Bukit Gambang Resort City -JalanJom-

10:51 a.m
office
nothing to do

assalamualaikum and hello everyone! sebelum ni aku bercerita pasal perak. harini aku bercerita pasal Pahang pula. Gambang Resort City ni sangat famous kan. aku haritu pun pergi Kelantan sebenarnya. ada kenduri dekat Panji. ha, umi aku orang Kelantan, tapi anak-anak dia sorang pun tak reti speaking Kelantan. haha.

okay, back to the story. lepas balik Kelantan tu, jauh kan. so, ayah aku cakap berhenti dekat Gambang lah. rehat sana, lepas tu baru balik Shah Alam. kebetulan, kawan ayah aku kerja dekat sana. so, kitorang pun menginaplah dekat sana dalam satu malam sahaja.

dengan berbekalkan orang dalam, kitorang dapat duduk dekat suite Carribean punya. dia ada dua jenis apartment. ada Arabian and Carribean. kalau tak silap akulah. yang Arabian tu lagi mahal. suite yang kitorang dapat ada dua bilik besar. setiap satu bilik ada bilik air. ada aircond. kipas tak ada. adoi. kesejukan aku. memang lengkaplah. 


adik aku je rajin interframe

memandangkan kami sampai malam, so tak ada apa-apa aktiviti sangat. esoknya, semua pujuk ayah bukan main. last-last dapat pergi Safari Park. agak jauhlah daripada apartment kitorang tu. so, korang nak pergi sana, kenalah naik kereta sendiri. bila dah sampai, kitorang dapat tiket free. kawan ayah aku yang bagi. then, bermulalah perjalanan kami ke Safari Park. Yeah~~

nampak tak apa yang aku nampak? 






ayah aku bersama kawannya, si chef. allah, lupa nama chef tu.






umi and ayah aku :)




reban..




takut aku tengok ayam belanda ni. -.-

ini umi aku


ada dua tempat. night jungle tu buka mula pukul 6 petang. kitorang pergi tengah hari. so tutup. sobs~

show dia menariklah juga. ada burung-burung yang buat persembahan. monyet and macam-macam lagi.


ada kampung melayu zaman dulu. best gila! dah lama tak nampak kawasan macam ni. tapi bukan ada orang pun. just visit and ambil gambar je.




ice age!


comel gila binatang ni. aku tak ingat apa nama dia






llama. jangan dekat-dekat. nanti dia meludah dekat kita. 


albino yang putih tu.


arnab gergasi. besar gila!


adik aku interframe lagi


cuba teka ni apa?




kat bawah rumah kampung tadi ada reban ayam. ayam belanda pun ada. 

sebelum masuk ke dalam Safari Park tu, kitorang meronda dekat bangunan tu dulu. nak pergi Safari Park kena naik bas yang disediakan. memang ramai gilalah menunggu. so, kitorang pun pergilah jalan-jalan dulukan. 

bila dah habis meronda, kitorang pergi makan tengahari dulu. and disebabkan kawan ayah tu seorang chef, so dia yang belanja.. hehe. bukan senang nak dapat makan dekat tempat macam ni. mahal tu. menangis kalau pakai duit aku sendiri. 





gelas kaca dari dalam. sambil makan boleh tengok singa melepak.

aku tak ingat mana gambar aku ke Safari park tu. nanti dah jumpa, aku post lah. 

malangnya, petang tu juga kitorang nak balik dah. satu hari nanti, insya-ALLAH kitorang pergi yang waterpark pula. lagipun, 3 orang adik aku masa tu tak dapat join. sedihlah juga. okay, that's all. 
adios~
post signature

Share:

1 comments

  1. haritu pergi gambang tak pergi safari pun. masa mula2 dia bukak gambang laa.. ishh cam best je

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.