Cinta Matchmaker -bab 17-


BAB 17


"Saya terkejut juga bila colleagues awak cakap yang awak ni memang ruthless bila awak tengah bekerja. Nampaknya saya tak pernah nampak lagi perangai awak yang satu tu."

Itulah dirinya dan juga lebih lagi. Alfie tidak pernah kalah. Matanya tidak akan sesekali lari dari matlamat selagi ia masih belum tercapai. "Ada someone yang kutuk saya ke?"


"Oh please, Alfie. Takkanlah saya suka-suka hati nak bagi orang mengata suami saya pula. Tak, bukan kutuk. Cuma dia bagitahu saya je. Pelik pula, sedangkan peguam pun...apa entah nama dia?"

"Maliki?"

"Ha, dialah."

Alfie perlu duduk. Nasib baiklah katil hanya sekadar berada di belakangnya sahaja.

"Dia cakap ayahanda awak dengan awak memang sanggup buat apa je demi dapatkan apa yang korang nak. Saya rasa nak tergelak pula masa tu. Saya asyik teringat je masa kita dekat restoran Mauritius haritu. Awak ada cakapkan setiap orang ada harga dia sendiri. Tuan Maliki macam nak tambah something, tapi saya asyik gelak tak henti. Agaknya dia sakit hati kot, sebab tu dia pergi macam tu je."

Keluhan panjang terlepas di bibir Alfie. Tuan Maliki masih lagi tidak berkata apa-apa. Nasib baiklah.

Bukanlah bermaksud yang dia mahu menyimpan perkara ini dari pengetahuan Safrina buat selama-lamanya, cuma dia perlukan lebih masa untuk mencari cara yang lain, supaya dia masih dapat mengekalkan takhtanya dan juga Safrina dalam masa yang sama. 

Walaupun untuk setahun sahaja.

Kurang daripada dua belas bulan.

_____________________________________________________________________________

Selepas pulang semula ke Mauritius, Safrina cepat-cepat bergerak ke Blue Moon untuk melawat Sadiya. Rasa bersalah kerana menikmati masanya di Eropah bersama dengan Alfira dan juga keseronokan kehidupan barunya bersama dengan Alfie, semakin menguat di dalam hati tatkala dia melangkah masuk ke dalam bilik adiknya. Rambut Sadiya yang panjang itu diikat menjadi tocang kuda, baju kapas berwarna merah jambu yang dipakai itu juga sudah dikotori dengan sisa makanan yang dahulu.

"Assalamualaikum sayang," kata Safrina ketika dia menuju ke kerusi di mana Sadiya sedang merenung ke luar tingkap.

Sadiya menghadiahkan satu senyuman biasa, itu sahaja yang mampu dilakukannya selepas disahkan menghidap strok. Matanya bercahaya dan dia mengangkat sebelah tangannya yang masih boleh digerakkan, cuba memeluk tubuh kakaknya.

"R...rindu kakak." Kata-kata Sadiya agak tidak jelas di pendengaran Safrina tetapi dia masih dapat memahaminya.

"Kakak pun rindu dengan Sadiya." Dia baru sahaja sekali terlepas jadual lawatannya, tetapi dia tahu Sadiya pasti ternanti-nanti untuk berjumpa dengannya. Lagipun, tiada apa yang mampu dilakukan oleh adik perempuannya ini melainkan hanya makan, tidur dan mengikut segala arahan doktor. "Diya dah makan?"

"Dah," bibir Sadiya mengucapkan kata-kata itu, tetapi kepalanya digeleng-gelengkan. Satu perkara yang Safrina belajar adalah membaca bahasa tubuh badan Sadiya lebih dari kata-kata yang keluar dari mulut adiknya itu. Ayat-ayat yang dituturkan tidak keluar dengan mudah, dan selalunya tidak padan dengan apa yang ada di dalam fikiran Sadiya. Riak wajah dan gerak gerilah merupakan kunci untuk memahami adiknya dengan lebih mendalam.

"Diya nak tolong akak habiskan burger ni tak? Akak beli dekat Carl's Jr tadi, tempat yang Diya suka pergi dulu."

Sadiya tersenyum. "Diya suka tempat tu."

"Kakak tahu sebab kakak pun suka juga." Safrina membuka plastik yang berisi burger tersebut dan bau haruman yang datang dari makanan mereka berlegar-legar di udara. Selepas menghidangkan burger tersebut di atas pinggan kecil, Safrina meletakkan garpu ke dalam genggaman Sadiya. Adiknya tidak suka disuap. Walaupun Sadiya bersusah payah untuk memasukkan makanan ke dalam mulut, dia tidak akan merasa gembira jika ianya bukan dari hasil usaha sendiri.

"Di...Diya nampak...uhm...Diya nampak..." Sadiya bertungkus-lumus cuba menghabiskan ayatnya. 

"Diya nampak siapa?" Safrina mengunyah makanan tengah harinya, tersedar buat pertama kali yang dia tidak makan seharian ini. Dia dan Alfie sampai lewat petang semalam dan akhirnya mereka tertidur. Sebelum makan tengah hari, mereka berdua sudah membawa haluan masing-masing, Alfie ke pejabat, Safrina pula pergi melawat Sadiya. Makanan tidak pernah langsung terlintas di midanya. Rasa enak itu bagaikan meletup di dalam mulutnya dan perutnya berbunyi tanda menghargai.

"Mama."

Garpu Safrina terjatuh.

Sadiya menganggukkan kepala.

Safrina meletakkan semula garpunya ke atas makanannya. "Sayang, mama dah lama tak ada."

Kening Sadiya berkerut bagaikan cuba mengimbau kembali memorinya. "Malam. Jumpa dia waktu malam."

"Dalam mimpi?"

"Haa..." Sadiya menggelengkan kepala. "Malam."

Kini Safrina menjadi keliru. Adakah Sadiya ternampak seseorang yang mirip wajah ibu mereka? Atau adiknya itu bermimpi tentang ibu mereka dan otaknya pula menghantar isyarat yang lain.

"Kakak pun teringat kat mama kadang-kadang."

"Diya rindu....mama."

Safrina melabuhkan tangannya di atas lutut Sadiya. "Kakak rindu mama juga."


______________________________________________________________________

"Saya kena berangkat ke New York," Alfie memberitahu Safrina hampir seminggu kemudiannya.

"I was wondering when you'd start traveling again."

Safrina tahu Alfie akan menghabiskan kebanyakan masanya di dalam jet berbanding di rumah sendiri. 

"Awak nak ikut saya pun boleh."

Mereka sedang menikmati kopi di beranda sambil memandang lautan. Satu rutin  yang mereka berdua lakukan semenjak pulang dari Eropah. 'Jam' di dalam kepala Safrina, cuba mengira berapa masa lagi yang tinggal untuk dia menjadi isteri Alfie, bertambah nyaring setiap hari. Semakin dia cuba melupakan detik yang berlalu, semakin resah jiwanya. Ada ketikanya, seperti sekarang ini apabila Alfie sedang tersenyum padanya dan memujuknya supaya melancong bersama dengannya, membuatkan Safrina terasa bagai perkahwinan mereka lebih dari sekadar satu helai kertas. Lebih dari apa yang sepatutnya mereka lakonkan. 

"Saya tak boleh," Safrina mengeluh.

"Kenapa pula?"

"Saya dah abaikan Sadiya. Dia makan tak menentu masa kita tak ada haritu, tidur pun tak cukup. Kadang-kadang sampai tak boleh tidur langsung."

Alfie mencapai tangan isterinya. "Awak tak bolehlah rasa bersalah sebab awak ada kehidupan sendiri, Safrina."

"Saya tahu. Tapi susahnya. Saya je yang dia ada."

"Awak boleh bawa dia ke sini kalau awak nak. Kita boleh hire sesiapa yang mampu jaga dia."

Itu adalah kali kedua Alfie menawarkan untuk menempatkan adiknya di sini. Dan kalaulah perkahwinan mereka bukannya sementara, sudah lama diambil tawaran tersebut. "Kita kan dah pernah bincang pasal ni. Tak eloklah kalau bawa dia ke sini, lepas tu nanti bawa dia ke tempat lain pula...dia takkan faham. Nanti karang makin stress dia."

"Tapi..."

"Please don't. Saya tahu awak berniat baik, tapi saya kena fikir panjang juga."

Alfie menghirup kopinya dan mengubah topik mereka. "Saya cuma nak ke New York hujung minggu ni je.  Senator Alvin ada buat campaign dinner so saya kena datang."

"Dia yang bagi tax cuts to exports, kan?"

"You have been listening."

Safrina menyelak rambutnya ke belakang dan mengangkat kening. "Cantik dan berakal. Terkejut, kan?"

"Best juga berbual dengan perempuan rupanya kat luar macam ni."

"Oh, ouch."

"I suppose that isn't fair."

"I hope not. I might have to draw a line between your words and what I've pictured as your father's personality."

Alfie meletakkan tangannya ke dada. "Oh, that hurt!"

"Kejujuran kan kata kunci kita, Raja kesayanganku. Takkanlah semua perempuan perangai macam tu."

"Semua perempuan, awak cakap macam saya ni ada hubungan sulit dengan diorang pula."

"Still..."

"Saya pernahlah cakap dengan perempuan lain sebelum ni dalam hidup saya, tapi saya tak pernah lagi jumpa perempuan macam awak." Mata Alfie mencerun, seolah-olah terkejut mendengar pengakuannya sendiri.

Itu membuktikan sesuatu...kan? Alfie dapat merasakan perasaan yang mendalam terhadap wanita di sebelahnya ini berbanding dengan wanita yang lain dalam hidupnya.

"So awak nak bodek si Senator tu la ye. Senang nak jalankan bisnes dekat atas laut nanti."

"Tahu takpe."

"Bila awak bertolak?"

"Jumaat pagi."

Safrina meletakkan kopinya yang sudah sejuk ke atas meja dan menggenggam tangan Alfie. "I'll miss you."

Pandangan Alfie meliar pada wajahnya sebelum dia menarik tangan isterinya ke bibir dan diberi kucupan hangat.

Tetapi kata-kata Safrina tidak akan pernah diulang kembali.

post signature

Tags:

Share:

4 comments

  1. yeay! ada sambungan! :D
    Lawalah skin blog kak Amy J! <3 (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aww.. thank you ^^,

      terharunya. satu hari akak habiskan edit satu blog ni. haha.
      jangan lupa tunggu next entry ye ;)

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.