Cinta Matchmaker -bab 18-



BAB 18

Alfie sentiasa menantikan majlis-majlis keraian ataupun parti koktail. Kebiasaaannya, di situlah dia akan mencari mana-mana mangsa untuk dijadikan kekasih hati buat sehari semalam sahaja dan dia akan meninggalkan wanita tersebut tanpa berpatah kembali. Ketika dia berjalan di sekeliling bilik tersebut, dikeremuni dengan ramai wanita cantik jelita, malangnya fikiran hanya melayang pada si isteri. Bersama Safrina, dia dapat bersembang, bergelak ketawa dan komen mengenai setiap personaliti manusia yang ada di dalam bilik besar ini.


Rasa bersalah Safrina terhadap adiknya sangat ketara. Sekembalinya dari Blue Moon di hari pertama kepulangan mereka, Safrina hampir-hampir sahaja menangis. Sadiya amat bermakna segala-galanya untuk isterinya dan dia tidak dapat membantu walau sedikitpun dengan apa sahaja yang berkaitan dengan penjagaan Sadiya.

Berbekalkan usaha yang ada, dia dan Safrina dapat membawa Sadiya keluar bersiar-siar di zoo. Hari itu membawa terlalu banyak senyuman di wajah kedua-dua wanita tersebut membuatkan Alfie terasa ingin menjadi seorang hero dan menjadikan semuanya tidak mustahil untuk mereka bersama satu masa nanti lagi.

Perjalanan pergi dan balik ke Blue Moon nampaknya meletihkan Safrina. Isterinya turut meninggalkan rutin pagi hariannya lebih daripada biasa. Alfie tidak kisah kerana itu bermakna dia mempunyai banyak masa bersama dengan isterinya sebelum ke tempat kerja.

"Penny for your thoughts?" Dia sangat arif akan suara itu. Satu suara yang paling dibencinya menghalau segala angan-angan tadi. Alfie meluruskan bahu, bersedia untuk berdepan dengan cemuhan perempuan tersebut.



"Troy."

Lebih tinggi dari Safrina, Troian yang berkasut tinggi hampir sahaja memandang tepat ke dalam bola matanya. Seperti biasa, sentiasa berhias dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. 

Senyuman manis yang selalu dipakai sentiasa berjaya menggetarkan hatinya, tetapi kini dia hanya mampu mendengar perkataan yang diberikan oleh Safrina untuk bekas kekasihnya sahaja....python.

"Tak sangka pula yang kau boleh ingat nama aku kan."

Alfie rasa yang dia berhak mendapat itu. Macamlah dia tidak ada peluang untuk memutuskan hubungan dengan wanita ini sebelum dia membuat keputusan untuk memilih seorang pengantin melalui servis Safrina.

"Jangan nak merepeklah." Alfie merendahkan suaranya dan memaksa satu senyuman terukir di wajah.

"Aku tahu kau ni memang tak berhati perut, aku cuma tak sangka pula yang kau ni pengecut juga. Kau sepatutnya bagitahu aku pasal rancangan kau. Mungkin aku boleh tolong kau daripada kau pilih si perempuan murah yang kau..."

Alfie mengangkat tangan yang memegang gelas dari tadi, menyampuk percakapan wanita itu. "Hormatlah sikit, Troy, Safrina tu isteri aku."

"Untuk berapa lama, Al?" bisik Troian, merapatkan tubuh ke hadapan.

Pandangan Alfie mencerun, tetapi senyuman itu masih belum menghilang. "Green isn't a good color on you."

Bibir Troian menipis. "Cemburu...dengan perempuan tu?" Tawa yang sumbang itu mencuri perhatian ramai mata ke arah mereka berdua. "Kau dah ikat diri kau dengan perempuan yang dilahirkan dari keluarga pencuri. Jangan silap langkah, karang kau yang merana."

"Terima kasihlah sebab kau ambil berat dengan aku." Semakin tenang dirinya, semakin sedih Troian jadinya. Kenapalah dia tidak pernah nampak sisi Troian yang satu ini ketika mereka bersama dahulu?

"Perempuan macam dia takkan gembira selagi dia tak miliki jiwa kau. Kau mesti akan menyesal dan berharap akulah yang sepatutnya jadi isteri kau." Python itu meluahkan apa yang dia rasa dan berundur setapak.

Alfie pula mara ke hadapan, supaya hanya wanita itusahaja yang dapat mendengar kata-katanya. "Satu-satunya apa yang aku harap sekarang ni, Troian, kenapalah aku tak bertemu dengan Safrina dulu sebelum jumpa kau. Kalau kau tak pernah wujud dalam hidup aku, lagi bagus." Ayat itu sangat berbisa, tetapi dia sudah cukup lelah mendengar segala tohmahan yang dilemparkan dari lidah wanita itu kepada isterinya.

Bukannya dicurahkan dengan air ke wajah, sebaliknya Troian melakukan sesuatu yang tidak disangkanya. Satu senyuman jelek melebar di bibir itu seolah-olah wanita itu sedang memegang dunia di tangannya. "Oh, my. Kau memang sayang rupanya dengan budak tu. Lagi bagus. Nikmatilah kesakitannya, Alfie." Kemudian Troian berlalu pergi. 

******************************

p/s : okay, ini sahaja yang saya mampu buat masa ni. sorry. 



trailer untuk bab seterusnya..

"Bila kali terakhir period kamu datang?"

Safrina mengerling siling. "Rasanya bila-bila masa je ni."

"Bila kali terakhir?"

"Saya tak ingat. Period saya memang selalu tak menentu." Rasa mual mula bergelora di dalam perutnya.

Yuna menyengetkan kepalanya ke kiri. "Apa yang kamu dan Alfie gunakan untuk birth control?"

"Saya tak mengandung."

"Saya tak cakap apa-apa pun."




post signature

Tags:

Share:

2 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.