My Mad Fat Diary



10:36 a.m
rumah
gas tak ada. macam mana mahu masak. sobs~




assalamualaikum and hello everyone! apa khabar semua? moga baik-baik sahaja. ada sesiapa kat sini yang minat TV shows and movies tak? of course lah ada kan. aku pun salah seorang darinya. bila makin lama aku obses dengan minat aku yang satu ni, aku menjadi makin cerewet. yes, dalam bab makan-makan, aku tak. tapi kalau yang ni, aku memang sangat cerewet. 

dalam sibuk-sibuk menonton semua drama yang aku download tu, aku masih lagi mencari satu-satunya cerita yang sangat kena dengan kehidupan masyarakat sekarang. masyarakat yang suka judge people. masyarakat yang tak pernah nak membantu anak-anak muda. masyarakat yang hanya mementingkan paras rupa sahaja.

sibuk-sibuk menggodek, akhirnya aku jumpa satu cerita. and voila, inilah tajuknya. 

MY MAD FAT DIARY.

 



kenapa aku minat? jom kita ushar spoiler yang aku bagi ni..


MMFD mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa. well, orang yang masuk dekat dalam hospital macam ni tak semestinya dia gila. lagi-lagi kalau orang tu muda remaja. kebanyakan diorang ni ada masalah kemurungan, tak boleh nak kawal habit buruk dia. tak ada tempat nak bercerita, so diorang end up bunuh diri masing-masing.






Rae ni gemuk orangnya, dia sangat suka makan. pantang nampak makanan, dia akan rembat semua yang ada. and bila orang lain mengawal nafsu dia yang satu tu, dia jadi hilang arah. at the same time, dia ni broken. dia ada masalah dengan emak dia sendiri. and benda yang paling tragik ialah when she cuts herself.


she spent about 4 months in the psychiatric hospital sebab dia cuba untuk bunuh diri dia, then akhirnya dia keluar dari situ. but the problem is, she's too afraid. dia tak tahu nak bergaul dengan siapa. dia takut orang akan tahu dia ada masalah dalaman sebenarnya.



and sampai satu masa, dia jumpa satu geng ni. salah seorang daripada geng tu adalah kawan baik dia sendiri, Chloe. diorang ingatkan si Rae ni duduk dekat France memandangkan diorang tak tahu kebenarannya. Chloe ni cantik orangnya, kiranya dia menjadi pujaan hati ramai lelaki dekat sekolah. kadang-kadang Rae jealous dengan best friend dia sebab dia benci dengan body image dia waktu tu.



adalah seorang mamat dalam geng ni, namanya Archie (my boy). dia ni comel je. and dia sangat peramah. dia tak mengejek si Rae. dia berkawan baik dengan Rae. and kebetulan Rae ni pun memang ada crush dengan si Archie ni. tapi rupa-rupanya Archie menyimpan satu rahsia besar. apa dia, kena tengok sendiri ^^,


si Izzy pula, naif orangnya. dia suka dekat seorang mamat ni, Chop. mamat ni dalam group diorang juga. diorang sebenarnya suka sama suka cuma lelaki tu asyik mengutuk dia macam-macam je. kesian aku tengok si Izzy tu.


 dan akhir sekali adalah Finn. Finn ni tak pernah ngam dengan Rae. ada je yang buat Rae rasa tak puas hati dengan lelaki tu. kadang-kadang diorang bertekak. tapi sampai satu masa, si Finn protect Rae daripada lelaki-lelaki yang suka mengacau dan menyindir Rae. akhirnya diorang..............................


tapi sebanyak-banyak kawan yang dia ada, dia sayang sangat dekat kawan dia yang duduk dekat hospital sakit jiwa tu. kawan dia ni tak boleh disentuh. kalau orang sentuh, dia akan jadi agresif. diorang akan bercerita masalah diorang dekat dalam toilet. diorang makan sama. kawan dia ni jugalah yang dorong dia supaya tengok dunia, berkawan dengan sesiapa je. sebab tak semua orang ada peluang macam tu.


sampai satu masa, dia lupa dengan kawan dia ni. akhirnya, kawan dia jadi murung. bersenam tanpa henti, tak makan langsung. at the end, Rae rasa bersalah dengan apa yang dah berlaku. dia jadi pentingkan diri sendiri. masa wedding emak dia, she tells everything pasal diri dia yang sebenarnya. she wants people to accept her for who she really is.



cerita ni baru first season. khabarnya ada 2nd season. i can't wait for it. insya-ALLAH cerita ni best. MMFD ni drama mengenai budak-budak remaja. tapi kalau kita yang dah dewasa ni tengok pun boleh. biarlah kita fahami apa yang budak-budak broken macam ni kena hadapi hidup diorang setiap masa.
 




and oh, ini cerita British. that's why I LOVE IT :D

post signature

Post a Comment

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes