
EPILOGUE
6 bulan kemudian..
Dalily
berjalan di dalam bilik bersama senyuman yang tidak pernah Ainul lihat selama
ini. Berjangkit pula senyuman itu kerana belum lagi dia tersedar, wajahnya
turut membiaskan ekspresi yang serupa. Dalily berjalan ke belakang Ainul,
bersandar di kerusi itu, dan memeluk sepupunya dari belakang. Ainul memandang Dalily
melalui cermin di hadapan mereka, teruja dengan kebahagiaan yang telah dibawa
oleh cinta. Bulan lepas dia telah menyertai majlis ulang tahun perkahwinan
sepupunya dengan Suhairi di salah sebuah hotel ternama di Itali, dan kini…
“Aku
tak percaya yang aku akan kahwin balik hari ni,” kata Ainul kepada pantulan
figura Dalily.
“Percayalah,
sebab tak ada siapa lagi yang lebih layak dapat kebahagiaan melainkan kau.
Kaulah yang paling tabah, complicated, kadang-kadang
memeningkan kepala, tapi tetap seorang perempuan paling penyayang yang pernah
aku kenal.”
“Terima
kasih..aku rasa.”
“Ini
pujianlah, Ainul. Bila orang dapat tengok siapa kau yang sebenarnya dan
mencintai segala kekurangan kau, itu dah cukup memadai. Sekarang apa kata kau
pakai gaun pengantin tu cepat-cepat sebab kejap lagi kau nak bersanding dah dengan
laki kau tu. Kalau kau lambat, nanti ada pulalah ‘burung helang’ yang rembat
dia dulu.”
Ainul
ketawa mendengar jenaka itu tetapi dia tahu di luar sana terlalu ramai orang
yang menghadiri majlisnya gara-gara pihak tabloid memecahkan rahsia lokasi
majlis persandingan peribadi mereka yang dibuat secara kecil-kecilan sahaja
itu. Selepas insiden kononnya dia akan bercerai dengan suaminya, pihak wartawan
masih lagi tidak henti menganggu kehidupan mereka bertiga tentang apa yang
telah terjadi.
Sukar
sungguh. Padahal Mirza sudah menjelaskan tentang keadaan mereka sebelum ini. Ainul
menggelengkan kepala, tidak mahu bayangan itu mengganggu emosi yang akhirnya
merosakkan majlis persandingannya juga.
“Aku
tak percaya yang kau boleh pujuk aku pakai baju macam ni.”
“Alah,
kau pun sukakan, kau takut nak mengaku je.” Dalily menolak Ainul ke hadapan
cermin ketika dia cuba menzipkan gaun itu ke atas. “Kau betul-betul nampak
macam seorang puteri.”
Ainul
melihat pantulan tubuhnya dan ternampak seorang budak perempuan kecil yang
berangan untuk menjadi seorang puteri raja. Seorang budak perempuan kecil yang
bapanya tidak pernah sesekali memujinya apatah lagi membelikannya sepasang gaun
sebegitu. Gaun putih itu labuh sehingga ke kaki, dan dihiasi pula dengan
manik-manik berwarna biru, membuatkan gaun itu nampak lebih menyerlah. Air mata
mengalir di pipi Ainul ketika sepupunya memakaikan tiara di atas kepalanya yang
dilitupi tudung.
“Weyh,
kau jangan nak mengada-ngada nangis. Kau tahu tak dekat satu jam aku mekap kau
ni. Kalau kau rosakkan muka kau tu, nanti Mirza ingat kau tak nak kahwin dengan
dia pula.”
Ainul
mengangkat tangan ke wajah untuk menghapuskan air mata itu, dan ketika dia
berjalan di atas karpet merah di dalam dewan tersebut, pelbagai emosi yang dia
rasai. Baju Melayu berwarna biru pekat itu benar-benar sesuai dengan Mirza.
Rasanya tidak pernah selama ini dia melihat sesuatu yang bagus pada lelaki di
hadapannya itu. Suaminya memegang tangannya dan menjeling-jeling ke arahnya di
sepanjang mereka berada di atas pelamin tersebut. Lebih kurang sepuluh minit
kemudian, mereka melangkah turun.
Mirza
menarik isterinya ke tengah-tengah dewan untuk menari ketika lagu mula
dimainkan. Ainul kenal akan lagu itu.
Yesterday, you asked me something I thought you
knew.
So I told you with a smile 'It's all about you'
Then you whispered in my ear and you told me too,
Said, 'You make my life worthwhile, it's all about
you'
And I would answer all your wishes, if you asked me
to.
But if you deny me one of your kisses, don't know
what I'd do.
So hold me close and say three words, like you used
to do.
Dancing on the kitchen tiles, it's all about you.
Yes you make my life worthwhile,
So I told you with a smile...
It's all about you.
“Siapa yang pilih lagu ni?” Riak bersalah di
wajah Mirza menjelaskan segala-galanya. “It’s
All About You? You’re so sappy,” Ainul ketawa pada lelaki itu.
“Apa?
Abang rasa setiap pasangan mesti ada lagu masing-masing. Kita je tak ada. Jadi
abang pilihlah lagu ni untuk kita berdua. I
would answer all your wishes, if you asked me to.”
Ainul
berhenti menari dan merenung suaminya, lembut. “Abang, selama ni kan abang
dingin je dengan Ainul. Now you’re all
mushy, you need to man up.”
Mirza
menarik isterinya rapat ke tubuhnya dan mencium dahi mulus itu. “Lepas kita
dapat lari dari semua orang dekat sini, abang akan tunjukkan dekat sayang
betapa jantannya abang selama ni okay.” Terus badan Ainul terasa menggeletar.
Aduh, silap cakaplah pula.
“Berapa
lama abang rasa majlis ni akan berlangsung?”
“Itu
sayang kena tunggu, sebab abang belum bagi hadiah dekat sayang lagi.” Lagu itu
berakhir dan kesunyian melanda dewan tersebut.
“Ada
apa ni bang?” tanya Ainul, memerhati sengihan lebar yang terukir di bibir itu.
“Masa
untuk abang bagi hadiah dekat isteri abang ni.”
“Kan
Ainul dah cakap, tak payah bagi hadiah-hadiah mahal untuk Ainul. Untuk Humaira
je cukuplah.” Tingkah Ainul sambil menjulingkan matanya.
“Tapi
hadiah ni priceless tau.”
Muzik
dimainkan semula dan Ainul kenal dengan lagu itu. I Loved Her First nyanyian Heartland. Tangisan mula mengaburi
kedua-dua matanya dan dia terasa bagai sesuatu sedang memeluk erat hatinya
ketika itu. “Apa yang abang dah buat?” tanya Ainul di dalam suara yang
bergetar.
“Cuba
pusing, hummingbird.” Ainul tahu
siapa yang berada di belakangnya, dia dapat merasakan kehadiran yang hangat
itu, bau haruman daripada seorang lelaki yang pernah dan selalu disayanginya
setiap hari tanpa henti. Ainul melawan rasa yang sedang bergolak di dada dan
mula berpusing untuk bertemu mata dengan ayahnya. Enam bulan sudah membuatkan
wajah itu semakin tua dan lelaki itu menghadiahkan sebuah senyuman yang paling
manis. Hubungan mereka yang dingin dahulu kini kembali jernih. Lumrah
kehidupan, siapalah yang tidak mencintai darah dagingnya sendiri. Setiap
manusia pasti akan membuat kesilapan. Tangan Encik Amran mengangkat tangan
untuk menyentuh wajahnya, dan Ainul hampir sahaja berundur ke belakang, takut
jika semua ini sekadar satu ilusi yang hanya akan hilang jika disentuh.
Setitik
air mata jatuh ke pipinya dan lelaki tua itu mengelapnya menggunakan ibu jari.
Encik Amran mencium wajahnya dan dia mula menangis teresak-esak ketika ayahnya
menariknya ke dalam pelukan. Ainul menangis di dada ayahnya dan memeluknya erat
seolah-olah lelaki itu akan menghilangkan diri jika dia melepaskan pegangan
itu. Mereka berdua berdiri di tengah-tengah dewan, tanpa sedar menari mengikut
alunan muzik, dan dia terasa bagai seorang anak perempuan kecil yang selalu
mendambakan kasih sayang daripada seorang ayah.
“Kau
nampak cantik sangat, princess,”
bisik Encik Amran ke telinganya. Ini terlalu banyak untuk dia terima. Dia tidak
pernah mengimpikan untuk beroleh kebahagian sebegini rupa, tetapi dia belajar
untuk menerimanya. Apabila lagu mula sampai ke penghujungnya, Ainul mengerling
sekeliling dan tersedar tiada satu pun pasang mata yang tidak berair.
“Macam
mana semua ni boleh jadi?”
“Suami
kau tu memang istimewa, Ainul. Ayah rasa dia sanggup redah lautan api untuk
hadiahkan kamu sampai macam ni sekali.”
Ainul
melirik ke arah Mirza di sebalik bahu ayahnya dan riak wajah suaminya
menunjukkan kebahagiaan. “Yeah, dia sangat istimewa.”
Encik
Amran tersenyum ke arah anak perempuannya dan dia tersedar akan segala
kesilapannya yang lama. Terlalu banyak masa yang sudah dibazirkan gara-gara
sikapnya yang mementingkan diri sendiri dahulu. “Kat mana ayah tinggal
sekarang? Rumah yang sama lagi ke? Ainul ada duit simpanan. Ainul boleh carikan
rumah yang lagi sesuai untuk ayah. Kita boleh cari tempat yang senyap dan
bersembang kalau ayah nak.”
Encik
Amran menyentuh wajah Ainul dan menghentikan bebelan anaknya itu. “Jangan risau
pasal ayah, Johnny dah uruskan segalanya masa ayah tak ada haritu. Kita ada
banyak lagi masa, Ainul, tapi sekarang ni kau kena pergi dekat suami kau. Hari
ini hari untuk korang berdua je.”
“Alah,
dia tak kisahlah ayah.”
“Mestilah
dia tak kisah, tapi ayah datang sini bukan untuk ganggu hidup korang. Ayah cuma
nak tengok majlis kahwin anak ayah ni je. Ayah janji minggu depan kita sembanglah
banyak mana pun yang kamu nak lepas kamu pergi bulan madu nanti.”
Ainul
berdiri di situ merenung ayahnya, tidak pasti jika dia mahu lelaki itu hilang
daripada pandangannya. Encik Amran menganggukkan kepala kepada Mirza dan Ainul
tahu ayahnya tidak akan membenarkannya berbalah dalam hal ini. Dia seorang
lelaki yang suka memberi arahan, sama seperti suaminya sendiri. Ainul bergerak
sedikit ke hadapan dan mencium pipi kedut itu. “Ainul sayang sangat dengan
ayah.”
“Ayah
tahu, sayang. Ayah pun sayang kamu juga.”
Ainul
berjalan semula ke arah Mirza dan memeluk lengannya. “Terima kasih,” bisiknya
ke telinga lelaki itu. Dia memandang suaminya dengan penuh rasa cinta. “You’re an amazing man,” kata Ainul
bersama senyuman yang pasti tidak akan pernah lagi hapus.
“Sayang
yang buat abang jadi macam ni.” Mata coklat itu bercahaya riang dan Ainul
terasa benar-benar bahagia. Selama bertahun takdir telah mencurangi dirinya,
akhirnya dia sudah nampak hikmah di sebalik segala yang telah terjadi selama
ini.
Perjalanan
hidupnya mungkin didugai dengan kesakitan, kelukaan dan terlalu banyak
kesulitan yang tidak mampu dia hadapi kadang-kadang, tetapi itulah yang
menjadikan diri dia sekarang ini.
Ia
membuatkan seorang wanita bernama Ainul Hayat menjadi lebih kuat.
Ia
membuatkan dia mencari dirinya yang sebenar. Ainul Hayat yang penuh dengan
kasih sayang. Ainul Hayat yang sudah bersedia dengan cinta. Dia sudah lelah
melayan nafsu yang kerap mengejarnya selama dia hidup ini.
Dia
sudah bersedia mencintai dirinya sendiri.

yay! tq akk..buat panjang sikit eh...mirza yg romatik pulak..hehe :)
ReplyDeletesama-sama :)
Deletehaha. kita tunggu je apa yang dia buat nanti ye.
haha..okayyyy :)
DeleteKenapa tak jadi nak dibukukan...best apa. Tunggu versi lain pulak..thank you!
ReplyDeleteadalah masalah saya sendiri. hee. sorry ye. saya tengah dalam proses nak hantar cerita lain. harap2 yang tu dapat diterima la.
Deletesama-sama :)
Ok saya tunggu.
ReplyDeleteokay :)
DeleteCuba hantar dekat penerbitan lain. Love novel @ emp. Dua2 tu pun okey jugak. semakin dikenali. Rasa macam rugi kalau novel ni tak dapat diterbitkan.
ReplyDeletehmm.. takut kalau dua-dua tu format dia sama. saya punya cerita takat 200pages je. saya tngok most novels semuanya 500++.. tapi apapun, sy try nanti. insya-ALLAH. thanks for your help :)
DeleteSelalunya novel antara 350-450 ms/mcrsf word. kalau 500++ itu lepas siap jadi novel. Tak perlu lebih 500ms amy. Nanti cerita bakal jd meleret & plot berulang. Banyak sangat dah novel yang jd macam itu dsebabkan tebal melampau. try cari pnerbitan yg letak min ms tak terlalu tebal.
Deleteokay, nanti saya cari. terima kasih :)
Deleteand oh, saya ada tanya lovenovel. tapi xde respons lagi. so, sementara busy ni, saya tunggu juga la.
kalau ada rezeki, adalah. mudah-mudahan.