Frozen -Movie Review-


11:09 a.m
apartment murni



IMDB rating : 8.1
stars : Kristen Bell, Josh Gad, Idina Menzel


okay, kali ni aku cerita pasal kartun pula. aku sebenarnya bukan minat sangat dengan cerita kartun. but when it comes to Disney, aku tak teragak-agak nak tengok cerita dia. cerita dia semua AWESOME! and semalam, disebabkan terlalu lesu dan bosan, aku tengoklah secara online. and cerita dia memang THE BEST.

Frozen ni dibuat oleh orang yang create cerita Tangled and Wreck-It Ralph. dah tengok belum? tengoklah. cerita tu pun best. sebab tulah kalau perasan, karakter Frozen and Tangled macam lebih kurang je rupa dia. x kisahlah, asalkan best. nama pun kartun. 

 

kali ni, cerita dia a bit different. sebab apa? sebab kali ni mengisahkan tentang kasih sayang antara dua beradik. Nama diorang Elsa dan Anna. Elsa adalah kakak dan Anna of courselah adik. diorang masa kecil sangat rapat. alah, adik beradik manalah yang x rapat kan. tapi nak buat macam mana, malang tak berbau. dari situlah, Elsa terpaksa jauhkan diri dari adik dia. sedih aku tengok. ye, for the first time in forever, aku menangis tengok cerita kartun. dan tibalah satu masa kakak dia ditabalkan menjadi Queen memandangkan mak bapak diorang hanyut ditelan lautan. 


tapi disebabkan Anna lah, semua orang tahu ada something wrong dengan kakak dia. kakak dia ni ada power. and makin dia membesar, makin dia tak boleh kawal kuasa dia. in the end, dia larikan diri and hidup bebas. bagi dia, dia happy hidup macam tu. x perlu nak sembunyikan apa yang dia miliki. 
macam-macam happened masa Anna cari kakak dia. memandangkan dia yang bersalah dalam hal ni. nanti korang tengok, tahulah kenapa dia yang bersalah. memang sungguh mengingatkan aku dengan cerita Enchanted. 

tapi apa yang aku nak ulaskan dekat sini ialah selagi mana kita biarkan ketakutan menguasai hidup kita, kita takkan ke mana-mana. kita takkan berjaya. ketakutan tu, kita sendiri yang kena overcome. siapalah yang tak takut dalam dunia ni kan? aku pun takut. aku takut gagal. aku takut tak diterima oleh masyarakat. tapi kenapa aku nak biarkan rasa takut tu menghantui diri aku? kenapa aku tak hadapi je kelemahan aku ni.

lagi satu, dia nak tunjuk betapa kuatnya kehebatan cinta antara adik-beradik. sungguh, macam umi aku cakap :

kita adik beradik memang selalu gaduh. tapi jangan sampai sorang ke sana, sorang ke sini. sebab apa pun, satu hari nanti bila kita susah, adik beradik yang akan tolong kita. orang lain akan tolong juga, tapi mana satu diorang akan pentingkan dulu in case adik beradik diorang pun ada masalah? 

memang terdiam kitorang. betul. jangan sesekali kita putuskan hubungan saudara yang dah lama terbina ni. jangan sampai kita dah ada anak-anak, diorang tak kenal dengan saudara sendiri. 


okay, jangan lupa tengok Frozen. the best. cuma banyak lagu sikit. hehe. Olaf sangat comel, Elsa seorang yang penyayang, Anna seorang yang sentiasa follow kehendak hati dia. kisah cinta mestilah ada, tapi kasih sayang adik beradik tu lebih terserlah dalam filem ni. 

okay, adios~




cantiknya baju Elsa. jealous -







post signature

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.