
BAB 1
12 tahun selepas itu..
Ainul
Hayat menabur coklat cip pada biskut yang terakhir sekali dan kemudiannya dia
meletakkan gelas-gelas yang berisi coklat mousse putih ke atas dulang. Dia
sangat sukakan majlis makan malam kecil-kecilan sebegini. Semua itu adalah
untuk kawan rapat suaminya dan sepupunya, yang mana menjadikan semua ini
kelihatan lebih sempurna. Suhairi dan Alfie pasti akan hadir, begitu juga
dengan isteri-isteri mereka, iaitu Dalily dan Safrina. Dia tidak pernah
menyangka akan kasih sayang yang terlalu banyak di dalam hidupnya. Memang pada
mulanya ketika mereka sudah berbaik, dia masih lagi mempunyai syak wasangka pada
suaminya sendiri. Tetapi kini, dia terlalu menyayangi Mirza hingga membuatkan dia
tidak tahu jika dia mampu hidup tanpa lelaki itu.
Mereka
mempunyai tiga orang anak yang sangat comel, dan salah seorang daripadanya,
Humaira sudah pun membesar menjadi anak dara. Mereka itulah nafasnya, mereka
itulah cinta hatinya kini.
Dia
melirik pada ruang dapurnya dan terhenti pada kad yang tergantung di pintu
almari. Sambutan Tahun Baru adalah hari yang paling ditunggu oleh mereka semua. Segala
pakaian sudah siap digosok dan disimpan rapi di dalam bilik. Hadiah untuk anak masing-masing juga sudah dibalut dengan kemas dan hanya akan diberi tepat pada 1 Januari nanti. Walaupun sambutan ini tampak meriah, tetapi ia tetap tidak dapat mengalahkan suasana Hari Raya Aidilfitri. Keterujaan itu semakin kuat terbina di hatinya.
Dia tidak sabar untuk memberi hadiah yang dibelinya kepada Mirza.
Membuka
pintu dapur menggunakan punggungnya, dia berpaling untuk melihat keadaan bilik
yang tiba-tiba sepi. Mirza tersenyum padanya ketika dia meletakkan dulang
tersebut ke bawah.
“Kau
memang hebatlah bila masak, Ainul,” kata Alfie.
“Terima
kasih.” Dia memberikan semua orang setiap gelas yang berisi mousse itu. Suaminya
pantas menangkap tangannya lalu mencium tapak tangannya. Bergetar rasa hati dek
arus elektrik yang datang dari sentuhan lelaki itu. Pasti sahaja jadi begini
setiap kali dia bersama dengan Mirza. Walau bagaimanapun, dia tahu ada sesuatu
yang sedang bermain di dalam minda suaminya. Ainul menarik tangannya semula dan duduk
di sebelah lelaki itu. Perbualan bermula sekali lagi.
“Korang
nak buat apa raya nanti?” tanya Mirza.
“Kitorang
nak duduk rumah je. Seronoklah tengok salji tahun ni. Rina pun bukan suka
sangat nak pergi tempat panas kalau depan mata dia dah nampak snowman,” usik Alfie.
“I just like it okay. Bukan senang nak buat snowman kalau kat tempat yang tak ada salji.” Safrina tersenyum pada suaminya.
“Lepas
sambut kat rumah mertua aku, aku ingat nak bawa Dalily dengan Adlan ke kabin kami
sepanjang minggu tu. Sambutan tahun baru dan salji hanya disambut oleh kitorang bertiga je. Ah, tak sabar pula rasanya,” jelas Suhairi. Ainul memerhati suami sepupunya itu
yang memegang wajah Dalily dan mencium pipi mulus itu, hangat. Cinta di antara
mereka berdua memang tidak dapat disangkal lagi.
“Ewww,
gelilah. Beragaklah sikit, brother.”
Tingkah Alfie, berpaling sambil menutup matanya.
“Eh, dia kan isteri aku. Suka hati akulah.” Suhairi mencium pipi wanita itu sekali lagi dan melepaskan pegangannya. Jelas kemerahan di wajah Dalily ketika itu. Pastilah malu jika ditayang di hadapan orang lain walaupun sudah bertahun-tahun mereka hidup bersama.
Ainul tergelak kecil dan mula merasa mousse yang dibuat olehnya itu. Dia perasan akan Mirza yang sedang bermain-main dengan sudunya tetapi tidak pula dibawa ke mulut. Hatinya sudah mula berdetak tidak menentu. Apakah yang sedang difikirkan oleh Mirza ketika ini? Dia merapatkan tubuhnya dan menggenggam tangan lelaki itu.
Mirza mengerling padanya menunggu tindak balas.
“Abang okay?” tanya Ainul.
“Yep, abang okay. Sedap sangat
kek ni, sayang.” Mirza memberikan senyuman hambar kemudian mula berbicara dengan Alfie. Ainul
tidak mempersoalkan suaminya mengenai hidangan yang lansung tidak bersentuh itu.
Ainul bukannya bodoh. Dia tahu ada sesuatu yang sedang bermain di dalam minda
suaminya. Biarlah, dia akan sabar menunggu sehinggalah suaminya bersedia untuk bercerita. Ketika para suami meninggalkan bilik tersebut, Ainul sibuk membersihkan
pinggan mangkuk dan menolak pertolongan daripada Dalily dan Safrina.
Mereka
sangat baik kerana menawarkan bantuan, tetapi dia perlu berbuat sesuatu dengan
tangannya. Dia tahu mereka mengekorinya ke dapur. Perlahan-lahan, tidak mahu
memecahkan apa-apa, Ainul meletakkan segala pinggan mangkuk itu ke dalam
singki.
“Kau
okay?” tanya Dalily.
Ainul
tergelak kecil kemudian berdiri tegak supaya dapat berdepan dengan mereka berdua. Dia
menarik nafas seketika kemudian merenung dinding yang berada di sebalik bahu
sepupunya itu. Betapa pantasnya perubahan yang berlaku dalam hidupnya. Dia terlalu
bahagia di dalam dunia kecilnya sendiri.
Lelaki
itu masih tetap mengingininya sama seperti sebelum ini, tetapi bukan perkara itu yang menjadi persoalan.
Aduhai suamiku, ceritalah pada isterimu ini. Ainul dah buat sesuatu yang abang tak suka ke?
“Aku
tak tahulah. Mirza macam makin jauh je dari aku sekarang ni. Aku ada juga cuba berkias-kias dengan dia. Tapi dia selalu mengelat. Mesti ada sesuatu kan, kalau tak, takkanlah kau pun boleh perasan.” Ainul terasa air mata yang mula bertakung di tubir mata. Dia
bertarung dengan diri sendiri untuk bersikap tenang. Mirza adalah satu-satunya
kekasih hati yang dia miliki, dan dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan di
dalam hal seperti ini.
“Alah, aku
rasa nanti dia cakaplah tu dekat kau,” pujuk Safrina.
Dia
tersenyum pada dua orang perempuan itu ketika sangsi mula
bermaharajalela di dalam mindanya. Tiada siapa kenal Mirza sepertimana dia kenal
suaminya. Lelaki itu sudah membuka terlalu banyak tentang dirinya kepada dia,
dan masih dia tetap terasa keseorangan ketika ini. Ainul memusing-musingkan cincin di
jarinya menggunakan air sabun.
Safrina
dan Dalily mula berbual sesama mereka. Ainul tersenyum, menganggukkan kepala apabila perlu.
Hatinya sakit dengan rasa ingin tahu tentang apa yang telah terjadi. Dia tahu dia tidak
boleh bercerita tentang hal ini kepada bapanya. Tiada sesiapa yang boleh menjadi tempat untuk dia meluahkan perasaan itu melainkan Mirza sendiri. Mirza adalah
segala-galanya bagi dia. Tetapi takkan pula mahu diluahkan pada orang itu pula?
Ainul
menarik nafas sedalam yang mungkin buat beberapa minit apabila tiada sesiapa
memerhati. Udara membantu mengosongkan fikirannya yang kusut. Tahun baru semakin menjelang tiba, dan mereka sepatutnya berbahagia, bukannya bersedih hati. Dia ketawa
apabila mendengar jenaka daripada Safrina. Mereka semuanya berkawan baik. Dia
melirik seketika pada pintu yang membawa kepada Mirza yang sedang bersantai
bersama dua orang lagi sahabatnya
Cinta
itu sudah berubah arahkah? Dia tahu tubuh badannya sudah semakin membulat. Dia
telah melahirkan tiga orang anak, dan tidak mungkin bentuk badannya akan sama
kurus seperti dahulu.
Adakah
Mirza mahukan model yang lebih muda? Wanita jelita yang kurus?
Dia
bukan lagi wanita yang berumur dua puluh satu tahun. Lelaki itu sudah berjanji
untuk menyayanginya sepenuh hati selama-lamanya. Selama-lamanya bagaikan hanya
sekadar impian kosong sahaja nampaknya. Mirza juga sudah tidak mahukan anak lagi.
Apa
yang mampu dia lakukan hanyalah menanti.
p/s : cerita ni tak segempak macam NHUD 1. so, jangan marah ye kalau x best. heee...

what happened? don't mess things upmirza!
ReplyDeletep/s:rasa sedih pulak hehe
what happened? kena tunggu episod seterusnya. :P
DeleteBest nak lagi.
ReplyDeleteorait ^^,
DeleteNak lagi...jangan berat sangat eh conflict-nya. Thank you!
ReplyDeletetak berat pun. don't worry. yang ni saja-saja bosan tambah cerita. hehe. dulu dah berat masalah diorang, kalini biarlah ringan je. biasalah. alam rumah tangga. macam tu ler..
Delete