Bila azan, kau bising

Bila dalam library,
bukan main lagi kau senyap.
nak bercakap pun takut. 
cakap perlahan-perlahan je dengan member.

tapi bila dalam surau, dalam masjid,
bukan main lagi kau bersembang,
macam esok nak kiamat pula sampai tak sempat nak cakap dekat tempat lain.
sendiri nak khusyuk. 
tapi orang lain punya solat, kau kacau.
kau tak menghormati diorang.

Bila lagu Negaraku berdendang,
bukan main kau berdiri tegak.
nyanyi bukan main kuat lagi.
semangat kenegaraan.
bagus.

Tapi, bila Azan yang berkumandang,
bukan main kau bising.
senyap sekejap pun tak.
macam Azan tu iklan pula.
langsung tak ada rasa hormat nak diam walaupun sekejap.
mana semangat umat Islam ni.

Antara kerja dengan solat, 
sanggup kau kejar kerja dulu.
kerja ada due date, nak buat macam mana.
tapi sibuk buat kerja, merungut.
banyaknya kerja, macam tak habis-habis.
sendiri lupa.
kalau solat pun lambat, kerja memang susah nak siap cepat.
bila dah menghadap ALLAH,
ALLAH akan tolong permudahkan semuanya.

tapi kau lupa.
lagi malu dipandang hina oleh manusia.
daripada dimurkai oleh ALLAH.
solat bukannya lama.
kita solat, nak minta tolong.
nak bersyukur dengan nikmat yang Dia dah bagi.
solat pun lambat.
susah.


post signature

Share:

1 comments

  1. hi.. saya tag awak utk liebster award.
    http://iyqa92.blogspot.com/2014/05/liebster-award-nomination.html

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.