Cinta Matchmaker -bab 16-




BAB 16


Di tengah-tengah kawasan bilik sudah tersedia satu meja yang hanya boleh menempatkan dua orang sahaja. Terdapat sebuah dulang besar yang dipenuhi dengan makanan. Dua batang lilin juga sudah pun ternyala.  

"Oh, Alfie, this is lovely."

"Awak suka?"

Safrina berpusing menghadap lelaki itu lantas memeluk pinggang suaminya. Mata bertentang mata, dia tersenyum dan mendekatkan bibirnya dengan bibir Alfie. "I love it."

Alfie menerima bibir isterinya dengan sebuah ciuman ringkas, tetapi baru sahaja Safrina ingin melepaskan diri, dia memeluk lebih erat dan menggerakkan kepalanya ke sisi. Ciuman yang ala kadar sahaja tadi sudah bertukar menjadi lebih hangat. Tangannya sudah meliar di tubuh si siteri. 

"Teruknya saya ni," kata Alfie sebelum dia menyambung aksinya tadi. 

Kepala Safrina terangkat ke belakang, sudah khayal. "Kenapa awak cakap macam tu pula?"

Alfie menarik isterinya masuk ke dalam bilik itu dan menutup pintu di belakang mereka. "Kita belum lagi makan and I'm already crawling all over you."

Ketawa, Safrina menolak kasutnya keluar menggunakan kaki sambil membuka baju panas suaminya. "Kiranya kita datang sini sebab nak makan je lah?"

Alfie membantu isterinya dengan membuang jauh-jauh baju yang dipakai di sekitar kawasan bilik itu. "Makan dulu, lepas tu baru bermesra. Itu sebenarnya rancangan saya."

Safrina ketawa lagi. "Apa kata kita bermesra dulu, lepas tu makan....." bibirnya mula meliar di bahu suaminya. "Lepas tu sambung balik." 

_____________________________________________________________________

Amber Hall penuh dengan manusia, semuanya ingin melihat permaisuri baru mereka, wanita yang Alfie kahwini akhirnya.

Mereka akan berbisik-bisik, itu Alfie tahu, tetapi tiada sesiapa yang akan berani menunjukkan tingkah laku buruk melainkan hanya rasa hormat kepadanya dan juga pengantin perempuannya. 

Alfie ternampak Safrina yang sedang berada jauh di sudut dewan, bersembang bersama dengan Alfira dan juga beberapa pasangan yang berdiri di sebelah isterinya. Safrina memakai gaun kembang berwarna kelabu sutera. Leher jinjang itu juga sudah dihiasi dengan seutas rantai emas yang dihadiahkan kepada isterinya tadi.

Safrina sangat menawan. Alfie terasa bangga untuk memberitahu semua orang bahawa itulah isterinya. 

Karl, yang baru sahaja terbang ke sini untuk majlis resepsi mereka, berdiri di sebelahnya. "Aku tak boleh bayangkan perubahan yang dah berlaku dekat isteri kau," bisik Karl supaya Alfie sahaja yang mampu mendengarnya. 

"Dia cantik sangat." Kelakar, Alfie tidak terkejut langsung dengan perubahan itu. Keserian Safrina seakan-akan semakin terserlah dari hari ke hari.

"It's more than that." Pandangan Karl kemudia beralih pada salah seorang peguam di kawasan dewan seberang sana. "Apa dah berlaku sekarang ni?"

Alfie tidak bersedia untuk berbual mengenai perkara itu dengan lebih mendalam memandangkan pasti ada telinga-telinga yang akan mencuri dengar. "Bagus sangat. Nanti kitorang balik ke Mauritius balik dalam beberapa hari ni. Alfira kata dia nak ikut kitorang, tapi aku berjaya yakinkan dia yang aku dengan Safrina nak habiskan masa berdua-duaan sebelum kitorang merancang untuk berkeluarga."

Karl ketawa. "Berjaya tak?"

"Mestilah." Kenapa tidak pula? Sebahagian daripada keluarganya perasan akan ketibaan mereka dari perjalanan ke kotej tempoh hari. Selepas seharian menghabiskan masa romantis bersama dengan isterinya, barulah mereka bersedia untuk pulang ke istana. Tingkah laku mereka itu tidak dapat disangkal lagi.

"Hati-hati, Alfie."

Alfie mengangkat gelasnya di tangan dan merenung tajam mata sahabat baiknya. "Hati-hati pasal apa?"

"Something about you feels different. Hati-hati."

Alfie meluruskan bahunya. "Aku sentiasa berhati-hati."

Safrina berjalan ke arah mereka, sebuah senyuman terukir di bibir mungil itu. 

Alfie meletakkan gelasnya ke atas meja dan pantas merangkul pinggang isterinya. "Awak ingat lagi ?"

"Siapalah yang boleh lupa Karl?" Safrina menganggukkan kepala apabila lelaki itu tersenyum padanya. Walaupun sahabat baiknya itu tidak pernah dirasakan sebagai ancaman, Alfie tidak suka melihat mata wanita kesayangannya ini bersinar-sinar dengan cahaya keterujaan apabila memandang Karl. "Hollywood ada panggil awak tak?"

Karl ketawa. Safrina pernah berjenaka mengenai rupanya yang kelihatan seperti pelakon Hollywood itu dan meminta dia supaya menyambung bekerja sebagai pelakon andai kata dia sudah tiada niat untuk menjadi ahli politik lagi. 

"Belum lagi. Saya tengah tunggulah ni."

Lengan Alfie semakin mengetat di sekeliling tubuh isterinya. 

"Bonda awak suruh kita pergi kat tengah-tengah dewan tu dan menari dulu. Nampaknya tak ada orang akan buat selagi kita tak berpusing-pusing dulu dekat situ."

Memikirkan yang Safrina akan berada rapat dengannya mendorong kakinya untuk bergerak lebih pantas ke tempat yang dituju. "If you'll excuse us."

Karl mengangguk ketika mereka berlalu pergi.

"Saya ada cakap kat awak tak yang awak nampak cantik sangat malam ni?" Alfie berbisik di telinga Safrina. 

"Ada. Awak pun apa kurangnya."

Suka dengan pujian itu, Alfie tersenyum. Dia memakai tuxedo, dan apa salahnya? Mereka tidak mempunyai peluang untuk berpakaian pengantin sempena perkahwinan mereka dahulu, jadi ini sahaja sudah memadai.

Mereka memasuki ke dalam dewan tarian di mana sekumpulan pancaragam sedang bermain di bahagian penjuru ruang itu. Apabila mereka perasan akan kehadiran si Raja dan Permaisurinya, mereka menghentikan lagu tadi dan mengalunkan lagu yang baru pula. 

Sesaat sahaja muzik dimainkan, Alfie mengiringi isterinya ke tengah-tengah dewan dan menarik wanita itu ke dalam pelukannya. Kedua-dua belah tangan Safrina dilabuhkan di atas bahu lelaki itu ketika mereka mula melenggok-lenggokkan badan mengikut irama. Pipi Safrina berubah menjadi kemerah-merahan. "Semua orang tengoklah."

"Alah, biasalah. Diorang mesti nak tengok punya." Dan disebabkan dia dapat merasakan isterinya masih lagi kaku, dia mengusik wanita itu. "Diorang sebenarnya nak tengok saya terjatuh." Alfie memusingkan isterinya, tubuh mereka terlalu rapat.

"Nampaknya diorang kena tunggu lama lagilah, sebab awak macam tahu je apa yang awak tengah buat ni."
Alfie mengalihkan sebelah tangan isterinya dari lehernya dan memusingkan Safrina sekali lagi sebelum membawanya ke dalam pelukan. "Saya pernah lah juga cuba menari sorang-sorang sekali dua."

"Sorang-sorang? Kesiannya." Safrina tergelak kecil.

Dia mengikut sahaja langkah lelaki itu, hati semakin rasa tenang. Seusai sahaja tarian berakhir, Alfie merenung jauh ke dalam matanya. Suaminya merendahkan sedikit kepala lalu mengucup dahinya.

Semua kamera memancarkan cahaya masing-masing dan beberapa tetamu di situ bertepuk tangan ketika kumpulan pancaragam tadi mula memainkan lagu yang lain. Kali ini, lantai tari mula dipenuhi dengan orang ramai.

Safrina mendekatkan bibirnya ke telinga Alfie. "Tadi tu untuk kamera ke?"

Alfie membuka mulutnya. "Ciuman tu cuma untuk awak seorang."

"Tapi saya ingatkan orang Ashburtonn ni tak suka bermesra-mesra depan khayalak ramai."

Alfie ketawa besar. "Dan kita berdua pun tahu kan berapa lama sangatlah saya jadi orang negara sini."

Mereka asyik dengan dunia mereka sekali lagi, menari tanpa menghiraukan sesiapa. Sehinggalah seseorang menepuk bahu Alfie dari belakang. Dia berpusing dan terlihat Alfira sedang tersengih sumbing. "Mind if I cut in?"

Alfie memandang isterinya meminta izin dan Safrina sekadar tersenyum manis. Dia akhirnya meminta diri seketika dan memberi mereka privasi.

"Fira suka sangat dengan kak Rina."

Alfie terpaksa memusingkan Alfira untuk melihat kelibat isterinya. "Dia pun suka Fira juga."

"Dia lagi baik dari perempuan-perempuan yang abang pernah dating dulu. Fira dah tahu dah kenapa abang nak kahwin dengan kak Rina. Dah lah dia tu bukan orang kita, lagilah buat ayahanda tak suka dengan abang."

Alfie memaksa dirinya untuk menumpukan perhatian pada kata-kata adiknya itu. "Abang tak kahwin dengan dia sebab arwah ayahanda kita tu." Tidak, dia sememangnya mengahwini Safrina kerana ayahandanya.

"But it doesn't hurt that he wouldn't have approved."

Terlalu ketarakah dirinya sehinggakan si adik kandung sendiri mampu melihat sifat jahatnya? Apakah yang terjadi jika dia membuang segala dendam dan kesakitan dari masa silamnya dahulu? Apakah selama usahanya dan penipuannya hanyalah semata-mata untuk melukakan hati ayahandanya itu?

"Janganlah berkerut, bang. Nanti orang ingat kita bergaduh pula."

Alfie memandang adiknya dan cuba tersenyum walaupun terpaksa. "Kau pula macam mana, Alfira, pernah tak terfikir nak melawan ayahanda kita tu?"

"Tak." Alfira menggelengkan kepala. "Bonda perlukan Fira dekat sini. Can you imagine being left with him by yourself?"

Alfie mengelipkan matanya ketika dia mendengar bait bicara adiknya itu. "Tak boleh, tapi abang tak rasa yang bonda kita sanggup biarkan kau berputus asa dengan kehidupan sendiri semata-mata sebab dia."
Alfira menepuk lengan abangnya. "Fira tahu. Kitorang ada sembang pasal Fira punya traveling, seeing more of the world without her by my side. Rasanya bila abang dah berkahwin ni, bonda lebih fokus dekat abang dengan keluarga abang."

"Abang dengan Safrina jelah."

"Tolonglah, Fira ada mata tau. Tak lama lagi bertambah lah lagi sorang 'Alfie'."

Rentak muzik itu akhirnya semakin beransur hilang, dan tamat jugalah tarian mereka itu. "Kek kahwin pun belum sempat potong, Fira. Let's not start talking about birthday cakes."

Tetapi fikirannya sudah pun mula melayang ke situ. Dia dan Alfira akhirnya berpisah dan dia mula mencari isterinya. Malangnya, mak ciknya sudah mengajaknya untuk menari pula, dan Safrina kini sedang berbual bersama dengan sepupu liciknya itu.

Majlis tersebut tamat pada lewat pagi esoknya. Para tetamu yang duduk di luar bandar tinggal sementara waktu di beberapa bilik tetamu di istana itu, sementara orang tempatan di situ pula pulang ke rumah masing-masing. 

Sekembalinya mereka ke bilik tidur, Safrina pantas membuka kasut tingginya di pintu dan membenamkan kakinya ke dalam permaidani tebal. "Oh, sedapnya."

"Saya tak rasa yang ada tetamu kat sini nak balik rumah diorang."

"Balik? Ramai kot lelaki-lelaki yang melepak sambil mengasap dekat bilik biru tadi."

Alfie sekadar tersenyum sambil merungkai tali lehernya. Safrina pula menuju ke almari dan Alfie mula menarik bajunya keluar daripada seluar.

"We're a mess, you and I," kata Safrina dari bilik yang lagi satu.

"Ye ke? Kenapa pula?"

"Our dads did a number on us. Awak punya ayahanda, sampai dah tak ada dekat dunia pun masih lagi berjaya buat hidup awak merana, dan saya pula terpaksa mempersoalkan setiap lelaki yang cuba masuk ke dalam hidup saya ni."

Alfie mencampakkan kemejanya ke belakang kerusi sebelum membuka zip seluarnya. "Awak macam tak pernah persoalkan saya je."

"Eh, mestilah ada, mula-mula dulu. Adalah dalam beberapa hari saya tak percayakan awak. Tapi awak berjaya hapuskan syak wasangka saya tu."

Alfie tersenyum mendengar pujian itu. "Iya?"

"Awak sentiasa jujur dengan saya dari awal kita jumpa dulu. I admire that."

Alfie teragak-agak. Dia patut berkata sesuatu sekarang ini, mengenai masalah kecil yang telah peguam ayahandanya sebutkan hari itu. Tetapi bibirnya bagaikan kering seperti padang pasir.


p/s : SORRY SORRY SORRY lambat masukkan new entry. saya sangat sibuk sekarang. sobs.


post signature

Tags:

Share:

5 comments

  1. hee, takpe kak Amy J! Terima kasih untuk entri yg baru ni xD Like it and you! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you!

      tapi akak rasa entry kalini macam a bit shallow. nanti dah habis exam, akak update banyak-banyak ye. ^^,

      Delete
  2. kak amyyyy..best sangat cepat update! :)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.