Nafasku Hanya Untuk Dia S.E -bab 12-



BAB 12

“Bagus juga tu. Tak ada kerja, tak ada stress, cuma abang dengan sayang.” Ainul merapatkan wajahnya untuk mengucup bibir lelaki itu. Mirza melepaskan isterinya buat sesaat, dan malang tidak berbau, kaki Ainul tersadung. Sebelum sempat Ainul memberi amaran kepada suaminya, satu jeritan terkeluar dari mulut ketika dia cuba menarik jaket Mirza sebagai pertolongan.

      Tiada apa yang dapat membantu. Mirza turut tidak bersedia, dan akhirnya mereka berdua jatuh tergelincir di situ. Ainul tersentak ketika Mirza memaut pinggangnya. Punggungnya terasa sakit, tetapi tawa juga yang terburai di bibirnya. Mirza merenung isterinya bersama sebuah senyuman yang terukir di wajah.


      “Ooops,” Ainul mengetap bibir.

      “I don’t find anything to oops about it.” Mirza mendekatkan lagi tubuhnya dengan tubuh Ainul. Sungguh jiwanya nanar dengan keadaan mereka ketika ini. Tawa isterinya bertukar menjadi desahan. “Abang gembira sangat.” Mirza pantas mengucup dahi isterinya, lalu turun ke pipi dan akhirnya ke bibir mungil itu.

      Ainul memeluk leher suaminya. Leka jadinya gara-gara sentuhan manis dari suaminya itu. Segala-galanya di sekelilingnya menghilang. Seakan-akan hanya mereka berdua sahaja yang wujud di dunia ini.

      “Hey, no hanky-panky on the ice. Not even at New Year,” seorang lelaki menjerit. Mirza menghentikan perlakuannya, dan Ainul ternampak seorang pengawal keselamatan sedang melambai-lambai ke arah mereka.

      “Sorry,” Mirza meminta maaf, bangun dari tubuh Ainul dan membantu isterinya bangun juga. “It won’t happen again.

      Ainul terasa pipinya sudah berubah warna. Beberapa pasangan tersenyum ke arah mereka. “Tak sangka pula boleh jadi macam ni.” Ainul membenamkan wajahnya di sebalik jaket yang dipakai oleh Mirza. Tangan lelaki itu memeluk tubuhnya erat, cuba membantu mengimbangkan tubuhnya.

      “Kita ni dah macam budak-budak pula kan.” Mirza tergelak kecil.

      Ainul memukul perlahan dada suaminya kemudian membiarkan sahaja lelaki itu membawanya ke sekeliling gelanggang ais tersebut.
  
      Mirza membawa isterinya berpusing-pusing di situ beberapa kali. Setiap kali dia cuba melepaskan isterinya untuk bergerak sendiri, pasti isterinya itu akan jatuh mencecah ais. Dia tahu mereka perlu datang ke sini lagi dan perbanyakkan latihan agar Ainul dapat meluncur tanpa bantuan daripada sesiapa.

     Dia tidak sabar hendak mengajar isterinya. Momen yang mereka kongsi bersama seperti ini sudah lama tidak dirasai olehnya. Apabila mereka mempunyai satu jam sahaja tinggal sebelum mereka mengambil anak-anak, Mirza membantu isterinya keluar dari gelanggang itu. Dia berlutut di hadapan Ainul untuk membuka kasut yang dipakai oleh wanita itu dan kemudiannya menyarungkan kasut asal tadi ke kaki Ainul.

      “Ainul boleh buatlah,” ujar Ainul, perlahan. Terdapat senyuman di wajahnya. Mirza tahu isterinya sukakan perhatian seperti ini.

      “Abang tahu. Abang cuma tak nak sayang sakitkan diri sayang lagi. Macam mana punggung sayang? Nak abang urut tak bila kita balik rumah nanti?”

      “Boleh juga. Rasanya satu badan sayang dah terasa sengal. Boleh tak abang urut semua?”

      “It would be my pleasure.” Mirza berdiri dan mencium pipi isterinya.

      Sejurus selepas dia membuka kasutnya pula, Mirza membawa isterinya ke ke gerai burger dan coklat panas. Dia sangat suka jika isterinya makan tanpa risau akan perkara lain. Mereka mengambil makanan masing-masing dan melabuhkan punggung di kerusi yang telah disediakan berdekatan dengan gelanggang tadi. Sejuk sungguh hari itu, dan punggungnya terasa beku, tetapi dia tidak peduli. Ainul kelihatan sangat gembira.

      Mirza menyisip coklat panasnya dan merasakan minuman itu terlalu manis. Dia mendesis lalu meletakkan minuman tersebut di atas meja.

      “Kenapa?” tanya Ainul.

      “Sayang dah selalu sangat manjakan abang selama ni. Coklat panas sayang lagi sedap daripada yang orang ni buat.”

      Ainul ketawa lalu dia menyisip coklat panasnya pula. “Ainul punya perfect je.”

      “Perfect sebab date kita ni ke?”

   “Everything is perfect because of our date. Ainul tak kisahlah minum coklat panas yang terlebih panas ke ataupun makan burger hangit. Bagi Ainul, saat macam ni, tak ada apa yang boleh merosakkan masa kita bersama.”

      “You really are an amazing woman.” Kata Mirza.

      Ainul tersenyum. Mirza mencapai tangan isterinya ketika mereka sedang menghabiskan makanan masing-masing. Mirza mempunyai masa terluang begini hanya disebabkan oleh Ainul. Dia melirik pada hiasan pokok-pokok dan imej orang salji serta Santa Claus yang berada di sepanjang kaki lima, dan dia bagaikan terasa satu perasaan yang mula bercambah di dalam hatinya. Terdapat nyanyian yang didendangkan oleh koir tempatan di jalan hadapan sana. Mereka memakai mikrofon agar suara mereka dapat didengari walaupun dari jarak jauh.

      “Abang rasa juga kan?” tanya Ainul.

      “Apa?”

      “Semangat Tahun Baru. Setiap tahun Ainul dapat rasakannya. Ainul tahu abang pun sama. Abang selalu hias rumah kita dan take part sekali, tapi abang tak pernah rasa sebelum ni. Inilah dia, bang. Abang gembira.”

      Mirza menggenggam erat tangan Ainul. Dia tersenyum, akhirnya dapat merasakan sesuatu pada tahun ini. “Sayanglah yang buat abang rasa sesuatu. Bukannya sebab Tahun Baru punya hiasan ataupun muzik. Ada dekat sini dengan sayang yang berjaya membuka hati dan fikiran abang balik.”

      “You’re a charmer.

      “I’m a man in love.

      Naik merah jadinya wajah Ainul.

      “Jomlah. Kita nak kena ambil anak-anak ni. Nampaknya salji nak turun balik kejap lagi kan.” Mirza mengambil cawan mereka dan dihantar semula ke gerai tadi dan berterima kasih kepada mereka. Beberapa pasangan berselisih dengan mereka berdua, tetapi pandangan Mirza hanya tertumpu pada isterinya seorang. Wajah manis yang dihiasi dengan selendang berwarna biru. Di sebalik selendang itu tersembunyi rambut lurus yang menawan. Mirza sangat suka mengisi masanya dengan membelai rambut milik isterinya itu. Ainul berpaling kepadanya lalu menghulurkan tangan untuk dia capai.

      Mirza memegang tangan itu, berjalan di sebelah Ainul di sepanjang jalan yang sibuk. Terlalu banyak yang dia cinta tentang isterinya ini, sehinggakan dia tidak sanggup memikirkan untuk hidup di dunia ini tanpa kehadiran Ainul di sampingnya. Dia telah membuat satu kesilapan, dan kini tiba masanya untuk dia membaiki semula. Mereka mengambil anak-anak mereka dan membawa mereka pulang untuk menyiapkan kerja sekolah. Sementara Ainul masak untuk makan malam, Mirza bersantai bersama dengan anak-anak mereka.

      Apabila mereka semua sudah berkumpul di meja makan, Mirza tidak percaya bahawa betapa rindunya dia dengan semua ini selama bertahun lamanya. Anak-anakanya semakin membesar, dan dia merupakan sebahagian daripada keluarga itu. Selama dua belas tahun, bagaimana dia boleh terlepas ini semua?

      Air mata mula bergenang di tubir mata ketika dia memerhatikan setiap ahli keluarganya. Dia menjamu nasi goreng yang dimasak oleh si isteri sambil tertanya-tanya akan apa yang telah dibuat selama ini selama dia hidup. Dia merupakan seorang ayah yang baik, tetapi adakah itu mencukupi? Menggelengkan kepala, Mirza meminta diri dari meja itu.

      Mirza tidak melihat pun ke mana dia membawa diri sehinggalah dia tiba di taman belakang rumahnya. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. Terdapat beberapa titisan salji yang mula jatuh ke bumi. Air mata yang dari tadi disimpan akhirnya mengalir juga ke pipi. Esakan perlahan semakin kedengaran.

      Bagaimanalah dia mampu menjalani kehidupan sehingga terlupa dengan keluarganya sendiri? Dia mula terasa bagaikan hidup semula selepas bangun dari lena yang panjang.

____________________

      Ainul memerhatikan Mirza yang menghilang di sebalik ruang makan itu. Humaira cuma merenung ke arahnya bersama dengan dua anak lagi yang lain.

      “Boleh tak kamu tengok-tengokkan adik kamu ni, sayang? Ibu nak pergi tengok ayah kamu sekejap.” Ainul mencium kepala Humaira ketika dia bergerak keluar. Dia mengikut sahaja laluan sehinggalah terjumpa Mirza yang sedang berdiri tegak di penjuru halaman rumah.

      Dia berjalan ke arah suaminya dan berhenti ketika melihat suaminya yang sedang menangis. “Abang? Kenapa ni?” tanya Ainul, mula berasa risau. Mereka telah melalui hari yang sangat indah. Mereka sudah melalui minggu yang sangat gembira. Dia tidak faham kenapa Mirza ingin menangis.

      “Abang dah gagal.”

      Kata-kata itu tidak pernah terjangka langsung dek Ainul. “Macam mana pula abang boleh cakap macam tu? Abang kan usahawan yang berjaya. Abang dihormati oleh semua klien dan rakan sekerja abang. Abang boleh buat apa je. Kenapa abang boleh gagal pula?”

      “Abang dah habiskan selama dua belas tahun ni tanpa buat apa-apa.”

      Ainul mengerutkan dahi. “Ainul tak faham.”

      “I’ve been living life, Ainul, but not actually living it.

      “Sekali lagi, Ainul tak faham apa maksud abang sebenarnya. How have you not been living life?





post signature

2 comments :

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes