Nafasku Hanya Untuk Dia S.E -bab 2-


BAB 2

Mirza menuang air sejuk ke dalam gelas. Kemudian dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang menghadap tempat api. Suhairi dan Alfie turut melakukan perkara yang sama, cuma mereka berdua ketawa mengenai isteri mereka masing-masing. Dia hanyut dalam masalahnya ketika merenung api yang hangat membara itu. Dalam beberapa bulan yang lepas, dia tidak mampu dari merasa bersalah tentang apa yang sudah dia lakukan. Apabila dia bertindak mengahwini isterinya dengan niat yang salah dan dalam keadaan terpaksa. Sebelum wanita itu jatuh hati padanya sekali lagi, dan mempunyai tiga orang anak yang cantik bersama. Dia mencintai isterinya sepenuh hati. Tiada apa lagi yang dia mahukan di dalam dunia ini melainkan kebahagiaan isterinya sendiri.


Masalahnya sekarang ini ialah dia tertanya-tanya jika dia yang bertanggungjawab atas kedukaan Ainul. Ainul mempunyai bakat dalam mereka barangan permata. Ada beberapa malam dia melihat isterinya khusyuk melayan kerja itu, tidak kiralah sama ada sedang menidurkan anak mereka ataupun menonton televisyen. Dia sudah mengambil semua itu daripada isterinya ketika Ainul melahirkan anak pertama mereka. Mirza tahu wanita itu tidak mahu mengembangkan lagi potensi yang dia ada, tetapi bagaimana kalau perasaan itu sudah berubah?

Ketika dia berjumpa dengan Ainul buat pertama kalinya, dia sudah jatuh suka. Ketika mereka berdua berkahwin, dia semakin tertarik. Dan apabila dia mendapat tahu perkara yang sebenarnya, hatinya semakin jatuh kepada wanita itu. Ainul juga turut menyintainya, dia tahu itu. Tetapi bagaimana kalau isterinya boleh memperolehi kebahagiaan lebih banyak jika dia tiada di situ? Dia tidak tahu kenapa dia bersikap sebegini, dia cuma tahu perasaan itu tidak mahu berlalu pergi.

“Kau ni kenapa?” tanya Alfie.

“Huh?”

“Kitorang tengah sembang nak bagi hadiah apa dekat bini kitorang, tapi kau pula asyik melongo je dari tadi. Apasal?” Alfie duduk bersebelahan dengannya. Kedua-dua sahabatnya kini sedang merenungnya dengan penuh rasa ingin tahu.

“Korang ingat lagi tak masa aku kahwin dengan Ainul dulu?” Mereka berdua mengangguk. “Aku berkahwin dengan dia dalam keadaan terpaksa. Dia merana disebabkan salah faham antara aku dengan ayah dia.”

“Aku tak faham,” celah Suhairi. “Kau cintakan Ainul. Tapi kenapa aku rasa macam kau nak lepaskan dia ni?”

Mirza melarikan jemarinya ke rambut kemudian dia merenung air sejuknya. “Aku rasa itulah jalan yang terbaik.”

Kesunyian melanda mereka buat sesaat.

Suhairi mula ketawa. Ketawa yang sinis dan menyakitkan hati membuatkan Mirza terasa bengang.

“Aku lagi tua daripada dia. She’s got her whole life ahead of her. Terlalu banyak yang dia boleh dapat yang aku tak mampu nak bagi dia.” Mirza tahu dia membuat alasan di atas sikapnya.

“Jadi, masa aku dengan Alfie sibuk berfikir nak hadiahkan apa dekat isteri kami, kau pula sibuk nak ceraikan bini kau tu? Dah tu, kau nak cakap apa? ‘Sorry, abang dah buat sayang lahirkan anak-anak kita dan mencintai abang, tapi abang tak mampu nak handle apa yang abang dah buat, jadi abang akan jauhkan diri dari sayang?” tanya Suhairi.

“Bukannya macam tu.”

“Bukan, habis tu apa yang kau nak buat sebenarnya?” tanya Alfie.

“Aku tak tahu.”

“Semua syak wasangka tu patutnya kau dah fikirkan masa sebelum kau kahwin dengan dia lagi. Kau yang tergila-gilakan nak dia balik masa dia minta cerai dengan kau. Kau dah lupa ke? Apa yang merubah kau sekarang ni?” Suhairi berdiri. Amarah di dalam suara itu sudah tidak boleh dibendung lagi.

“Aku dah berubah. Aku tak nak dia bangun waktu dia dah tua nanti dan benci dengan niat aku dulu.” Mirza meletakkan gelasnya dan merenung Suhairi.

“Habis tu bezalah bila kau buat macam ni sekarang?” tanya Alfie.

Ada ketukan di pintu membuatkan mereka semua terhenti. Muncul figura Ainul di sebalik pintu. “Sorry ganggu. Rina dengan Dalily dah nak balik rumah.”

Mirza mengabaikan renungan tajam mereka dan membantu Ainul mengiringi mereka ke kereta masing-masing. Dia menyentuh bahu isterinya dan mencengkam erat. Ketika mereka berdua dekat sebegini, dia tidak mampu berbuat apa melainkan menyentuh buah hati kesayangannya itu. Ainul menyentuh tangannya, haba yang datang dari tubuh itu membuatkan jiwanya bergelora. Ah, dia terlalu mahukan isterinya ini.

Mereka berdua melambaikan tangan pada mereka sebelum melangkah masuk semula ke dalam rumah.

“Ainul nak naik atas tidur,” pinta Ainul.

“Okay, abang nak kemas kejap rumah kita. Tunggu abang.” Dia mencium leher isterinya kemudian melihat wanita itu berjalan naik ke tingkat atas. Tubuh dan hati itu hanya miliknya seorang.

Mirza menuju ke bilik tadi, mematikan suis lampu dan mengunci pintu. Dia kemudiannya membawa diri masuk ke dalam bilik tidur. Ainul sedang berdiri sambil menyikat rambut. Isterinya hanya memakai gaun malam berwarna hitam. Melihatkan wanita itu berpakaian sebegitu sudah membuatkan dia tergoda. Dia berjalan ke arah isterinya.

Mirza mengambil sikat tersebut dan mula memberus rambut halus isterinya. Dia meletakkan wajahnya ke rambut itu dan menghidu haruman isterinya. 

“Abang?” tanya Ainul. Mirza tahu isterinya mahu dia bercakap dengannya. Apa yang dia akan katakan nanti, wanita itu tidak akan mampu mendengarnya. Dia tidak pasti jika dia mahu memberikan Ainul kebebasan. Cinta yang dia rasakan kepada isterinya semakin bercambah setiap hari. Dia mencintai wanita itu sepenuh hatinya.

Sakit di dalam paksaan pada waktu dahulu hampir membunuhnya. 

Dia menghilangkan bayangan tadi dalam fikirannya dan menutup bibir isterinya menggunakan jari telunjuk, meminta Ainul supaya mendiamkan diri. “Jangan cakap apa-apa malam ni. Abang cuma nak sayang rasa apa yang abang rasa.” 

Mirza menggumam perlahan. Apabila wanita itu berada di dalam pelukannya, dia tidak tahu jika dia mampu untuk melepaskan isterinya pergi.

p/s : dulu x sempat bercerai, kali ni nak bercerai ke tak? hmm..
sorry. blog tengah under construction. saya sangat cerewet bab mencari template untuk blog saya. so, it will take time to get the perfect one. and saya busy dengan kerja. so, minta maaf sebab lambat post entry baru. enjoy :D
post signature

7 comments :

  1. hishh..mirza ni kenape tiba2 jer rase camni..patotnyer dia teros terang atau pon bincang dgn ainul dulu..dlm marriage kan xblh ade rahsia .. :)
    p/s: best sangat ceppat sambung kak amy saspens ape jadi lpstu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe. kawan-kawan diorang ada. nanti kena sound lagi la Mirza tu. dah elok-elok hidup bahagia, dia mengada-ngada nak bercerai pula. kita tengok je nanti ye ^^,

      Delete
  2. Cannot bercerai lorrrr.... yakin dgn yourself Mirza.... go for you happiness

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mirza je yang asyik x faham-faham bahasa lagi.. elok-elok Ainul dah sayang, dia pergi buat hal ye..

      Delete
  3. Thank you, nak lagi!

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes