assalamualaikum and hello everyone! ha, siapa yang kat sini suka travel atau teringin nak travel? mesti semua nak kan. siapa yang tak nak tu, takpelah. duduk rumah pun bagus juga. okay, tapi apa yang selalu jadi masalah mesti persediaan nak ke satu destinasi tu kan. apa nak bawa, macam mana nak buat ni, kalau jetlag macam mana pula, bla, bla, bla..
insya-ALLAH tips ni sedikit sebanyak akan membantu perjalanan kita. :) have fun!
1. Menggulungkan pakaian
kalau kita gulung baju seluar yang nak dibawa sebenarnya lagi menambahkan ruang yang ada dalam beg berbanding kalau kita lipat. yes, it's true.
2. Handphone dalam cawan
Letakkan handphone di dalam cawan sebagai instant speaker
3. Senaman elak jetlag
untuk mengelakkan dari terkena jetlag, amalkan banyak senaman sebelum travel. pakcik aku kata masa pergi tu tak kena jetlag. rasa okay je. maybe rasa excited tu lagi tinggi dari rasa lain. masa dah balik ke negara asal, baru kena jetlag.
4. Cangkuk di kerusi
kebanyakan cangkuk memang dah ada dekat kerusi airplane yang kita naik. so, mudahlah kan. nampak pun nampak. lepas tu, tempat letak makanan. eh, tu juga tempat letak makanan ke? -.-
5. Kasut kotor
letakkan kasut kotor atau kasut yang dah lama dipakai ke dalam shower cap. tak ada siapa yang rajin nak basuh kasut tu kan.
6. Skarf ringan
bawalah sekali skarf ringan. kot-kotlah dalam kapal terbang karang rasa sejuk teramat.
7. Dryer sheet
untuk mengelakkan pakaian dari berbau, pakailah dryer sheet dan letakkan di dalam beg or suitcase
8. Tempat letak contact lens
kalau contact lens ada yang tak pakai container dia, jangan dibuang. benda tu boleh dibuat letak krim or apa-apa sahaja yang kecil or kosmetik and malas nak bawa besar-besar.
macam kawan aku, dia letak sabun mandi dalam bekas ubat pil. ha, senang. habis cerita. takdelah bawa besar alam tu.
9. Duit dalam Lip Balm Kosong
Kalau ada duit lebih, apa kata letak dalam tu. kalau terdesak, nanti godek-godek, jumpalah duit yang kita simpan selama ni.
10. Butang dan anting-anting
kalau takut anting-anting anda melilau entah ke mana, cucukkan mereka di butang. senang.
11. Buat pusingan kiri
sentiasalah membuat left turns dalam line security untuk melepaskan diri cepat-cepat. science proves it.
12. Minuman Kaca dalam Kasut
kalau rasa ada botol kaca nak bawa dalam beg, apa kata simpan dalam kasut.
buat pusingan kiri tu baru sy tahu. botol pun. nice entry. mmg mbantu sy
ReplyDeletethank you ^^,
Delete