Hati Diusik Cinta -bab 1-




BAB 1

Setahun kemudian


      “Perlahanlah sikit woi, aku tak..boleh nak bertahan lagi dah ni.” Nazifah tiba-tiba berhenti, membongkok, dan memegang kedua-dua lututnya. “Agak-agaklah sikit, Azwa. Melainkan kalau kau memang bercadang nak minta tolong dari sesiapa, setakat ni je yang aku mampu pergi.”

      Bersama kasut sukan yang kupakai, aku berdiri beberapa meter dari kawanku dan berlari-lari anak di sekeliling kawasan tersebut. Nafas Nazifah menjadi lebih berat buat seketika dan aku terdiam menunggu dirinya untuk merehatkan diri.

      “Aku dah cakap dah, panaskan badan dulu, kau degil. Tak nak dengar,” bebelku, memerhatikan Nazifah yang meneguk air masak dari botol air yang dibawanya.

      “Aku tak sangka pula boleh panas sampai macam ni sekali.” Nazifah memandang langit bersama kening yang bertaut. “Matahari terik macam ni boleh bunuh aku tahu tak.”

      Kaki kuhentikan dan aku melabuhkan kedua-dua belah tanganku di pinggang. “Hey, sekurang-kurangnya dekat kampung ni ada seorang dua doktor yang hot tahu tak, kot-kot lah kalau kau pengsan kat sini sebab panas sangat kan.” Aku menggosok-gosok ibu jari dan jari telunjukku di dagu. “Hmmm, doktor yang seksi. Bila fikir balik, kita kena lari lagi jauh ni.”

      Nazifah mencerunkan matanya dan bersama dengusan kuat, dia merebahkan tubuhnya di atas rumput yang menghijau di sebelah jalan.

      “Gurau jelah!” Aku mengangkat tangan, mempertahankan diriku.

      Nazifah sudah lelah, wajahnya sudah berubah menjadi merah dan diliputi dengan peluh yang merenek jatuh. Aku tidak pernah merasa lebih bagus dari sekarang. Walaupun aku dan Nazifah akrab, kami selalu bertentangan pendapat.

      Selepas menyisip sedikit air masakku, melembapkan tekak yang sudah kering, aku sudah bersedia untuk bergerak sekali lagi. “Cepatlah,” gesaku. “Kita patah balik.”

      Nazifah kelihatan lega, membuka sebelah matanya. “Alhamdulillah, syukur.” Dia memegang lututnya untuk menarik dirinya supaya duduk dengan sempurna. “Aku tak boleh bayangkan macam mana kau boleh buat benda ni setiap hari.” Bicara Nazifah. Dia sudah terlalu penat dan tidak berdaya.

      “Lama-lama nanti kau biasalah.” Aku mencapai tangannya dan menariknya untuk berdiri di atas kakinya sendiri. Dia pasti tidak akan biasa dengannya, kami berdua sudah tahu akan hal itu, tetapi aku tetap juga mahu memaksanya.

      “Yeah, pasal tu, aku tak rasa yang benda ni sesuai untuk akulah.” Dia mengelap dahinya menggunakan belakang tangan dan menekan hidungnya kuat untuk mengumpulkan segala peluh yang terhasil di situ. Bersama keluhan lemah, Nazifah mendongakkan kepala dan menatap matahari pagi yang terik. “Aku lebih suka pergi ke gim. Ada air cond bagai, kau pun tahu kan.”

      “Habis tu kau nak suruh aku lari sorang-sorang lah ni?” Aku berpura-pura mencebik ketika kami mula berjalan pulang ke rumahku.

      “Mesti kau menyampahkan sebenarnya bila aku dah terpaksa perlahankan kau. Lagipun, aku nampak pelik gila dengan seluar warna merah ni bila berdiri sebelah kau. Ha tengoklah perut kau tu.” Nazifah mendekatkan dirinya, tergelak kecil dan menepuk kuat abdomenku. “Aku cemburu tau!”

      “Kau cemburu!” Aku menyambung perjalananku tetapi kuangkat kening, ternganga memandangnya. “Kau tahu tak apa yang sanggup aku buat semata-mata nak dapatkan body macam kau ni?”

      Sesungguhnya aku tidak menipu. Aku mungkin berkulit mulus dan badanku tegap disebabkan oleh aku rajin bersenam dan juga hasil dari genetikku sendiri, tetapi berdiri sahaja di sebelahnya, aku seolah-olah seperti seorang remaja perempuan yang baru hendak membesar. Nazifah mempunyai tubuh badan seorang wanita dewasa dan dia sememangnya pandai menggunakan kelebihan yang dia ada. Perempuan yang berdiri empat inci lebih tinggi dariku ini menjadi igauan para lelaki. Jauh di sudut hati, dia juga tahu akan hal tersebut.

      “Apalah yang aku nak buat entah? Aku baru je makan sikit roti dengan kek yang aku beli dekat kedai tempoh hari buat pertama kalinya dan boom, lima kilo naik.” Dia mengeluh. “Aku tak kisah pun sebenarnya sampailah ‘kau tahu siapa’ tiba-tiba je datang balik dekat bandar ni.”

      “Yalah sangat, mesti terukkan bila naik sikit berat badan kau tu. Entah-entah peminat kau makin ramai agaknya kan.” Aku tergelak kecil, cuba untuk meyakinkan dirinya.

      Tetapi masih, limo kilogram? Aku tak nampak pun. Merepek sahaja Nazifah ini. Sebenarnya kebimbangannya itu tiada kaitan langsung dengan berat badannya, tetapi lebih kepada cinta-dalam-diamnya, Rizal.

      Aku menawarkan sebuah senyuman sebagai tanda sokongan dan sambung berjalan dengan lebih pantas, syukurlah dia turut berjalan laju juga. Padang rumput di sebelah kami berakhir di mana garisan hutan sudah pun bermula. Dedaunan yang tebal dan dahan yang dipenuhi oleh pokok-pokok yang tinggi meredupkan pemandangan di situ, tetapi kehangatan masih lagi terasa di belakang tubuhku. Mengalir setiap titisan peluh di bahagian badan yang terdedah.

      Sejujurnya, aku sangat sukakannya. Sensasi yang kurasakan setiap kali perutku mengetat ketika kakiku menghentak jalan yang kasar ini sangat luar biasa. Aku mampu hilang dalam keasyikan bersama melodi indah alam semulajadi yang bernyanyi riang di cuping telingaku. Hariku tidak akan pernah sama jika aku tidak mengamalkan larian pagiku ini.

      “Alang-alang dah sebut pasal Rizal ni, berapa lama lagi kau nak tunggu sampailah kau mulakan langkah dulu?” Aku tersenyum, menarik getah rambut yang hampir terjatuh dan mengikatnya semula.

      “Um, takkan kot sampai bila-bila.”

      “Betul-betullah? Kau dah habiskan hari-hari kau sukakan lelaki tu kot sejak dari sekolah menengah lagi. Dan sekarang dia dah datang balik. Apa lagi yang kau nak tunggu?”

      “Tahu takpe, aku dah habiskan masa aku mengharapkan orang yang tak sudi.” Nazifah memandang ke bawah, mengelap peluh di lengannya. “Walaupun dia mungkin pernah perasan aku sebelum ni, dia tetap pandang aku macam aku ni budak kecil.”

      Aku tersenyum sumbing. “Dia dua tahun lagi tua je dari kau babe. Kau ingat umur ni ada bawa makna lagi ke sekarang? Korang berdua dah besarlah.” Aku tersengih padanya ketika aku mengugutnya sekali lagi. “Kau bukan budak kecil lagi. Kau kena pergi bercakap dengan dia, mulakan langkah sebelum orang rampas dia dari kau.”

      Nazifah ketawa, dan sebuah senyuman lembut menghiasi wajahnya ketika dia mula menganalisa kata-kataku.

      Kini dengan Rizal yang sudah kembali ke bandar, aku dapat merasakan kawan baikku yang serba yakin ini akan berubah semula menjadi manusia yang paling penakut setiap kali lelaki itu berada dekat dengannya. Pelik pula kadang-kadang bila melihat lidahnya yang tajam itu mampu terdiam seribu bahasa dan kaku setiap kali ada Rizal di situ. Kami berjalan tanpa suara buat beberapa ketika sebelum aku resah melihatkan Nazifah yang sudah tidak mahu bercakap. Aku sudah lama tidak berjumpa dengan Rizal semenjak dia berpindah beberapa tahun yang lalu, tetapi sudah banyak cerita yang kudengar mengenai kepulangannya secara tiba-tiba itu.

      “Aku dengar yang restoran tu buka minggu depan. Rizal jemput aku datang ke majlis perasmian restoran dia nanti.”

      “Aku tak percaya pula yang dia sanggup beli tempat lama tu.” Nazifah meneguk sekali lagi air masaknya dari botol air. “Tempat tu dah macam sampah aku tengok. Sedangkan nenek dengan atuk aku pun tak sanggup nak makan kat sana dulu.”

      Aku mengangkat bahu. “Aku sebenarnya teruja juga nak tengok apa yang dia rancangkan tu. Bangunan tu cantik apa, dan aku dengar dia dah ubah suai ruang dalam kedai tu dan ditambahkan sekali dengan kafe.”

      Nazifah menyambung perjalanannya, riak wajahnya sudah berubah. Kenapa dia tidak berasa gembira langsung? Selama ini dialah yang memaksa diriku untuk ke mana-mana kafe semata-mata untuk melepak sahaja sepanjang masa.

      Aku melompat di hadapannya. “Hello!” Dia berundur ke belakang, memaksa bibirnya untuk menyembunyikan senyuman yang mula terukir di wajah. “Kafe yang real kot! Macam Starbucks.” Aku menjerit.

      Dia menggelengkan kepalanya melihatkan kelakuanku dan berjalan di sebelahku.

      “Kau tahu kan mesti best punya. Kita boleh melepak sambil minum kopi. Lagipun, akhirnya ada juga tempat yang sedap untuk kita menjamu selera dekat bandar ni,” aku menambah dan melihat riak wajahnya yang mula bercahaya.

      Ketika kami mula melalui simpang kedua yang kurang daripada beberapa meter sahaja dari rumahku, sebuah trak besar melepasi dan membunyikan honnya, kuat. Nazifah menarik lenganku dan melompat jauh dari kawasan jalan raya itu. Nasib baiklah kami berdua jatuh di atas padang rumput.

      Merenung di antara satu sama lain dan kemudiannya pada trak tersebut dengan rasa tidak percaya, aku menjatuhkan semula tubuhku, tercungap-cungap.

      Nazifah berdiri, membersihkan daun rumput tersebut dari seluar ungunya, sambil menjerit beberapa ayat-ayat yang tidak sedap didengar. Tetapi pengalaman hampir mati ini membuatkan darahku mengempam dengan lebih pantas dan gegendang telingaku disumbatkan dengan sumpah seranah kawanku itu.

      “Bodoh!” Nazifah menengking, tangannya juga diangkat-angkat, geram. “Dumb son of a ugh! Hampir-hampir je kita mati kena langgar tahu tak!” Dia memandang semula ke arahku, berang.
post signature

2 comments :

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes