Cuci Seterika dengan Garam?

10:34 p.m
rumah pak cik
sakit. sobs

assalamualaikum and hello lads! masing-masing ada rumah kan. bila dah ada rumah ni, mestilah nak pastikan kebersihan sentiasa terjaga. sebab tulah macam-macam benda kita guna semata-mata nak pastikan rumah kita nampak cantik selalu.

tapi masalahnya dengan kita ni, benda yang nampak macam dah tak boleh pakai je, kita p buang. adoi, ada certain benda yang kita buang tu boleh pakai lagi sebenarnya.

so, kat sini aku nak bagi tricks sikit apa yang perlu korang buat. kalau rajin, ikutlah. jimat pun jimat duit. ^^,

1. span kotor

kadang-kadang boleh jadi geli bila tengok span basuh pinggan tu kan. ke aku sorang je yang rasa macam tu? aku tengok span tu macam ada banyak sangat bakteria yang membiak dan menetap dekat situ. mana taknya, segala pinggan, mangkuk, kuali yang susah nak basuh tu pun kita pakai span yang sama.

tapi daripada buang, apa kata korang cuba buat macam ni. panaskan span tu dalam microwave selama 2 minit dan BAM! 99% daripada germs tu akan mati.


2. "GUNK" pada pintu kabinet

apa benda gunk tu? ha, ini dia. 

kitchen gunk remover

lagi-lagi nak dekat raya nanti, lagilah beria nak membersihkan semua kotoran tu kan. tapi gunk ni memang menyusahkan kadang-kadang. penat menonyoh tapi tak ada apa-apa perubahan pun. 
salah satu cara yang berkesan untuk hilangkan gunk pada pintu kabinet hanya menggunakan dua bahan yang mudah sahaja. apa dia?

- minyak sayuran
- baking soda

nak pakai berapa banyak tu? ikutlah. kalau minyak sayuran pakai sikit, baking soda tu double kan. 

kitchen gunk remover

tapi sebelum bersihkan tu, jangan lupa letak surat khabar dekat bawah tau. takut lantai jadi kotor. 

3. Loyang Kek

siapa rajin buat kek dekat sini? mesti ada loyang yang kotor kan. kalau bersih pun, mesti ada kesan calar dekat loyang tu. mana taknya, asyik duk memberus je.
ini pun guna dua bahan sahaja. 

- Baking Soda
- Hydrogen Peroxide


tapi proses ni mengambil masa sikit. kalau korang sabar menunggu, tunggulah. sempat je nak layan cerita Korea ke Mexico ke alang-alang kan. tapi insya-ALLAH, yang ni tak perlukan scrubbing pun. masa buat eksperimen tu, adalah dalam dua jam menunggu. 



4. Kipas Berhabuk dan Kotor

kalau dekat rumah tu ada sarung bantal yang kotor, sebelum dibuang tu, apa kata kita apply dekat bilah kipas yang kotor tu. senang. kalau nak pakai penyapu, bukannya berkesan sangat pun. buat habuk tu merata pergi lagi ada kan.

Pillowcase as Ceiling Fan Duster

5. Seterika dan Garam

ha, seriously? garam??!! yep, insya-ALLAH benda ni berkesan.

1. taburkan garam dekat atas iron board.
2. make sure steam option di setkan OFF.
3. Masa iron dah panas, ironlah garam tersebut. 

apa yang terjadi? kotoran tu akan melekat pada garam dan membuatkan iron bertambah menarik dan berkilat. bagus kalau dapat buat benda ni selalu untuk mengelakkan kotoran daripada cair dan melekat dekat baju korang pula.

55 Must-Read Cleaning Tips & Tricks

6. Squeegee dan bulu binatang

apa benda squeegee tu? ha, ini dia.


ala, yang buat basuh tingkap tu. sebenarnya, fungsi dia bukan untuk tu je. tapi ada kegunaan yang lain juga. 

benda paling serabut selalu aku tengok ialah karpet. lagi-lagi kalau ada binatang. ALLAH, bulu dia melekat habis dekat karpet kita. pastu nak pakai vacuum pun susah juga. ada je yang tertinggal. 
ha, apa kata try pakai squeegee ni. 


7. Stove Burner dan Ammonia

dekat dapur tu, stove burner mesti jadi buruk kan. ada kesan minyak bagai. puas menggosok, tapi sikit je yang hilang. ha, apa kata try cara ni pula. korang pernah dengar ammonia tak? ingat lagi basic ammonia?

ambil lebih kurang 1/4 cawan ammonia dan masukkan ke dalam beg kedap udara bersama dengan stove burner tadi. sikit je ammonia yang kita nak pakai. kita bukan nak rendam stove burner tu. kita cuma nak fume dia je. ammonia fumes lah yang menghilangkan segala kotoran degil tu sebenarnya.

tinggalkan bekas tersebut dekat luar or mana-mana je yang jauh dari kanak-kanak seharian. bila dah cukup sehari, ambil dan lap dengan span. insya-ALLAH ia akan berkesan. ammonia ni bahaya. so aku sarankan pakai gloves ye. 


8. Kesan Calar pada Kayu

aduhai, benci sungguh kalau meja kayu kita yang lawa-lawa hancur dek kesan calar kan. ha, aku bagi satu tips dekat korang semua. simple je. bahan yang korang perlukan cuma :

- 1/2 cawan cuka
- 1/2 minyak zaitun/ olive oil

campurkan kedua-duanya dan gosoklah meja tersebut menggunakan kain apa-apa yang korang nak pakai. dan tengoklah hasilnya!

DIY fix wood scratches


9. Grill barbeku non-stick

kalau bakar apa-apa je dekat tempat barbeku tu, mesti melekat kan. bila dah tarik, adalah yang tertinggal dekat situ sisanya. apa kata cuba try test cara ni. haa.... 
ambillah besar mana bawang besar yang korang nak and dibelah kepada dua bahagian. bahagian yang dipotong tu, korang gosokkan dekat grill yang tengah panas. 


10. Kesan air pada shower/paip

cara natural sahaja! cuba pakai lemon. gosokkan dekat tempat yang kotor tu and tara...

55 Must-Read Cleaning Tips & Tricks

okay, that's all for now. nanti aku kongsi lagi tips yang berkesan dan mudah untuk korang apply dekat rumah ye. ^^, 

adios~

post signature

Share:

6 comments

  1. tips no 3 tu nak cuba buat ar ;) thank 4 sharing

    ReplyDelete
  2. nice sharing amy

    singgah follow si cantik kt sini :) jemput ke blog ye..
    http://newhusnayusof.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay, nanti saya follow balik ^^

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.