Kampung Jahang Gopeng, Perak -JalanJom-

6:17 p.m
apartment murni
shopping di Alamanda


assalamualaikum and hello everyone. harini aku nak cerita perjalanan aku ke Gopeng Perak pula. sengal badan belum hilang lagi ni. aku pergi ke Gopeng atas urusan kelab. ada training for trainers dekat situ. mula-mula, dalam kepala otak dah bayang macam-macam dah. ada air terjun, ada sungai, ada gua and so on. perjalanan dari Bangi ke Kampung Jahang mengambil masa selama 2 jam setengah. kami bergerak lebih kurang pukul 9 pagi. ingatkan nak tidur dalam bas, last-last budak lelaki pergi pasang movie. ha, terus tak jadi tidur.

atul and me



sampai je, bas tak boleh masuk. memandangkan tempat tu ada dalam kawasan kampung, so bas terpaksa berhenti dekat luar je. and kami kena naik lori! yeah, best gila naik lori. siapa yang belum merasa, naiklah. terasa angin mendayu-dayu menyentuh wajah kita. 


   



adalah dalam 4km perjalanan atas lori tu. sampai je tempat dia, masya-ALLAH memang cantik. kami menginap dekat Dimal Chalet. harga aku x sure berapa. sebab aku ikut kelab, bukan pergi suka-suka. 




inilah Gua Kandu

Gua Kandu ni ada dekat depan sekali. dia sangat jauh dari Kampung Jahang. and lagi jauh dari chalet tempat kami duduk tu. dalam hati, dah berangan dah nak masuk gua tu. apa yang lagi best bila kami mendaki gua waktu malam! peluang macam ni, jangan sesekali kita lepaskan. sanggup aku tinggalkan assignment sementara sebab nak masuk gua ni. 



inilah jalan kampung tu.

selamat datang ke Kampung Jahang


alhamdulillah, kami sampai dengan selamat. bila dah turunkan barang, kami diarahkan untuk berkumpul di dewan. masa tu lah bermulanya sesi berkenalan or ice breaking. kami juga dimaklumkan berkenaan pantang larang or peraturan yang perlu kami ikut sepanjang duduk dekat situ. pemilik Chalet tu memang sporting. and instructor yang ada dekat situ sangat happening! bila dah berkenalan, kami pun masuk ke bilik masing-masing.


Dimal Chalet

Chalet yang ni lebih selesa. CHALET ABAH


ini adalah surau


kitorang yang perempuan dapat Teratak. kami duduk bahagian bawah. dalam rumah tu ada dua bilik and satu bilik air. dalam satu bilik, ada empat katil. double decker ada, queen size pun ada. dekat teratak tu ala-ala dorm la aku rasa. kalau untuk family, ada chalet abah. aku rasa yang tu lagi selesa lah. ada aircond. yang ni tak ada. tapi masih lagi selesa. 


petang tu, kami ada team building. santai je games ni. tak berhenti kitorang gelak ketawa. ada permainan yang mencabar minda, ada yang buat kita tertekan (sebab tak reti buat sebenarnya) and macam-macam lagi. 


malam tu, bermulalah adventure kami! minta maaf, yang ni tak dapat nak ambil gambar sebab tak digalakkan. takut rosak. kami diberitahu yang sebelum masuk gua, kena jungle trekking dulu. ha, ni part yang paling aku suka. JUNGLE TREKKING! tapi sebelum tu, abang Syam ada cakap perkara-perkara yang perlu kitorang buat or x patut buat.


memandangkan gua tu adalah gua batu kapur. kita x digalakkan untuk menjerit-jerit. sebab takut pecah. setakat ni x pecah lagilah gua tu. tapi kalau boleh janganlah buat. lagi, kalau sesat, duduk je kat tempat tu, jangan memandai cari jalan sendiri. nanti sampai sudah, lagi sesat. padan muka. lepas dah bagi penjelasan semua, akhirnya bermulalah perjalanan kami.


kitorang kena jalan kaki ke Gua Kandu. fuh, penatnya. dah lah baru lepas makan malam. kami bergerak lepas Isyak. jalan kadang-kadang gelap, kadang-kadang ada lampu. jalan kampung, biasalah. nasib baik beramai-ramai. lagi situ kat tempat tu orang bawa laju kereta or motor, so kalau tengah jalan kaki, suluh-suluhkanlah lampu suluh anda. biar dia nampak. 


kitorang ada lebih kurang 40 orang. so, kitorang dibahagikan kepada dua kumpulan. senang. akhirnya sampai juga kat Gua Kandu. ini first time aku merasa masuk gua. masya-ALLAH, susah rupanya. sungguh, lepas ni aku tak nak dah jungle trekking malam-malam. susah oi! sebab apa, orang depan, orang tengah and orang belakang je pegang lampu. aku and lain-lain yang tak pegang ni terpinga-pinga. berapa kali tersadung and tergelincir. nasib baiklah ada tali. kalau tak, hmm....


dalam berapa minit, aku pun tak tahu sebab tak pakai jam. akhirnya sampai juga ke pintu gua. kat situ abang Syam kata sebab kami (kumpulan 1) yang masuk dulu, so kitorang kena bagi salam. caranya dengan baca selawat sebanyak 3 kali sebelum masuk. fuh, ini pun penat sangat. ada mendaki, ada turun, ada merangkak. dengan berdebu lagi. serius, kalau nama gua batu kapur, maknanya memang kering gua tu. tak ada air. adalah sikit. 


sambil-sambil mendaki, kami diterangkan dengan sejarah yang berlaku dekat dalam gua tu. macam-macam cerita rupanya di sebalik gua Kandu ni. pasal orang Jepun, pasal seorang manusia yang benci dengan kaum Melayu. 


memang serius mencabar. kalau korang ada masalah kesihatan, contohnya athma, aku tak galakkan untuk pergi. kat situ ada certain tempat yang sangat kurang oksigen. akhirnya, sampai juga ke penghujung gua. tapi kena turun balik lalu ikut hutan. kenalah jungle trekking lagi. tergelincir lagi. badan dah luka-luka. biarlah, standard lah tu. 


nasib baik balik ke Chalet naik lori. fuh, sedapnya angin malam. lagi-lagi bila naik lori. balik je tengok muka, dah macam askar. dengan debu. dengan kotornya. dengan luka-lukanya. terus mandi. tengok jam, dah dekat pukul 1 pagi. ha, kau ! lama gila rupanya. tapi lepas tu tak tidur. kitorang ada BBQ. aku makan sikit je, tak larat. mata dah nampak katil je sebenarnya.


last-last esoknya pukul 6 baru bangun. nasib baik, kalau tak terlepas Subuh. tapi harini punya santai-santai je. lepas dah makan, kami ada sesi yang terakhir. bagitahu best ke tak. feedback semua. lepas tu makan tengah hari, and then mandi sungai! yeah, itulah yang kami tunggu sepanjang sampai ke situ.






and then, pergi ke rumah anak yatim kejap. bagi barang dekat diorang. beramah mesra. lastly, balik Uniten! ha, ni confirm memang tertidur terus. pasanglah movie pun, aku tak sedar apa dah. kenangan dekat Kampung Jahang memang takkan aku lupakan sampai bila-bila. 


rumah anak yatim

selfie. eh?




untuk newbie yang nak masuk gua batu kapur, meh aku bagi tips. 


1. bawalah kain kecil (apa-apa pun), asalkan boleh tutup mulut and hidung korang.


2. kalau masuk waktu malam, make sure bawa lampu suluh yang pakai kat kepala tu. ini digalakkan kalau korang bukan datang berkumpulan. kalau buat ramai-ramai, pakailah lampu suluh biasa, sebab nanti orang lain nak tengok jalan juga. 


3. bawalah air mineral. memang penat. tapi abang tu ada bagi tips juga. kalau nak minum tu, kalau boleh minum seteguk je. jangan minum terus banyak, ha, nanti banyaklah yang keluar terus. ada faham? 


4. kalau boleh, bawa lighter. in case sesat, ikutlah flow ke mana api tu bergerak. muncung api tu akan menghala ke tempat yang ada udara. 


5. pakailah kasut yang grip tapak dia kuat. sebab malam-malam jalan dekat hutan memang basah. berapa kali aku jatuh, memang tak terkira dah. 


okay, itu je lah kot. ada banyak lagi aktiviti dekat situ. abang tu kata dalam 12 aktiviti yang boleh dibuat. contohnya, ada white water rafting. best!!! tapi tak dapat nak naik. sebab mahal. and kami punya program ni cuma 2 hari 1 malam sahaja. that's all I think, adios! :)



untuk lebih lanjut, sila layari ---> Dimal Chalet



post signature

Share:

3 comments

  1. wah, pasni bley la buat reunion kat sini. penginapan dengan aktiviti mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. apa lagi, bila nak reunion? hahaha..

      Delete
  2. oopss.. tengah google2 pasal water rafting nih.. hihih

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.