Alhamdulillah Dapat!

10:31 p.m
rumah
syukur



assalamualaikum and hello everyone! alhamdulillah, akhirnya aku dapat tempat praktikal. serious, aku terkejut sebab akhirnya aku dapat. mana taknya, semua kawan aku dah start kerja, aku je belum lagi.

well, techincally aku dah bekerja, tapi kerja dengan company pakcik aku je. bukan nak take for granted, tapi aku nak cuba cari pengalaman kat tempat lain juga. sungguh, banyak tempat aku apply. ada satu company ni sampai 3-4 kali aku apply. almaklumlah, nak sangat kan. 

bila dah lama mengharap and berdoa, nampaknya aku memang tak ada rezeki dekat mana-mana. so, aku pun berputus asa. yep, aku kadang-kadang cepat sangat putus asa. sobs. and tadi aku pun pergi uniten dengan niat untuk menghantar offer letter ke coordinator aku. 

lepas dah hantar, dan meluahkan perasaan dekat member, aku pun balik dengan adik aku. time dalam bas tu, tiba-tiba seorang akak ni call aku. dia kata dia nak bagi aku peluang untuk praktikal kat situ. ALHAMDULILLAH, doa aku (doa emak aku rasanya) termakbul. 

betullah orang cakap. kadang-kadang time kita berputus asa lah ALLAH akan bagi kita nikmat tu. 

maybe rezeki yang kita dapat awal,
maybe rezeki yang kita dapat lambat,
maybe kita tak ada rezeki langsung.

semua tu ALLAH je yang tahu. maybe aku memang ditakdirkan dapat lambat sebab ALLAH tahu apa yang aku perlu, bukan apa yang aku nak. macam kawan aku, dia pun lambat juga. tapi at the end, dia dapat praktikal dekat YAMAHA. fuh, aku pun jealous. tapi dia kos lain, so tak apalah. rezeki dia memang dapat tempat tu kan. 

apa yang aku harapkan cuma staff-staff kat situ akan terima aku. aku ni dah lah pelik. boleh jadi sangat pemalu. segan nak senyum. berubahlah amelia, berubah! 

anyways, doakan aku ye. and maybe aku lambat sikit update memandangkan aku akan busy. masuk kerja pukul 8 pagi. pergi kelas pukul 8 pun aku berkira. ha, kan dah kena sebiji. sobs~







post signature

Share:

2 comments

  1. Waa.tahniah dear.havent g0t much chance to set my eyes on you.dah ada chance laptop plak poblem ;-(

    praktikal ni mgkn kne byk tya ringankan mulot but same time kne rajin2lah explore sndri.wish u with d best of bestest luck then.amin :-D

    .:. me_myself .:.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you so much :) ye ke? ala, xpela kalau macam tu. take your time ^^,

      insya-ALLAH saya akan cuba banyak2kan bertanya. rasanya memang banyak bertanya sebab banyak yang xtahu. hehehe..

      and thanks again. amin :D

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.