Nafasku Hanya Untuk Dia S.E -bab 10-



BAB 10

Sorry,” Mirza meminta maaf.

“Abang terjumpa ni.”

Ainul berdiri di sebelah suaminya.

“Abang tak tahu pula sayang ada buat buku macam ni.” Mirza menutup buku tersebut dan melarikan tangannya di atas muka buku itu.

I’m a big believer in documenting every new part of our life.

Mirza menarik isterinya supaya rapat dengannya. Dia menghidu haruman tubuh wanita itu dan tahu kehidupan mereka kelak akan menjadi lebih baik.

_______________________________________________________________________


Selama beberapa minggu ini, Mirza benar-benar mengotakan janjinya. Dia menolak untuk menerima sebarang panggilan bisnes. Apa-apa sahaja yang mampu dikendali oleh orang lain akan diserahkan bulat-bulat kepada mereka. Ainul suka kerana waktu ini Mirza hanyalah miliknya seorang. Apabila mereka bersama seperti ini, dua belas tahun yang telah berlalu bagaikan tidak terasa. Mirza membawanya makan tengah hari dan keluar membeli belah sekali. Apabila mereka tidak pergi bersiar-siar, Ainul akan membakar kek di dapur. Mirza pula akan menghabiskan masanya menghias rumah mereka. Macam-macam yang dibeli olehnya. Ainul akan membuat biskut dan juga pai.

Mirza membawa isterinya ke kedai emas untuk mengukur saiz cincin wanita itu. Ainul menolak. Dia tidak mahu cincin yang lain. Mirza telah berjanji akan memberinya apa sahaja jika dia bersetuju untuk melakukan perkara ini demi suaminya.

A favour?” Ainul bertanya, aneh.

“Yep, abang akan bagi apa je yang sayang nak.”

Ainul tersenyum mengenangkan segala imaginasi nakal yang bermain di mindanya. Dia sedang menghias tart nenas yang terakhir apabila dia terdengar satu rungutan yang datang dari meja di ruang makan. Mengelap tangan menggunakan tuala, dia bergerak ke meja makan.

Mirza mengangkat pandangannya apabila Ainul tergelak besar. Mirza merenung tajam. Tangannya sudah berbalut dengan pita pelekat. Anak patung yang sepatutnya dibalut sudah tidak serupa anak patung lagi.


“Sayang boleh je kalau nak tolong abang,” Mirza berkata, lebih kepada meminta.

“Okay. Biar Ainul hidangkan air teh untuk abang dulu ye.” Ainul meninggalkan suaminya yang masih bertarung dengan anak patung itu dan mendapatkan minuman mereka. Apabila cerek sudah berbunyi, dia menuangkan mereka secawan teh. Dia mengerling pada jari-jeamarinya dan terasa kehilangan akan cincin-cincin yang pernah dipakai dahulu. Dia tertanya-tanya jika Mirza mempunyai masa untuk memberikan cincin tersebut kepadanya ataupun tidak.

Masalah mereka nampak lebih remeh pula kini. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan cincin miliknya itu. Selama beberapa hari ini, kerap kali dia memberi kiasan kepada suaminya itu. Mengangkat bahu, Ainul mengeluarkan tart nenas dan membiarkan dulang tersebut di atas meja untuk disejukkan.

Ainul mengambil beberapa biji tart kemudian dia melangkah semula ke ruang makan. Apabila dia meletakkan cawan-cawan dan pinggan ke bawah, Ainul menolong Mirza dengan anak patung tersebut. Suaminya memang tidak pandai dalam hal-hal seperti ini.

“Sayang dah biasa buat ke?” soal Mirza.

Ainul mengangguk, tersenyum.

I thought you got it gift wrapped.” Suaminya menggumam sesuatu, tetapi Ainul tidak dapat menangkap kata-kata lelaki itu.

“Ainul mungkin datang daripada keluarga yang kaya-raya. Tapi abang pun tahu dulu ayah tak pernah nak bagi duit yang cukup dekat Ainul. Habiskan duit dengan suruh orang balutkan terus memang membazirkan masa je. Jadi, Ainul belajarlah cara macam mana nak balut hadiah biar nampak gah macam orang lain buat juga.” Ainul mengambil hadiah daripada suaminya, dan dalam beberapa gerakan yang pantas, dia membalut anak patung itu. Ainul menulis sesuatu di atas hadiah tersebut kemudian diletakkannya di dalam beg yang berisi hadiah yang lain. Tahun baru mereka pasti begini. Mereka tidak menyambutnya bersama orang lain yang menyaksikan bunga api di dataran. Sebaliknya, mereka akan memberikan hadiah kepada setiap seorang anak mereka. Ia sudah menjadi satu tradisi pula bagi mereka.

Mirza bersungut sekali lagi. Ainul merasa sedikit tart tersebut lalu disuapkannya kepada si suami.

“Makan dan berhenti merungut okay. Sekurang-kurangnya abang ada sayang untuk buat kerja ni.” Ainul menolak segala kertas dan hadiah ke tepi.

“Apa jelah yang boleh abang tolong sayang abang ni? Abang ingatkan balut hadiah senang je. Abang tak boleh masak, abang tak reti balut. Macam mana abang nak buat ni?” keluh Mirza.

Ainul ketawa. “Dah la tu bang. Selama ni pun, abang memang tak pernah buat apa-apa kan.” Balas Ainul. “It’s not about all this. You care, and I know that. This will come in time.

“Alah, sayang saje je cakap macam tu kan,” Mirza merajuk.

“Mana ada. Abang, I love you. Abangkan pergi kerja, Ainul pula buat semua kerja rumah. Ainul suka buat semua ni, dan sejujurnya Ainul lagi rasa happy kalau abang tak reti buat kerja rumah tau.”

“Aik, kenapa pula?”

“Sebab maksudnya Ainul pandailah dalam buat sesuatu.” Ainul mengakui kebenaran itu. 






post signature

4 comments :

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes