Sekali Gigi Diberus, Berjuta Bakteria Hinggap

4:15 p.m
rumah pak cik
mengantuk

assalamualaikum and hello lads! sebelum ni aku ada bagi tips pembersihan yang lain kan? ha, kali ni aku buat part two pula. mana tahu yang ni pun korang boleh apply juga. maklumlah, nak raya nanti. tak pun, ada majlis keraian besar-besaran ke.

okay, tanpa membuang masa. lets!


1. Tingkap Kotor dan Cuka

tingkap mestiiiiiii selalu kotor kan. aku sangat tension kalau tingkap rumah kotor. kadang-kadang bila dah cuci pun kotor juga. adeh. kali ni aku bagi cara lain untuk bersihkan tingkap rumah korang dengan senang.

bahannya cuma :

- cuka (untuk makan tu pun boleh)
- sabun basuh pinggan (liquid)
- air paip/air masak/air hujan
- surat khabar
- kain lap

cuka, sabun basuh pinggan and air tu, korang campurkan kesemuanya dan isikan ke dalam bekas spray. then, basuhlah tingkap korang tu. dah habis spray, pakai kain lap. tapi sebenarnya kan, habis je lap pakai kain, terus pakai SURAT KHABAR. it's a game changer, kawan-kawan. betul.

kakak senior aku kerja housekeeping. dia yang tunjuk ajar dekat aku cara mudah membersihkan rumah or bangunan besar. surat khabar memang sangat membantu. 



2. Kepala shower dan Cuka

again, cuka sebenarnya banyak kegunaan kan rupa-rupanya. bila dah duduk rumah, otak kenalah kreatif sikit. takkan nak beli banyak produk kebersihan kan. 

kalini korang sekadar pakai cuka je. nothing else. 

isikan distilled white vinegar ke dalam satu plastik, then ikatkan dekat kepala shower seperti gambar di bawah. tunggu selama 1 jam. lepas tu just basuh dan lap kepala shower tersebut. done!

55 Must-Read Cleaning Tips & Tricks


3. Berus Gigi dan Cuka

how to clean a toothbrush naturallykorang tahu tak, sebenarnya sekali je korang berus gigi tu (maknanya baru sekali pakai), dah berjuta bakteria ada dekat berus tu. eww.. lagi-lagi kalau ada orang sesuka hati pakai berus gigi kita. aku cukup pantang betul orang lain pakai sekali. 

untuk mengelakkan daripada bakteria tu semakin bertambah, aku bagi korang tips ni okay. :)

bahannya adalah terdiri daripada berus gigi, gelas dan cuka.

isikan white vinegar tu ke dalam cawan dan masukkan berus gigi korang.

then, tunggu selama 15-30 minit. siap. 



4. Marker Pen dan Ubat Gigi

tadi aku bagi tips untuk berus gigi, this time kita pakai ubat gigi pula. haha.

pernah tak korang nampak permanent marker terconteng di mana-mana? mesti adakan. rasa macam nak tampar-tampar je orang yang buat tu. hahaha.


meh, kita sama-sama cuba tips ni. 

letakkan sedikit ubat gigi dekat tempat tu dan gosoklah bagai nak gila sampai kesan tu hilang. aku rasa ada cara lain juga. nanti aku bagi tips okay.


tu je kot. mengantuk sangat dah ni. malam ni kalau sempat, aku nak post pasal e-novel aku pula.

okay, adios~



post signature

Share:

4 comments

  1. tak sangka ea cuka ni boleh buat agen pencuci,hehe. boleh try lepas ni nih,thanks for sharing :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. banyak je benda yang boleh diguna pakai kan. ^^

      Delete
  2. Thanks ya tips-tipsnya, especially yang no:4 haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. :)

      nanti saya try cari tips no 4 tu yang lebih specific okay. ^^

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.