Avocado Bakar Bersama Telur + Avocado Smoothie -Hidangan Sihat-

12:05 p.m
office
mencuba resepi baru

assalamualaikum and hello lads! 

siapa kat sini pernah makan avocado? aku minat sangat dengan avocado ni. cuma mahal sikit compare to buah yang kita biasa makan. tapi dah selalu sangat makan macam tu je, nak juga mencuba resepi yang menggunakan buah avocado ni kan.

ha, meh kita cuba sama-sama. ini untuk penggemar avocado and yang berani mencuba sahaja. takut tak sedap bagi certain orang karang, aku pula yang kena marah -.-

Avocado Bakar bersama Telur

Avocado Toasts with Eggs & Sriracha

Hidangan : 1-2 orang

Bahan-Bahan :

- 2 potong italian bread / french bread (dibakar)
- 1 biji buah avocado 
- 2 biji telur 
- garam dan lada hitam (secukup rasa)
- sos (mengikut kesesuaian korang.. sos Thailand, sos tomato, sos cili)


Cara-Cara :

1. Letakkan kuali di atas api yang sederhana. 
2. Pecahkan telur bersama dengan lada hitam dan garam. Masukkan ke dalam kuali. Goreng sehingga putih telur tu masak sepenuhnya tapi kuning tu sekadar separuh masak sahaja. 
3. Sementara tu, hancurkan setengah daripada buah avocado menggunakan garpu (atau apa sahaja). campurkan dengan garam. 
4. Bahagikan kepada dua avocado yang sudah hancur tadi ke atas roti yang sudah dibakar. 
5. Letakkan telur tadi ke atas roti juga (sama seperti gambar di atas) 
6. Sos sekadar  untuk bagi rasa pedas-pedas sikit. kalau tak nak pun tak apa. 
7. Sedia untuk dihidang.


Avocado Smoothies

Avocado Smoothie Recipe

Hidangan : 1-2 orang

Bahan-Bahan : 

- 1/3 avocado
- 1 cawan susu (sweetened almond)
- 1/3 ais (dihancurkan)
- kurang daripada 1/8 cawan susu pekat manis (fat-free)
- 1 sudu besar jus limau segar
- 1/3 kacang almond (yang dipotong mengikut citarasa dan dibakar)

Cara-Cara :

1. Masukkan avocado (ambil isinya sahaja), susu almond, ais, susu pekat manis dan jus limau segar tadi ke dalam blender. blend sehingga sebati.
2. Hiaskan dengan kacang almond di atasnya.
3. siap!



post signature

4 comments :

  1. Minum avacado smooties tgh2 panas sdp nieyhh......;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.. saya pernah try avocado kat wong solo. perghh. pekat gila. nak muntah pun ada -.- kena pndai wat baru rasa sedap.

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes