Inai Macam-Macam Warna

4:34 p.m
office
event di KDC
assalamualaikum and hello everyone!
aku pinjam gambar
masa Jumaat lepas, aku follow mak cik aku ke JPA Putrajaya. ada apa dekat situ? pakcik aku bekerja di situ. mak cik aku kata PA pak cik aku tu pandai lukis inai. so, anak dia aka cousin aku teringin nak berinai. so, aku pun follow sekali masa tengahari tu.
datang je JPA, fuh. susah rupanya nak masuk. kena ada access card bagai. lepas tu sampai sesat mencari. last-last jumpa and jumpalah dengan kak Lin ni. peramah orangnya. macam-macam dia cerita. memori masa dia belajar and buat bisnes dekat U dulu. and apa dia buat sekarang.
then, lepas kitorang dah habis makan and solat semua, mulalah sesi berinai. smoothnya jari jemari dia melukis. jealous aku. kak Lin setakat tengok dekat HP dia je nak buat tu semua. memang cantik. dia kata rezeki dia makin bertambah bila dia masuk paper Berita Harian haritu. dia dapat lukis iai untuk retis. 
then, dia bercerita. sekarang ni bukannya inai warna merah je ada. warna kuning, biru, oren, semua adalah. what??? terkejut beruk aku. apa cantik sangat ke orang nak berinai macam-macam warna ni? amcam pelik je. hilang seri pengantin aku rasa.
sebab dulu aku pernah dengar, warna merah ni ada maksud dia sendiri. dia nak menaikkan nafsu si suami bila tengok jari jemari isteri dia. kalau dah berwarna warni jari pengantin perempuan, boleh tarik perhatian suami lagi ke? aku tak sure. maybe adalah kot. tapi hmm... 
ada macam-macam jenis lukisan inai. ada lukisan Arab, Pakistan, Melayu. kalau Melayu banyak bunga-bunga. tapi aku lagi suka Pakistan punya. nampak unik sikit. kalau aku kahwin, aku nak minta Kak Lin lah yang buat. 
dia kata inai yang dia buat ada resepi sendiri. dia tak bagitahu orang. kalau tak, habislah kan. tapi insya-ALLAH dia kata inai tu tahan lama. kalau untuk lukisan kat tangan tu, inai dia lain. kalau kat kuku pun, inai dia lain.
okay, tu je lah. aku saja nak berkongsi. tak ada benda nak buat. okay, adios~
post signature

Share:

4 comments

  1. Wahh.. dah semakin advance inai skrng ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Bergantung pada si SUAMI kot.. Kalau si suami suka biru..mungkin DESIRE lebih pada inai BIRU..ahha

    ReplyDelete
  3. Ada nampak dekat FB..inai watna kuning ada..huhu..memang advance kan?

    ReplyDelete
  4. hahahahaa.. dah macam badut plak kalau colourful sangat... :p

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.