Kita Rancang, ALLAH Decide

10:44 p.m
rumah
lapar...........




assalamualaikum and hello everyone! 

okay, tajuk dekat atas tu dah banyak kali sangat korang dengar kan. aku pun dah banyak kali dengar. tapi kadang-kadang aku tertanya juga. kalau semuanya dah ditakdirkan, kenapa kita kena merancang pula? just go with the flow lah. (yes, naif)

and then one day, lecturer aku pun bagi tazkirah dekat kitorang. yep, dia sangat suka bercerita. sejujurnya, aku suka dengar orang bercerita. first, sebab nak hilangkan ngantuk aku. second, sebab aku nak tahu pengalaman orang macam mana. 

lecturer aku cakap, and I'll rephrase :

korang tahu tak apa maksud kita merancang, ALLAH yang menentukan? 

setiap masa kita nak dapat 4 flat or semua A dalam subjek kan. tapi no matter how we tried, no matter how we struggle, kalau ALLAH dah memang nak bagi kita B, B jugalah yang kita dapat.

kalau dapat A, dapatlah juga even kita tak pernah study pun. 

ALLAH suruh kita rancang sebab nak tengok macam mana kita cuba capai kejayaan kita tu. sama ada niat kita ikhlas atau kita main kotor. kalau main kotor, nasiblah masa akan datang nanti. 

macam dulu, berapa kali aku minta praktikal dekat Petronas. tapi tak berjaya. banyak mana pun aku apply dekat situ, kalau dah takdir aku x dapat, memang xkan dapat. maybe ada hikmahnya kenapa aku dapat dekat tempat lain. 
samalah juga macam jodoh. kita rasa macam dialah soulmate kita. tapi bercinta bagai nak rak sampai 8 tahun lamanya, kalau memang bukan dia takdir kita, memang bukanlah maknanya. berserahlah pada ALLAH, usaha kena ada. tapi jangan pernah merungut kan. nanti sendiri yang malu. sebab baru sedar ALLAH rupa-rupanya nak bagi yang lagi bagus daripada sebelum ni.

okay, tu je lah. adios~ 

post signature

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.