Nafasku Hanya Untuk Dia S.E -bab 3-




BAB 3

      Ainul terjaga daripada tidur dalam diam. Dia membuka mata dan berkelip dek sinaran matahari yang memancar terik dari langsir yang terbuka. Selepas menggeliat buat sesaat, dia bergerak turun dari katil. Dia ternampak gaun tidurnya di atas lantai dan memakainya semula, kemudian berjalan mencari Mirza. Apabila Ainul mengetuk pintu pejabat suaminya dan tidak mendapat jawapan, dia menolak pintu itu supaya terbuka yang akhirnya kosong sahaja. Dia pergi mencari di setiap bilik pula, masih lagi tidak menemui Mirza. Berkerut, dia lihat kereta suaminya sudah tiada dan memutuskan mungkin lelaki itu sudah keluar awal pagi lagi.

      Selepas menyikat rambut menggunakan berus yang diletakkan di cermin ruang tamu, Ainul melangkah ke arah cerek di dapur. Dia tahu Mirza sangat sukakan kopi buatannya, tetapi dia pula lebih kepada teh. Kopi hanya akan membuatkan perutnya bergolak tidak menentu setiap kali dia minum.

     Seusai sampai di tempat cerek, dia ternampak sekeping nota bersama namanya tertera di atas kertas tersebut. Senyuman terukir di bibir. Mirza sangat suka tinggalkan surat sebegini kepadanya. Dia pula sangat suka membacanya. Setelah air dimasak, Ainul menyediakan teh untuknya supaya senang dia membaca surat itu dengan rasa teruja.

      Dia membawa diri ke meja makan lalu dibuka surat tersebut. Dia mula membaca, dan akhirnya Ainul terasa dunianya berpecah belah.

      Sayangku Ainul,
   
   Pertama sekali, abang nak beritahu yang abang terlalu cintakan sayang sepenuh hati abang. Sayang dah pegang hati abang buat selama-lamanya. Cinta abang pada sayang tidak mampu bertukar ganti. Terlalu perit untuk abang ucapkan, tapi abang rasa yang abang telah ambil sesuatu daripada sayang. Abang kahwin dengan sayang atas niat yang salah, abang melayan sayang dengan teruk sekali, dan kali ini sudah tiba masanya abang berikan sayang kehidupan yang baru.

      Apa yang abang lakukan memang tak adil. Abang mahukan sayang, dan abang akan lakukan segalanya untuk dapatkan sayang. Untuk itu, abang minta maaf. Abang akan berjumpa dengan peguam nanti. Sayang boleh dapat apa sahaja yang sayang mahukan selama ini, hummingbird. Abang nak sayang bahagia. Ini tak ada kaitan dengan apa-apa melainkan rasa bersalah yang semakin menular dalam hati abang. Abang digelar Werewolf, dan bersama sayang, abang tidak mahu menjadi apa-apa, abang hanya mahu menjadi lelaki yang sayang cintai. Werewolf bukanlah apa yang abang inginkan untuk sayang.

      Abang harap sayang akan maafkan segala kesilapan abang ini.
Mirza Aiman, suamimu.


      Air mata mula mengalir keluar dari tubir matanya. Kesakitan bagai merentap segala organ di dalam tubuhnya dan menolak untuk melepaskan ia pergi. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat atau bagaimana untuk menjelaskan apa yang telah terjadi. Ainul tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan suaminya. Dia tidak tahu pula sampai ke tahap ini tindakan lelaki itu.

      Ainul mencapai telefon. Tidak masuk akal sungguh surat yang baru dibaca itu tadi. Dia mendail nombor Safrina. Dia terkejut mendengar suara kawannya itu walaupun deringan baru sahaja berbunyi sekali.

      “Ainul, kau ke tu?” tanya Safrina.

      “Kau tahu?” Esakan pecah dari mulutnya.

      “Nanti aku datang.”

      “Dia bagitahu kau? Bila?”

      “Nanti aku datang jumpa kau, Ainul. Kita bincang masa tu ya.” Safrina menamatkan talian.

      Ainul merenung gaun tidur yang dipakai. Dia bencikannya. Berlari naik ke tingkat atas, dia masuk ke dalam tandas dan memuntahkan segala isi perut. Badannya terasa lesu. Dia tidak mampu berfikiran rasional.

     Seusai membersihkan segala-galanya, dia memberus gigi dan melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Ainul tidak mampu melihat katilnya. Terlalu banyak memori yang ada di situ. Terlalu sakit rasa di hati. Dia menukar kepada sepasang jeans dan baju T hitam sebelum turun ke bawah dan menunggu kawannya.

      Setengah jam kemudian, Safrina mengetuk pintu. Ainul menjawab dan melihat Alfie yang berada di belakang Safrina. Lelaki itu merenungnya dengan penuh simpati.

      Mereka berdua mengekorinya ke ruang tamu. Ainul duduk di atas lantai, tidak mampu untuk duduk berdekatan dengan perabot yang ada di situ. Sofa yang diduduki oleh Safrina dan Alfie itu adalah tempat di mana dia dan Mirza berpelukan mesra dan menonton televisyen bersama-sama. Terlalu banyak memori yang akhirnya membuatkan air mata mengalir jatuh sekali lagi.

      “Macam mana kau tahu?” tanya Ainul.

      “Dia telefon Alfie pagi tadi,” Safrina melabuhkan punggung di atas lantai berhadapan dengan sahabatnya itu. Ainul memandang pada Alfie.

      “Kau dah lama tahu pasal ni?”

      Suami sahabatnya itu kelihatan tidak selesa. “Dia ada sebut something malam tadi. Aku tak sangka pula dia sanggup buat macam tu.”

      Air mata masih lagi tidak berhenti mengalir. “Dia rasa bersalah atas apa yang dia dah buat dekat aku dulu. Aku tak faham. Aku cintakan dia sangat-sangat dan aku dah lama maafkan dia. Hari ni kan nak masuk tahun baru dah. Apa yang aku nak buat?” tanya Ainul.

      Alfie berdiri. “Aku kena pergi berjumpa dengan dia.”

      “Kau ke yang akan uruskan perceraian kami nanti?” Ainul bertanya sekali lagi.

      Alfie terdiam. Safrina menyalam tangan suaminya dan menyuruh lelaki itu keluar secepat mungkin. Ainul tidak mahu mengganggu mereka berdua. Dia terdengar pintu dibuka dan akhirnya ditutup. Bunyi itu membuatkan Ainul tersentap.

      “Alfie takkan uruskan perceraian tu. Aku tahu dia takkan sanggup buat macam tu.”

      “Apa-apa boleh jadi, Rina.”

      “Apa yang kau nak buat nanti?” Safrina bertanya. Dia menyelitkan helaian rambut yang terjuntai di hadapan wajah Ainul ke belakang telinga.

      “Aku pun tak tahu. Aku tahu sepatutnya aku dah ada perancangan untuk masa depan kan. Bukan ke zaman sekarang ni, dah biasa perempuan akan diceraikan?” Ainul mengesat air matanya.

      “Mirza nak bagi kau peluang untuk menikmati hidup kau sendiri. Dia rasa macam dia dah ambil sesuatu daripada kau sejak kau berkahwin dengan dia.” Ainul merenung Safrina. “Mirza tak pernah halang aku dari buat apa-apa. Aku faham apa yang kau maksudkan, tapi dia dah bagi aku segala-galanya...”

      “…Dia tak patut buat macam tu.”

      “Kau kawan aku, Ainul. Aku nakkan yang terbaik untuk kau.”

      “Apa yang aku nak dalam hidup ni cuma dicintai oleh orang yang aku cintai dan sebuah keluarga. Mirza dah beri aku semuanya yang aku mahukan, dan sekrang dia nak rampas balik semua benda tu.”

      Safrina memeluk tubuh Ainul.

      “Aku minta maaf. It takes a lot out of us to fall in love. Mirza memang teruk. Dia buat keputusan pakai otak bisnes dia, bukannya pakai hati,” ulas Safrina. “Nanti dia sedarlah tu.”

      “Aku tak tahulah, Rina. Aku kenal dia, dan kalau dia rasa apa yang dia buat tu betul, dia takkan pernah berhenti selagi perkara tu belum selesai.”


p/s : saya dalam mood sedih sekarang ni. so, saya minta maaf ye segala kekurangan.
post signature

5 comments :

  1. sedeyyynyerrr...hish wake up mirza!

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 dia sedar la kan... kalau x, ramai kang yang benci dia nanti. hehe

      Delete
  2. Sedih jugak...thank you!

    ReplyDelete
  3. ape ke hey nya si mirza ni ... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah ler dia.. saje la tu nak mnx perhatian. hehe..

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes