isterinya dan menyatukan jemarinya dengan jemari Safrina. "Jomlah."
Dia menarik wanita itu keluar daripada bilik, turun ke dewan besar, dan keluar ke pintu hadapan. "Kita nak ke mana ni?" Inilah Alfie yang dia sukai, apabila lelaki itu bersikap tenang.
"Jauh."
"Cryptic much?" tanya Safrina. "Mana?"
"Nanti awak tahulah."
Alfie bukan membawa Safrina ke kereta, sebaliknya dia menuju ke kandang kuda. "Awak cakap yang awak boleh menunggang, kan?"
Mereka pernah berbual mengenai kuda sebaik sahaja mereka tiba di Amber. "Boleh, tapi dah lamalah saya tak naik."
"Kita bukannya pergi jauh mana pun."
Matahari hampir menghilangkan bayangnya dan kehangatan udara dan burung-burung yang berterbangan mendamaikan hati Safrina yang tertekan dari tadi. Di kandang tersebut, dua ekor kuda sudah pun disediakan untuk mereka. Alfie berterima kasih kepada lelaki muda yang menyediakan segala kelengkapan mereka dan kemudian berbisik sesuatu ke telinga budak itu. Safrina tidak mampu mendengar dek suara suaminya yang terlalu perlahan.
Wajah budak lelaki itu menjadi merah sambil menghantar kerlingan kepada Safrina seketika lalu berlalu pergi. "Yes, sir," beritahunya kepada Alfie.
"Nak saya tolong awak naik tak?" Alfie bertanya pada Safrina.
Kuda yang berwarna coklat cair itu memerhatikan Safrina dengan penuh rasa sangsi ketika dia mula mendekati. Selepas dibelai beberapa kali, kuda itu akhirnya mengeluarkan dengusan seolah-olah mengatakan, apa-apa sahajalah.
"Boleh la kot kalau awak nak tolong."
Alfie membantu isterinya panjat ke atas kuda itu menggunakan kedua-dua belah tangannya sebagai tampungan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya Safrina berjaya juga menaikinya.
Seakan-akan seorang penunggang yang hebat, Alfie pantas menaiki kudanya dengan sekali percubaan sahaja. Belakang badannya diluruskan ketika dia membawa mereka keluar dari kandang ke udara yang lebih segar.
"Apa nama kuda ni?" Safrina bertanya ketika mereka sudah berada di belakang Amber Hall.
"Rasanya nama dia Sandy."
"Awak pula?"
"Thunder."
Mendongakkan kepala ke belakang, Safrina tergelak besar. "Sandy bunyi macam perlahan, Bolt pula macam laju je."
Alfie mengenyitkan mata ke arah isterinya. "Betul tu."
"Kan saya dah cakap dekat awak yang saya tahu menunggang. Tak payahlah sampai nak bagi saya nenek tua macam ni sekali." Sandy menggeleng-gelengkan kepalanya, membuatkan kedua-dua Alfie dan Safrina tergelak kecil.
"Saya tak rasa dia suka dengan apa yang awak cakap tu," cadang Alfie. "Kan awak cakap dekat saya yang awak dah lama tak menunggang. Saya tak nak bertanggungjawab pula kalau-kalau awak patah tulang karang."
Safrina mengusap-usap leher Sandy sambil memegang tali kekangnya. "Kau takkan jatuhkan aku kan, Sandy?"
"Alah, dia peduli apa."
Safrina memikirkan untuk menendang kuda tersebut supaya lebih laju bergerak, tetapi malangnya dia tidak tahu hala tuju mereka sebenarnya.
"Bila kali terakhir awak naik?" tanya Alfie.
"Sebelum..." Safrina membiarkan sahaja ayat itu tergantung seketika. Seolah-olah Alfie akan memahaminya sendiri. Selama bertahun-tahun, segalanya di dalam kehidupan dia adalah sama ada sebelum keluarganya jatuh, ataupun peristiwa selepasnya.
Safrina perasan suaminya memerhatikannya dengan penuh sabar. "Sebelum ayah saya masuk penjara. Sebelum kematian mak saya. Sebelum Aidan. Sebelum Sadiya cuba untuk bunuh diri. Sadiya dengan saya selalu naik kuda setiap hari." Memori akan adiknya di atas kuda membuatkan dia tersenyum.
"Siapa Aidan?"
Dia ada menyebut nama lelaki itukah? "Aidan adalah ular yang pernah saya date bersama dekat kolej dulu."
"Macam ada cerita di sebaliknya je."
Alfie tidak mahu memaksa isterinya untuk memberikan jawapan. Mungkin disebabkan itulah Safrina tidak teragak-agak untuk meluahkan segala-galanya kepada dia. "Aidan date dengan saya sebab nak belajar lagi pasal ayah saya. Padahal, dia sebenarnya kerja dengan polis."
Ekspresi wajah Alfie bertukar menjadi dingin. "Dia bercinta dengan awak semata-mata nak perangkap ayah awak?"
Amarah di dalam suara itu membuatkan bibir Safrina terukir sebuah senyuman. Terlalu indah rasanya apabila ada seseorang yang memandang situasi itu dari sudutnya pula. "Bercouple dengan saya, cakap yang dia cintakan saya. Bukan perempuan je yang boleh menipu sebab nak dapatkan apa yang dia nak."
"Mesti sakitkan."
Safrina masih ingat lagi hari-hari itu, kesakitan yang dirasai, tuduhan yang dilemparkan. "Rasanya awak pun faham kan kenapa saya susah sangat nak percaya orang."
"Terharu pula saya sebab awak percayakan saya."
"Terharulah sangat." Safrina ketawa dan menghantar satu kenyitan ke arah lelaki itu. Mereka bukan keluar pada hari yang indah ini untuk bercerita tentang kisah silamnya.
Alfie membawa kudanya lebih dekat dengan kuda si isteri, mencapai tangan wanita itu, dan menariknya rapat ke bibir untuk sebuah ciuman kecil.
Jantung Safrina terasa berdegup dengan kencang sekali. Dia tidak mampu menahan diri daripada membandingkan perasaannnya terhadap lelaki di hadapannya ini dengan lelaki yang pernah mengaku mencintai dirinya. Sungguh, mereka berdua tidak lahir dari planet yang sama.
"Awak nak bawa saya ke mana ni?" tanya Safrina, mengubah topik tadi.
Alfie melirik di sebalik bahunya, senyuman sinis terukir di wajah itu. "Awak memang tak suka kejutan, kan?"
"Saya suka.. cuma.... okay, saya tak suka. I don't do surprises. Kita nak ke mana ni?"
Alfie menunjukkan ke arah satu kawasan pokok yang berada sebatu jauh daripada mereka. "Ada satu kotej dekat dengan sungai. Saya ingat nak makan tengah hari dengan awak sama-sama kat sana."
Safrina menjatuhkan bahunya perlahan-lahan dan tersengih sumbing. "Sweet nya awak."
"Saya lah tu, Mr. Sweet."
Lelaki itu cuma bersikap sinis, tetapi dia tahu gelaran itu cukup sesuai dengan suaminya. "Dekat belakang pokok-pokok tu, ya?"
"Yep." Alfie masih lagi membiarkan kudanya berjalan. Pahanya mengapit kemas pada rusuk kuda yang dinaikinya dan membuatkan pandangan Safrina tertumpu ke arah suaminya sekali lagi. Tubuhnya yang sasa, dan bahunya yang lebar membuatkan Safrina nanar. Bayangan tentang kotej tersebut, dan berdua-duaan dengan lelaki itu mula berlegar-legar di dalam mindanya.
"Berapa lama ya baru kita sampai kat tempat tu?"
"Adalah dalam setengah jam."
"Hmm.." Kemudian, tanpa sebarang amaran, Safrina menendang Sandy dan berpegang kuat ketika kudanya mula berlari pantas ke hadapan.
"Rina?" Alfie memanggil namanya di belakang.
Baru sahaja beberapa saat berlalu, Alfie sudah datang menghalang pergerakan kudanya. Kerutan di wajah suaminya semakin menghilang tatkala melihat senyuman manisnya. Lelaki itu tidak memaksa mereka untuk berhenti, sebaliknya membiarkan Thunder bergerak dahulu dan Sandy hanya mengikut sahaja.

Udara yang sejuk menghembus lembut pada rambut Safrina, dia terpaksa menarik klip rambut yang disepitkan untuk mengemaskannya kembali. Landskap di situ sangat menarik. Walaupun mereka sudah melepasi kawasan itu, dia masih lagi dapat menghidu haruman lavender yang sedang mekar, dan juga rumput yang segar di bawah ladam kuda mereka. Dia mampu membiasakan diri dengan keadaan sebegini. Kebebasan berlari tanpa memikirkan tentang masalah hidupnya.
Selepas melalui ruang yang terbuka selama lima minit, kuda-kuda mereka akhirnya mula berjalan perlahan untuk melepasi kawasan pokok-pokok yang ada di situ. Nampaknya kedua-dua Sandy dan Thunder juga perlu mencari nafas mereka semula. "That was wonderful."
Mata coklat Alfie menangkap pandangan mata isterinya dan terhenti lama di situ. Buat kali pertama sejak beberapa hari ini, dia kelihatan lebih tenang dan ceria. Buat seketika, Safrina ingatkan Alfie ingin berkata sesuatu, tetapi suaminya cuma merendahkan pandangan dan menggerakkan kudanya untuk bergerak lebih dalam ke kawasan hutan itu.
"Cantik sangat kat sini. Senyap pula tu."
"Masa saya kecil dulu, saya selalu bawa kuda saya ke sini sebab nak larikan diri dari ayahanda."
"Teruk sangat ke perangai dia?" Nampaknya suaminya dan juga ayahanda mertuanya mempunyai hubungan yang paling teruk sekali, tetapi Alfie tidak pernah memberi penjelasan.
"Saya bukannya dia."
"Dan itulah yang dia nak, a miniature him?"
Alfie menganggukkan kepala.
Safrina ingin bertanyakan soalan yang lain, tetapi Alfie sudah menggerakkan kudanya terlebih dahulu ketika laluan tersebut mula menjadi sempit. Tidak lama kemudian, terdengar bunyi air di sebalik suara dengusan kuda mereka.
Usai sahaja melepasi kawasan hutan tersebut yang akhirnya menampakkan sebatang sungai, Safrina tahu juga kenapa Alfie memilih untuk melarikan diri ke tempat ini. Air yang jernih melata dari bawah batu-batu sungai. Lumut dan rumput membiak di sekitar lereng sungai, membuatkan Safrina terbayangkan Alfie yang masih lagi kecil sedang berdiri di tepi sungai sambil membaling batu ke dalam air yang deras itu.
"Tempat ni pun tanah awak ke?"
"Ha'a. The estate is over five hundred acres. Tapi inilah tempat yang paling cantik sekali dekat tanah ni."
"Betul, cantik sangat, Alfie."

Laluan itu membawa kepada padang rumput di mana sebuah kotej terletak elok di satu penjuru. Sebaik sahaja sampai di hadapan kotej itu, Alfie turun dari kudanya. "Kita bagi diorang minum dulu sebelum kita biarkan diorang."
Safrina turut turun dari kudanya dengan kaki yang longlai. Tetapi tenaga yang dirasakan sangat bagus dan memberansangkan. Ketika kuda-kuda mereka sedang khusyuk minum di tepi sungai, Safrina bertanya, "Selalu ke kotej ni orang guna?"
"Tak juga. Kalau dulu, saya je yang selalu datang sini. Tapi rasanya Alfira pun larikan diri ke sini juga lepas saya berpindah ke tempat lain."
"Saya nak tanya dialah nanti."
Alfie membawa kuda tersebut ke satu tiang dan mengikat mereka dengan tali untuk membiarkan mereka berlegar-legar di sekitar kawasan itu sahaja. "Biar saya tunjukkan awak kat dalam."
Safrina mencapai tangan suaminya, menikmati kehangatan jari-jemari itu, dan berjalan di samping Alfie beberapa langkah ke anjung kabin tersebut.
Pintu serta-merta terbuka luas dengan sekadar tolakan kecil.
"Awak tak kunci ke?"
"Tak perlu."
Ketika Safrina melangkah masuk ke dalam, nafasnya bagai terhenti seketika.

arggghhhh ade ape kat dlm tu ? hehe *saspens*
ReplyDeleteagak-agak ada apa dalam tu? hehe.... :P
Deletebest nak lagi please......
ReplyDeleteinsya-ALLAH. ada masa saya sambung ye. ^^,
Delete