Bila Budak-Budak Tak Kenal Walkman

12:07 p.m
rumah. 
yeah! home sweet home bebeh.
assalamualaikum and hello lads! 
disebabkan terlalu gembira sebab dah balik rumah sendiri, aku nak berkongsi satu cerita. 

ada satu masa dulu aku tengah sibuk mendengar lagu menggunakan walkman. then, aku terserempak dengan beberapa orang budak yang tengah bermain. aku pun dengan rela hatinya pergi dekat diorang. memandangkan zaman sekarang dah lama tak pakai walkman, aku teringin nak tanya. kot-kotlah diorang kenal lagi ke apa itu walkman.


bila dah kenal-kenal sikit, aku tanya. 

aku : akak nak tanya sikit. 
budak-budak : tanya banyak pun takpe.
aku : -.- 

budak-budak itu hanya tersengih.

aku : ha, korang kenal tak ni apa dia?

budak-budak terpinga-pinga. 

budak-budak : iPhone ke? 
budak A : tak. iPhone lagi lawa lah. ini buruk je. 

amboi....
aku : salah! (riak). cuba teka lagi. takkan korang tak pernah nampak kakak dengan abang pakai benda ni?
budak-budak : tak pernah nampak pun. cepatlah kak, apa bendanya ni?
aku : nah, ambil ni. cuba tengok macam mana nak pakai dia.
budak-budak pun sentuh-sentuh walkman tu. 
budak A : ??? telefon ke? hello? 
budak B : kena tekan dulu kot butang dia ni. 
budak C : (ketuk-ketuk walkman menggunakan jarinya) -.-

finally 

budak E : ini walkman ke? 

YES! akhirnya ada juga yang tahu. sebab dekat walkman tu memang dah tertulis walkman -.-

aku : ha, betul! ini sebenarnya tempat untuk korang mainkan muzik. orang panggil dia portable cassette player.
budak-budak : ooooooooooo...

budak A : yelah, ada tulis radio, AM, FM.
budak-budak : oooooo...

aku : tapi macam mana pula nak pakai walkman ni?
budak B : hmmm, mana nak buka dia ni?

budak-budak sibuk menggodek lagi walkman tu.
budak C : haaa... (setelah menekan butang yang sebetulnya). yeah! berjaya.. (sambil menari)
aku : akak tak dengar lagu pun......
budak E : o o o, kita kena letak kaset dalam walkman ni, lepas tu tutup dia. lepas tu tekan play!
aku : ha, tepat sekali! (ceh, skema). sebenarnya kita kena letak kaset dulu sebelum kita nak pasang lagu.

budak-budak : kaset? apa benda tu?


ALLAH. -.- aku pun bagilah kaset tu. kaset Siti Nurhaliza. kalau Siti Nurhaliza pun tak kenal, aku tak tahulah nak cakap apa. give up!

budak-budak : ooooooo... stailo gila.

aku : ha, lepas tu nak buat apa dengan kaset tu?

macam-macam cara budak-budak tu buat semata-mata nak mainkan lagu. at the end, aku pun ajar.

budak-budak : cool.....
aku : okay, tekan play.

budak-budak tekan play. tapi still tak dengar apa-apa.

aku : ha, sebenarnya ada satu lagi yang korang kena ada. macam mana korang nak dengar lagu ni?

budak D : er...headphone?
aku : pandai pun.!

aku pun bagilah headphone and bagi diorang dengar.


budak-budak mendengar setiap seorang. (even berebut mula-mula) 

beberapa minit kemudian...

aku : ha, apa yang korang rasa bila dah belajar pasal walkman ni?

budak A : susahnya! kena pasang kaset, kena pakai earphone lagi. 
budak B : dah lah berat. baik pakai mp4 je. 

aku : ha, lepas ni nak cuba pakai walkman lagi tak?
budak-budak : no!!! nak buat apa. membazir masa je.

lepas dah ucap terima kasih dekat diorang sebab sanggup habiskan masa menjawab soalan aku, aku pun pergilah dari situ. apa-apalah, tak kisahlah diorang nak ambil tahu pasal walkman ke tak. yang penting, aku dah dapat jawapan aku.

yes, ternyata kita generasi tahun 90an ini sudah semakin tua. sobs~ well, sekurang-kurangnya kita tahu teknologi dulu dengan sekarang kan. tak seronok bila budak-budak dah tak kenal teknologi zaman dulu. samalah macam permainan rakyat. kalau diajak main teng teng pun terpinga-pinga tak tahu. 

teng-teng? tembak-tembak ke? 
-.-
okay, adios~
post signature

Share:

10 comments

  1. Bukan setakat walman je, byka benda yg bdk zaman sekarang tak tahu tentang perkakas dulu, bahkan lagu2 dulu pun die org tak tahu.

    ReplyDelete
  2. alamak. akak buat kita rasa tua pulak . teeheee
    tapi memang hazy pun tak pernah pakai cassette player. biasa pakai walkman yg dah canggih sikit. boleh dgr radio je XD

    ReplyDelete
  3. masa study di UM dulu cuma mampu berhibur dgn walkman bila kesunyiaan. kdg2 tu tertdo masa dgr lagu. hehehee..abe kie follow sini.. no 210.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. betul-betul. kalau sekarang ni, semua benda boleh. sedangkan jam pun orang tak pakai sangat dah. orang tengok kat telefon je.

      Delete
  4. walkman nih husna pon tak pernah tgk depan2.. sebab xde yg pernah guna..hehehe..

    husna singgah dari segmen kak mia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau dah jumpa, jangan lupa try okay ^^,

      Delete
  5. Aku x taw la knpe.. tp sumbah sejibik mcm kt cni http://www.youtube.com/watch?v=Uk_vV-JRZ6E

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a. aku pernah tengok juga. sebab tu aku try tanya dekat budak-budak tu. and diorang pnya jawapan memang sama. cuma budak-budak dalam youtube tu lebih advance dia punya ayat. hahaha.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.