Ramaiya Vastavaiya -Movie Review-

8:50 p.m
rumah pak cik
layan Hindustan

assalamualaikum and hello lads! pernah dengar tak sama ini cerita? 


first time aku dengar, aku ingatkan cerita Tamil. serious, tajuk dia aku tak boleh nak faham. eceh. tengok pelakon lagilah aku tak kenal. tapi sebab Prabhudeva punya pasal, aku donlod juga cerita ni. 

siapa Prabhudeva ni? alah, kalau korang minat cerita Tamil (aku tak berapa minat tapi aku kenal dia), mesti korang kenal punya. sebab dia sangat famous. and sekarang dia jadi director as well as actor. sebagai guest appearance je kadang-kadang.

okay, back to the story. bila aku dah habis layan tu, aku kagum jugalah dengan kisah dia. a bit different. kisah macam Frozen??? pasal adik-beradik. kasih sayang seorang abang sangat tinggi terhadap adik perempuan dia. hebatlah. bila tengok, rasa macam nak ada abang juga. haha

cerita dia macam ni. SPOILER ALERT!


ada seorang budak lelaki yang kehilangan emak dia gara-gara bapa dia yang curang. masa mak dia mati, dia tak ada tempat berteduh. dia terpaksa menjaga adik dia yang masih baby tu sorang-sorang. nasib baiklah ada pak cik train ni yang baik. 

dari kecil sampailah cerita dia berakhir ke peringkat dewasa. si abang ni sanggup buat apa je untuk adik dia. satu hari adik dia nak pergi jawab exam, ada mamat-mamat poyo dan tak handsome kacau. dia pun apalagi naik train tu, and then belasah habis-habisan. padan muka.

oh, masa si adik ni sekolah rendah dulu, dia ada berkawan dengan sorang budak perempuan yang lain. baik budak tu. selalu bagi dia and si abang ni coklat. sampailah ke besar. dia tak lupa nak bagi. 

and then, si kawan ni nak berkahwin. dia pun ajaklah datang awal ke rumah dia. si abang ni berat hati nak bagi adik dia pergi jauh. sebab selama ni diorang jarang berjauhan. tapi sebab si adik yang lagi satu punya pasal, dia bagi kelonggaran.

 

ha, dekat rumah si kawannya ni lah, dia terjumpa dengan si jejaka terhangat di pasaran tu. lelaki ni memang gila-gila. serious. mula-mula lelaki tu sekadar mengusik dia. lama-lama jatuh hati. and then bercinta.

tapi malangnya, si emak lelaki tu tak suka. dia nak yang sama taraf je. duh, cerita sama.

apa yang membezakan cerita ni dengan cerita lain? cerita ni lain sebab lelaki tu sanggup datang ke kampung perempuan tu and buat apa sahaja yang perempuan tu buat juga. makan nasi berempah hari-hari (pedas mak oi), tidur atas lantai (lelaki tu tidur dekat kandang lembu), bercucuk tanam and macam-macam lagi.

cerita ni lain juga sebab nampak sangat protective si abang ni terhadap adik dia. dia sanggup berdiam diri bila diorang dituduh macam-macam. dia sanggup pergi dari rumah orang kaya tu sebab tak nak adik dia menangis lagi, merana.

apalagi, mengamuklah bila si abang ni terjumpa dengan si mamat yang dah jatuh hati dekat adik dia. mula-mula si abang tak nak terima. dah mak lelaki tu kutuk macam-macam, siapa tak terasa kan. hampir-hampir nak dibunuh lelaki tu.

lama-lama, bila tengok betapa gigihnya si lelaki dalam membuktikan cinta dia, si abang pun terima. 

tapi kan, first scene, abang dia sebenarnya masuk penjara. ha, kenapa pula? itu kena tengok sendiri. ngee..

okay, tu je. adios~


post signature

Share:

6 comments

  1. tak pernah tengok muka pelakon ni sebab tak minat Tamil. xD Layan Hindustan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. takpe. boleh layan movie ni. ni cerita Hindi. bukan cerita Tamil. :P

      Delete
  2. Hahaha..alamak..kne download ke..astro takde ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa... tu saya tak sure. saya xde astro. hehe..

      Delete
  3. dah tengok trailer movie ni.. macam menarik..
    okey, donlod nanti.... :)

    ReplyDelete
  4. err.. lupa nak taip, hero tu cute handsome.. rambut krinting2.. hehehehee..

    ok tu je..bye.. :p

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.