Nafasku Hanya Untuk Dia S.E -bab 9-


BAB 9
Mirza tidak suka melihat jemari isterinya yang sudah kosong. Dia menyesal meninggalkan iserinya ketika mana dia bangun sahaja daripada tidur selepas dia bergerak ke apartment lamanya. Ainul tersenyum padanya, memberikannya harapan untuk tidak menghancurkan masa depan mereka.

I love you, Ainul.

“Ainul tahu.”

Mirza memeluk wanita itu erat. Tubuh itu benar-benar sempurna dengan dirinya. Dia tidak mahu melepaskan isterinya pergi.

I was an idiot.

I know, and now you get to make it up to me. We get to have the seduction a bit backwards.” Ainul menolak tubuh itu untuk memandang wajah suaminya. Selama Mirza hidup dalam empat puluh tahun ini, dia tidak pernah syak dengan setiap keputusan yang dibuat. Nalurinya sentiasa tepat, dan dia jarang membuat kesalahan. Tetapi sangkaannya kali ini ternyata silap dan akhirnya mengundang musibah kepada perkahwinan mereka.

Dia masih tidak percaya betapa cepatnya dia hampir kehilangan si isteri.

“Abang hampir je nak bunuh Raimy tadi,” kata Mirza.

“Kenapa? Dia kan kawan kita.”

“Tak ada siapa yang boleh sentuh sayang melainkan abang. Sayang milik abang seorang je.” Mirza membelai pipi Ainul. “Abang tak tahulah nak buat apa kalau abang hilang sayang.”

“Mungkin, abang perlu berhenti dari fikir guna otak abang dan mula fikir pakai ni.” Ainul mengetuk dada suaminya. “You can’t lose me, Mirza. Ainul takkan melebih-lebih pun dengan Raimy. Dia tahu tu. Ainul tahu dia sukakan Ainul, tapi biarlah perasaan tu dia je yang rasa.”

Ainul mendekatkan tubuhnya dan mengucup bibir si suami. “Ainul tak sabar nak tunggu macam mana abang nak pikat sayang nanti.”

“Sayang risau ke?” tanya Mirza.

Ainul menggelengkan kepala. “Ainul cuma excited dengan masa depan kita. Abang takkan lari lagi, kan?” tanya Ainul, lebih kepada meminta.

Mirza menggelengkan kepala. “This is going to be one strange courtship.

“Budak-budak semua rindukan abang,” ujar Ainul, berpaling dari suaminya. Mirza memerhatikan Ainul yang membuka pintu ketuhar untuk mengambil mangkuk yang berisi telur dan tomato tadi.

Dia sukakan makanan itu. Makanan itulah yang selalu dibuat oleh isterinya ketika mereka bersendirian. Mirza mencapai roti untuk dimakan sekali bersama dengan hidangan tersebut. Mereka duduk di meja makan. Mirza menarik isterinya ke atas riba, mencubit sedikit cebisan roti dan mencelupnya ke dalam telur separuh masak itu. Lalu dia menyuap Ainul dengan penuh kasih sayang. Dia sangat suka makan bersama dengan isterinya. Terasa bagai hubungan mereka lebih bertambah intim setiap kali duduk, dan saling menyuap antara satu sama lain. Ainul mencapai roti tadi dan menyuap suaminya pula. Mirza mengunyah roti tersebut sambil merenung wajahnya.



Makanan itu bukanlah yang paling romantik pernah dia rasai, tetapi saat di ketika itu terasa begitu sempurna. Mirza memeluk pinggang isterinya ketika dia mencelup sekali lagi cebisan roti yang lain pula ke dalam mangkuk. Ia mengingatkannya hari-hari di mana mereka berdua berjaga malam bersama-sama. Ataupun apabila ayah mertuanya mengambil anak-anak mereka, memberikan masa untuk mereka bersendirian. Mirza ingin mencari seorang pengasuh, tetapi Ainul tidak suka mengenangkan akan ada orang asing yang menjaga anak-anaknya. Kalau setakat kawan-kawan rapat ataupun ayahnya, itu tidak mengapa.

Mirza tidak mahu berbalah dengan isterinya asalkan dia mendapat perhatian daripada isterinya sepenuh masa. Dia masih lagi memeluk pinggang si isteri sementara mereka menghabiskan telur, sosej dan tomato tersebut. Sungguh, makanan yang mudah pun terasa sangat enak jika dimakan bersama orang tersayang.

Mindanya berlari memikirkan apa yang perlu dibuat untuk memikat hati isterinya. Sekarang inilah peluangnya untuk memulakan perhubungan mereka yang layak dimiliki oleh Ainul.

“Sedap sangat,” puji Mirza.

“Terima kasih.”

“Abang nak bawa sayang masuk bilik. Abang takkan buat apa-apa. Abang cuma nak peluk sayang je.”

“Okay.”

Ainul mencapai tangan suaminya, dan bersama-sama, mereka berjalan naik ke bilik tidur utama. Mirza memerhatikan katilnya dan melihat isterinya itu tidak pernah tidur di bilik mereka.

“Ainul tidur dengan Muiz. Ainul tak boleh nak tidur kat katil kita kalau abang tak ada.”

“Abang minta maaf.” Mirza mengucup bibir isterinya. “Lepas ni abang cuma nak bagi memori indah je dekat sayang.”

Mirza mendukung isterinya lalu dibawa ke tempat mereka beradu. Ainul tergelak apabila Mirza menjatuhkannya betul-betul di tengah-tengah katil. Mirza memanjat naik, menarik selimut untuk men
utup tubuh mereka berdua. Dia memeluk erat pinggang isterinya, mencium leher jinjang dan bahu itu.
“Abang cintakan sayang. Abang takkan pernah berhenti.”

Ainul tersenyum. Kata-kata itu dibisikkan ke telinganya. Nada lembut dari suara suaminya membuatkan hatinya serta-merta cair. Ainul menutup matanya dan lena mula menjelma. Dia tidak bermimpi. Hatinya dan dunianya terasa indah.
_____________________________________________________

 

Mirza merenung isterinya. Ainul kelihatan sangat mendamaikan. Matahari mula memunculkan diri. Dia mahu pergi dan membuat the untuk isterinya, tetapi dia tidak mahu isterinya fikir yang dia melarikan diri seperti sebelum ini. Mirza membelai wajah isterinya dan menunggu Ainul terjaga dari tidur.

Mirza berasa serba salah. Dia mahu menghukum dirinya sendiri kerana pernah meragui masa mereka bersama-sama. Ainul tidak mahukan hidup yang berbeza. Dia terlalu bodoh kerana berfikir yang sebaliknya.

Ainul bergerak, dan sesaat kemudian matanya terbuka. Mirza tersenyum padanya. “Morning, hummingbird.

“Abang still kat sini.”

“Ke mana lagi abang nak pergi?” tanya Mirza, senang hatinya kerana membuat keputusan yang tepat.

“Tak tahulah. Kadang-kadang abang boleh bertindak ikut apa yang abang suka je. Ainul pun tak boleh nak kejar.” Ainul menggeliat.

“Sayang janganlah fikir macam tu. Abang dah lama abaikan anak-anak kita. Mulai esok, abang nak start hantar diorang ke sekolah.”

Mirza tersenyum walaupun mindanya sudah melayang tatkala melihat tubuh dan tingkah isterinya itu. Hari itu merupakan hujung minggu, dan Safrina dan Alfie akan menghantar anak-anak mereka ke rumah semula. Humaira pula akan pulang pada lewat petang. Rapat sungguh anak daranya dengan kawannya itu.

“Tahun baru dah nak tiba. Abang ingat nak ambil cuti dan habiskan masa dengan sayang. Rasanya dah sampai masa kita hias rumah ni sama-sama. Abang tahu hiasan-hiasan semua sayang dah pasang, tapi bukan semuanya kan. I’ve been lax in my department.” Mirza mengusap perut isterinya.

“Abang sanggup buat macam tu?” tanya Ainul.

“Abang tak sabar nak buat. Ingat lagi tak tahun baru kita bersama-sama?”

“Bila abang masuk masa Ainul tengah nyanyi tu?” Ainul tersenyum sambil meletakkan tangannya ke atas tangan Mirza.

“Yang tu lah. Insya-ALLAH, tahun ni akan jadi tahun yang paling bermakna untuk kita semua,” janji Mirza. Dia turut merasakan perkara yang serupa. “Abang tahu abang dah buat silap, tapi abang akan baiki balik kesalahan abang tu.”

“Ainul tahu. Ainul pun dah tak sabar nak pakai cincin-cincin Ainul balik.”

Mirza tergelak kecil. Dia sudah mempunyai idea untuk cincin-cincin tersebut. “Abang nak turun buatkan sarapan untuk sayang, dan lepas tu abang nak cuci pinggan mangkuk. Will you be okay to get ready and meet me downstairs in half an hour?” tanya Mirza.

“Abang nak telefon Alfie ke?” tanya Ainul pula.

“Ha’a. Nanti kita sambut hujung minggu satu keluarga, minggu depan pula kita prepare untuk tahun baru. Nanti abang telefon office pastikan yang diorang faham yang abang nak ambil cuti lama.” Mirza mendekatkan badannya, mencium bibir isterinya, dan melangkah keluar dari bilik.

Pertama sekali, Mirza turun ke bilik membasuh baju dan mencapai sepasang seluar sebelum menuju ke bilik kerjanya untuk membuat panggilan. Dia menelefon pejabatnya dahulu dan meminta setiausahanya untuk membatalkan segala mesyuaratnya ataupun menggantikan dirinya dengan orang lain sahaja. Seusai selesai semuanya, dia menelefon Alfie pula. Dia tahu Suhairi sudah membawa Dalily dan anak-anak mereka pergi bercuti. Mirza sayangkan anak-anaknya, tetapi dia berharap agar dia dapat meluangkan lebih masa bersama dengan Ainul.

“Hello,” Safrina menjawab selepas beberapa deringan. “Kan mama dah cakap letak baju dekat dalam beg. Adlan, janganlah suruh Dinie buat macam tu. Hello.”

Mirza tergelak kecil.

“Hmm, kau bukan Ainul, dan aku tak rasa yang kau ni Raimy.”

Mirza mendengar nada jenaka di dalam suara itu. “Mesti idea kau dengan Dalily kan yang suruh bini aku keluar dengan Raimy?”

You needed to have your reality check, Mirza. Aku rasa mesti kitorang berjaya kan. Sebab nombor yang kau pakai ni nombor rumah kau sendiri. Ainul macam mana?”

“Terima kasih. Betul cakap kau. I needed a reality check.

“Sama-sama. Jangan risaulah pasal tu, Mirza. Kami semua ada untuk kau. Kau ada kawan-kawan yang kau boleh minta pertolongan.”

Mirza tersenyum. “Alfie ada tak? Aku nak minta maaf dekat dia, dan aku rasa korang sepatutnya dah dalam perjalanan ke sini. Korang ni tak ada pergi ke mana ke?” tanya Mirza.

“Ha’a, tengah bersiaplah ni. Nanti pengasuh pun ikut kitorang sekali. Alfie tak nak aku habiskan masa aku uruskan anak-anak sendirian. Ha, panjang pun umurnya.”

Telefon bertukar tangan. Mirza terdengar mereka berbual seketika.

“Mesti aku betulkan?”

“Ya, aku yang salah.” Mirza ketawa kecil.

“Nasib baiklah aku fikir pakai naluri aku. Kalau tak, aku pun susah tahu. Kau gembira tak?”

“Alhamdulillah. This has put a dent in everything. Aku tak sepatutnya lari dan sepatutnya aku bercakap dulu dengan dia. Aku dah belajar daripada kesilapan aku sendiri.” Mirza melarikan jemarinya di rambut ketika dia memerhati luar tingkap.

As long as you’re going to fix it. Aku sayang kau macam abang aku sendiri. Aku tak nak kau menderita. Kau ataupun Suhairi. Kita ni dah macam satu keluarga tau.”

Mirza bersembang dengan sahabat baiknya buat beberapa minit. Apabila mereka sudah selesai, dia mematikan talian dan bergerak menuju ke dapur. Dia tahu bagaimana untuk memasak sarapan yang ringkas seperti telur, roti bakar, tetapi kebanyakannya hanya isterinya sahaja yang reti melakukannya. Walau bagaimanapun, dia tetap ingin berusaha untuk membuat satu perkara yang istimewa kepada Ainul.

Dia meletakkan beberapa kuali ke atas dapur gas lalu mula mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat omelette. Bukanlah sarapan yang romantik, tetapi sekurang-kurangnya itu adalah satu-satunya makanan yang dia paling handal menyediakannya.

Selepas memanaskan kuali, Mirza mencapai telur dan mula membuat omelette. Apabila oemlette tersebut sedang digoreng, dia mengambil kesempatan itu untuk meletakkan pinggan di atas meja. Dia bersandar pada kaunter dan mengeluarkan sebuah buku.

 


Berkerut, Mirza membalikkan buku tersebut. Buku itu kelihatan seperti buku skrap, sama seperti apa yang budak kecil lakukan. Membuka buku itu, dia terjumpa sebuah gambar keluarga miliknya. Mirza tersenyum. Terdapat beberapa hiasan yang berada di muka hadapan. Kesemuanya mempunyai maksud yang tersendiri dan untuk membuatkan buku itu kelihatan lebih cantik.

Dia menyelak helaian yang pertama dan mengambil tempat di kaunter. Itu merupakan buku memori. Setiap point di dalam hidup kulinari isterinya, Ainul akan simpan. Mirza tergelak tatkala melihat salah satu asam pedas yang dibuat oleh isterinya. Di sebelah gambar asam pedas tersebut tertulis betapa teruknya rasa masakan itu. Terdapat beberapa gambar mereka yang lain juga dan satu bahagian berkenaan morning sickness.

Kehidupan yang mereka lalui ditulis di dalam buku besar tersebut. Mirza melihat di mana Ainul melekatkan buku yang satu lagi dibawahnya.

“Wow, tolonglah jangan suapkan Ainul dengan makanan ni,” kata Ainul, mengangkat kuali tadi daripada dapur gas. Omelette di atasnya sudah berubah menjadi hitam. Betapa khusyuknya Mirza sehingga tidak menyedari masa yang telah berlalu.


p/s : ye, betapa khusyuknya juga saya sampai tak sedar dah hampir pukul 11 ni. it's time to go to sleep. enjoy reading loves! :) saya kasi panjang sikit. sebab sabtu ahad saya busy. adios~

post signature

6 comments :

  1. swweet <3<3<3 khusyuk sangat mirza baca buku skrap sampai hangus omelette haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... tahu takpe..

      kita pun bila tengok album lama boleh 'hilang' dalam dunia sendiri kejap. ^^,

      Delete
  2. Thank you next chapter pleaseeee...tak memaksa..tak paksa ah dua2 boleh lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-ALLAH kalau ada masa free saya buat ye :)

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes