Belajar Sambil Dengar Lagu : Cepat Ingat

9:07 p.m
rumah
layan Hindustan lagi. sedap pula lagu ni. 


assalamualaikum and hello lads!

aku tahu, setiap orang ada cara belajar dia sendiri kan. ada certain orang tu siap bertanya lagi kat budak-budak yang genius diorang belajar macam mana. aku rasa macam tak betul dekat situ. well, maybe nak tahu cara diorang belajar macam mana tu okay. tapi kalau rasa bersesuaian dengan kita, barulah kita ikut. 

kalau rasa tak boleh, jangan dipaksa diri. orang tu tidur je tak belajar, tapi power juga. nak buat macam mana. kita pun bukan babysitter dia. mana kita tahu. kot-kot masa belajar dia concentrate sepanjang masa. or maybe dia senang ingat bila tengok gambar. or i don't know.  


aku ingat masa aku dekat MRSM dulu, aku suka belajar kalau ada lagu. well, aku akan buat something dengan pantas kalau ada lagu. contohnya macam kemas rumah (lagi-lagi kalau kemas rumah). anyways, satu hari ada seorang cikgu ni bagitahu.

dia ada buat kajian. dari pemerhatian dia.

orang yang belajar sambil dengar lagu : cepat ingat

orang yang belajar tanpa lagu : lambat ingat

wah, memang betul agaknya. tapi.....

orang yang belajar sambil dengar lagu : cepat lupa

orang yang belajar tanpa lagu : lambat lupa

and ada seorang ustaz masa aku belajar dekat UTP. dia kata kalau kita gerakkan badan pun kita senang ingat. so, gerak-gerakkanlah badan anda sepanjang masa. hahaha. tak pasal je semua orang duduk gerakkan badan masing-masing -.- . 

ha, tengok. ada pros and cons dia. and aku tak semena-mena buat kesimpulan sendiri. sebab tu lah manusia lagi cepat ingat lirik lagu berbanding ingat benda yang kita belajar dekat sekolah. bila kita menyanyi, automatically badan kita akan bergerak. aku rasa pergerakan badan tu merangsang otak kita untuk bergerak aktif. 

and maybe sebab tu lah kalau orang yang baca al-Quran sambil gerakkan badan ke depan ke belakang tu senang ingat. hmmmm... 

tapi kalau bab cepat lupa tu, aku tak boleh buat kesimpulan sendiri lagi. aku bukan doctor. dengar selawat lagi bagus. ^^, tapi sekarang ni ikut mood pula aku. asyik Hindustan je. adeh.

okay, tu je. adios~

p/s : betul ke assumption aku ni?



post signature

Share:

12 comments

  1. Betul tu amy saya pun macam tu ingat jee tapi tup tup lama sikit tu dah lupa balik but not overall

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul. kadang-kadang yang ingat tu sebab rasa interesting gila je.

      contoh macam biologi. semua benda saya dah lupa. pasal tulang je saya ingat. haha.

      Delete
  2. Hehe...klakar entri awak ni.
    Well, yes everyone got their own ways to remember things. Mase i was about to sit for my SPM in year 2000 dulu pun my friends hafal notes by putting them into lyrics. They used BSB & all other english songs, but change the lyrics. They are all very creative. I? I pinjam lah those lyrics from them.
    (Actually i ni skolah agama... SMAP Kajang).

    ReplyDelete
    Replies
    1. indeed. ^^,

      member saya pun ada ajar macam tu juga. but in different ways too. dia buat dalam bentuk gambar. surprisingly, memang saya ingat sampai sekarang.

      oh, adik saya pun sekolah situ juga. junior sis la kiranya ^^,

      Delete
  3. Jemput join GA saya http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/setulus-kasih-ibu-contest.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oic. Adik still sane ke?
      * Peserta No.13 .TQ for your kind support.

      Delete
    2. yep. dia baru masuk tahun ni ^^,

      no biggie!

      Delete
  4. haha-mmg kan..? hfl lirik lagu cpt jer ingat- aduiii ^___~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tau takpe. padahal baru sekejap dengar lagu tu.

      Delete
  5. Cantik blog ni. I like 😍😍😍

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.