
BAB 11
Mirza mengangkat tangan
untuk membelai pipi mulus isterinya. “Sayang hebat dalam semua benda. Janganlah
cakap macam tu lagi ye.” Ainul tersenyum. Matanya mula bergenang mendengar
kata-kata suaminya itu.
“Terima kasih.”
“I mean it. Abang langsung tak pernah tahu betapa susahnya nak buat
semua ni. Abang rasa bangga sangat sebab sayang abang tahu macam mana nak handle sendiri.” Ainul terasa mukanya
memerah. “Ha, sebenarnya ada sesuatu yang abang nak kita buat.” Mirza bergerak
ke hadapan dan mengambil sesuatu dari atas kerusi.
Ainul ternampak buku memori
selama dua belas tahun perkahwinan mereka
yang telah lama disimpannya itu.
“Abang
nak tahu cerita pasal buku skrap Ainul ke?” tanya Ainul.
“Tak
juga. Abang nak bercerita pasal kita. Sekarang dah tiba masanya kita bincang
semuanya tentang kehidupan dan perkahwinan kita ni.”
Ainul
menyisip tehnya sambil memikirkan apa yang akan diperkatakan oleh Mirza.
“Abang
nak kita duduk dan bersembang pasal memori silam?” Ainul bertanya, keliru.
“Ha’a,
abang rasanya bagus juga macam tu. Get it
all out in the open.”
Ainul
menyisip sekali lagi air tehnya tertanya-tanya ke mana cerita ini akan bermula.
Selama bertahun ini, terlalu banyak contoh yang mahu dia bicarakan kepada
suaminya tetapi hanya disimpan segalanya di dalam hati.
“Okay,
sayang nampak macam tengah risau je. Apa kata kita mula je dulu dan kita tengok ke
mana semua ni pergi. Masa kita kahwin dulu, apa yang sayang rasa?” soal Mirza,
ingin tahu.
“Benda
tu dah lama berlalu, bang. Memori yang dah lepas macam tak bawa makna apa-apa
untuk kita sekarang ni. Kita berdua tahu apa yang dah berlaku masa kita mula-mula
kahwin dulu kan. Kenapa nak ungkit balik?” Ainul mengusap rambutnya. Jarinya benar-benar
terasa kosong tanpa kewujudan cincin pertunangan dan cincin perkahwinannya.
Berbincang
mengenai kisah lampau tidak membawa apa-apa kepentingan disebabkan oleh banyak
lagi perkara yang perlu mereka ambil kisah ketika ini.
“Abang
tak nak benda tu jadi masalah untuk kita nanti. I love you, Ainul.” Mirza mencapai tangan isterinya.
“Kalau
macam tu, janganlah cakap pasal ni,” pujuk Ainul.
“Kita
kena buat juga.”
“Tak
payah, abang dulu memang teruk. Ya, abang terlalu fikirkan apa yang abang nak,
dan abang sanggup buat apa sahaja asalkan abang dapat balik milik abang dulu.
Abang sebenarnya nak tunggu Ainul salahkan abang ke sebab Ainul jadi macam ni
sekarang?”
“Ya,
itulah apa yang abang nak sayang lakukan. Abang nak sayang mengamuk dan
membebel dekat abang.”
“Ainul
tak tahulah kalau abang ni tengah serius ataupun bergurau.” Ainul tidak
memamahi. Hubungan mereka baik-baik sahaja. Lebih daripada baik sehinggalah
suaminya memutuskan untuk meninggalkan mereka.
“Macam
mana Ainul nak yakinkan abang Ainul bahagia sangat sekarang ni?”
Mirza
menggelengkan kepala dan menjatuhkan kepalanya di atas tangan. “Abang tak
tahulah. Abang tak nak sayang bangun pagi lepas tu risau kalau abang tak ada
kat sisi sayang.”

Ainul
tahu dia pasti akan ketakutan jika suaminya tiada di sisi di saat dia membuka
mata apabila tersedar daripada lena. Tidak mahu bertengkar dengan si suami, dia
bingkas berdiri dan pergi ke arah lelaki itu. Ainul mengangkat wajah Mirza dan
merenung mata coklat suaminya.
“Ainul
cintakan abang sangat-sangat. Benda yang dah berlalu biarlah berlalu, walau
macam mana kuat pun keinginan abang untuk cerita pasal tu. Bukan ke sepatutnya
sekarang abang cuba pikat hati sayang, bukannya bersedih macam ni.” Ainul
mencium bibir suaminya. “Berbincang pasal kisah silam takkan merubah apa-apa
pun. Apa yang kita boleh buat cuma belajar daripada kesilapan.” Ainul menyentuh
pipi Mirza. Beli belah sempena tahun baru membuatkan lelaki itu malas untuk
bercukur. Ainul tergelak kecil melihat wajah yang penat itu.
Mirza
pernah pulang ke rumah selepas bekerja selama tiga belas jam lamanya dan tidak
pula kelihatan letih sebegini rupa. Menjadi seorang surirumah sementara
membuatkan suaminya menjadi canggung. Ainul mengusap rambut lelaki itu dan
memutuskan untuk keluar daripada rumah memandangkan itu adalah idea yang paling
bernas yang mampu dia fikirkan. Mereka baru sahaja makan tengah hari, jadi
mereka mempunyai banyak masa untuk pergi ke gelanggang luncur.
“Jomlah,”
Ainul mengajak, menarik tangan suaminya.
“Ke
mana?” Mirza bertanya.
“Nanti
abang tengoklah sendiri. Anggaplah ini permulaan untuk date kita.” Ainul menyambar jaketnya bersama dengan sepasang sarung
tangan, topi dan juga selendang. “Wrap up
warm.”
Lima
minit kemudiannya, mereka sudah pun melangkah keluar dari rumah. Ainul memberi
suaminya arahan ke mana destinasi yang dituju oleh mereka. Mirza memarkir
keretanya sepuluh minit kemudian. Ainul dapat melihat gelanggang yang sudah
dipenuhi oleh beberapa orang yang hadir ke situ.
“An ice rink?”
“It’s an open ice rink. Jomlah. Mesti
seronok kan.” Ainul keluar dari kereta dan menarik suaminya ke arah pekerja
yang sedang menyerahkan kasut luncur. Dia membayar lelaki tersebut untuk dua
pasang kasut. Mirza merungut tetapi dipakai juga kasut itu tanpa rasa teruja.
Sebaik sahaja Ainul mengikat tali kasutnya, dia mula berjalan pelik ke arah
gelanggang ais tersebut. Sebaik sahaja kakinya mencecah ais, dia bersandar pada
dinding. Mungkin ini bukan idea yang bagus. Sarung tangannya tidak memberinya
cengkaman yang kuat. Salji dan kesejukan tidak merubah hakikat bahawa dia tidak
pernah langsung meluncur di atas ais selama hayat dia hidup. Di dalam filem,
nampak sangat mudah pula apabila dilihat.
“Kuatnya
sayang paut dekat dinding tu,” usik Mirza, kelihatan sempurna dan menawan di
sebelah isterinya.
“Okay,
sebenarnya, Ainul tak suka skating.
Ainul tak pernah skating pun sebelum
ni.” Ainul merasakan pipinya mula berubah menjadi kemerah-merahan.
“Maknanya
sayang nak cakap yang sayang ajak abang dating
kat sini, padahal sayang tak reti nak skate
pun?” Terdapat senyuman di wajah Mirza dan ketenangan yang sudah lama tidak
dilihat oleh Ainul selama ini.
“I thought it was a good idea. Lagipun
cantik apa tempat ni untuk kita date.”
Ainul tidak mahu mengalah.
Mirza
menatap di sekeliling pemandangan tersebut. Ainul tersenyum memandang riak
kerisauan yang semakin pudar di wajah lelaki itu. “Betul juga cakap sayang.
Cantik sangat tempat ni.”
“Ainul
memang selalu betul pun. Ainul kan perempuan. Now, help me like all those kind men do in the movies.” Ainul
mencapai tangan suaminya untuk bergerak di atas ais itu. Dia tahu punggungnya
akan mencecah lantai di saat ini. Nasib baiklah Mirza sempat menangkapnya.
“I’ve got you, hummingbird.” Mirza
mengangkat isterinya kemudian memegang erat kedua-dua tangan isterinya di
hadapan. Ainul masih lagi memandang kakinya.
“Jangan
tengok tangan sayang. Pandang abang,” pinta Mirza.

“Abang
nak tolong Ainul tak?” soal Ainul.
“Ya.
Abang takkan biarkan sayang jatuh. Now,
trust me.”
Ainul
berpaut pada tangan suaminya ketika lelaki itu mula bergerak ke belakang. Ada
beberap kalinya dia cuba menjeling ke bawah, tetapi Mirza menghentikannya
dengan menguatkan lagi pegangannya.
“Ainul
patut tahu yang abang memang pandai main ni,” keluh Ainul.
“Kenapa
pula?”
“Sebab
abang memang pandai dalam semua benda yang lain, takkanlah ice skating abang tak reti pula?”
“Abang
tak reti buat kek, masak, ataupun balut hadiah without it looking like some alien contraption. Abang boleh
jalankan bisnes berjuta-juta dolar dan bermesra dengan sayang. Skating ni senang je sebenarnya, nanti
sayang pandailah. Tak sangka pula seronok rupanya main skating ni kan.” Mirza tersenyum sambil memusingkan isterinya di
dalam pelukan membuatkan Ainul terjerit.
Mirza
berhenti, dan Ainul masih lagi cuba berdiri tegak. Dia menarik nafas seketika,
cuba mengadaptasi keadaan sekali lagi.
“Bila
abang belajar main?” Ainul bertanya, cuba mengelakkan dirinya daripada
memikirkan tentang kesakitan yang bakal menjelma.
“Alfie
dengan abang selalu habiskan masa kitorang main dekat tempat-tempat macam ni
masa kecil dulu. Dah berzaman rupanya.” Mirza tersenyum manis pada isterinya.
Ainul dapat melihat keriangan yang terpancar di wajah lelaki itu dan dia tahu
ideanya kali ini berjaya. “Abang kan dah makin kerepot sekarang. Memanglah dah
berzaman.” Ainul tidak mampu menahan dirinya daripada mengusik si suami.
“Jaga-jaga,
hummingbird. Abang yang pegang sayang
sekarang ni.”
Ainul
tersengih sumbing, suka dengan pergerakan perlahan mereka yang mengelilingi
kawasan gelanggang tersebut.
“Sayang
nampak comel sangat dengan topi ni,” puji Mirza.
“Abang
nak cakap apa sebenarnya ni?”
Mirza
tergelak kecil. “Rasanya kita kena selalu buat macam ni lah.”
“Pergi
ice skating?”
“Tak,
pergi dating. Abang tahu kita ada
anak-anak yang kena difikirkan, dan kalau diorang ada dekat rumah, kita ajak
diorang sekali. I think we need to make
some time for just us.” Mirza menarik Ainul rapat kepadanya supaya tubuh
isterinya bersatu dengan tubuhnya. Jaket mereka yang tebal itu menyembunyikan
segala rasa sensasi yang dirasakan ketika itu. Ainul terasa gelisah dengan kedudukan
mereka yang terlalu rapat. Kehadiran suaminya masih lagi mempunyai kuasa yang
berjaya menggetarkan hatinya.
p/s : sorry sangat-sangat lambat update. enjoy!
adios~

best 2x...nak main ice skating jugak..hehe ;)
ReplyDeletethanks :)) kan.. tapi kat malaysia tak ada ice skating yang real la pula. heeee...~
Deletehaah..yg ade pon dkt sunway jer..hihi :)
Deletetapi yang tu tak berapa real sangat.. sobs
DeleteYeah dah baca...you can count me in...ice skating...hahah thank you!
ReplyDeleteno biggie ^^,
Deleteromantiknya... ^_<
ReplyDeletejemput ke blog saya jugak..
salam suaikenal..
http://tinyurl.com/mewv4f6
thank you.
Deleteand salam perkenalan juga :D