Flipped -Movie Review-

6:51 p.m
rumah pak cik
pening kepala

assalamualaikum and hello everyone! 



imdb rating : 7.7/10
casts : Madeline Carroll, Callan MacAuliffe


korang pernah dengar cerita ni tak? mesti mostly antara korang tak pernah kan. sebab cerita ni dah lama disiarkan. cuma aku baru nak bercerita. filem ni diterbitkan pada tahun 2010. setakat ni dah masuk 3 kali aku tengok cerita Flipped.


apa maksud Flipped tu? maksud dia macam jatuh suka dekat someone. in case kalau ada yang tak tahu or salah faham dengan tajuk filem ni. cerita dia mengisahkan tentang seorang budak perempuan kecil yang jatuh cinta pandang pertama terhadap seorang budak lelaki. oh, cerita tu berlaku pada tahun 1950-an. yep, dah lama. tapi nampak comel sangat. 




cerita dia bermula dengan kisah hati dari Juli Baker dahulu. dia punyalah minat dengan budak lelaki ni sampai sanggup buat apa sahaja demi meraih 'cinta' dari budak lelaki tu. malangnya, si Bryce tak suka dia. biasalah budak-budak, lagi-lagi budak lelaki. aku dengar orang kata, lelaki ni lambat sikit perasaan dia nak bercambah dekat seseorang. ye ke?

diorang ni berjiran. emak si Juli sangat baik dengan emak si Bryce. even diorang berjiran, diorang ada kisah masing-masing. family Juli ni biasa je. dia ada dua orang abang kembar. family dia bahagia sangat. tapi tanpa dia tahu, rupa-rupanya ayah dia menanggung beban yang sangat berat bilamana ayah dia kena menanggung juga perbelanjaan si adik lelaki yang kurang upaya. 




but the manage to live like that. however, berbeza dengan keluarga Bryce. Bryce ada seorang kakak je. kakak dia sangat baik dengan si abang kembar Juli. tapi si ayah dia pula yang selalu buat hal. suka mempersendakan orang. rupa-rupanya ayah dia ada kelemahan sendiri. sebab tu dia tak boleh tengok orang lain senang. Byrce ada atuk juga. Bryce tak pernah bersembang lama dengan atuk dia. tapi malangnya, atuk dia sangat rapat dengan Juli. and that makes him more angry towards Juli.

lama-lama, lepas satu demi satu peristiwa berlaku, Bryce jatuh hati dekat si Juli. cuma dia tak tahu caranya nak bagitahu dekat budak perempuan ni. oh, time ni diorang masing-masing dah besar sikit. adalah macam darjah enam kot rasanya. 




malangnya, si Juli pula tak suka Bryce. adudu.. nak tahu kenapa? kenalah tengok sendiri ceritanya. tapi ending dia memang sweet. Bryce buat something yang memang akan buat Juli maafkan and suka dia balik semula. 

cerita dia tak masuk Oscar tapi bagi aku, cerita ni memang menarik. sangat simple yet amazing. a story about family. a story about love. a story about courage. apa yang uniknya dalam filem ni kan, dia bagi kita dengar cerita dari dua-dua belah pihak. mula-mula Juli yang bercerita dulu pasal hati dia. lepas tu, Bryce pula bercerita pasal isi hati dia. sweet sangat ^^,

okay, itu sahaja. jangan lupa tengok ye. :)




adios~


post signature

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.