Life As A Student -MRSM- part 3

10:25 a.m
apartment murni
banyaknya assignment -.-



kenapa aku sangat suka dengan maktab aku? sebab cikgu-cikgu yang ada dekat situ semuanya tak pilih kasih. memanglah aku duduk MRSM, di mana semua students kat situ pandai-pandai belaka. tapi, kami baru masuk form 4. so, adalah subjek yang kita lemah kan.


even ada yang pandai gila, and ada yang x berapa pandai. cikgu tetap layan kami sama rata. and bila seorang jatuh, cikgu nasihat kitorang. kenapa kita nak berjaya sorang-sorang? kenapa tak bawa kawan-kawan sekali naik ke puncak? betul tu. kalau kita berjaya seorang diri, kita takkan rasa nikmat kejayaan tu sebenarnya. 


aku still ingat, cikgu Add Maths kitorang (cikgu yang paling kitorang sayang), selalu tampal sticker dekat kertas exam. hahaha. nampak a bit childish. tapi kitorang suka. rasa macam dihargai. siapa paling banyak markah dapat sticker yang paling besar. markah sikit pun dapat sticker juga. 

cikgu Kimia pula, sebelum kitorang belajar, beliau akan tunjuk video-video yang menarik. dia tahu kitorang confirm mengantuk punya. ha, duduk asrama tak sah kalau tak tertidur dalam kelas. aku pun tak ketinggalan juga.


cikgu Akaun, sangat baik dan kadang-kadang belanja kitorang makan. beliau adalah Datin sebenarnya tapi beliau sangat humble. ada masa dapat makan burger sambil belajar, kadang-kadang dapat keluar outing. aku ingat lagi, setiap kali habis jawab exam, mesti kitorang cakap,

"aku nak drop lah subjek ni." 

ayat tu tak pernah tak sebut. tapi at the end, berjaya juga habiskan sampai ke SPM. sebab apa? sebab aku nak cukupkan 10 subjek. nasib baik dapat A. fuh..

aku sebenarnya suka buat benda yang bertentangan. eh, pelik pula bunyinya. macam ni. dulu orang cakap, siapa yang duduk depan je dapat berkat daripada cikgu. siapa yang duduk belakang sekali mesti tak berjaya. ha, aku tak percaya benda tu. so, aku and kawan-kawan aku lagi 2 orang duduk dekat seat belakang sekali. serious, aku tak tipu. and voila, itu sekadar satu mitos sahaja. tak kisahlah kau duduk mana pun, yang penting kau concentrate dan selalu buat latihan. yes, aku sangat nerd dulu. i admit that. x salah pun mengaku kau nerd, bukannya berdosa besar pun. lainlah kalau dipanggil s... or w...

Time H1N1. ha, ingat wabak merebak, tak boleh ambil gambar juga ke? 



prep waktu malam. bosan, ambillah gambar kejap.


lagi satu, orang cakap Add Maths sangat susah. so, aku pun cubalah tengok. susah sangat ke? (berlagak masa tu). and rupa-rupanya sangatlah senang. sebab aku memang suka complicated calculations kot. kenapa? sebab aku sangat fail pula dalam Maths Mode. urghh... aku memang macam tu. apa yang orang kata senang, aku rasa susah. orang kata susah, aku rasa senang. benda yang senang ni, dalam otak aku, aku rasa macam dia ada trick question somewhere tapi sebenarnya tak ada pun. pfft~

and subjek yang paling aku lemah sekali ialah BM. aku tak menipu. orang menangis lepas jawab Add Maths time SPM dulu. aku menangis bila lepas jawab BM. hahahahaha. aku tak tahulah kenapa. well, bila fikir balik, aku rasa aku tahu kenapa. meh aku bagi tips. 

untuk yang sangat lemah BM, maybe karangan korang tu yang tak berapa memberangsangkan. kalau nak buat cerita, make sure cerita tu ada pengajarannya and make sure ada ending yang bagus. kalau ada plot twist lagi best. buat cikgu ternanti-nanti. tapi jangan buat cerita hantu. kesian cikgu, takut dia nak baca. iye, kawan aku pernah buat cerita hantu, sampai sudah cikgu aku tak mampu nak baca. 

dulu aku buat cerita biasa, lama-lama aku buat karangan fakta je. nampak macam susah, tapi itu lagi senang sebenarnya. sebab kau tak perlu nak fikir pasal plot dia or whatnot. alhamdulillah, akhirnya time result SPM, aku dapat A juga. :')

 
TIME GRADUATION

aku sangat suka kejar untuk dapat pelajar terbaik. aku belajar bila aku ada masa. ni lagi satu perangai aku. kalau dalam cube (bilik kitorang), ada kawan aku tengah study, aku takkan study. kalau tak ada orang study, aku study. hahahahahaha. aku bukan jenis orang yang suka stay up dan wake up. aku study bila aku ada mood je. tak guna kalau stay up, tapi satu benda pun tak masuk. kawan aku sampai tertidur dengan buku. kesian aku tengok. 

and aku belajar kena ada muzik. WAJIB! kalau tak, aku memang tak boleh fokus. and bila ada muzik, aku kena menyanyi. nasib baik bila aku nyanyi, kawan aku tak bising apa-apa. sebab diorang pun menyanyi sama. hahaha. ini cara aku belajar. aku takkan bebankan otak aku. sebenarnya, aku pernah cuba bangun awal untuk ulangkaji. tapi aku rasa otak aku tengah tidur lagi masa tu. satu apa pun tak masuk. last-last mengantuk dalam kelas. ha, kan tak pasal je. 

time graduate, aku berjaya mendapat tempat ke-7. well, not bad for me. ada 166 pelajar. time SPM, aku berjaya juga dapat gelaran pelajar terbaik SPM. sungguh, ALLAH benar-benar memakbulkan doa aku. terima kasih, Ya ALLAH. itulah doa aku setiap hari. nanti aku cerita pasal ni pula okay. ^^, kalau ikut ranking MRSM satu Malaysia pula, aku dapat tempat ke-899 tak silap. tapi yang paling aku suka sebenarnya sebab aku dapat kalahkan seorang mamat poyo ni. dia sangat pandai, dia sangat berkaliber and aku sangat jealous. anyways, congrats dekat dia sebab berjaya pursue studies dekat oversea. 


unfortunately, aku tak ada dalam ni. sebab aku just dapat 9A out of 10. Bio B. heh

post signature

Share:

1 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.