
BAB 7
Mirza merenung tajam
pada Raimy. Dia tahu kawan lamanya itu nampak akan kehadirannya. Terlalu jelas
dari senyuman lelaki itu kepadanya. Suka hati sahaja lelaki itu keluar bersama
dengan wanita kesayangannya. Tangan Mirza kejap di sekeliling gelas yang
dipegangnya. Mesyuarat bisnes ini adalah mengenai sambutan atas kejayaan yang
dilakukannya kepada syarikatnya itu, bisnes yang dikongsi bersama dengan si
isteri. Ainul pernah menasihatinya untuk mengambil peluang yang ditawarkan oleh
lelaki tua yang sedang duduk bertentangan dengannya. Isterinya tidak berjumpa
dengan lelaki ini, tetapi dia tahu apa yang perlu dikata supaya lelaki itu
berada di pihaknya.
Mirza mengangguk pada
kata-kata wanita yang duduk bersebelahan dengannya. Fokus utamanya sekarang ini
ialah pada isterinya yang cantik jelita. Dia tahu itu adalah kerja Safrina dan Dalily
yang membuatkan Ainul keluar bersama dengan lelaki lain. Dia bukannya melakukan
perkara ini semata-mata untuk melihat Ainul dengan orang lain selain dirinya.
Wanita itu mempunyai bakat dalam mereka cipta barang permata.
Benarkah isterinya mahukan itu? Ainul selalu
berkata yang sebaliknya?
Pelayan tiba di meja
mereka. Raimy tersenyum manis pada Ainulnya. Mirza berharap agar dia dapat
melihat wajah isterinya ketika itu. Mampukah dia untuk bertahan dalam beberapa
jam ini dengan hanya melihat mereka berlagak seperti pasangan kekasih?
Baru sahaja beberapa
hari berlalu, dan Ainul sudah keluar berjanji temu.
Dia mendengar apa
yang rakan-rakan niaganya bualkan sambil sibuk memerhatikan isterinya dengan
Raimy. Baru separuh makan, Raimy meminta diri untuk ke bilik air. Mirza masih
lagi merenung. Kakinya bergoyang-goyang tidak sekata ketika dia berperang
dengan perasaan sendiri.
Bait bicara Suhairi
kembali menghantui fikirannya.
“Kau sanggup tak tengok lelaki lain bermesra dengan
isteri kau nanti? Kau dah bagi peluang dekat orang lain untuk ambil apa yang
dah jadi hak milik kau. Seorang ayah tiri kepada anak-anak kau.”
“Tak, itu tak akan
mungkin terjadi,” katanya kuat.
“Mr. Mirza?” panggil lelaki tua tadi.
“I’m sorry to have to do this. I’ve made a mistake, and I’ve got to go
and deal with it.” Mirza mengelap mulutnya dengan napkin dan mencampaknya
ke meja. Dia berdiri dari mejanya dan melangkah ke arah Ainul. Raimy baru
sahaja sampai ke mejanya semula sementara dia pula cuba bertarung dengan
perasaannya ketika ini.
“Ainul,” ujar Mirza
ketika dia berdiri bersebelahan dengan Ainul di meja mereka.
Ainul memandang ke
arahnya, semua kesakitan dan kelukaan itu jelas di wajah isterinya. Koyak
hatinya melihat pandangan sayu itu. Dia tidak pernah sangka sampai begini
sekali kesan yang diberi kepada wanita kesayangannya.
“Mirza,” kata Ainul
sebelum memandang ke arah Raimy.
“Kita kena
berbincang.”
“Ye ke? Ainul tak
rasa macam tu. Ainul cuma nak enjoy meal ni
dengan Raimy. Abang dah buat keputusan tanpa tanya Ainul dulu. Sekarang, abang
pergilah balik buat apa yang tengah buat tadi.” Belakang badang Ainul terasa
tegang, dan pandangannya dihalakan ke hadapan.
“Please,” pinta Mirza.
“No.” Mirza nampak Ainul mengetap giginya, dan dia tahu isterinya
semakin mengalah. Para pengunjung yang lain sudah berhenti makan untuk
menyaksikan perlakuan mereka. Mirza tahu Ainul benci akan perhatian seperti
ini. Dia berlutut di sebelah isterinya.
“Abang sumpah abang
tak pernah berniat nak lukakan hati sayang.”
Setitik air mata
mengalir di wajahnya.
“Saya minta maaf,
Raimy. Saya kena pergi.” Ainul berdiri dari kerusinya dan mula melangkah pergi.
Raimy mahu pergi mendapatkan Ainul, tetapi pantas Mirza menghentikan
pergerakannya.
“Aku memang kejam.
Aku nampak tu. Dia isteri aku, dan aku takkan berputus asa untuk dapatkan dia
balik.”
“Safrina dan Dalily
tahu yang kau akan ubah keputusan kau kalau kau nampak Ainul dengan lelaki
lain. No harm done…yet. Baik kau
betulkan balik keadaan ini, atau aku akan rampas peluang tu daripada kau,
Mirza. Dia tu baik sangat.”
“Kenapa tak ambil dia
sekarang je?” Mirza mendapati dirinya bertanyakan soalan itu.
“Dengar sini, aku
suka sangat dengan dia. Dia tu seorang yang penyayang dan dengan kerja aku ni,
aku suka bila dapat bersama dengan orang yang suka ketawa dan tersenyum. Ainul
seorang perempuan baik hati yang cuma nak tengok orang lain bahagia. Aku suka dia,
Mirza. Kalau kau tak betulkan keadaan ni, aku akan bertarung dengan kau, dan
aku akan menang.”
Mirza perasaan akan
pertarungan itu di dalam mata Raimy. Dia tidak sukakannya dan dia tidak mahu
mengalah tanpa berlawan terlebih dahulu.
“Kau simpan je lah niat
kau tu, kawan. Ainul milik aku dan tak ada siapa yang boleh ambil dia daripada
aku.”
“Kalau macam tu
simpanlah dia. Kalau tak, dia akan jadi milik aku.” Raimy memanggil pelayan
tadi. Mirza mengambil peluang ini untuk mengekori isterinya.
Ainul mengambil jaket
daripada penyambut tetamu apabila lelaki itu mengiringinya ke pintu. Mirza
menolak lelaki itu perlahan untuk mengambil alih.
Sama seperti sebelum
ini, Mirza memegang leher isterinya supaya menghadapnya. Air mata sudah
mengalir ke pipi. Dia mengusap pipi wanita itu berharap agar Ainul dapat
memaafkan dirinya.
“Abang minta maaf.”
“Tak, Ainul ingatkan
yang Ainul mampu maafkan abang, tapi Ainul tak boleh. Sakit sangat hati ni,
abang. Abang tidur dengan Ainul lepas tu abang tinggalkan Ainul dengan nota kecil
tu je. Selama bertahun kita hidup bersama, abang sanggup pergi dari kami. Ainul
tak mampu nak maafkan abang dengan mudah.” Ainul menolak dirinya jauh dari
suaminya. Mirza tidak tahu apa yang perlu dibuat untuk memastikan isterinya
berada di dalam pelukannya. Setiap saat wanita itu menjauhkan diri, saat itulah
dia akan kehilangan isterinya. Kesakitan yang telah dia lakukan tidak mungkin
akan sembuh.
Apakah yang sudah dia
lakukan ini?
“Ainul, tunggu.”
Mirza mencapai kotnya daripada lelaki yang sedang menunggu dan mengikut
isterinya keluar. Ainul sedang cuba memanggil teksi. “Tak payahlah. Biar abang
je yang hantar sayang balik.”
“Tak nak. Ainul
ingatkan yang Ainul mampu buat semua ni, tapi Ainul tak boleh. Abang kecewakan
hati Ainul. Abang dah janji selama-lamanya, lepastu abang sesuka hati tinggalkan
kami. Mana adil. Biarkan je Ainul sorang-sorang.”
Mirza menarik lengan
isterinya.
“Lepaslah.”
“Tak nak. Abang dah
janji selama-lamanya. Kawan-kawan kita buat malam ni cuma nak tarik perhatian
abang balik je. Berdramalah sayang dekat sini, tapi abang tetap nak bawa sayang
balik rumah.”
Ainul menarik
lengannya, kuat. “I don’t have to let you
do anything. You’re divorcing me.”
“I’ve not gone through with it, Ainul Hayat. Sayang milik abang dan
sayang akan tetap jadi milik abang. Sekarang apa kata sayang gerak ke kereta
abang, kalau tak abang dukung sayang nanti.” Mirza mendengus ketika dia
merapati isterinya.
Ainul menolak lelaki
itu jauh.
Mirza tersentap. Dia
tahu yang dia sudah membuat kesalahan, tetapi dia tidak mahu isterinya pergi
jauh darinya sekali lagi. Dengan kepantasan yang ada, dia berjalan laju ke arah
Ainul dan mengangkat wanita itu ke atas bahunya.
Ainul menjerit dan
mula memukul-mukul belakang suaminya. Tumbukan kecil itu tidak memberi kesan
langsung ke atas Mirza.
Salah
seorang daripada valet tadi berjalan ke arah mereka.
“Don’t even think about intervening, pal. I’ll have your job and your
life. She’s my wife.” Lelaki itu mengangguk dan mengangkat tangan tanda
mengalah.
“Don’t listen to him. He’s a jerk.” Kata Ainul. Nada suaranya mula
tinggi.
Mirza meletakkan
isterinya ke tempat duduk penumpang memastikan pintu itu berkunci agar Ainul
tidak dapat melarikan diri.
Dalam beberapa
ketika, dia mengidupkan enjin kereta dan dan mula memandu pulang ke rumah.
Ainul berpeluk tubuh
sambil merenung ke luar tingkap. Amarah di dalam diri Mirza masih belum hilang.
Apabila mereka sampai sahaja di rumah nanti, tahulah apa yang dia mahu buat
pada isterinya.
Dia menekan lagi
pedal minyak. Dia sudah tidak kisah akan peraturan yang telah dilanggarnya.
Dalam masa dua puluh minit, Mirza menghentikan keretanya di hadapan rumah.
Terdapat beberapa lampu yang sudah dibuka. Ainul cuba membuka pintunya berulang
kali. Apabila Mirza keluar dan bergerak ke sisi isterinya, dia ternampak riak
geram di wajah Ainul.
Mirza
membuka pintu kereta. Ainul keluar dan menuju ke pintu hadapan rumah. Mirza
sekadar mengekori isterinya sahaja.
Ainul melangkah masuk
ke dalam rumah. Mirza sempat menghentikan isterinya daripada menutup pintu. Ainul
berjalan ke pejabat suaminya dan merenung tajam pada lelaki itu. Cabaran yang
dilemparkan oleh isterinya itu membuatkan jiwanya bergelora. Dia tahu malam ini
dia perlu menamatkan segala masalah yang telah diciptanya.
Kedua-dua tangan
isterinya sudah bertongkat di pinggang. Dada wanita itu juga sudah berubah
rentak. Ainul mahukan dirinya sepertimana dia mahukan isterinya.
“Apa yang abang nak
buat ni?” tanya Ainul. Mirza nampak kehangatan yang membara di dalam mata
isternya.
“Sayang tahu apa yang
abang nak buatkan.” Ainul berpeluk tubuh.
Mirza mendekati
isterinya dan mula mendesah perlahan.

Thanks ya! Busy tak apa, we can wait haha!
ReplyDeletesama-sama :)
Deleteokay, thanks a lot! harini dah start bz. sabtu pun kena praktikal. so ahad je saya ada masa. sobs~
best 2x..ainul jgn mengalah dera mirza lagi biar dia insaf..haha
ReplyDeletehaha. kita tengoklah nanti dia dera or tak okay ;)
DeleteBest 3x.
ReplyDeletethank you :)
DeleteA'ah tu betol..betol..betol.. bagi sikit backhand kat feel dia tu.. geram betol ngan mirza niy.. buat dia macam dulu lagi tapi jganlah melampau sangat ... ;))
ReplyDeletehehe.. xley backhand. Mirza tu suami dia. :P
Deleteinsya-ALLAH kali ni x melampau sangat. tunggu ye ^^,