Kaya Tapi Humble

9:23 p.m
rumah pak cik
baru nak dinner. 

assalamualaikum and hello lads! ha, sebelum aku melangkah dengan lebih jauh. jom kita ramai-ramai berpuasa esok ye bagi yang beragama Islam and yang berkemampuan. ^^


ha, sebenarnya aku sedikit anti dengan orang kaya ni. aku rasa dalam kepala otak aku dah mind set yang orang kaya ni mesti berlagak. mesti bongkak. mesti tak ramai anak. maklumlah, asyik fikir pasal bisnes. and aku pun, mesti jahil gila. tapi itu semua dulu.

masa aku masuk MRSM, aku ada seorang cikgu Prinsip Akaun ni. dia baik sangat. memang nampak sifat keibuan dia. lama dia mengajar kami. rupa-rupanya dapat tahu yang dia tu Datin. sungguh aku tak sangka. sebab tu lah dia rajin belanja kitorang, kitorang nak fly pun dia boleh bagi tapi dekat-dekat je. teehee..


and paling tak dijangka, dia ada 9 orang anak. wahhh...tak sangka aku. memang berubah terus perception aku. memang cikgu aku ni humble sangat. aku ni ada masalah kesihatan sikit. kalau aku minta tolong, dia tak keberatan pun nak buat. 

then, masa masuk Uniten. aku jumpa lagi sorang kawan. dia pun rajin sangat belanja. kadang-kadang KFC 1 bucket tu dia bagi free. serba salah kadang-kadang. tapi dia memang suka. dia tak kedekut. bila aku tanya je best friend dia, rupanya kawan tu kaya gila. rumah besar sangat. adik beradik ramai. tapi rajin menderma. rajin tolong orang yang susah. 


terharu sungguh aku tengok orang kaya macam ni. diorang tak pandang rendah dekat orang yang tak berkemampuan. maybe orang macam ni, diorang pernah rasa hidup susah. 

macam ayah aku kata. korang ni dari kecil sampai ke besar dah hidup senang. nanti bila satu hari hidup susah, mesti korang tak boleh nak hidup. asyik merungut je kerja. aku terasa juga kadang-kadang. 

tapi betul ayah aku cakap. orang dulu diajar erti susah. erti cari duit sendiri. erti berdikari. sekarang ni, tengoklah. budak 5 tahun pun ada Ipad. aku pun tak ada Ipad dik oi... 

okay, tu je lah. saja nak berkongsi cerita. korang pun mesti ada kawan macam ni juga kan. aku salute dengan orang macam ni. lagi-lagi kalau keluarga tu tak pernah tinggal solat, rajin berjemaah, pergi surau dengar tazkirah. 


okay, adios~



post signature

Share:

2 comments

  1. Yup, tak semua orang kaya itu belagak :) Love your entry btw :D

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.