Nafasku Hanya Untuk Dia S.E -bab 6-



BAB 6

“Dalily ada sebut dekat aku pasal secret admire kau, si Raimy tu.”

Ainul mendengus. Dia tahu lelaki tua itu prihatin dengan dirinya. Mereka berjumpa di barbeku dan berbincang mengenai masalah kesihatan yang hangat diperkatakan di media. Mirza menjadi terlalu posesif dengannya.

“Aku ada telefon Raimy dan bagitahu dia sikit masalah kau dengan Mirza. Aku mungkin berkomplot dengan Alfie, dan aku tak sepatutnya tahu Mirza ada business dinner malam ni dengan klien dia dekat restoran Itali. Aku pun tak sepatutnya bagitahu kau yang aku dah suruh Alfie tempah meja yang betul-betul bertentangan dengan meja Mirza.” Safrina meletakkan kad restoran tersebut di hadapan Ainul. Kawannya menggigit bibir.

“Kenapa aku rasa macam ada benda lain yang kau nak bagitahu aku ni?”

Well, Alfie dengan aku akan jaga anak-anak kau malam ni. I also don’t know the fact you’re going on a date with Raimy in order to find the opportunity to talk to Mirza.

“Safrina!”

“Apa?”

“Tak adillah macam tu. Aku tak nak ugut Mirza ataupun paksa lelaki lain untuk keluar dengan aku.”

“Raimy memang nak bawa kau kot. Dia nak tengok kau gembira. Tolonglah, Ainul. Ini mungkin satu-satunya peluang kau untuk tahu apa yang bermain dalam fikiran suami kau tu.”

Ainul mengeluh ketika dia mengangkat kad tersebut. “Ini restoran kegemaran aku. Diorang hidangkan pasta dengan manisan yang sedap sekali aku pernah rasa.”

“Aku nak kau bahagia, Ainul. Aku dah sediakan baju kau dekat dalam kereta. Aku tahu kau tak suka benda ni, tapi sekurang-kurangnya kau dapat juga berjumpa dengan Mirza. Aku tahu dia nak kau sebenarnya. Pengecut.”

“Safrina!”

“Kita dah nak masuk tahun baru kot, tapi dia pula memandai tinggalkan kau walaupun dia sayangkan kau. Semua perempuan sepatutnya dapat happy ending diorang masing-masing, dan kalau aku terpaksa buat kerja gila semata-mata nakkan tahun baru yang sempurna untuk kita semua, aku akan lakukannya.”

“Aku tak tahu pula kau boleh jadi gila pasal tahun baru,” tutur Ainul.

“Alfie tahu aku memang havoc sikit bila tiap kali Disember datang. Semua orang berhak dapatkan kebahagian diorang. Aku tak sukalah bila kawan baik aku tak gembira. You and Mirza were perfect for each other. Aku takkan biarkan perkara remeh yang menghalang perhubungan korang ni. Aku tak boleh terima.”

Ainul tergelak kecil kemudian mengerling pada kad di bawah. Mirza menjauhkan diri darinya, dan jika keluar bersama lelaki lain adalah satu-satunya cara untuk dia menarik perhatian si suami, dia sanggup melakukannya.

__________________________________________________


Ainul menolak jubah itu ke bawah untuk menutup kakinya. Safrina dan Alfie sudah mengambil anak-anaknya, dan kini dia bersendirian menanti kehadiran Raimy. Dia benci menggunakan lelaki seperti ini. Tidak mahu mempercayai kata-kata Safrina, dia tetap akan bertanyakan kepada lelaki itu mengenai apa yang akan mereka lakukan ini.

Ainul melihat pantulan imejnya di cermin. Mirza selalu akan memujinya jika berpakaian sebegini, ataupun lelaki itu akan datang ke belakang sambil memeluknya dan mencium kepalanya. Dia menggeleng, cuba membuang ingatan itu dari mindanya.

Satu ketukan di muka pintu menghentikan segala peluang untuk dia melarikan diri pada malam ini. Dia menarik nafas sedalamnya dan membuka pintu. Raimy berdiri di situ bersama sedozen bunga ros merah.

“Raimy,” kata Ainul.

“Assalamualaikum Ainul. Cantiknya awak.” Ainul menjawab salam dan tersenyum sambil memegang kepalanya yang sudah ditutupi dengan tudung. Lelaki di hadapannya ini bukanlah Mirza, dan walau susah macam mana dia mencuba, dia terasa serba salah melakukannya.

“Diorang dah reserve meja kita sampai pukul lapan setengah. Kalau lambat, nanti diorang bagi dekat orang lain.”

“Oh, saya pun tak nak diorang simpan tempat kita tu lama-lama. Diorang mesti sibukkan malam-malam macam ni.” Ainul mencapai jaket dari ampaian. Angin Disember menusuk sehingga ke tulangnya. Tangannya menggeletar. Dia mengunci pintu dan kemudiannya mengekori Raimy ke kereta lelaki itu. Raimy berhenti, membuka pintu kereta.

“ALLAH, lupa pula. Ini untuk awak.” Raimy menyerahkan bunga ros tersebut kepada Ainul.

“Cantik sangat, Raimy. Terima kasih.” Ainul mengangkat bunga itu dan menghidu harumannya.

Raimy melangkah masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. 

“Kejap,” pinta Ainul. Raimy berpaling kepadanya. “I can’t do this. Saya tahu, Safrina yang rancang semua ni, tapi baru beberapa hari Mirza tinggalkan saya. Saya tak nak awak fikir yang kita ni sebenarnya tengah dating.”

Raimy terdiam seketika. “Saya pun tak fikir macam tu, Ainul. Ya, saya suka dengan awak. Kalau perkara ni berlaku sebaliknya, mungkin saya akan ambil peluang tu untuk pikat hati awak. Saya bukannya bodoh, dan kalau awak masih tak yakin, saya tak pernah jatuh hati pada awak. Safrina telefon saya dan bagitahu apa yang dah terjadi. Saya cuma nak tolong awak je. Masalah besar Mirza sekarang ini adalah kepala dia sendiri. He over-thinks everything. Kalau apa yang saya buat ni dapat sedarkan dia balik, saya tak kisah.”

“Betul awak tak kisah ni?” tanya Ainul, meminta kepastian.

“Ainul, kalau dalam masa setahun akan datang, awak dengan Mirza dah tak ada peluang untuk bersama, masa tu barulah saya cuba nasib. Tapi buat masa sekarang ni, anggaplah kita sekadar kawan yang nak keluar makan sama-sama.”

Ainul bersandar lega di kerusinya. “Saya boleh buat, insya-ALLAH. Awak memang baik, Raimy. Kenapa awak bercerai dengan isteri awak ye?” tanya Ainul sekali lagi. “Astaghfirullahalazim, sorry, saya tak sepatutnya tanya pasal tu. Sorry.”

Raimy tergelak kecil. “Takpe. Seronok dapat berbual dengan perempuan yang berterus terang macam awak ni. Isteri saya tinggalkan saya sebab saya jarang ada dekat rumah, dan saya tak boleh tahan dengan gelak dia tu.”

“Macam mana korang berdua boleh bertahan lama ye?”

“Sebab saya selalu tak ada dekat rumah, dan dia pula sukakan duit saya.”

Sorry, mesti teruk awak rasa kan.” Ulas Ainul.

No, there were other matters, but I’m not going to go into it. They’re private.

“Nanti awak akan jumpa someone tu, Raimy. Perempuan yang mencintai awak sebab diri awak, bukannya berdasarkan duit ataupun kerja awak.”

“Saya harap awak betullah.” Mereka berbual mengenai cuaca dan perayaan yang akan datang dan akhirnya menjurus kepada Mirza.

“Apa yang awak nak buat lepas ni kalau hubungan awak dengan Mirza tak menjadi?” tanya Raimy.

“Ayah saya akan sambut tahun baru dengan kami, dan saya pun dapat anak-anak. Saya tak tahulah. Saya tak nak fikir pasal tahun baru tanpa dia. Saya sayangkan dia sangat-sangat, Raimy. Perasaan saya pada dia tak akan pernah berubah.” Ainul menggosok tangannya pada jubah yang dipakai. Tangannya berpeluh, dia tidak suka dengan hatinya yang kembali bergolak ketika ini. Mirza adalah sebahagian daripada hati dan jiwanya.

“Awak rasa dia ada perempuan lain ke?” tanya Raimy.

“Saya tak rasa ada perempuan lain. Saya harap tak adalah.”

“Kenapa?”

“Kalau tak, saya akan bunuh perempuan tu,” kata Ainul, cuba ketawa pada dirinya sendiri.

Raimy turut tergelak.

Mereka berdua gembira setiba sahaja di restoran yang dituju. Tempat itu sangat senyap, dan itu adalah salah satu sebab kenapa dia menyukai restoran ini.

Valet mengambil kereta dari Raimy, dan mereka berdua berjalan ke foyer utama. Pelayan tersebut kelihatan terkejut apabila melihat Ainul. Ainul tahu Mirza pasti sudah berada di situ. Dia menggenggam erat tangannya sebagai sokongan ketika mereka mengikut pelayan tersebut ke meja mereka. Ainul masih menundukkan pandangan ketika Raimy mempersilakannya untuk duduk. Dia tidak pasti jika Mirza berada di situ. Raimy mendekatkan wajah ke telinganya. 

Ainul menggigit bibir dan cuba untuk tidak melarikan diri.

“Dia dah nampak awak. Mirza ada dekat sini dan mata dia cuma pandang awak seorang je.” Raimy berpaling daripadanya untuk duduk bertentangan dengan Ainul.

“Terima kasih,” kata Ainul.

“Untuk apa?”

“Sebab ambil tempat duduk menghadap dia. Saya tak pasti kalau saya boleh buat semua ni sambil tengok muka dia.”

Raimy menggerakkan badannya ke hadapan. “Saya tak pasti kalau dia boleh baca apa yang kita bualkan ni, tapi saya rasa yang awak betul. Ini bukan pasal perempuan lain. Dia sayangkan awak dan dia nak musnahkan saya sebab berani mengorat isteri dia ni.”

Air mata bertakung di tubir matanya, dan Ainul cuba menahan air mata itu dari jatuh. Malam ini dia perlu kuat. Mirza perlu berhadapan dengannya sama ada dia suka ataupun tidak. Mungkin lelaki itu akan menyesal dengan keputusannya itu.

Ainul berharap sepenuh hati agar dia dapat memenangi hati suaminya kembali.








post signature

2 comments :

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes