Bagan Lalang -JalanJom-

1:18 p.m
rumah
pack barang..
assalamualaikum and hello everyone! kali ni aku nak bercerita pasal Bagan Lalang pula. haritu memang tak ada apa nak buat, so ayah aku plan nak ke Bagan Lalang. kebetulan, pak cik aku ada homestay dekat situ. so, dapatlah bermalam and sempat mandi pantai.
tapi sebelum gerak ke Bagan Lalang, kitorang gerak g pancing ikan dulu. dekat mana, aku x ingat. adalah dalam 3-4 ekor dapat. tapi jealous dengan sorang budak kecik ni. dia dapat banyak gila! serious, aku x tipu. bapa dia pun jealous agaknya. budak tu duduk kat mana-mana pun dapat -.-







seronok ye pancing ikan.






titanic??


agaknya ikan dah xde kot, sebab tu dia keringkan.


this is my umi


khusyuk dia tunggu ikan.


kaki pancing










ayah aku je berani pegang ikan hidup. hehehe

fuh, memang panas dekat situ. kalau nak datang, bawalah air mineral. lepas dah puas memancing, and dah bayar, kitorang pun geraklah ke destinasi yang dituju. alhamdulillah, akhirnya sampai juga :) kalau korang nak menginap dekat Bagan Lalang and nak mencari rumah yang cozy, jemputlah sewa di homestay pak cik aku. tempat dia tak jauh pun dengan pantai. dulu lagi dekat tapi sejak ada resort dekat depan homestay tu, terus diblock shortcut tu.
kenalah bergambar sebelum masuk homestay


kat sini ada pagoda


ini bilik kedua. ada dua katil. bantal and selimut disediakan. sejadah pun ada. 


ni bilik ketiga. ada satu je katil. ni jadi tempat kitorang layan movie dalam lappy


ini tempat makan. ha, kat bilik xde cermin. kat sini besar gila.


ha, kan cantik pemandangannya




nak sewa, telefonlah dekat nombor yang tertera




mandi-manda tak boleh diletak di sini since kitorang ramai perempuan. aurat okay. lepas dah puas mandi manda, mandi balik dekat rumah. malam tu pergi makan dekat restoran. restoran yang kitorang pilih ni dekat je dengan pantai. memang menghadap pantailah kiranya. 

tapi apa yang bestnya, dalam lebih kurang 10 minit umi and ayah aku mencari ikan, pepahat (sedap juga rupanya), and seangkatan dengannya. lepas dah duduk balik, adalah dalam 10 minit macam tu, tiba-tiba makanan dah sampai. aik, cepat gila. 



nampak tak sedap pula bila aku ambil gambar macam ni






makanan dia tip top. layanan pun okay. overall, berbaloi pergi situ. atau aku memang x cerewet bab makan. aku main bedal je. nak dijadikan satu cerita......

adik aku si kecil sekali nak beli mainan, so adik aku yang ketiga pun follow lah dia. then adik aku yang keempat nampak ada sorang mamat pelayan ni bagi something dekat adik perempuan aku tu. bila dia dah sampai, kitorang pun tanya dia. oh, dapat nombor telefon rupanya. lepas tu bila ditanya mana kertas tu, dia cakap dah buang. kesian mamat tu. adik aku memang jual mahal sikit. sorry lah yer brother. 

ha, sampai tak sudah kitorang mengusik adik aku tu. tapi dia buat don't know je. budak sekolah agama, malas kot nak melayan budak-budak macam tu. nak perempuan tu, be gentleman lah dude. jumpa umi and ayah kitorang dulu. bukannya main nombor telefon. ada lagi rupanya zaman bagi nombor ni kan. aku ingat dah tak wujud. 

then, esoknya kitorang pun balik. rasanya sebab aku nak masuk asrama, adik-adik aku pun nak masuk asrama masing-masing. okay tu je. x panjang mana pun. sama je journey macam orang lain. :)

okay, adios~
post signature

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.