My Life As A Student -Intern- Part 1

9:38 a.m
office
nothing to do.

assalamualaikum and hello lads! 

sebelum ni aku dah bercerita pasal kehidupan aku dekat MRSM kan. sekarang ni aku nak bercerita pasal kisah aku sebagai seorang budak praktikal pula. life sebagai seorang student di Universiti, itu aku hold dulu ye. 

aku bercerita masa sebelum aku dapat tawaran praktikal dulu ye. masa tu dah lewat sangat. aku masih belum dapat apa-apa tawaran. sebab apa, aku leka. aku malas nak apply. ha, lepas tu tengok apa jadi dengan aku.


nasib baiklah pak cik aku ada. aku kerja dengan dia sekejap. dalam masa tu, aku apply lagi dekat semua tempat yang aku jumpa. dalam seminggu lepas tu, betul-betul aku dah give up nak mencari, then satu company call aku.

alhamdulillah syukur sangat. aku ingat lagi masa tu. hari tu jatuh pada hari Jumaat. dalam bas. otw nak balik rumah. dengan adik aku. then, dia cakap dia terima application aku. dia tanya nak start bila. aku straight away cakap nak hari Isnin juga. punya terkejut dia. punya terdesak sangat aku. x dengar lagi dekat mana semua.

dah terima tu. dia bagilah segala details. tempat kerja aku dekat Cyberjaya. aku bekerja sebagai technician. elaun aku berapa. attire aku macam mana. start kerja pukul berapa.

cuba cari mana tempat kerja aku. haha
 

aku dah risau. aduh, aku dah terima. tapi macam mana aku nak pergi ke sana? aku tak ada transport. aku bawa kereta ni penakut sikit. lagi-lagi kalau berselisih dengan lori. itu satu. satu lagi nak tinggal dekat mana. takkan nak duduk rumah sewa sorang-sorang. umi aku dah susah hati. 

lepas tu teringat mak cik aku yang duduk dekat sungai merab. kebetulan, dia cakap dia memang baru transfer kerja di Cyberjaya. Alhamdulillah, teraturnya perancangan ALLAH. mungkin ALLAH mendengar doa umi aku. terima kasih umi. terima kasih ayah :) 




first day di tempat kerja. 

aku pakai formal je. kemeja dan seluar slack. aku dah lama tak pakai seluar slack, so terpaksalah beli baru. sampai tu aku call boss aku. nama dia Puan Arfa. aku tengok nama macam garang je. hehe. tanya dia dekat mana office. oh, rupanya dekat basement je. masuk tu, Puan Arfa yang sambut.

ini bukan aku okay.

dalam hati dah gelabah, macam mana nak kerja ni. aku tak ada pengalaman banyak mana pun. kerja dengan pak cik sendiri mana ada formal-formal sangat. aku datang bawa diri je. then, aku diperkenalkan dengan semua orang dalam satu meeting. mostly lelaki je. biasalah kerja macam ni. 

ada dua orang kakak dekat dalam office ni. diorang tu housekeeping supervisor. adik-beradik. baik sangat. suka bersembang. mesra. boss aku pun sama. gila-gila orangnya. syukur sangat-sangat. aku dapat environment yang best. 


rupa-rupanya company ni menjaga semua bangunan dekat sini. apa sahaja kerosakan, kitorang akan baiki. aku bukan belajar pasal elektrikal je dekat sini. aku belajar civil, mechanical and landscape. company ni tak adalah gah macam company lain yang kawan aku dapat. tapi aku dapat banyak ilmu dari segi kemahiran dekat sini.

aku tahu macam mana nak top up gas air cond. aku tahu nak baiki paip. aku tahu apa tu AHU, ACSU, Genset berfungsi macam mana and so on. rasa macam tak payah belajar dekat UNITEN pun tak apa. sebab aku tak tahu dekat mana aku nak pakai teori selama ni. haish.

okay, dah panjang sangat cerita aku harini. nanti aku sambung balik. adios~





post signature

Share:

2 comments

  1. teringat pulak sy masa sy jadi internship student at this one oil and gas company hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. harap-harap sis punya internship dulu pun best la macam saya punya ni ye dak..

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.