Tempat Jogging Best (Bangi+Putrajaya)

12:46 p.m
rumah manis rumah
alahai. siannya si adik dah tunggu. takut nak tidur sorang-sorang.
 
assalamualaikum and hello lads! 
 
okay, untuk semua orang yang tak tahu, aku seorang gadis yang sangat suka berjogging. well, tak adalah selalu pun. kalau ada orang ajak, aku pergi. tapi selalunya, aku dengan member aku, Atul, kitorang dah buat rancangan terlebih dahulu. 
 
selepas berbincang dan melencong ke tempat lain (perempuan), kitorang pun decide nak pilih hari Selasa, Khamis dan Sabtu untuk berjogging. Kalau Selasa dan Khamis tu, selalunya kitorang lari dekat sebelah tasik Uniten je. Senang. Tak perlu pergi jauh-jauh. lagipun time tu je kitorang punya kelas habis awal. 
 
Hari Sabtu pula hari yang paling dinanti oleh kitorang. well, terima kasih untuk Atul. since dia ada kereta, bolehlah kami berjoli ke merata tempat yang ada dekat kawasan sekitar Uniten tu. dalam masa 4 bulan ni, adalah tempat-tempat yang kitorang dah jelajah. 
 
ha, kalau rasa nak berjogging or nak bergambar dan berdating dengan family (dengan pakwe jangan ya, dosa. aku pun berdosa juga sebab macam menggalakkan korang nanti). inilah destinasi yang paling terbaik untuk korang semua.
 
aku pretty confident yang tak ada member u aku akan baca blog ni. sebab tu aku akan kongsikan dengan korang. eh? memandangkan tempat ni menjadi tempat fevret kami, so aku dengan Atul buat keputusan untuk rahsiakan tempat-tempat ni. biar jadi hak milik kitorang sahaja. (entah-entah diorang semua tahu lama dah).
 
banyak cakaplah pula. okay, here goes the first one : 

TAMAN SAUJANA HIJAU, PRESINT 11

pandangan bawah dari atas. yes, dia atas bukit.


memandangkan waktu tu pagi, so aku menggedik-gedik ambil gambar dulu.












bila rasa tak malu bermaharajalela. 


tak khusyuk den jogging sebab cantik sangat.

ha, aku dengan Atul pergi pagi-pagi. sebab masa tu tak panas lagi. berbekalkan waze dan google, kitorang pun bergerak. dalam masa 15 minit macam tu (sebab susah juga nak cari tempat masuknya), last-last sampai juga ke destinasi. fuh, besar gila. serious, kalau berjogging sambil bergambar, mahu 1 jam lebih dekat situ.

and untuk pengetahuan yang tak tahu, sinilah kebanyakan wedding photographer ambil gambar klien mereka. sebab tempat dia atas bukit, sejuk and boleh nampak matahari terbit dan terbenam. masa aku tengok video jemputan dari RCW tu (saja tengok), aku ternampak lokasi dia. eh, macam kenal. ha, betullah tu.

kalau korang pandai ambil gambar, memang confirm boleh buat tempat tu nampak macam oversea. 

kat sini ada tiga destinasi. ada english, oriental and aduh, lupa. nanti korang pergi, tahulah juga. 

tempat dia kat mana? dia sangat dekat dengan kawasan perumahan. kalau ikut signboard, punyalah jauh dia bawa kita. rupanya ada shortcut je. haritu sampai sesatlah juga. dah berapa kali aku dengan Atul pergi. and akhirnya, kami buat keputusan untuk pergi ke tempat lain pula.


KELAB TASIK PUTRAJAYA, PRESINT 8

punyalah cari dekat malam kolam dia, rupanya dekat belakang border KTP ni. 






fuh, boleh nampak juga dari sini. 


takut juga lari dekat sini, sebab bergegar. last-last berjalan je.


panjang.....







aku tertarik dengan bangunan belah kanan tu. rupanya Puspanitapuri. cantiknya -.-














ini tempat parking.

yang ni senang sikit nak mencari sebab sebelah tasik kan. lagipun, aku pernah ke sini sebelum ni dengan family pak cik aku. yang ni pun sama besarnya, tapi bagi aku sama best dengan taman saujana hijau. kalau korang nak bersenam dulu sebelum berlari, kat sinilah tempatnya. ada ala-ala gym kecil sepanjang laluan jogging.

dia ada dua hala tuju. kalau korang ke kanan, korang akan ke kawasan perumahan dan boleh nampak masjid and istana singgahsana (kawan aku cakap). kalau korang ke kiri pula, korang akan nampak bangunan macam kedai, Puspanitapuri, court and macam-macam lagi. 

belah kiri aku tak explore habis sebab kitorang pergi yang kanan dulu. baru nak berlari, pergi ke gym kecil dulu, exercise kaki, lepas tu lari sikit, jumpa lagi. kitorang memang jakun sikit bila tengok gym kecil ni. bukan senang nak jumpakan melainkan dekat tempat-tempat macam ni. sekolah aku pun ada. rindunya....

belah kiri tu yang laluan dia berkayu. and ada yang still tengah dibaiki. sini separuh je kitorang berlari, sebab tak nampak kat mana penghujungnya. nanti ada masa, nak pergi lagilah. sini pun sejuk mata memandang. rumah banglo dia cantik sangat. jealous. ada kolam mandi menghadap tasik. sobs~

nak berkayak pun boleh kat situ, tapi entah berapalah harganya. orang kaya je la mampu. 

Sabtu seterusnya, cari tempat lain pula.



TAMAN TASIK CEMPAKA, BANDAR BARU BANGI





ada pula laluan ni. fuh, cantiknya.









sejujurnya, aku tak tahu tempat ni hidup atau tak. sebab bila lalu je, tak nampak orang pun. tapi bila Atul ajak, aku on je. tempat ni sebelah McDonald je. kalau dah sampai McD pun tak nampak juga, ha, tak tahulah. mata dah nampak makanan je la tu agaknya.

oh, rupanya ramai juga orang. ramai okay, serious. tempat ni sama juga besarnya. tapi tak berapa best tasik dia. dah kotor. tadelah kotor sangat but yet... kalau nak lama sikit jogging dekat sini, tu, ikut je laluan macam atas gambar aku tu ha. berselirat. 

okay, that's all. nanti kalau masuk sem lagi, kitorang nak cari tempat yang boleh main basikal sekali pula. adios~
post signature

Share:

7 comments

  1. love the post sis. sy tengah cari tempat nak menghabiskan masa esok! thanks for the ideas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you... yeah, nanti ambillah gambar banyak2 sekali alang2. hehehe. ^^,

      Delete
  2. Tmn saujana putrjya tu xpnh pg lg mmg cantik sgt nmpk matahari trbit tuh Wow! Huhu slalu p tasik cempaka tu je sbb sy org kjg hehe btw sgt sgt nice info dear tqsm for sharing

    ReplyDelete
  3. ty ...... tgh mencari tmpt jog semenjak menetap disini

    ReplyDelete
  4. tengah cari tempat utk photoshoot sebenarnya. this is really helpful. THANKS!

    ReplyDelete
  5. Thank you! Biasa kat cempaka je..nk g 2 tmpt ni plak..��

    ReplyDelete
  6. Thankss! 👍 buasa kat cempaka je..nk g 2 tmpat ni plak

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.