Nafasku Hanya Untuk Dia S.E -bab 8-



BAB 8


Beberapa ketika kemudian..

Ainul menjadi berang. Dia pantas menolak suaminya. “Sampai hati abang?” Dia mengangkat tangan untuk memukul tubuh sasa itu tetapi Mirza pantas menghalang perlakuannya.

Ainul merenung tajam ketika kesakitan mula menyucuk-nyucuk hatinya kembali.

“Abang lukakan hati Ainul,” keluhnya.


Mirza memegang wajah isterinya. Ainul dapat melihat kesakitan di dalam sinar mata itu juga.

“Abang minta maaf.” Mirza mendekatkan wajahnya dan mengucup bibir si isteri.

“Sampai hati abang tinggalkan Ainul?”

“Abang ingatkan yang abang dah musnahkan hidup sayang.” Mirza menarik Ainul ke dalam pelukan.

Ainul tidak tahu jika dia mampu menerima hakikat bahawa suaminya akan meninggalkan dirinya sekali lagi.

“Abang tak pernah pun musnahkan hidup Ainul. Abang dah lupa ke macam mana hidup Ainul dulu sebelum abang muncul dalam hidup sayang? Abang dah berikan Ainul sebuah keluarga, dan ayah yang selama ini Ainul harapkan untuk disayangi.”

Mirza mendukung isterinya dan berjalan ke sofa. Mereka baring bersama-sama, Ainul masih lagi di dalam pelukannya. Titisan air mata masih lagi belum hilang di wajah wanita itu.

“Jangan nangis, sayang. Abang cintakan Ainul sepenuh hati abang.” Mirza mengusap air mata itu. Ainul berharap agar dia dapat menepis segala perasaan dukanya secepat suaminya.

“Tapi abang tetap juga nak tinggalkan Ainul. Betul abang nak lepaskan Ainul?” tanya Ainul.

Mirza menggelengkan kepala. “Abang ingatkan senang je. Alfie tak nak tolong abang carikan peguam. Abang gembira sangat masa abang tinggalkan sayang haritu, tapi abang ingatkan yang abang memang betul.”

You don’t need to live up to your reputation with me, honey. Dekat luar, mungkin abang digelar Werewolf, tapi Ainul lagi kenal abang siapa sebenarnya.” Ainul mencapai tangan suaminya. Mereka sudah melalui banyak perkara bersama-sama. Anak-anak, dunia perniagaan dan juga media. Wartawan tidak menyukainya kerana dia tidak mahu terlibat dengan dunia mereka itu. Dia mencintai suaminya dan lebih daripada bahagia dapat menjadi seorang ibu dan seorang isteri. Dunia korporat sebegitu tidak sesuai dengan dirinya.

Kenapa terlalu sukar untuk orang lain percaya bahawa dia sangat bahagia dengan hidupnya kini?

Ainul bangun dari kerusi. Dia sudah lelah.

“Sayang nak ke mana tu?” tanya Mirza.

I can’t do this.” Dia mengambil baju suaminya dari atas lantai dan memakainya sebelum berjalan ke dapur.

Mirza mengekori isterinya selepas memakai kain pelikat yang diambil di dalam almari.

Ainul membuka pintu ais dan mengeluarkan sosej dan telur sebelum bergerak ke pantri untuk mengambil satu tin yang berisi tomato. Memasak selalu membantunya mengosongkan minda. Tangannya bergerak ketika dia mula menggoreng telur dan sosej di dalam kuali. Dia mengerling pada cincin perkahwinannya. Cincin kecil itu bagai terasa berat pula di jarinya.

“Jangan,” pinta Mirza, menutup tangan isterinya dengan tanganya.

Ainul melarikan diri dari sentuhan suaminya untuk membasuh tangan. Sementara menunggu sosej itu garing sepenuhnya, dia memansakan ketuhar.

“Abang takkan tinggalkan sayang lagi dah, Ainul. Abang janji.” Mirza datang di belakangnya. Ainul dapat melihat pantulan imej wajah suaminya di sebalik kaca ketuhar.

“Ainul tak tahulah, bang. Ainul dah tak tahu apa-apa lagi dah.”

Ainul menjauhkan diri untuk membuka tin tomato tadi dan menuangnya ke dalam mangkuk. Dia mengacau tomato tersebut dan ditambah sekali bersama dengan garam dan sedikit lada hitam.

Apa yang tidak kena dengan dirinya? Dia terasa janggal.

Kenapa dia perlu berasa ragu-ragu dengan suaminya?

Kau tak pernah sangka yang dia akan tinggalkan kau. Kau selalu percayakan dia sepenuh hati, dan sekarang dia musnahkan kepercayaan kau dengan tinggalkan kau.

Ainul menggelengkan kepala. Apabila sos tadi sudah sebati, dia memecahkan dua biji telur dan memasukkan ke dalam mangkuk itu, kemudian dia meletakkannya ke dalam ketuhar.

“Ainul, cuba berhenti dulu. Cakap dengan abang,” ujar Mirza.




Ainul melirik pada suaminya dan kemudian pada cincinnya pula.

“Abang bagi Ainul cincin ni masa abang berjabat tangan dengan wali Ainul. Tanpa Ainul sedar, sebenarnya itu semua satu syarat untuk abang dapatkan balik apa yang pernah menjadi milik ayah abang.” Ainul tergelak kecil ketika dia membayangkan semula kisah lalu.


“Ainul,” henti Mirza. Ainul tidak mengendahkan suaminya.

“Tapi lama-lama, abang jadi seorang yang penyayang. Ainul tahu hubungan kita ni ada pasang surutnya dengan masalah perjanjian dulu, dengan hobi Ainul. Bila abang nak sedar yang apa yang Ainul mahukan selama ni hanyalah sebuah keluarga? Tak cukup jelas lagi ke keinginan Ainul ni? Abang tak pernah musnahkan hidup Ainul, tapi sekarang dalam sekelip mata je, abang dah buat semua tu.”

I don’t know what to say to make it up to you,” lirih Mirza.

Ainul mengabaikan kata-kata suaminya sekali lagi. Dia mencabut cincin pertunangan dan juga cincin perkahwinannya.

“Jangan buat macam ni, hummingbird.

Ainul menggelengkan kepala.

“Ainul rasa kita kena buat macam ni.” Ainul menarik tangan suaminya dan membuka telapak tangan itu. “Ini bukannya perceraian. Ainul cintakan abang, sepenuh hati Ainul. Ainul nak abang ambil ni sebab Ainul ada jalan penyelesaiannya.”

Ainul tersenyum ketika dia memikirkan mengenai masalah di antara mereka berdua. Mereka sangat bahagia bersama-sama, dan dia tidak mahu kehilangan itu semua. Dia tergelak kecil ketika menggenggam erat cincin-cincinnya di tapak tangan suaminya.

“Abang tak nak ambil cincin ni dari sayang. Abang dah buat silap.”

“Dan abang boleh betulkannya balik. Abang rasa yang abang dah buat keputusan terburu-buru untuk kita, kan?” tanya Ainul.

Mirza menganggukkan kepala. Ainul tahu suaminya tidak suka mengakuinya.

“Apa yang sayang nak abang buat?” soal Mirza.

“Goda Ainul, pikat Ainul. Buatlah apa-apa je yang abang nak buat masa dulu-dulu tapi abang dah tak sabar nak tunggu,” jelas Ainul.

“Dan bila pula sayang nak cincin-cincin ni balik?” Mirza memandang ke bawah dua cincin tersebut. Bahunya jatuh. Ainul benci melihat suaminya sebegini, tetapi dia tahu ini adalah satu-satunya cara untuk mendapat apa yang mereka berdua mahukan.


p/s : saya bukan penuulis yang hebat dan gah macam orang lain. so, saya minta maaf andai kata cerita saya adakalanya tak best and a bit boring. 

tapi apa yang penting sekali, terima kasih sangat-sangat untuk readers yang rajin ushar blog saya semata-mata nak tengok dah keluar bab baru ke belum. tanpa korang semua, I wouldn't be here. so, thanks a million! :)

adios~
post signature

6 comments :

  1. eh? baru ingat ainulnak tinggalkan mirza..haha
    tq..next chapter please hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu dah kena tinggal, kalini x payahla.. sian Mirza. sian Ainul kan. hehehe.. nanti jadi macam berulang pula ceritanya.

      Delete
  2. You're too modest...best apa, I like! Thank you, adios hahah! Note to self: You can't make everyone happy all of the time, and it is futile to try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you :) hehe. saya dah terbiasa menyebut adios dekat setiap post. can't help it :P

      yep, thanks for the note. appreciate it!

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes