Cinta Matchmaker -bab 19-




BAB 19

Alfie memanjangkan lagi tempoh lawatannya ke New York, satu perkara yang bisa membuatkan hati Safrina bertambah gundah-gulana. Jadi dia menghabiskan hari-nya sebaik mungkin dengan membuat satu pertemuan bersama dengan doktor dan juga kawan tempat untuknya beroleh nasihat mengenai kesihatannya.


Duduk di atas meja pemeriksaan dengan hanya memakai gaun hospital yang pudar, Safrina memeluk tubuhnya di sebalik kesejukan yang melanda bilik tersebut. Tekanan daripada perkahwinannya, dan kerisauan terhadap adik kandungnya, membuatkan dia sentiasa berjaga setiap malam, dan seleranya semakin terbantut.

Satu ketukan perlahan di pintu diselangi dengan kehadiran Doktor Deb. Di dalam usia empat puluhan, Doktor Deb sudah menjadi doktor Safrina sejak dia belasan tahun lagi. Doktor itulah yang sering merawat ketika dalam kesakitan dan berada di sisinya di saat si ibu meninggal dunia.

"Itupun kamu. We were wondering when we were going to see you in here."

"Hi, auntie Deb." Lagak formal sudah lama tidak digunakan bertahun lamanya, menjadikan situasi ini lebih mudah bagi Safrina untuk berbincang mengenai apa-apa sahaja.

Doktor Deb memeluknya sebelum menghenyakkan punggung di atas kerusi. "Seronok sangat dapat jumpa kamu lagi."

"Banyak sangat yang dah berlaku sejak dua menjak ni."


"Auntie tahu. Bukannya selalu auntie dapat tengok muka-muka pesakit auntie terpampang dekat surat khabar. Tak sangka auntie yang kamu dah kahwin. Rasanya auntie tak pernah pun nampak kamu keluar dating dengan sesiapa."

"Alfie dengan saya malas nak tunggu lama-lama, lagipun kitorang tahu apa yang kitorang nak." Yang mana bukanlah satu penipuan, tetapi bukan juga satu kebenaran. Setakat ini, kata-kata itu mampu memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang Safrina maklumkan. "Sebenarnya saya datang ke sini sebab nak minta pil birth control yang kita bincang dulu tu."

Doktor Deb tersenyum. "Of course. You'll wonder why you waited to take them once you start."

Mereka berbincang mengenai pros dan cons atas pengambilan pil tersebut sebelum Doktor Deb bertanya, "Ha, apa lagi yang mengganggu fikiran kamu tu?"

"Saya tak pastilah, auntie. Rasa macam makin lemah je sejak dua menjak ni. Mula-mula, saya ingatkan saya memang malas je, lagi-lagi masa bulan madu haritu. Tapi selera pun dah makin berkurangan. Badan ni asyik lesu je memanjang. Sebelum ni tak ada pula macam ni."

Doktor Deb menulis beberapa nota di atas papan cartanya. "Ada demam tak?"

"Tak ada."

"Batuk?"

"Tak."

"Muntah, loya...change in bowel habits?"

"A little queasy. Tapi saya ingatkan sebab lambat sangat makannya."

"Hmm," Doktor Deb berdiri dan mengalihkan stetoskopnya yang diletakkan di sekeliling lehernya. Selepas mendengar beberapa kali melalui bahagian depan Safrina, dia berkata, "Baring kejap."

Safrina berbaring di atas meja pemeriksaan tersebut sementara Doktor Deb menekan perutnya. "Ada rasa sakit tak?"

"Tak."

"Bila kali terakhir kamu datang bulan?"

Safrina mengerling pada siling. "Bila-bila masa je ni."

"BIla kali terakhir?"

"Saya tak ingat. Selalunya memang tak menentu pun." Perasaan gemuruh mula mengetuk pintu hatinya. 

Doktor Deb menyengetkan kepalanya ke sisi. "Apa yang kamu dengan Alfie gunakan untuk birth control?"

"Saya tak mengandung."

"Auntie tak cakap apa-apa pun."

Safrina berdiri, tidak betah untuk berbaring lagi.

"Kondom. Kita orang tak pernah lupa pun. Kadang-kadang sampai habis semua kotak yang dia beli." Satu tawa resah pecah di bibirnya.

Doktor Deb menepuk perlahan pada lengannya sebelum bergerak ke belakang Safrina dan mencapai sebiji cawan. "Kamu tahu dekat mana bilik air kan. Let's remove pregnancy from possible reasons for your malaise so we can start looking for another source."

Safrina berjalan jauh dari meja tadi, tidak mengendahkan getaran yang mula menyapa tangannya. "Okay."

Sepuluh minit yang seterusnya bagaikan terasa sangat lama dalam hidupnya. Safrina membelek kalendar di dalam telefon bimbitnya sebelum dia dan Alfie bertemu, terdesak mencuba untuk membuktikan kepada Doktor Deb bahawa kenyataannya tadi adalah salah sebelum wanita itu berjalan masuk ke dalam bilik semula.

Tetapi sebaik sahaja pintu terbuka, dan Doktor Deb melangkah masuk di sebalik pintu tersebut, hati Safrina berdetak tidak menentu.

"Tahniah."


Safrina terlompat, kepala digelengkan sekuat hati. "Tak."

"Kita boleh buat serum test, tapi semua ni dah memang tepat pun. Kamu memang mengandung, bukannya sakit."

Segala-galanya bagaikan terhenti seketika. Dadanya terasa sesak dan Safrina berusaha untuk menarik nafas sedalam-dalamnya. AIr mula mula bertakung di tubir mata. "But we were really careful."

Doktor Deb mengusap tangannya dan memintanya supaya duduk sebentar. "Auntie tahu kamu mesti tak jangka pun pasal ni. Mungkin kamu berdua nak tunggu dulu sebelum start a family, tapi benda dah jadi. Kita tak boleh nak buat apa."

Apa yang perlu dia lakukan? Alfie mempercayainya. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Mereka sentiasa berhati-hati. 

"Duduk kejap." Doktor Deb membantu Safrina melabuhkan punggung di atas meja periksa tadi sekali lagi. "Tarik nafas dalam-dalam. Semuanya akan jadi baik."

"Auntie tak faham." Bagaimanalah dia ingin memahami. Doktor Deb hanya nampak seorang wanita yang baru sahaja berkahwin. Sesiapa sahaja pasti akan berasa teruja setiap kali bercerita mengenai kandungan mereka yang pertama. 

"Kalau macam tu, cuba bagi auntie faham. Apa yang kamu takutkan sebenarya?"

Senyuman manis yang terbias di wajah Alfie berubah menjadi kebencian apabila lelaki itu mendapat tahu mengenai kandungannya. Semua kepercayaan dan kehormatan berakhir di saat dia memberitahu mengenai berita tersebut.

"Ini bukan apa yang kami mahukan," bisik Safrina, hilang dalam khayalannya.

"Kamu bukannya pengantin baru pertama yang mengandung. Auntie yakin suami kamu mesti sayangkan kamu. Dia akan faham."

Tetapi Alfie tidak mencintainya.

Setitik air mata jatuh di pipi.

"Safrina?"

Pandangan Safrina beralih pada kawan lamanya yang jelas ternampak kerisauan di wajah itu. "Apa yang tak kena? Kamu tak menangis pun bila mak kamu meninggal dunia, ataupun bila adik kamu terlantar dekat hospital." Tatkala ini, Doktor Deb sudah duduk bersebelahan dengannya, tangan itu menggenggam erat tangannya.

Menggigit bibir bawah kuat dan memaksa matanya untuk tidak mengalirkan air jernih, Safrina menggelengkan kepala. "Perempuan ni mahkluk yang sensitif. Lagi-lagi kalau dia mengandung." Ya ALLAH. Aku mengandung.

"Are you sure that's all it is?"

Tidak mampu untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya, Safrina sekadar mengangguk. "Saya cuma terkejut. I need time to adjust."

"You've always adjusted, no matter what's thrown at you."

"Saya tahu."

"All right. Let's go over a few things you need to know. I'll be sending you to Dr. Ursula..." Doktor Deb menerangkan perkara-perkara yang perlu dipatuhi sepanjang awal kandungan, di mana Safrina hanya mendengar endah tidak endah sahaja.

Ketika dia melangkah keluar dari klinik bersama preskripsi vitamin, Safrina terasa sangat sunyi hidupnya.

Di saat dia menjejakkan kaki ke kereta, air mata akhirnya mengalir deras di pipi dan dia juga tidak mampu untuk menghentikannya.




post signature

Share:

3 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.