Nafasku Hanya Untuk Dia S.E -bab 5-



BAB 5


Ainul memerhatikan anak-anaknya yang bermain di atas lantai di hadapannya sementara ayahnya, Encik Amran, membuat panggilan telefon. Humaira masih lagi menetap di rumah kawannya. Ainul pasti anak perempuannya itu ada hati dengan seorang lelaki yang berada di sekolahnya. Semenjak Mirza tiada, Humaira juga tidak mahu bercakap dengannya. Sudah beberapa hari berlalu sejak Mirza menghilangkan diri. 

Ayahnya tinggal bersama dengannya untuk menghulurkan pertolongan. Dalily kerap kali menelefonnya bertanya khabar. Safrina pula ada masa datang menjenguknya. 1 Syawal semakin hampir. Dia tahu kawan-kawannya itu mempunyai rancangan yang lain. Alfie sudah membuat keputusan untuk membawa Safrina dan anak-anak mereka jauh dari situ pada pagi Raya nanti. Mereka tidak akan ada di sini dalam beberapa hari.

Ainul akan kesunyian.

Mirza menolak untuk bercakap dengannya. Dia tahu lelaki itu bekerja. Setiausaha Mirza memberitahunya bahawa lelaki itu tidak mahu diganggu apabila dia menelefon. Suaminya sedaya-upaya menjauhkan diri daripadanya.

Rumah yang telah dihias bagai hilang seri kini. Dia masih ingat lagi mereka menyanyi bersama-sama ketika memasang hiasan di ruang tamu.

“Sayang, kamu okay?” ayahnya bertanya sejurus selepas panggilan dimatikan.

“Okay lah kot. Takkanlah asyik nak meratap je tak habis-habis kan. Susahnya lah. Macam mana ayah berdepan dengan situasi macam ni ye?”

“Sayang, sakit di hati ayah lain daripada kamu. Ibu kamu dah lama tak ada. Tak mungkin ayah boleh dapatkan dia balik. Tapi Mirza tu masih hidup dan bernafas. Ayah tak boleh bagi apa-apa nasihat dekat kamu melainkan masa. Masa untuk kamu melupakan dia dan masa untuk merawat hati.”

Ainul berdiri dan berjalan ke dapur. Anak-anaknya berada dalam kawasan yang selamat. Dia melarikan jari-jemarinya di rambut selepas meletakkan cerek di atas dapur gas.

“I can’t deal with this,” lirih Ainul.

Encik Amran datang di belakangnya. Lelaki itu memicit bahunya menawarkan keselesaan. Air mata kembali bertakung di tubir mata. “Sabarlah banyak-banyak, princess. Nanti adalah hikmahnya tu.”

“Ainul sayang sangat dengan dia, ayah. Tak kisahlah apa yang dia dah buat dekat kita sekarang atau macam mana kami mulakan perkahwinan kami dulu. Ainul tahu dia rasa yang dia dah buat perkara yang betul. Ainul tak tahu macam mana nak cakap apa yang dia buat tu salah sebenarnya.” Ainul cuba menghapuskan tangisan itu. Encik Amran berlalu pergi sementara Ainul menyediakan susu untuk anaknya.

“Men can be fickle, princess. Mungkin kamu perlu tunjukkan dekat dia yang kamu dah berubah. Ayah tak tahulah. Pergi keluar dengan mana-mana lelaki ke, ataupun bershopping dengan kawan-kawan kamu? Mirza sayang sangat dengan kamu, Ainul. Ayah nampak cinta tu dalam mata dia. Ayah cuma berharap yang ayah tahu macam mana nak betulkan keadaan ni semula.” Encik Amran tersenyum sambil melabuhkan punggung di atas kerusi.

Dua puluh minit kemudian, Safrina datang bersama anak-anaknya. Encik Amran masih setia bersama dengan mereka di ruang tamu sementara Ainul bersembang dengan kawannya.

“Kau dengan pak cik Amran macam mana sekarang?” tanya Safrina.

“Ayah aku membantu. Aku tidur dekat bilik budak-budak, ayah aku pula tidur dekat bilik tetamu,” jawab Ainul. Dia gembira apabila kawannya sanggup datang melawatnya.

“Kenapa kau tak tidur dekat katil kau je?”

“Terlalu banyak memori. Kau boleh ke tidur dekat tempat yang sama kalau Alfie bercadang nak ceraikan kau?”

“Tak nak aku. Ada sesiapa sebut pasal perceraian ke?”

Ainul menggelengkan kepala. Dia tidak berani membuka pintu kerana takut akan seseorang yang mungkin datang untuk menyerahkan surat cerai mereka. “Aku tak tahu apa yang dah terjadi. Aku harap sangat ada cara untuk aku tarik perhatian dia balik. Aku rindu sangat-sangat dengan dia.”

Safrina terdiam buat seketika. Ainul termenung memikirkan bagaimana mahu menawan hati suaminya semula.

“Aku ada cadangan. Masalahnya aku tak rasa yang kau akan suka dengan cadangan aku ni,” kata Safrina. Dia tersenyum pada Ainul, membuatkan kawannya itu gelabah.

“Cadangan apa?” tanya Ainul.


p/s : yeah. saje je bagi sikit entry kali ni. heeee. sorry, harini sangat bz dengan bday adik-adik and ayah saya. so, ini sahaja yang termampu. ^^,

post signature

2 comments :

  1. alaa..penedeknyer..huhu..xper nanti akk sambung lagi okeh.hehe xsabar nak tunggu bab seterusnyer ;)

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes