Decorated Wood Text Effect - Tutorial Photoshop





Apa yang korang perlukan :
- Wood Pattern background (patterns)
- Aclonica (font)
- Patterns oleh Ransie3
- Floral Fabric Pattern oleh sofi01
- Diagonal Noise oleh Christopher Burton
- Gradient shapes for Photoshop oleh ilnanny

STEP PERTAMA

1. Create satu document baru yang bersaiz 1152 x 864 px and then duplicate background layer.


2. Pergi dekat background copy and double click. automatically akan keluar macam gambar dekat bawah ni. 


Gradient Overlay : Tukar Blend Mode kepada Multiply,  Style ke Radial, scale ke 150% dan click Gradient box untuk hasilkannya.


Gradient ni menggunakan dua warna : #ffffff di belah kiri, #3f3f3f di belah kanannya.


Pattern Overlay : Pilih pattern 'Melamine-wood-002' daripada pack 'Wood pattern Background'.

STEP KEDUA

1. Pastikan tulisan di 'CAPS LOCK' menggunakan font Aclonica tadi. Tulisan kena warna putih tau atau #ffffff, saiznya adalah 236pt dan tracking value di setkan kepada 25. 

p/s : sebenarnya nak pakai tulisan apa-apa pun boleh. 


2. Duplicate text layer tu sebanyak dua kali. buat macam background copy tadi. tarik je ke 'create new path' punya simbol. (dua dari kanan dekat bawah sekali tu)

STEP KETIGA

1. Buka imej 'VF_r03.jpg'  dari 'Patterns 21' pack, then pergi ke Image >>> Adjustments >>> Levels  (atau simply tekan Ctrl + L) dan tukarkan nilai Gamma kepada 0.75.


Fungsinya adalah untuk menggelapkan background kayu yang baru kita buka tadi. 

2. Sekarang, pergi ke Edit >>> Define Pattern, dan taip apa sahaja nama dekat pattern tu (make sure korang ingat nama tu). Kalau saya, saya letak (2) je dekat belakangnya. teehee..


STEP KEEMPAT

1. Double click ORIGINAL text layer tadi untuk kita apply kan Drop Shadow effect yang simple. Tukarkan Distance ke 10, Spread ke 10, dan saiz ke 29. 


Nanti korang nampaklah sikit bayang-bayang dekat tulisan korang tu. 

STEP KELIMA

1. Double click text layer copy yang pertama untuk kita apply Layer Style yang berikut :

Bevel and Emboss : Tukarkan Style ke Stroke Emboss, Technique ke Chisel Hard, Depth ke 144, Saiz ke 6, Gloss Contour ke Gaussian - Inverse, pastikan korang tick anti-aliased box tu tau, tukarkan Highlight Mode ke Soft Light dan warnanya ke #96918c, dan tukarkan warna Shadow Mode ke #2a1b00. 


Contour : Gunakan Rolling Slope - Descending, dan tick anti-aliased box. 



Stroke : Tukarkan saiz ke 4, Fill Type ke Pattern, dan pilih 'VF_r03 (2)' pattern. atau apapun nama korang letak tadi.



Drop Shadow : Tukarkan Distance ke 11, Spread ke 8, Saiz ke 10.





STEP KEENAM

1. Double click text layer copy yang kedua untuk apply kan Layer Style tersebut :

Bevel and Emboss : Tukar Technique ke Chisel Hard, Depth ke 144, Saiz ke 6, tick kotak anti-aliased, tukarkan Highlight Mode ke Soft Light, dan Shadow Mode ke #2a1b00.




Contour : Gunakan Cove - Deep contour, dan tick kotak anti-aliased.

Step 19


Pattern Overlay : Pilih 'VF_r03 (2)' pattern.



Outer Glow : Tukarkan Blend Mode ke Multiply, kemudian tukarkan warna ke #988778 dan saiz ke 2. 



Drop Shadow : Just gunakan nilai default je. (maksudnya tak perlu ubah apa-apa). tapi kena tick juga tau drop shadow tu. 



Taraaa... jadilah macam ni :)


STEP KETUJUH

1. Tekan Ctrl + click pada text layer thumbnail untuk menghasilkan selection. buat sebiji macam saya okay. nanti tak jadi. 



2. Pergi ke Select >>> Modify >>> Contract dan taip 10. 



3. Create satu layer baru di atas semua layer tadi dan namakannya sebagai 'Pattern'.  Pilih Paint Bucket Tool, setkan Foreground Color ke putih, dan isikan selection tadi dengan warna tersebut. Kemudian, pergi ke Select >>> Deselect (atau simply tekan Ctrl + D) untuk buang selection tadi.



4. Tukarkan Fill Value 'Pattern' tadi ke 0% dan duplicate pattern layer tu and tukarkan 'Pattern Copy' kepada 'Inner Shadow'. 

patutnya fill tu ditukarkan ke 0%. saya lupa buat. tukar awal-awal ye. nanti tak jadi


STEP KELAPAN

1. Double click layer 'Pattern' untuk apply Pattern Overlay effect. Tukarkan Blend Mode ke Multiply, pilih 'mary_rore.jpg' pattern dari 'Floral Fabric Patterns' pack, dan tukarkan scale ke 50%.



Jeng Jeng Jeng... jadilah macam ni harap-harapnya ya.



2. Double click 'Inner Shadow' pula. Pilih Inner Shadow effect. Tukarkan warna ke #553c21, dan saiz ke 13. 



ha, kan dah ala-ala 3D gitu. teehee..



STEP KESEMBILAN

1. Setkan Foreground Color ke #707070, pilih Rectangle Tool, dan create 16x28 segi empat dekat setiap penjuru setiap huruf. 



2. Pilih 'Add Anchor Point' tool, kemudian click kan pada bahagian kiri dan kanan segi empat tadi. betul-betul dekat tengah ye. 



3. Pilih Direct Selection tool dan adjustkan titik point korang tadi mengikut citarasa curve yang korang nak. cuma tarik je titik tadi ke kiri or ke kanan. 

  


STEP KESEPULUH

1. Double click shape layer tersebut ataupun 'Rectangle 1' untuk kita apply Layer Style macam ni :

Bevel and Emboss : tukarkan saiz ke 2.




Texture : Gunakan 'Diagonal Noise' pattern, dan tukarkan scale ke 470




Gradient Overlay : pilih 'Brass 70' gradient dari fail 'RS_Metals.grd' pack. Then, tick reverse.




kalau tak reti cari, buka gradient, then, sebelah kanan preset, ada macam button setting (simbol), tekan situ then cari 'RS_Metals', lepas tu tekan Append. kemudian, baru cari Brass 70




STEP KESEBELAS

1. Duplicate 'Rectangle 1' dan pastikan korang 'visible' kan layer tu dengan menekan ikon mata di sebelah kirinya. Original punya pula invisible kan. Kemudian, pergi ke duplicate punya tadi, right click, cari Rasterize Layer Style.



Ini hanya available untuk CS6. Kalau korang pakai bawah dari CS6, korang kena groupkan shape tu dulu. Layer >>> Merge Group.

Step 39


2. Double click layer yang di rasterizekan tadi, dan applykan Drop Shadow effect dengan menukar Distance ke 1.

Step 40


3. Duplicate rasterized layer tu, kemudian gunakan Move tool untuk menggerakkannya ke huruf yang lain pula. kalau nak letak dekat tempat lain, simply click Ctrl + T and adjust lah macam mana korang nak buat. Kalau dah puas hati, tekan Enter. 

Step 42


4. Ulanglah nombor 3 tadi tu sampai cukup huruf yang korang buat. 

5. Bila semua dah selesai, click kesemua layer yang ada (Ctrl + click setiap satu), kemudian groupkan mereka (Layer >>> Group Layers) atau simply Ctrl + G. nak bagi kemas je sebenarnya. 


then, jadilah akhirnya! yeah, alhamdulillah. aku pun dah mengantuk ni. banyak kerja tadi.




kalau menjadi, bagitahulah ye. kalau tak jadi, tanya saya. nanti saya try cari apa yang tak kena.

okay, adios~


post signature

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.