Dhoom 3 - Movie Review

8:49 a.m
apartment murni
yeah, dah dapat hadiah!





okay, aku tahu cerita ni dah berkurun (tak adalah sangat). tapi tiba-tiba harini rasa nak bercerita pasal movie ni pula. so here it is..


pernah tengok cerita Dhoom and Dhoom 2 tak? kalau tak tengok lagi, wajib tengok okay. takut tak berapa faham (rasanyalah). bagi aku Dhoom yang pertama, cerita dia agak biasa. si polis (Abishek Bachchan) cuba nak tangkap penjenayah ni (John Abraham). aku tak ingat dia buat jenayah apa. 


Dhoom 2 pula berkisarkan tentang seorang lelaki yang sangat pandai menyembunyikan identitinya. dia lebih suka curi barang yang kebanyakannya disimpan di dalam muzium sebagai bahan pameran. Dan lelaki itu adalah Hrithik Roshan. Perempuan dalam cerita ni pula ada dua orang, tapi aku cerita pasal sorang ni je. (Aisywarya Rai). dia sebenarnya pernah masuk lokap. tapi sebab dia tak nak, dia cuba deal dengan polis ni. and perjanjian diorang, si Aish kena tahu everything pasal lelaki misteri tu. last-last dia jatuh cinta dengan Hrithik pula. ending dia, tengok sendiri. a bit different I think.


okay, ini tajuk kita yang sebenarnya. Dhoom 3. Pelakon-pelakonnya adalah.......




sebelum aku tengok filem ni, aku ada dengar rumour, orang kata cerita ni sama macam Now You See Me. pernah tengok? cuba tengok, cerita tu pun best! ending dia aku x berapa faham. -.- so, aku pun dengan penuh sabar menunggu masa untuk menonton filem Dhoom 3 ni. 





last-last malas sangat nak balik rumah menunggu untuk mendownload, aku tengok online dulu. cerita ni mengambil masa selama 3 jam lebih kurang. alah, Hindustan. okay, serious best! aku bagi rating 8 lah. sebelum ni, cerita dia mesti ada melibatkan cinta. tapi kali ni, ada cerita cinta yang lain pula. bukan cinta tiga segi yang pastinya. ending dia pun even sedih tapi bagi aku sangat-sangat sweet. 


Aamir Khan (Sahir) adalah seorang ahli silap mata. well, dia lebih kepada seorang clown sebenarnya. ayah dia dulu kerja dekat circus. so, dia pun terjebak sama. tapi malangnya, ayah dia mati bunuh diri sebab seorang lelaki ni. and Sahir buat keputusan untuk balas dendam demi ayah dia. 


apa yang tak berapa bestnya bila dia tak tunjuk cara bank tu dirompak. oh, lelaki jahat tu orang yang bekerja dekat bank. actually, dia pemilik bank Chicago tu. tapi kalau dah namanya magic, anything can happen kan. and yang paling awesome sekali, bila diorang berlawan sambil naik motor berkuasa tinggi. okay, aku sangat obses dengan motor macam ni. 


sangat-sangat tak dijangka bila sebenarnya ni Sahir ni ........................................ (tengok sendiri)


aku tak suka bagi spoiler ni. nanti tak syok dah nak tengok. so, kalau ada masa, layanlah cerita tu ye. hehehe. kalau Yash Raj Films punya movie, memang aku tak teragak-agak nak tengok, lagi-lagi kalau dalam filem tu ada Aamir Khan. hahahaha.. 


ini favourite song aku dalam cerita ni. and aku selitkan sekali trailer dia. okay, adios! :)








kalau rasa nak practice menari, cuba ikut tarian ni. serious penat. 



post signature

Share:

3 comments

  1. Replies
    1. haha. wajib layan cerita ni tau :P

      Delete
  2. ha'ah.. tengok Dhoom 3 sebab Aamir Khan je sebenarnya.. hehehehee..
    Katrina tu sah-sah la sebagai perencah je.. sebab cantik dan seksi walau muka cucuk2 je lebih.. (ehh.. tetiba nak marah... hahahahhaaa....)

    bagi akak, Dhoom 1 teruk-hancur-hampas... Dhoom 2 ada la peningkatan dari segi teknik CGI, solekan, aksi dan sebagainya.. Dhoom 3 much better tapi scene2 tak logik tu masih ada.. hindustan lah katakan... hahahahaha.. apapun Dhoom 3 best..!! best..!! best..!! :)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.