Aku Cepat Bosan

1:52 p.m
rumah
sedang menyiapkan entri NHUD S.E yang terbaru.

assalamualaikum and hello lads!

malam semalam aku habiskan masa dengan edit blog aku lagi. haish.. I cannot help it. aku sangat cepat bosan dengan something. sebab tu aku belajar cara nak mengedit blog. kalau diikutkan, boleh je aku minta tolong siapa-siapa yang pandai edit full template blog untuk aku. 

tapi memandangkan aku akan bosan and aku akan tukar lagi, baik aku simpan je duit aku and belajar sendiri. nasib baiklah ada banyak tutorial yang mengajar macam mana nak mengedit blog. and nasib baiklah aku reti pakai CS6. 

so, aku nak buat banner ke sidebar sendiri pun tak perlu minta tolong orang lain. kawan aku kata sanggup aku habiskan seharian semata-mata nak edit blog je. yes, kalau aku dah terlalu taksub buat something, aku akan sedaya upaya habiskan. mana taknya, aku dah lah tak suka CSS bagai tu, tapi nak tak nak kena faham juga. 

sampai pukul berapa semalam aku main dengan photoshop and blog. tumblr pun aku dah ubat theme. haha. 

member aku kata lagi. kau ni bahaya lah Amy, jangan sampai kau cepat bosan dengan suami kau pula nanti.

ops, aku harap tak adalah sampai macam tu. sedangkan Hindi tu dari darjah 3 aku mampu bertahan sampai sekarang, insya-ALLAH, suami aku kekal menjadi suami aku yang tu sahaja melainkan takdir ALLAH menentukan sesuatu di sebaliknya.

okay, saja merepek. nak habiskan cerita NHUD Special Edition secepat mungkin. ada berlambak kerja aku kena buat. 


adios~



post signature

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.